Cantik kan? Tapi, pulut sekaya saya ni bercampur ngan bahan atasnya. Nanti nak mintak tips ngan kak fzi.. hihi. Lamanyaaa tak makan kue ni.
Salam sejahtera, selamat petang. Ni lah dia, hasil berperang arini. Mula2 tengok kuih ni masak...rasa syahdu sangat. Dah lama nak makan kue ni. Sejak saya kawen sampai skarg..susah benar nak cari kue ni kat mana2 kecuali bulan Ramadhan atau kat Greenwood (sebab situ ramai org kelantan berniaga). Kue ni kenangan masa kecik2 dulu, time mama saya rajin nak masak benda2 yg anak2 dia suka makan. Skang ni, ntahlah...dah lama mama saya tak wat kue. Balik Besut pun, saya kena dok dapur. Takpela, berbakti ngan orang tua kan? Saya blaja sendirila..jumpa kue Pulut Sekaya ni kat blog kak fzi. Alhamdulillah, mencicip rasa nikmat rindu seh..hihi. Sedap kuih ni bagi sape2 yang suka talam yg manis2. Macam saya..heheh..
Oh, pasal manisan siam aka gula melaka siam (melaka lagi..siam lagi, hahaha, taram jer)...masuk la kat blog kak fzi ya. Kat situ ada gambarnya. :) Izinkan saya berkongsi resipi di sini ya, untuk rujukan saya juga.
Bahagian bawah..pulut. Dah siap kukus.
Setelah masuk bahagian atas...dah masak. Nampak kedut2 tu? Camtu la rupa pulut sekaya ni. Tapi rasanya sedaaaap...
RESEPI PULUT SEKAYA - sumber fzmenu
Bahan2nya:
* Secawan beras pulut *untuk lebih tebal lapisan pulut boleh buat secawan setengah* (nurindah: jangan lupa rendam pulut 3 jam, biar beras pulut kembang dulu.)
* pati santan setengah cawan dicampur dengan air masak
* 4 biji telor (nurindah: saya guna saiz A)
* 2 keret manisan siam (nurindah: saya nak lebih manis, jd tambah lagi 1 karet)
* daun pandan di simpul
* secubit dua garam
Cara:
1. Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan yang disimpul.
2. Kukus pulut + santan + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut.
3. Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar.
4. Kepok telor kemudian masukkan manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam.
5. Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
6. Kukus balik pulut selama 5 minit.
7. Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
8. Kukus lah sampai masak +- 15 hingga 20 minit.
9. Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.....
Salam...
ReplyDeleteAda beberapa blog pada profile indahouse...saya buka yang ini.
Terima kasih kerana link...
salam indah. akk pn suka mkn pulut sekaya ni. mmg kuih org pantai timur kan? sedap, lemak n manis rasanya. teringin juga nak mencuba. hehe...
ReplyDeleteSalam nur...
ReplyDeleteOhh nur dah selamat buat pulut sekaya ya...Alhamdulillah...hehe sedap tuhh!
TQ try resepi, sekejap je buat kan nur... :)
Akak buat pun sekaya ada masuk sikit dalam pulut tapi boleh la kontrol sikit bila kita taburkan tepung gandum sebelum curahkan sekaya. Dia senang menyerap sebab kita tak masuk tepung dalam bancuhan telor tu nur...
Orite, terliur tengok pulut sekaya nur ni, akak nak buat pulok la... :)
salam kak,
ReplyDeleteterima kasih datang, kak. hanya ini blog peribadi. yg lain seme blog biz. saya add kat blog ni, kak..kat life journey.
salam kak anis,
ReplyDeletea'a kak. memang kue pantai timur. saya pun suka. :)
Salam kak fzi,
ReplyDeleteHihi, tima kasih.. a'a, sekejap jer kak. ingatkan payah, hihihi.
oh,saya pun ada tabur tepung, tp mgkin skit sgt saya tabur, hehe. sedap resipi ni, terasa telurnya, pulutnya pun lembut tak mcm yg jual kat pasar ramadhan tu. :)
nurindah..akak suka betul kue2 camni tapi kalau buat sorang2 je yang makannye tulah pasal tak buat hehe ..alasan..
ReplyDeleteHrmmm Akak tak minat pukut tapi kalau buat talam sekaya pun sedap gak kan...boleh tak??
ReplyDeletesalam kak watie,
ReplyDeletehihi. oh, saya pun kalu makan pulut, sakit2 badan. Tapi skali2 takpe..:)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete