Salam sejahtera, selamat malam,
Baru teringat My Hubby balik lambat skit sbb ada ceramah kat surau di ofis. Dia puasa sunat harini, n saya dah pun sediakan lauk-pauk yg special utknya. Dah goreng cek mek molek, sediakan brownies, kung pao chicken, daging bistik... Takpela. Lagipun katanya, ada makan2 kat sana. Mgkin balik dah kenyang...saya lupa yg amat...
Mengikut About.com, Kung Pao Chicken named after a court official or "Kung Pao," Kung Pao Chicken is a spicy Szechuan dish made with diced chicken, peanuts and chili peppers. Mengikut resipi asal Chinese, dia guna chinese rice wine. Tapi, kebanykn resipi kung pao skrg telah diubahsuai supaya ia halal.
Saya copy dari rumah Ros, jintan manis. Asal resipi dari blog Cikwan Taipei . Cikwan pula dapat resepi ni dari buku A Taste Of China. Jangan gelak ek, saya punya version agak hitam. Terhangit ker apa tak tau..hahaha...takpe, yg penting, sodaaap..! Terima kasih banyak2 buat penyumbang resipi. Dapat juga saya merasa chinese food ni. :)
KUNG PAO CHICKEN -sumber Cikwan, kopipes dr Ros,jintanmanis
Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung ( ros guna katakuriko)
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil) - ros guna peha ayam boneless
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.
Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih ( ros guna sos chili thai)
1 sudubesar gula - ros gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung. ( ros guna katakuriko)
Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
Ros tambah
1/2 biji capcicum kuning
1 biji piman ( lada hijau)
1/4 biji bawang besar ( dipotong kasar)
* semua sayur sampingan ni ros potong dadu, saiz agak-agak je*
Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.
- sebelum masuk gajus tu ros masukkan semua bahan sayur yang ros tambah tadi dan selepas itu baru ros masukkan gajus.

salam.. ooohh sedap ni.. tapi dah lama tak buat sbb byk bahan nak guna, tapi semuanya guna sikit2 je... (nanti tak habis dok la bertapa dalam peti sejuk) :)
ReplyDeletesedapnya kung pao..dah lama akak tak buat. ada stengah resepi letak kacang gajus buat penambah perisa dan cili kering yg digoreng..mcm2 version kan..hehe
ReplyDeleterajin betul indah masak2...
salam kak....apa khabar....
ReplyDeletesalam KOG,
ReplyDeletetima kasih datang... hihi. mmg ya. saya org baru blaja,kak...:)
salam kak liyana,
ReplyDeleteitulah kak. byk versi,kan? saya pun baru cuba2. :)
salam alimaz,
ReplyDeletesihat2, jer alimaz. :)