Ni kes teringat2 cucur badak kat blog ika... Buat petang klmarin. Goreng skit buat Hubby buka puasa, then fozenkan selebihnya wat bekfes n bekal My Hubby. senyum lebar saya pagi ni...:)
CUCUR BADAK - sumber Quinnie MyResipi. Kopipes dr blog ika,
Bahan-bahan: - ( anggaran 16 biji )
* 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan tepung kanji (tepung ubi)
Bahan2 untuk inti:
* 1/3 biji kelapa parut
* 1 btg serai
* 2 sudu besar udang kering - (nurindah: direndam sekejap supaya lembut
* 3 tangkai cili kering - (nurindah: dipotong, buang bijinya dn direndam ngan air panas seketika)
* sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
* sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
* garam secukupnya
Cara buat inti - (nurindah: saya dah buat siap2 :)
1. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
2. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
(nurindah:saya buat lebih krg bila air yg keluar dr kelapa parut putih agak kering)
Cara-cara buat cucur badak
1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas. (nurindah: saya tumbuk ngan lesung, hihi)
2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
3. ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
4. nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh.
5. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
Nurindah :(boleh difrozenkan, goreng skejap spy tak melekat kat bekas, then sejukkan, baru frozenkan. masa goreng, Insya Allah...tak berminyak.)
Bagi ubi keledek, dah biasa guna lesung. Teringat ms mama saya rajin wat kuih cek mek molek dulu... hm..windu..
Bahan2 nak dicampur.
Yang ni, adunan siap nak golek2.
Dah siap golek2 dan buh inti. Untuk cara buat inti, ada saya tunjuk skit kat seblom ni.
Untuk frozen. Goreng skit utk elak melekat. Nampak berminyak, tapi bila goreng besok..Insya Allah, cantiknya, tak berminyak. Guna api kecil skit supaya ia garing sekata...
Salam Dik Nur...tolong poskan yang frozen tu...hehehe...I likeeeee!Kuih Hippo!!
ReplyDeletesalam kak watie,
ReplyDeletekue hippo...hahahaha. tak tau plak nama dia camtu. saya pakat redah je. asal sedap. kihkih