Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Cendawan. Show all posts
Showing posts with label Cendawan. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Terung dan cendawan masak lemak

Salam sejahtera,

Buat tambah2 idea menu teman2 malam ni. Menu tertunggak ni.

Bila ada terung last week, cadang nak masak lemak. Lemak terung, walaupun cuma ada stok terung bulat. Hiris bawang, basuh ikan bilis, ketuk cili padi. Aish.. macam kosong jer. Tambah cendawan sebungkus. Pastu, kurang warna, tambah udang 4 ketul. Santan kotak ambik 1/3 jer, tambah air buat cair-cair. Kita guna kuali ya.... sambil tu tambah2 santan cair secukup kuah. Biar menggelegak. Jadi macam ni....



OKlah, resipinya mudah-mudah jer. Asalnya sok sek jiran masa gathering masak utk tahlil. Katanya, cendawan buat masak lemak..... FUH! manis. Saya pun try la. Memang manis kuahnya. Kalaulah yg ni takde terung, maunya saya rantah jer cendawan nih. Buh 2 paket terus. hahaha.....



TERUNG DAN CENDAWAN MASAK LEMAK CILI PADI

Terung - Dipotong besar2. Digoreng sekejap bagi separa layu (bila masak, ia kental, tak cepat lembik)
Cendawan - 1 paket
5-8 Cili padi - saya ketuk jer
Ikan bilis kecil - sejemput besar
Udang - 4 ekor
Santan kotak kecil - saya guna 1/3 dan tambah air secukupnya. Guna santan segar lagi sedapla..
Bawang merah 3 biji - dihiris. Nak tumbuk pun ok.
Bawang putih 2 ulas - dihiris. Nak tumbuk pun ok.
Serai - 1 batang diketuk.
Saya tak bubuh kunyit pun.
Garam


CARA:
1. Toskan terung yg siap digoreng separa layu tu.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
3. Masukkan santan, ikan bilis,  serai . Biar mendidih sikit.
4. Baru masukkan cendawan,  udang,  terung dan cili padi beserta sedikit garam.
5. Sambil mendidih tu, tambah-tambah santan mengikut kuah yg dimahukan. Saya buat cukup-cukup jer.
Pergh! Manis rasa kuah masak lemak dgn cendawan tu.


Selingan, daging yang menceriakan hati saya. Mana taknya, saya dah rebus daging tu siap-siap dr hari sebelumnya bersama halia. Malam tadi cuma buat kuah masak kicap jer. Saya kurangkan kuahnya supaya jadi seperti ini. Terliur... kak azlina cakap dia masak daging kicap. hehehe.. Jangan tak caya...... saya makan balancenya dgn roti pagi ni. ;))

Jus tembikai.  Laju jer minum nih! :D



Tuesday, April 5, 2011

Cendawan dan brokoli goreng

Salam sejahtera,

Awal saya pagi ni, hendak menjemput PIL kat KLIA. Harap semua sampai dengan selamat. Saya tak tido lena, bukan sbb itu, tapi sbb perut meragam. Alahai, perut ni sensitip sangat kebelakangan ni. Mr hubby ok jer.

Sakit kepala pun kerap baru2 ni. Asyik kena telan ponstan jer. Insya Allah, segala akan ada penyudahnya. Sedikit kerja, tetapi tidaklah terlalu penting.

Aduhai, tiada rencah tulisan saya ni. Minta maaf ya.



CENDAWAN DAN BROKOLI GORENG

4-5 tangkai Cili padi diketuk
Brokoli setengah jambak - dipotong, direbus dahulu separuh masak.
5-6 Cendawan kembang
2-3 ulas Bawang putih -dihiris
2 ulas Bawang merah -dihiris
sejemput Ikan bilis kecil
Sedikit Air untuk kuah.
secubit Kiub ikan bilis -jika suka

CARA: (guna periuk kecil)
1. Tumis bawang, ikan bilis sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan cendawan kembang, biar separuh layu.
5. Masukkan brokoli yang siap direbus, cili padi ketuk, dan garam secukup rasa. Kacau sebati sekejap. Tutup api dan tutup periuk.
6. Siap dihidangkan.



