Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, March 30, 2013

Mengasihi anak-anak kecil.


"Bukan di kalangan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang yang lebih tua. "

Mengasihi anak-anak kecil.
Sebagai antara orang yang pernah menjaga anak kecil, mestilah saya mengasihi anak-anak kecil.
Kita membersihkan dia, memastikan dia selamat dan memujuknya bila dia menangis, risau bila dia sakit... itulah.  Cuma keletihan itu kadang2 membataskan kita mengucapkan dgn kata-kata. Kita terpaksa mengatakan kepada diri, dia anak orang. Yg memberi nafkah ialah ibubapanya.

Sekasih mana pun saya kepada anak-anak jagaan saya sebelum ini, saya tidak membiarkan diri hanyut dek perasaan.
Kadang-kadang, hati menangis bila anak sakit tidak mahu makan ubat. Harus dipaksa, dan dia menangis. Kita memeluknya.
Kadang-kadang, suara tinggi kepada abang-abang sekolah transit yang nakal, tetapi berpaling kepada anak-anak kecil... terus sejuk hati.
Kadang-kadang kita geram kepada ibubapanya yang buat tak endah dengan anak-anak.. susu yang dipesan seminggu tak beli. Akhirnya terpaksa bagi milo (anak yang dah boleh makan).
Pampers habis... dah bagitau pun masih tak endah.
Kita pun tau jika ia tengah bulan... duit tengah tak ada. Jadi ada anak-anak dari awal lagi kami ajar potty learning (ajar ke tandas). Kadang-kadang basah tilam, dan kitalah yang basuh. Terkencing dalam seluar, kita bersihkan dia. Bila mereka tidak lagi bergantung kepada pampers, ibubapanya suka sangat. Alhamdulillah...ia pahala.

Saya teringat seseorang yang saya kenali, yang dia hanya bergantung dgn pampers untuk kebersihan anak-anaknya. Sangat risau itu dan ini... nak ajar anak ke tandas pun 'seriau'. Itu pula bukan anak yg pertama. Kasihan saya melihat mereka membeli pampers setiap kali, berkerut muka. Ya, anak-anak itu amanah...jangan berkira sangat... tetapi kewangan bergantung pada ibubapa. Tak jaga ekonomi, rumahtangga pun tak kukuh.


Alhamdulillah, saya melihat telatah ramai anak yang dari tidak boleh berjalan hingga setahun dan dari pelbagai peringkat umur. Jadi saya yakin dgn perkembangan mereka  yang mampu buat itu dan ini, tidaklah seperti yang kita takutkan sangat-sangat.  Cuma ada setengah ibubapa yang langsung tidak mmberitahu pengasuh bahawa anaknya menghidap penyakit, jadi ada kemungkinan kemampuan mereka terbatas. Contohnya, macam pengalaman saya sms  jadi guru tadika yang melatih anak-anak berpuasa.
Tajam pandangan ibunya terhadap saya bila saya berharap anaknya yg berumur 6 tahun belajar puasa sehari. Sedangkan saya bertanya sendiri kehendak anak itu... masihkah mahu teruskan berpuasa? Anak itu mahu meskipun dia letih sangat.
Tetapi hampir maghrib, ibunya menyuapkan dia air kotak.
Saya kesal, jika dia ada kelemahan atau penyakit, ibunya harus terangkan pada saya. Tidaklah kita mengikut kehendak anak tadika itu dan ibu itu salah faham. Hum.

Macam-macam ragam yang saya kutip, termasuklah masalah ibubapa. Semuanya saya jadikan tauladan, jadikan sempadan.  Cuma pengalaman sendiri yang tak ada. :(
Tak apalah, ia menguji keimanan, saya ingin mndapat yang baik-baik.

Ada perkara, kita tak mampu suarakan di hadapan seseorang. Jauh di lubuk hati.
Bila saya melarang Ma supaya jangan berlembut hati sangat dengan cucu kerana cucu-cucunya sangat lasak (hyperaktif)  , mungkin Ma berasa saya tidak pandai melayan anak-anak.
Bulat  matanya melihat saya.
hahaha....

(Sedih disemat jauh lubuk hati)

Bila saya menegur seeorang supaya tegaskan supaya anak yg sakit itu makan ubat, dia marah katanya budak tak boleh paksa-paksa. Aduhai, teringat parents yang  suka merungut katanya anaknya sampai ke sudah tak mahu makan ubat, berhari-harilah demam, muntah, panas...Bila dipaksa, mahu juga anak itu.  Alhamdulillah, eloklah dia..


