
Sebelum goreng..

Selepas... harum semerbak. memang rasa nak cari kuah kacang tang2 tu jugak.... huwa!
SATE GORENG - sumber kak Fida,MyR
Satay_goreng
kak fida@myresipi.com :Satay yg tk perlu dicucuk dan dibakar,hanya menggoreng aje tetapi rasa tetap same.Sesuai utk juadah hari lebaran dan juga rumah terbuka.
Bahan-bahan ( 10 orang )
* 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
* 150 g gula pasir
* 100 g gula merah
* 100 g madu, 2 sk garam
* Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
* 3 sb ketumbar biji - sangar
* 2 sk jintan halus - sangar
* 1 sb lada sulah biji
* 6 ulas bawang putih
* 1/2 jari halia
* 2 hiris lengkuas
* 4 batang serai - hiris
* 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
4. Untuk kuah satay - http:/www.myresipi.com/top/detail/5464