Monday, August 2, 2010

Ayam badang, Sayur campur cendawan enoki



AYAM BADANG

Salam sejahtera. My hubby balik rumah kejap tadi. Sebab inform 2 jam lalu, sempatlah saya masak lunch. Alhamdulillah. Ayam tu dah potong siap malam tadi, cadang nak buat kari ayam. Tetapi, tekak takmo kuah kari pulak. Jadi, saya buat ayam badang... sbb kuahnya skit dan pekat. Yum yum.. . Oh! ya, sebab saya nak cepat, saya rebus ayam tu dulu dgn air paras ayam jer. Tutup periuk, dan rebus hingga ayam lembut dan kuah tinggal sikit. Perencahnya buat siap2 termasuk santan. Bila ayam masak, masukkan jer dalam kuah santan tu dan biar sebati dan kuah agak pekat. Siap untuk dihidangkan. ;) Resipi ada kat sini



SAYUR CAMPUR CENDAWAN ENOKI

Sayur ni, pakai potong jer. Kucai, carrot dan cendawan enoki 2 paket. Skali2 tukar cendawan pulak. Hum.. kami suka :). Tak kurang dr cendawan kembang tu. Sayur campur ni, saya tambah air, sbb nak ia berkuah.Kejap jer abis tu... tengok jer menu cendawan yang banyak dlm MENU kat atas. ;)

Thursday, July 29, 2010

Menu 7

Salam sejahtera, lupa letak kata-kata aluan. Ini menu trtunggak lagi. Saje tayang, nak tambah koleksi menu. Moga memberi manfaat buat semua. :D

GULAI IKAN MASIN BERNANAS
Sumber: Nik mesra.net

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan masin gelama - sederhana besar
1 in lengkuas
1 in kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 cawan santan- jangan terlalu pekat 1 biji cili kering
2 keping nanas - potong ikut suka
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit gula
Serbuk perasa jika suka

Cara:
1- Blendkan lengkuas, kunyit, bawang merah dan cili kering.
2- Campurkan bersama-sama dengan santan, garam, gula dan serbuk perasa.
3- Masukkan nanas masak hingga mendidih.
4- Bila dah menddih masukkan ikan masin. kacau supaya santan tidak berketul.
5- Masak hingga ikan masak.

Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama-sama nasi putih. Hidangan ini enak dimakan semasa panas-panas. Lebih enak jika ada budu dan ulam.





AYAM BERSOS KACANG
Hihi. Ayam ni, hanya menggunakan kuah sate kak fida MyR yang saya buat aritu. Sbb saya ikut sukatannya betul2, maka banyakla yg saya dapat. hihi. Balance tersimpan dlm freezer. Saya campur kuah kacang tu dengan pati santan. Lumur ayam sekor or ketulan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Baru digaul dengan kuah kacang tadi. Perap sekejap. Panaskan oven dan bakar hingga ayam masak.





APAM GULA HANGUS PEMBERIAN JIRAN -KAK IDA




SUP SAYUR CENDAWAN ENOKI




TELUR DADAR

Wednesday, June 9, 2010

Sup Sayur Cendawan

Salam sejahtera. Ini menu ulangan. Saya pernah buat sebelum ini. Tetapi saya terlebih airnya, jadi rasa cendawan dah kurang manis. Sebaiknya, kurangkan air sup, kerana air cendawan pun akan keluar lagi. Barulah sedap menghirupnya ;) Resipi smpoi, saya ulangi di bawah. Terima kasih mak,(MIL) kerana ajar saya makan cendawan. :)

SUP SAYUR CENDAWAN

Cendawan kembang- yang besar - disiat 2 atau 3, dan potong 1/3 batangnya.
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
4-5 biji cili padi
air secukup untuk kuah
kiub bilis maggi

Tumis bahan tumbuk, masukkan cendawan. Kacau kejap. Baru masukkan air. kita akan dpt agak byk mana air yang perlu untuk kuah. Masukkan kiub bilis maggi dan cili padi. Biar mendidih dan cendawan layu. Angkat dan hidangkan.


Saturday, June 5, 2010

Sambal udang dengan petai, cendawan tumis cili padi, ikan keli tumis cili padi..

Salam sejahtera, selamat petang.
Menu tengahari. Hu, semua menu kami hari ni pedas2 kan? Tetapi, trust me.... actually tak pedas sangat pun.


Sambal udang dengan petai... Inilah sambal saya yg ori yang sering dikomen oleh My Hubby tersayang, katanya tak pedas..huhuh.. sebab saya campur banyak sos dari cili kisar...ngeee.. . Sebab itulah saya pulun cari banyak versi sambal tumis, supaya pekat dan pedas.... Untuk sambal udang, saya prefer sambal kak anis. kali ni kes malas nak tengok resipi, jadilah sambal cair ni...uhuks..


Cendawan tumis cili api yang dah banyak kali buat. Yang ni pedas, jangan tak caya... sebab My Hubby suka yang macam ni. Inilah faveret kami. MIL yang ajar. huhu, sedaaaap..! Resipi sempoi ada kat sini.