Memanjakan. Semua anak suka diperlakukan begitu. Namun sprt yg kita tahu, bila anak-anak dah bertambah... perhatian kasih itu telah berbahagi. Saya sangat suka bila melihat ada kakak seumur 10-12 tahun yang menganggap adik kecilnya seperti anaknya, sangat pengasih dalam segenap perkara. Terasa ringan di bahu ini...
Kerana semua anak-anak dahagakan kasih-sayang, tetapi kita tak mampu nak memberikan sama rata, kan?

Saya teringat ada ibu yang takut-takut bila menjaga cucu, kerana anaknya suka marah-marah.  huhu... kalau tak suka, kenapa hendak dihantar pada orangtua? Karang, ternaik pangkat jadi anak derhaka pula, huhu...

"Bukan di kalangan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil."
Bagaimana pula anak yatim yang dah besar panjang, dah anak dara, meminta derma anak yatim di stesyen minyak, depan bank... pada Hari Persekolahan. Adakah itu dikira anak yatim? Jika dia dari badan NGO, tidak pula dinyatakan. Bagaimana?
Ingatlah- Rasulullah mengasihi anak yatim yang belum mampu berdikari, orang itu akan rapat dengan Rasulullah di akhirat seperti dua jari.
Jadi, bersedekahlah dan cakap baik-baik dengan mereka...




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, March 26, 2013

Make it easy....

:D macam-macam jenis senyum. spreadsalam


Positive side.
Kadang kala kita tidak menjadi diri sendiri  semata-mata kerana kita berasa diperhatikan, dalam setiap kelakuan. Rasa kekok. Buat camni ada yang menjeling, buat camtu ada yang menegur.
Just ignore.
Kita anggaplah ia Tarbiah kepada diri sendiri.
Mengalah dan bertolak ansur tidak semestinya kita dah kalah. Kita hanya merendah hati.
Semat di hati - Allah menyukai hambanya yang kuat dan percaya diri, bukan mnjadi hamba kepada prinsip oranglain.


Bila masalah itu datang...
haha. Ada menonton Islam TKI tvalhijrah?
Dalam  ketawa, terasa, menangis,  dgn kisah mereka .
Satu saat, pak tua yang sering menegur itu berkata:
"Biarlah orang itu menghinamu,
 terimalah dgn hati yang lapang, dan doakan dia.
Agar hatimu kuat dan belajar untuk menerima semua keadaan.
( kerana masalahmu di dunia bukan hanya satu ).
masalah yang datang itu, hanya Cubaan untuk Iman."

.........
Samalah bila pak tua itu berkata, " Jangan kau menyirikkan Allah dgn pekerjaanmu. Hanya kerana bekerja, kau tertinggal solatmu."
"Jika tak tahu, belajar. Jangan Islammu hanya pada kad pengenalan".
Nasihat yang baik,yang memantapkan iman... dengarlah, hayatilah.


Percaya tak, bila kita memuji seseorang yang kita sayang, "Hensem",  "baik", "caring"  sedangkan dia tidaklah seperti itu 100%,  kita akan mendapat  hasil yang menakjubkan? ^__^
Anak yang tidak pandai, akan yakin diri utk mnjadi pandai.
Suami yg kurang berhias, lebih bergaya kerana dipuji.
Isteri yang kurang pandai , semakin pandai mengurus rumahtangga kerana suami sering memuji.
Bila seorang peniaga memuji saya "soft spoken" dan lembut,  saya berasa segan sebab saya bukanlah 100% seperti yang dikatakan.  Mereka sangat baik sehingga memuji sprt itu. (Oh, pls don't judge me) Saya sangat malu, kenapalah saya bukan sprt yang mereka katakan. Saya sangat malu tapi seronok. Tanpa sedar, mereka membuat saya berazam untuk bersikap lebih baik dan menjadi wanita yg lebih baik.
:)


Jangan fikirkan sangat.
Ada masa, muka kita menjadi muka tempat orang meluahkan perasaan. Kita ada sifat empathy yang kuat terhadap oranglain. Kita mahu mendengar. Tetapi ada masa empathy itu berlebihan sehingga terbawa-bawa dalam hidup kita. Kita terlalu memikirkan soal dia. 
Just, make it easy.
Menangis bersama, suka bersama. Tetapi haruslah adil dalam 'melihat' sesuatu.
Lihatlah dengan mata hati, bukan mengikut-ikut orang.
Kisah hidup manusia tidak tamat di situ... kerana kejadian dari Allah itu perkara ghaib.
Buruk atau baiknya sesuatu yang ditentukan/diberikan  Allah adalah perkara yang ghaib. Kita tak tahu adakah yang diberikan Allah benar2 baik utk kita, atau yang tidak diberi itu adalah lebih baik?


Make it easy,
Kita penat melalui suatu keadaan. dan cuba melakukan semua perkara sehingga kita terganggu.
Kita mengejar masa, sehingga kita berasa orang lain tidak secepat kita.
Kita mahu berada di depan, sehingga tinggalkan orang di belakang. Tidak mahu tahu keadaan sekeliling macam mana.
Man La Yarham, La Yurham.  (Siapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi).
Berhentilah rehat 10 minit. Lihat apa yang perlu dibantu sekeliling kita.
Kemudian teruskanlah apa yang kita nak buat, dan rasailah jiwa kita lebih bertenaga berbanding sebelumnya  :)

Make it easy.
Senyumlah.
Senyum itu menghubungkan perhubungan dan mengundang rezeki utk memudahkan penghidupan kita.

Saya doakan agar semua teman2 dan visitor sentiasa sihat dan bahagia selalu..




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Buat saudariku: Bila harus memilih salah seorang...


Bila harus memilih salah seorang.

Once,
saya melihat seorang anak yang terpaksa memilih antara Ibu atau ayahnya yang telah bercerai.
Dia tidak tahu hendak berpihak kepada yang mana... dia ingin lari dari situasi itu, dia tak mahu memilih. Dia ingin menangis, tetapi air mata tidak keluar.

Semua saudara lelaki menyokong ayahnya, dan langsung mahu membuang si ibu. Antara sakit hati dan menyatakan siapa yang betul atau salah katanya...
dari suasana mencari kebenaran... kepada suasana kebencian dan pihak ketiga bertepuk tangan.

.....

Anak itu meredakan hatinya. Menutup mata dan melihat dengan mata hatinya...
Mengapa tiada soal jawab, tiada soal selidik dibuat? Hanya pertuduhan yang didengarkan . Hanya talak yang jatuh dikhabarkan.
Anak itu akhirnya memilih berpihak pada Si Ibu.

Di waktu itu, adakah PERLU untuk mengadil siapa yang betul atau salah? Antara ayah atau ibu, yang membela kita sejak dilahirkan?

Saya melihat kekeliruan anak itu dari jauh.
Saya sentuh naluri cinta jiwa wanitanya. Dia berasa bodoh sepanjang waktu kerana mudah mempercayai raut baik seseorang. Berasa para walinya tidak berlaku adil terhadap ibu yang melahirkan dia.

Saudariku,
Kita tak tahu hati manusia.
Dalamnya ada hasad, menunggu masa menangguk di air yang keruh.
Dalamnya ada kebencian, mencari titik kesalahan untuk dibesarkan.
Dalamnya ada syaitan Dasim yang hendak meruntuhkan keluarga.

Bukan salahmu saudari...
Kebodohan itu hanyalah kerana sangka baikmu kerana Allah.
Ignore perkataan mereka yang mahu memecah belahkan keluargamu.
Mencacat celakan keturunanmu.
Allah sentiasa ada....

Saudariku.... kejadian dari Allah itu perkara yang ghaib.  Hati juga perkara yang ghaib. Biarlah HATI mereka cacat, jangan kau cacatkan hatimu yang bersih kerana terpalit kotoran hati mereka.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, March 18, 2013

tangan kiri.. tangan kanan...


Malam tadi, kami berusaha menyiapkan bilik yang terakhir. Mengenakan cat yang baru pada dinding rumah yang comot, yang sudah hampir 5 tahun dihuni penyewa yang lama.

Alhamdulillah, setakat ini, mana-mana kontraktor dan tukang yang kami upah telah memberi kerjasama yang baik. Kami telah memasang mozek di ruang dapur, membersihkan tangki air dan menambah paip. Bahkan membaiki mana yang rosak.

Terbaru kelmarin, kami memasang pintu baru (yang langsung tidak bercat). Kami terima seadanya kerana mereka tak ambil upah cat jika hanya memasang satu pintu. Satu pintu utk apartment bernilai RM150. Jadi berpandukan nasihat, kami mencari undercoat dan cat top coat untuk mengecat pintu. Susah juga... kerana ia cat minyak. Pintu luar terpaksalah guna cat minyak kan, utk tahan lama. Hendak membasuh cat yang terkena di tangan pun terpaksa guna thinner. Pijar tangan seperti menjamah cili ... hehe.

Ada lagi yang belum dibuat, seperti membaiki siling di dapur yang dekat tangki air. Perlu dicat juga.

Berbulan-bulan juga kami berusaha membaikpulih rumah apartment itu. Berulang-alik dari setiap kali ada ruang di hujung minggu.
Hendak mengecat rumah yang kami duduki sekarang pun.... masih tiada kesempatan kecuali sedikit di bahagian dapur. Hubby mahu mencari penyewa untuk menampung kos yang ada sekarang.

Ke sini dan ke sana, saya menjadi tangan kanan suami. Kadang kala, kami bergaduh juga dalam hal kecil. Ada masa saya berkecil hati juga utk sesetengah perkara yg Hubby tak faham kenapa. Ada masa Hubby marah utk perkara yang saya tak buat. Menguruskan hal bersama ialah satu tekanan.
Belum lagi hendak memenuhi pelbagai urusan lain, memenuhi undangan sana dan sini.

tetapi,
kami belajar mengatasinya.


Setiap kali hendak mula bertolak pulang ke BB di malam Isnin, saya dah mula gusar. Hubby kerap terleka dengan rumah itu. Pernah kami keletihan dan bertolak pulang......
dan kereta hampir naik ke tebing jalan dan mahu terbabas  . Nasib baik hampir jam 12 malam, jadi simpang itu tiada kereta lain yang bersimpang siur....(simpang 3 ).
Sayalah yang menjerit dan mengingatkan dia sekerap mungkin. Lebih-lebih kadang2 rapat sangat dgn belakang lori.

Teringat dulu, Hubby kerap mahu bertolak dari banting  selepas Isyak, dan sebab jalan lama itu memakan masa 2 jam.... kerap kalilah saya mamai... Hubby pula bertarung dgn mengantuk.
Biarpun sekarang ini cuma ambil masa 1 jam mengikut jalan baru,  saya dah serik.
Saya akan mengesyorkan suami balik rumah kami selepas Asar. Sempatlah membeli barang keperluan dan berjalan-jalan.

Ke mana sekali pun, saya tetap menemani dia ke mana yang perlu. Jika tidak boleh membuat 'brainstorming' sekalipun, saya boleh melihat perkembangannya. Jadi senang nak bersembang dan mengasah idea.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

monolog : Frozen



Tidak lama dahulu, saya memperkenalkan 'chest freezer' kepada Ma saya.
Sebenarnya saya yang 'admire'  freezer tu sangat-sangat, sebab saya pernah masuk kelas frozen food.

Adik lelaki saya yg tinggal di kawasan yg sama teramat sibuk utk membantu Ma keluar membeli barang rumah. Dia sendiri jika membeli barang harian,  kegemarannya mesti tempat yang sesuai utk pasangan muda sepertinya (pasaraya yg ada fast food dan lauk paket yg mahal harganya.)

Barang keperluan runcit paket dan tin mendadak naiknya. Saya pula sangat tidak mengesyorkan Ma dan adik-adik yg lain untuk berbelanja di pasaraya pantai timur atau econjaya  utk sayur dan lauk meskipun trend itu makin menular Saya tahu harganya. Bagi sebuah bandar kecil di Besut, Pasar Basah masih lagi dikira murah dan more budget utk keperluan sayur dan lauk pauk. Saya pernah memborong barang keperluan di pasaraya, bahkan pasar basah di Besut, sekadar utk memantau harga. 

Perbelanjaan harus diatur. dan kerana fridge di rumah kami kecil saiznya, jadi saya mula memperkenalkan chest freezer kepada Ma. Mula-mula Ma fikir barang sprt itu hanya utk aiskrim..
^__^

Saya memang admire frozen things. Lebih-lebih lagi freezer tu. Barangkali pengaruh kelas frozen food saya.  Kelas yg saya masuk itu cuma frozen kuih, dan  my hubby tak minat makan kuih... maka sangat jaranglah saya membuatnya. Kilang hubby ramai lelaki, yang hanya minat makanan ala snack dan makanan berat, sukar memperkenalkannya.
Lost motivation. 
Tetapi....
saya still ada huge space di fridge untuk letak frozen. Sebab yang beku tu bahagian bawah. Kadang-kadang saya banyakkan air rebusan ayam, sebahagiannya saya bekukan dan masukkan dalam mee goreng atau sup lain. Saya pernah lihat peniaga gerai masukkan air rebusan ayam semasa menggoreng nasi . Sangat laku jualannya. Sekadar nasi goreng kampung.

Biasanya saya rebus ayam yang baru sehari dua dibeli dr pasar . Alhamdulillah, di BB dekat dengan pasar tani dsbg. Masih manis rasa meskipun sekadar merebus bahagian tulang. Isinya kita masak masakan lain. Sebahagian lauk yg saya masak banyak pun , sebelum hidang,  saya bekukan. Lainkali cuma panaskan... jadi lauk lebih. Leftover yang kami dah sentuh pula, saya akan berusaha habiskan keesokan hari.
(Hubby tak pernah tahu bagaimana saya sediakan semua ini, kerana dia hanya mahu makan. :) Tetapi perlahan-lahan saya sering memperkenalkannya teknik yang saya buat dan perkara dapur yg lain, just sebagai topik perbualan. Moga Hubby lebih memberi motivasi utk kita berkarya di dapur. ;)


Saya stop dulu, rasa mamai lagi kerana baru balik dari mengecat rumah yg hendak disewakan pada orang. Kudrat wanita pun dikerah sepenuhnya. Take care. :)


 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, March 14, 2013

haha...sembang kosong

 
haha..  Sembang kosong.

1. Kenapa BR1M diberi dekat-dekat pilihanraya 2013?
Tak pelik la. Sedangkan duit RM malaysia yang baru pun bank  keluarkan dekat-dekat  raya puasa, barulah rakyat  berebut-rebut nak tukar utk bagi duit raya. Dgn itu duit baru dah tersebar secepatnya di seluruh Malaysia. Inikan pula BRIM. Kepopularitian ? (ada ke perkataan ni?


2. Kenapa banyak sangat jenama 1 Malaysia?
Er....
Baiknya, rakyat yang benar-benar susah dapat membeli barang keperluan tanpa KOS jenama dengan kualiti yang dijamin kerajaan. Bahkan dapat menembus ekonomi yang tinggi peratusnya dikuasai bangsa lain. Bla...bla..bla...
Yg sebaliknya,  (kita paham sendiri la yer... 

3. Nape kat tv banyak iklan yang menyentuh hati (lagu patriotik, 1malaysia, lagu terima kasih.. bla bla...
Er... saya dengar dengar sebab lagu tu sedap jugak. Kita jangan serkap jarang pada orang yang menyanyi tu . Kalu duduk luar negara, baru kita tahu makna nationaliti, bila orang tanya, kita cakap orang Malaysia juga . Anggap jerla lagu rakyat. Bla.. bla..

4. Satu hari ada panggilan. Pemanggil bertanya 'soal-jawab'
Puan, kami nak buat soal selidik, jika pilihanraya nanti puan nak pilih yang mana?

- Puan itu menjawab:  kalu dia Islam, saya undi.   Kat kampung saya ni ramai Islam.





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

ini bukan paranormal.



Pernahkah anda diancam?
atas kesalahan yang anda tidak pernah perbuat?

Saya pernah melihat situasi ini. Dan itu bukan terjadi kepada saya.
Saya ada di situ, bukan masuk campur... tetapi sebahagian dari mereka juga.
Saya tidak pernah melihat ancaman begitu di hadapan mata, atau mendengarnya. Sepanjang hidup saya.

Meskipun arwah abah garang orangnya, Mama sentiasa melindungi anak-anaknya. Bahkan mama sentiasa membacakan petikan al Quran untuk melembutkan hati arwah abah. Maka kegarangan tidak pernah sampai di telinga kami, dipukul pun jauh sekali.

Barangkali sebab mama mempunyai ayah yang garang, arwah Tok cik saya.
Orang dulu-dulu lain caranya mendidik , apatah lagi umur arwah abah jauh sangat bezanya dgn mama.  Maka Alhamdulillah, saya tidak merasa dipukul atau dimarah dgn kejam.  Malah menjadi budak yang kuat merajuk pula.  (itu dulu la... hehe  :-)

Mama sentiasa berusaha dengan rumahtangganya. Mama tidak penakut menghadapi pelbagai hal.
Adakah saya mampu menjadi sekuat itu?
Hum.

Oh... lupa, kisah di perenggan atas. :)

Jadi, ia first time saya melihat orang yang sakit hati sangat-sangat katanya kerana mahu membela oranglain  yang dia fikir betul, maka dia mengancam-ngancam pihak lain.
Sekejap dia sebut ttg  hukum hakam, sekejap dia mengancam untuk memukul dsbg. Entah betul tidak orang ni.
:)

Ah... akhirnya saya sedar, kita tidak harus sentiasa dalam dunia kita, bila kita teeeermasuk dunia lain, kita akan berasa...
ancaman orang yang begini, (luarnya 'looking good', tapi hatinya penuh benci, tidak puas hati sepanjang masa )
 adalah bagaikan anjing menyalak bukit.
Bukit tidak terjejas dgn salakan itu.





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, March 12, 2013

Hukumnya sunat..... dan yang itu wajib.



Kelmarin, sempatlah saya menonton semanis kurma. Tentang tinggal bersama mertua.

Saya teringatkan keluarga sendiri.

Kami sama-sama anak sulung, jadi rasa tanggungjawab itu lebih.
Jika tak kena cara.... ramai orang mudah menuding jari kepada kami jika apa-apa yang berlaku dalam keluarga.

Maka, untuk mengelak hal begitu, seringlah saya mengalah, agar suami melaksanakan tanggungjawabnya  dgn baik. Dr segi masa, perhatian dan pelbagai.
Saya berharap ma abah, malah mertua serta adik beradik sentiasa Husnu Dzon kepada kami agar kami sentiasa istiqamah.

Begitulah, kasih-sayang sering berbahagi.

Melihat setiap saudara belah suami, yang tinggal berjiran dgn anak, saya berasa ada kemungkinan saya dan suami harus berbincang soal orangtua. Saya tidak pasti, tetapi saya mempunyai seorang ibu yang bergelar janda.

Saya pernah melihat jiran yang mana anaknya pulang beraya setiap tahun.. tanpa isteri. kerana isterinya mempunyai seorang ibu yg bersendirian, dan isterinya itu anak tunggal.
Ramai orang melihat perlakuan itu salah. Katanya membahagiakan hati suami dan ibu mertua hukumnya wajib.
Tidak pernah saya berasa hal itu akan terjadi kepada saya.

Melihat adik lelaki yang sudah ada 3 orang anak, manakan sempat hendak melihat ibu saya. Bahkan ibu saya yang sering membantunya menjaga anak-anak.  Dia akan berpindah kerana kerjanya akan posting merata.

Hendak membina 'Mahligai' di atas tanah di kampung, manalah kami adik-beradik mampu. Arwah Abah telah sangat uzur semasa kami bersekolah,dan motivasi sering terganggu..

Tak apalah. Kami sering memberinya duit sara hidup, meskipun mama sangat berdikari orangnya.

Sebagai adik-adik perempuan... mahulah juga sekali sekala merasai kasih-sayang abang-abang tiri... ataupun berharap kepada mereka selaku anak-anak dari bapa yang sama. Tetapi banyak kali, saya takut, jika disalah erti, nanti ada orang yang tidak suka atau dikatakan mahu membebani. Cukuplah.. dgn isu semasa hendak bergilir menjaga arwah abah dulu.. 

Itu tidak apalah. Saya tidak khuatir. Selagi kita berharap, Allah tak akan membiarkan kita.

Ustazah Rubiah  kelmarin berkata hukum menjaga mertua itu wajib. Menjaga ibubapa sendiri itu sunat... maknanya meninggalkan mereka hukumnya makruh. Alhamdulilah, buat masa ini umur mama 53 tahun, dan masih sihat, dan dia mahu tinggal di rumahnya sendiri.
(Entah apa cerita orang yang dia dengar... mama sangat risau jika anak-anak menyinggung perasaannya, apatah lagi bila tinggal bersama menantu)

^___^ sambil geleng kepala.

Saya memahami, sebab saya juga ada membaca keluhan oranglain yang menjaga ibunya sendiri, bukan mertua, tetapi sangat susah katanya untuk menjaga hati, apatah lagi dia seorang ibu kpd bbrp orang anak yang tahan lasaknya . Aduhai, saya pun resah mendengarnya.
Saya juga pernah membaca kisah seorang anak perempuan yang sangat berlemah lembut dgn ibunya dan tidak pun bersuara tinggi. Hasilnya, umur ibunya sangat panjang... Subhanallah. Itu rezeki dia. Saya harap, saya tidak mengabaikan mama...

Moga Allah mengasihi kita, selagi kita mengasihi ibubapa.




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Musuh dalam selimut yg menangguk di air yang keruh

Berhati-hati dgn orang sebegini. 


Saya tidak tahu wujudnya orang sebegini.
Sejak saya mula meyambung pelajaran, barulah saya sedar.   Saya merasakan kepercayaan kepada orang itu, kerana dia orang yg dihormati, lalu saya tercerita sesuatu kepadanya tentang hal pelajar yang hangat masa itu . Saya fikir, dia seorang yg amanah dan hatinya bersih.
Sungguh , saya bersangka baik sangat2.

Rupanya,dia menangguk dari air yang keruh dan buat sesuatu di belakang saya. Dia mengadakan peraturan baru, dan membuatkan semua pelajar yg terlibat  marah. Ia satu perubahan yang besar dan saya terseret sama. Sebagai seorang yg berilmu dan berpengetahuan, tidak tahukah dia menarik rambut dari tepung? Saya tidak tahu kenapa saya pernah terlibat dgn orang begitu. Kecewa dan pasrah.


MELUAHKAN HATI

Sebagai insan punya ramai saudara mara, tidak semuanya baik dgn kita. Itu biasa kan?
Namun rasa kasih-sayang itu wujud sendiri. Saya sering berasa dia baik orangnya dan hatinya bersih.
Anehnya, kita rasa sayang padanya.... tetapi dia bersangka buruk dgn kita. Itu tak apalah, mungkin dia salah faham. 
Satu ketika, disebabkan dia mahukan sesuatu daripada  kita, dan kita tak mampu berbuat apa-apa ketika itu,  dia marahkan kita. Dia menyebabkan kepala saya seperti bertanduk.
Dia mencanangkan kepada ahli keluarga yang lain, bahawa saya begitu dan begini. Menuduh saya dgn pelbagai kata-kata di hadapan ahli keluarga . Sebagai orang yang berilmu dan berpengetahuan tinggi, malah berumur, sepatutnya dia berkelakuan wajar dan lebih baik.

Apa yang anda rasa bila kita bersalam, orang palingkan muka? Bukan dgn orang yg menuduh itu.. tapi keluarga yang lain yang terperangkap dgn sarang labah-labah itu.
Cuma 2 pilihan saya, samaada tidak bertemu muka atau bertemu muka dan bersalam dgn rasa persaudaraan. Tetapi... saya tidak melayan orang dgn memalingkan muka sprt itu. Seperti kita orang besar-besar. Kita juga harus rasa kasihan kepada orang yang mghulurkan salam..

Sama seperti bila kita memberikan satu kepercayaan kepada seseorang yang kita hormati untuk dia mnjadi orang tengah untuk membantu mnyelesaikan masalah kita. Rupa-rupanya... dalam hatinya terselit hati musuh, mahu menangguk di air yang keruh. dan dia telah merosakkan kehidupan dan nasib ramai orang.  Astaghfirullah, dia meminta maaf pun, saya rasa kematu di hati. Hanya Allah yang tahu.

Oh... insan, rambut sama hitam.. tapi hati lain-lain.




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, March 8, 2013

a reminder: spiritual exercise

  Klik newtab untuk saiz besar atau Ctrl + untuk membacanya. mana yang selesa. :)



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, March 4, 2013

halwa telinga - Ya Badratim rahmat ekamatra


Salam kasih mesra,

Mohon maaf atas ketiadaan.  
Saje menunjukkan vcd yang pernah suami beli dr yayasan as sofa. Dah lama dah, cuma tak sempat upload kat internet. Tetapi ada seseorang yg dah upload, jadi saya bentangkan liriknya sekali.
Sendu dengar suaranya... :) nak tengok lirik besar sikit, klik newtab :)



DENGAR MP3 :  http://mrbelia.pun.bz/files/01-ya-badratim.mp3
(Terima kasih kepada tuan punya blog kerana download mp3 ni :)














Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers