:D macam-macam jenis senyum. spreadsalam
Positive side.
Kadang kala kita tidak menjadi diri sendiri semata-mata kerana kita berasa diperhatikan, dalam setiap kelakuan. Rasa kekok. Buat camni ada yang menjeling, buat camtu ada yang menegur.
Just ignore.
Kita anggaplah ia Tarbiah kepada diri sendiri.
Mengalah dan bertolak ansur tidak semestinya kita dah kalah. Kita hanya merendah hati.
Semat di hati - Allah menyukai hambanya yang kuat dan percaya diri, bukan mnjadi hamba kepada prinsip oranglain.
Bila masalah itu datang...
haha. Ada menonton Islam TKI tvalhijrah?
Dalam ketawa, terasa, menangis, dgn kisah mereka .
Satu saat, pak tua yang sering menegur itu berkata:
"Biarlah orang itu menghinamu,
terimalah dgn hati yang lapang, dan doakan dia.
Agar hatimu kuat dan belajar untuk menerima semua keadaan.
( kerana masalahmu di dunia bukan hanya satu ).
masalah yang datang itu, hanya Cubaan untuk Iman."
.........
Samalah bila pak tua itu berkata, " Jangan kau menyirikkan Allah dgn pekerjaanmu. Hanya kerana bekerja, kau tertinggal solatmu."
"Jika tak tahu, belajar. Jangan Islammu hanya pada kad pengenalan".
Nasihat yang baik,yang memantapkan iman... dengarlah, hayatilah.
Percaya tak, bila kita memuji seseorang yang kita sayang, "Hensem", "baik", "caring" sedangkan dia tidaklah seperti itu 100%, kita akan mendapat hasil yang menakjubkan? ^__^
Anak yang tidak pandai, akan yakin diri utk mnjadi pandai.
Suami yg kurang berhias, lebih bergaya kerana dipuji.
Isteri yang kurang pandai , semakin pandai mengurus rumahtangga kerana suami sering memuji.
Bila seorang peniaga memuji saya "soft spoken" dan lembut, saya berasa segan sebab saya bukanlah 100% seperti yang dikatakan. Mereka sangat baik sehingga memuji sprt itu. (Oh, pls don't judge me) Saya sangat malu, kenapalah saya bukan sprt yang mereka katakan. Saya sangat malu tapi seronok. Tanpa sedar, mereka membuat saya berazam untuk bersikap lebih baik dan menjadi wanita yg lebih baik.
:)
Jangan fikirkan sangat.
Ada masa, muka kita menjadi muka tempat orang meluahkan perasaan. Kita ada sifat empathy yang kuat terhadap oranglain. Kita mahu mendengar. Tetapi ada masa empathy itu berlebihan sehingga terbawa-bawa dalam hidup kita. Kita terlalu memikirkan soal dia.
Just, make it easy.
Menangis bersama, suka bersama. Tetapi haruslah adil dalam 'melihat' sesuatu.
Lihatlah dengan mata hati, bukan mengikut-ikut orang.
Kisah hidup manusia tidak tamat di situ... kerana kejadian dari Allah itu perkara ghaib.
Buruk atau baiknya sesuatu yang ditentukan/diberikan Allah adalah perkara yang ghaib. Kita tak tahu adakah yang diberikan Allah benar2 baik utk kita, atau yang tidak diberi itu adalah lebih baik?
Make it easy,
Kita penat melalui suatu keadaan. dan cuba melakukan semua perkara sehingga kita terganggu.
Kita mengejar masa, sehingga kita berasa orang lain tidak secepat kita.
Kita mahu berada di depan, sehingga tinggalkan orang di belakang. Tidak mahu tahu keadaan sekeliling macam mana.
Man La Yarham, La Yurham. (Siapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi).
Berhentilah rehat 10 minit. Lihat apa yang perlu dibantu sekeliling kita.
Kemudian teruskanlah apa yang kita nak buat, dan rasailah jiwa kita lebih bertenaga berbanding sebelumnya :)
Make it easy.
Senyumlah.
Senyum itu menghubungkan perhubungan dan mengundang rezeki utk memudahkan penghidupan kita.
Saya doakan agar semua teman2 dan visitor sentiasa sihat dan bahagia selalu..
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum indah.
ReplyDeleteBila segala kesusahan dan kesulitan kita hadapi dengan senyuman dihati Insyaallah kita akan sentiasa sihat dan bahagia.
Snyuman saya untuk indah di column 1 row 3. Ok tak?
saya pun suka tgk Islam KTP di Tv alhijrah tu..dalam ketawanya ada nasihat berguna..
ReplyDeletep/s : nur kasih tak tulis novel ke?kata-kata anda indah sekali..(^_^)
Salam kasih makbonda,
ReplyDeleteOk, senyum makbonda mesti ok. hehe.
Harap segalanya berjalan lancar utk makbonda. Takziah, atas pemergian saudara makbonda. Al fatihah.
Salam mesra teacher,
Islam KTP eh? hehe.. saya silap tajuknya. sekali sekala tengok saje.
er, novel? kalaulah saya pandai menulis cerita. :D