Ikan keli bercili padi. Ini, actually tak pedas sangat. Sebabnya saya tambah gula.Di bawah resipi sempoi saya. Ikan ni, salut2 gitu jer tapi basah.

IKAN KELI TUMIS CILI API
BAHAN-BAHAN :
2 ekor Ikan keli - diperap dengan kunyit dan garam, digoreng.
10 biji cili padi -ditumbuk
1-2 tangkai cili merah -ditumbuk
2-3 ulas Bawang putih -ditumbuk
1/2 biji bawang besar -ditumbuk
1 inci halia -ditumbuk
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan gula, garam.
3. Tambah sedikit air. Biar sebati.
4. Masukkan ikan. Gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan

Thursday, May 13, 2010

Mushroom Omelette


Salam sejahtera, selamat pagi,
Apa khabar semua? Dinner last night buat Mushroom Omelette. Sori gambar belah telur tu takde, sbb bateri kamera kong malam tadi...

Kelmarin takde cite. Alhamdulillah, arini sempat pot pet skejap. Agaknya musim bola campur musim berjalan-jalan agaknya. Dalam 2 minggu ni, berderet ada order baju t-shirt, website plak ada masalah skit sbb takde notification to e-mail. huh. penat nak buka admin jer...(actually tak penat pun, cuma malas nak check slalu ;). Nanti nak settle ngan portalis... Tapi, Alhamdulillah, bila ada order, bermakna ada sale.. :)

Sedap plak bila buat telur bercendawan nih. erk...bukan ber c*endawan tau, tapi letak cendawan. apa2 jenis cendawan yg disukai. 3 biji telur malam tadi, tak cukup kami makan...nanti nak buat lagi...yumyum...


MUSHROOM OMELETTE

VERSI NURINDAH:

3 biji telur saiz A
1 bungkus cendawan kembang harga (5-6 batang) - disiat sikit
majerin untuk memasak
Sedikit Susu segar
Garam secukup rasa
2-5 biji Cili padi -dipotong kecil2
Lada putih@white pepper

CARA:
1. Panaskan sedikit majerin dalam pan non-stick. Masukkan cendawan. Kacau hingga cendawan masak dan air yg keluar dari cendawan,kering. Angkat.
2. Campur telur, white pepper, garam dalam satu bekas. Pukul ngan whisk sekejap. Baru masukkan sedikit susu segar.
3. Cendawan masak tadi, bole dimasukkan bersama bancuhan telur atau ditabur di atas telur.
4. Panaskan pan, masukkan majerin secukupnya. Biar cair, kemudian masukkan bancuhan telur tadi. Biar bawahnya sedikit perang2 baru terbalikkan.
5. Angkat dan siap dihidangkan...


VERSI ASAL saidaonline.com

Try this mushroom omelette recipe for breakfast or lunch.

Ingredients

2 teasp. sunflower oil
nob unsalted butter
100g chestnut mushrooms, sliced
3 large eggs
1 teasp. fresh chives, chopped
Salt and freshly ground black pepper
Lightly dressed rocket salad and crusty French bread, to serve (optional)

To Cook
Method
Preheat the grill and heat a non-stick frying pan, that’s base is about 20cm (8 inch) in diameter. Add half of the oil and butter and once the butter is foaming, tip in the mushrooms. Season to taste and then sauté for 2-3 minutes. Tip into a bowl and set aside.

Wipe out the frying pan and return to the hob. Break the eggs into a bowl and add the chives; then season and lightly beat. When the pan is hot, add the oil and then the butter, swirling it around so that the base and sides get coated.

While the butter is still foaming, pour in the egg mixture, tilting the pan from side to side. Stir gently with a fork or wooden spatula, drawing the mixture from the sides to the centre as it sets. When the eggs have almost set, scatter over the reserved mushrooms. Tilt the pan away from you slightly and use a palette knife to fold over the omelette.

www.saidaonline.com/en


VERSI ASAL Omelet GreenHawa, forum cari.com.my

Telur
cendawan butang/ cendawan hitam direndam
daging cincang (kalau suka)
bawang besar - dihiris
chives-
cili merah - optional kalau suka pedas (selera melayu)
bawang putih
mentega
lada sulah
sedikit garam - tak letak pon takpe sbb mentega dah masin2 lemak
susu segar

cara-cara
1- panaskan mentega dalam kuali leper.. cam nak buat lempeng gitu..jangan banyak sangat dlm 1 sulu teh jer
2- tumiskan bawang putih cincang n bawang besar n cili potong
3-masukkan daging cincang n masakkan sampai kuning
4- masukkan cendawan n goreng lagi
5- masukkan telur yang sudah dipukul bersama lada sulah + garam + sedikit susu segar+chives ke atas gorengan td .. biarkan telur tu melitupi bahan2 goreng td
6- telur dah masak boleh angkat n hidangkan
leh makan cam tu jer .. atau ngan roti bakar or makan ngan cili sos.. nyum nyum

Sunday, May 2, 2010

Nasi Sup sempoi

Salam sejahtera, selamat petang,

Petang ni, no idea nak masak apa. Maka jadilah nasi, sup dan rangkainnya ni. Biasanya kat kedai makan, kami selalu juga pesan nasi, sup ayam, telur dadar/ telur mata, dan sayur kailan ikan masin. Namun, rangkaian di bawah, ialah alternatif, dan sedap dimakan bersama.


Cendawan goreng. balance stok tepung gandum yg sedikit, jadi saya campur2 bahannya dan goreng cendawan nih. Alternatif bagi yg jemu makan telur dadar. hihi.kali ni, menggunakan cara KFC Resipi ada di sini.


Nasi ayam. Not actually, sebab saya cuma masak nasi ni, tambah stok pekat ayam maggi je. Namun, berasnya ialah beras wangi thailand AAA.


Sambal kicap. Sape yang kempunan bole buat. Resipi dari MIL.


Sup ayam yang serba kekurangan. Takde daun sup. Tapi, still harum dan enak dihirup, penuh rempah. Resipi MIL


Ulam timun dan tomato...senang,kan? ahaks...

Friday, March 19, 2010

Mee hailam for bekfes, kerisi masam manis, cendawan tumis


Resipi sebelum ini guna kuah daging. Rasanya patut saya update resipi cara MIL ni. Senang...

Salam sejahtera, dah hampir tengahari kan?

Saya baru sempat postkan. Hari ni, bekfes mee hailam, sempoi2 jer. Malam tadi menu ikan kerisi masam manis dan cendawan tumis. Semuanya versi ulangan.
Alhamdulillah, perut dah kenyang. Ngantuks...nak tido jap. Malam tadi kami tgok movie kat lappy. sampai 2 citer, satu Superhero dan satu cite pasal penjara. maklumlah, TV dah lama masuk stor, rosak. nak kena ganti TV flatscreen yg besar tu (mimpi jer saya ni....) hahaha. take care...


MEE HAILAM 2 - style MIL


1/2 bgkus mee kuning
1/2 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
sejemput udang kering - dikisar
3 biji cili kering - direndam dan dikisar
1/2 ikat sayur sawi - dipotong2
2 biji buah tomato - dibelah 6
Air secukup kuah yg dimahukan
2 biji telur


Kicap pekat - secukup rasa dan warna hitamnya
kicap manis - secukup rasa
Sos tiram - secukup rasa
Sos tomato - secukup rasa
Sos cili - secukup rasa
Bole tambah serbuk perasa atau kiub bilis (jika suka)


CARA:
1. Panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar
3. Selepas itu, boleh masukkan sos tiram ,sos cili, sos tomato, kicap pekat, dan kicap manis.
4. Masukkan air.
5. Biar mendidih, masukkan sayur, telur ayam dan mee kuning.
6 Biar mendidih kejap.
7. Angkat. Hidangkan


Resipi ada di SINI

Resipi ada di SINI


Thursday, November 19, 2009

Cendawan tumis



Salam sejahtera,
Sayur cendawan tumis di antara cara masakan cendawan yang disukai oleh  kuarga mertua saya , suami dan saya. Memang tak pandang sayur lain. hihi.

SAYUR CENDAWAN TUMIS
1/2 biji Bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
skit ikan bilis 
skit  garam
cili padi - potong2

Tumis semua bahan  termasuk garam. Masukkan cendawan. Biar sampai berair dan  layu. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, November 10, 2009

Cendawan goreng 2 dan award dari kak Love



Salam sejahtera,
Akhirnya dah berjaya mencari mood untuk masyak-masyak. Dari hari Ahad, menu kami menu tunjuk2 kat kedai. Pagi2 kelmarin pun, hubby nak makan roti canai pisang dr kedai mamak. "taulah ayang tak pandai wat roti canai pisang" (tunjuk muncung sambil ngap-ngap roti canai).ihiks...

Dan pagi ni, kempunan tengok cendawan goreng kak Hana. Cendawan lak tu, ada kat peti ais 1 bgkus besar. haha. nanti nak wat tumis cendawan ngan cili api. Smenjak-menjak ni, lapo terlebey2 lak.

Tepung Kentucky takde . Maka, jadi la resipi sempoi cendawan goreng.

CENDAWAN GORENG 2

Cendawan kembang
5 sdm Tepung gandum
5 sdm tepung jagung
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt serbuk cili
1 sdt serbuk kari
sejemput garam
1/4 biji telur - balen tu simpan (bole buat mushroom omelette)
Air - secukupnya untuk buat batter (sampai adunan lembut , tapi masih menyalut sudu...)

CARA:
1. Resipi ni ialah secara batter, yang mana saya campur semua bahan kecuali cendawan, menjadi adunan macam nak buat pisang goreng. Pastikan toskan cendawan selepas siap dibasuh. Celup dalam batter dan goreng dalam minyak banyak.

UPDATED 3 mei 2010,5.52am. updated 11 jan 2011, 8.58pm:
2. Cara kedua ialah kaedah menggoreng cara KFC (dicelup telur, baru digolek dalam campuran tepung): Campur tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada putih,serbuk cili, serbuk kari, garam dalam satu bekas (sukatan di atas boleh diganda dua supaya cendawan bersalut cantik). Kacau rata. Dalam bekas lain, pukul 2 biji telur hingga sedikit kembang. Panaskan minyak penuh dalam kuali. Untuk menggoreng, celup cendawan dalam telur, kemudian golek2kannya di dalam campuran tepung dan terus goreng .  Cara ini cukup untuk 2 paket cendawan harga RM2 tu...


DARI DEAREST KAK LOVE 

Wednesday, October 21, 2009

Chicken wing roasted, sayur timun lada hitam, cendawan ala KFC..

Sila klik gambar utk full version hehe...
 Salam sejahtera,

Ruang pagi ini agak terhad. Suami nak saya adakan MEGASALE for our t-shirts. Alhamdulillah, saya sempatkan masa postkan dinner malam tadi. Malam tadi, dinner kami yang kat atas tu, Kepak ayam bakar pedas ni + cendawan goreng + ayam goreng kunyit tambah + timun sayur lada hitam.


Timun sayur lada hitam

TIMUN SAYUR LADA HITAM -sumber my MAMA
1 biji timun 
Air 1/2- 1/3 periuk kecil

Bahan tumbuk : 
sejemput lada hitam 
2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih

Cara: 
Campur semua bahan tumbuk dan timun dalam periuk berisi air, tambah garam dan perasa. Biar timun sedikit layu. Angkat dan hidangkan.

Dalam tak reti GRILL guna oven, akhirnya menjadi jugak...:)

SPICY ROASTED CHICKEN WINGS  - Recipe by Amy Beh
(Resipi ni saya copy paste dr myKuali the star, kebetulan, jadi member the the star online.)
 

Ingredients (malam tadi just 3 chicken wings, jadi saya buat separuh marinade dia) 

# 8 chicken wings
 

Marinade
# 1 tbsp chilli powder
# 1 tbsp meat curry powder
# 2 tbsp chilli sauce
# 1 tbsp tomato sauce
# 1 tbsp oyster sauce
# ½ tsp pepper
# 1 tbsp fish sauce
# 1½ tbsp sugar
# 2 tbsp honey

Method
Rinse the chicken wings and cut off wing tips. Pat dry with several pieces of paper kitchen towels.

Combine marinade in a mixing bowl. Add chicken wings to the marinade. Toss and rub marinade all over the chicken wings. Leave in the refrigerator for 3-4 hours.

Lightly grease a wire rack and arrange chicken wings over. Roast in a preheated oven at 200°C for 25 minutes. Halfway through, remove the chicken wings out and brush the pieces with the remaining marinade mixture. Continue to roast until the chicken wings are cooked through or golden brown.


Cendawan goreng menggunakan resipi tepung ayam goreng ala KFC Ijan 

Saya copy paste Bahan untuk tepung dari blog Ijan. Terima kasih banyak2 Ijan, adunan tepung ni, sedap. Slalunya akak guna tepung ayam adabi jer wat goreng cendawan nih. Bersalut cantik jer kan cendawan nih?  :)  kalau nak kaler lebih, bubuhla serbuk kunyit atau serbuk kari... tak susah.


Bahan untuk tepung
    * 2 cawan tepung jagung
    * 3 ulas bawang putih ditumbuk (akak tak bubuh, sbb cendawan nih)
    * Sedikit garam
    * 1 sudu besar serbuk cili
    * 1 sudu kecil lada hitam
    * Secubit baking powder
    * Secubit serbuk perasa

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers