Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, June 29, 2012

Kadang-kadang, terpaksa pentingkan diri sendiri...


Salam sejahtera,
Ini masuk bab-bab wanita dan rumahtangga. Ya, benar itu. Kadang-kadang kita terpaksa pentingkan diri sendiri. Tidak larat nak penuhi permintaan setiap orang. Atau setiap permintaan, meskipun dari ibubapa sendiri.



Ibubapa yang baik akan sentiasa memahami, bahawa anak-anaknya sudah mempunyai kehidupan sendiri dan tanggungjawab yang perlu dipikul.  Ibubapa saya sendiri, tidak lari dari masalah sendiri, tetapi, mereka banyak bertolak ansur dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya, saya rasa tidak wajib balik Besut banyak kali setahun.  Saya bersyukur saya sebab mereka redhakan saya.  Hakikat, saya banyak lihat anak-anak dipaksa-paksa ibubapa mereka menurut kata, jika tidak berkecil hati pula.  Saya bersyukur sebab ibubapa saya mahu bertolak-ansur dan bersangka baik terhadap keputusan saya dan suami...


Kadang-kadang kita terpaksa pentingkan diri sendiri bila terlibat dalam satu situasi, yang mana satu utk kepentingan kita, satu untuk kepentingan oranglain.  Bila ada anak, kita bagi alasan sebab anak meragam atau apa saja. Bila takde anak, kita nak bagi alasan apa?  Atau jika tidak bekerja, kita nak bagi alasan apa? Nanti dengarlah orang 'smash' kita.... " Dah tak kerja, nak  sibukkan apa?"
Sebenarnya.... jika tak bekerja  'tetap', kita akan mencari kerja untuk mengisi  hidup kita. Itulah sebab utama.  Husnu Dzon (bersangka baik) itu penting, sangat penting...

Kadang-kadang, saya terpaksa bersikap pentingkan diri, demi kerana saya seorang  Isteri kepada seorang suami, menantu kepada  keluarga lain . Ibubapa saya dan adik-adiklah yang mungkin berasa hati. Tetapi, kita pujuk, kita cakap, kita tegas dengan keputusan kita tetapi tetap menunjukkan rasa belas kasihan dan sayang kita. Harapan saya, mereka redhakan saya...


Kadang-kadang, saya terpaksa bersikap pentingkan diri, demi kerana  saya seorang Suri di dalam rumahtangga.  Sayalah manager, sayalah organizer, sayalah tukang masak, sayalah tukang cuci. Jadi, demi kerana kita ada rasa tanggungjawab dalam rumahtangga, kita terpaksa menepikan permintaan oranglain. Jadi, dalam soal ini,  fokus  hanyalah kepada keluarga saya sendiri... (Saya + Suami) pada ketika itu.  Jika berkaitan hubungan dengan family suami, maka saya serahkan pada suamilah untuk bercakap.  Jika  keluarga saya, maka sayalah yang bercakap. Dan saya amat berharap mereka  bertolak-ansur dan redhakan saya dan suami.. Itu sajalah harapan saya. :) 

Teringat pula, banyak perkara yang kami terpaksa kejar kerana  hendak  masuk rumah baru kami ini.... Nak pindah,  akhir bulan  bulan 7  nak masuk bulan 8 .  Tuan rumah sewa sekarang pun dah bagitau dah. Memang terpaksa pentingkan diri sendiri buat masa ini.

Kalau bab membeli dan mengatur barang rumah, memanglah saya terpaksa pentingkan diri bila tidak mahu mendengar cakap-cakap orang. Yalah, HANYA kita yang tau apa yang kita perlukan. Oranglain tak tahu. Jadi, janganlah kita berkecil hati bila kita nak beli barang itu, barang ini,  ada bantahan oranglain. Sedangkan itu rumah kita, keperluan rumahtangga kita. Menjadi seorang Suri, terpaksalah berdepan dengan situasi macam ni... Betul kan? :))   Suami saya sendiri sering berkata, kita buat dan beli perkara yang kita perlu.  Saya selama ini, melebihkan Barang Dapur dari segala yang lain, termasuklah pakaian saya sendiri. Dah bajet ke situ....  kita jangan kecil hatilah bila dengar cakap-cakap orang. Rumahtangga kita kan,  ada BAJET SENDIRI....  Kan? :)


Tapi IMROVEMENT dalam rumahtangga kena ada, kena ada.... kami juga banyak impian yang belum tercapai. :))



Dan bersangka baiklah, mementingkan diri sendiri itu tidak salah, kerana  suatu hari nanti kita pun terpaksa memahami  keadaan oranglain apabila kita memerlukan mereka tetapi mereka tidak dapat membantu kita.  Dan keadaan itu tidaklah membawa perpecahan.


Serius, tetapi hakikat.


Alhamdulillah, atas segala rezeki suami yang tidak putus, atas nikmat  keluarga dan keluarga suamiku yang sangat baik kepadaku , juga segala nikmat dan ujian yang diberikan kepada HambaMu ini, wahai Allah, tuhanku. Hanya Engkau dapat membalas kebaikan mereka. Harap lapangkanlah kehidupan mereka dan bahagiakanlah mereka sebagaimana yang daku rasa dengan diberikan rasa cukup dengan apa yang ada, dan maafkan daku atas kelemahan diriku . Amin..




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, June 28, 2012

Buku: Blues Amni Oh Kerja!




Selepas Bern menghantar kereta amni ke bengkel, mereka singgah di RR  Awan besar untuk makan.

“ Dari tadi saya lihat awak seperti berangan. Nasi tidak disuap ke mulut… Sekejap muka awak kelihatan sedih.. sekejap bukan… entah.. saya sendiri sukar mahu menafsirkannya. Mengapa? Apa masalah awak?"

Amni terdiam beberapa detik sebelum bersuara lemah, “ Hari ini nasib saya malang. Saya dimarahi oleh seorang pelanggan… “

Mendengar luahan Amni, Bern tersenyum panjang sebelum menyambung kata, “Oh, biasalah soal dimarahi pelanggan. Costumer always right, right?”

 Tetapi Amni pantas menggeleng, sambil menggigit bibir, tidak peduli gayanya itu kelihata seperti kanak-kanak pada pandangan mata Bern. “ Tetapi ini sangat  tidak betul. Dia seorang doctor, bergelar Haji pula.. mengapa dia sanggup menyumpah saya?”

 Dahi Bern berkerut. Mulutnya berhenti mengunyah. Tangannya juga berhenti mencubit ayam Seluruh perhatiannya kini ditumpahkan kepada Amni, “Apa yang dia cakap?”

“Saya ini tidak pandai dan penipu..” Amni kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit. Dia membuka SMS dari Dr Roslan lalu dihulurkan kepada Bern. “ Awak bacalah sendiri apa yang dia tulis?”

Bern menyambut telefon bimbit Amni. Sebaik saja membaca SMS tersebut, dahi Bern berkerut hebat. Dia memandang Amni dengan muka tidak percaya sambil menghululurkan kembali telefon bimbit kepada Amni.

Melihat reaksi Bern itu, Amni bertanya, “ Saya sedih sangat…. Mengapa ya, dia sanggup berkata begitu? Macamlah saya ini banyak sangat dosa terhadap dia… dia tidak fahamkah saya cuma bekerja dan menjalankan tugas sahaja? Lagipun dia sudah bergelar haji, mengapa sanggup mengata orang yang bukan-bukan?”


“ Dalam hal Agama, ada satu perkara sahaja dalam diri orang yang ‘belajar’ agama, tetapi  tidak mengamalkan. Tidak mengkaji dan tidak menjelaskan ilmu-imu itu senndiri. Orang seperti ni selalu mahu menjatuhkan orang lain dan berlagak seperti merekalah yang benar, walaupun memang kadang-kadang mereka betul. Namun merekia menganggap orang lain sahaja berbuat salah. Mereka sering mendabik dada mengaku Islam, tetapi pengisian Zero!”

Amni terdiam sebentar. Ada benarnya cakap Bern itu. Tetapi jangan-jangan dia pun serupa seperti yang dicakapkan itu. Menunjuk-nunjuk bersolat. Tiba-tiba Amni berprasangka buruk terhadap Bern. Apa yang ada dalam fikirannya terus terlontar keluar. “ Bagaimana pula dengan awak sendiri?”

Dahi Bern berkerut. “ Apa maksud awak?”

 “ Yalah… jangan-jangan cuma di hadapan saya sekarang awak solat, untuk tunjukkan bahawa awak pemuda yang baik dan beragama.”

“ Astaghfirullahalazim…!” Bern beristighfar panjang. Raut mukanya berubah menjadi merah padam. “Amni.. untuk apa saya menunjuk-nunjuk? Solat itu tiang agama. Apabila tiba waktu solat, saya akan berusaha untuk tidak melengahkannya. Imam Syafie pernah menyebut ‘ Seseorang yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan mampu memberi sesuatu.’

Maksudnya sekiranya saya tidak mempunyai ilmu agama, tidak patuh urusan solat dan rukun Islam, bagaimana saya mahu memberi tunjuk ajar kepada oranglain terutamanya kepada isteri dan anak-anak? Contohnya sekiranya saya tidak tahu membaca al Quran, bagaimana mahu mengajar anak membaca al Quran?”

Tersentap Amni mendengar jawapan Bern. Serta-merta timbul rasa bersalah bercampur malu dalam hatinya kerana memperlekehkan Bern. Tidak semena-mea dia mengutuk diri sendiri. 

“Maafkan saya, saya tidak sepatutnya merendah-rendahkan awak.. saya Cuma terpegun kerena menemui pemuda seperti awak sebab selama saya bekerja, saya… “  Kata-kata Amni putus di situ. Dia tidak sanggup mahu meneruskannya. Malu dan bimbang Bern akan memandang serong padanya.


Bern mencerunkan mata, seolah-olah melakukan pengimbasan terhadap Amni. Kelihatan sedikit ragu, Bern bersuara, “Awak tidak solat?”

Terbeliak mata Amni mendengar telahan itu. Sangat tepat! Malunya Amni sehingga tidak terkata lagi. Terkebil-kebil memandang Bern. Tetapi pemuda it uterus merenung, mengharap jawapannya.

 Akhirnya Amni membuat pengakuan berani mati.” Bos saya pernah marah-marah, katanya sekiranya saya solat pada waktu pejabat, itu sudah mencuri waktu kerja kerana dia yang membayar gaji.”

Bern menghela nafas panjang sambil menggeleng-gelengkan kepala. “ Bos itu tuhan awak? Awak lebih takut Bos berbanding kepada Allah?

Cepat-cepat Amni menggeleng. Tiba-tiba dia terasa mahu menangis. Menangis malu dan menangis kerana terasa jahil berhadapan dengan Bern. Agak lama Bern tercernung sehingga membuatkan Amni tersalah tingkah.  “ Habislah kau Amni! Mesti Bern akan anggap kau perempuan jahil!” fikir Amni.

“ Amni, menunaikan solat itu wajib bagi setiap umat Islam. Dari hadis riwayat at Tarmizi, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah Solat seseorang. Sekiranya solat diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan sekiranya solatnya tidak diterima, rugilah ia. Sekiranya terkurang dari solat fardunya, Allah berfirman, “ Periksalah, adakah hambaku mempunyai solat sunat yang dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardunya?" Demikianlah keadaan amalnya yang lain.
Seorang Mukmin sejati tidak akan cuai dalam melaksanakan ibadat solat fardu yang diwajibkan termasuk menjaga waktu, mematuhi tertib solat disamping mengerjakan ibadat sunat yang termampu olehnya. Begitu juga dengan memenuhi perintah menutup aurat, adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah lainnya. “ Habis berkata, Bern menjeling sekilas ke rambut Amni yang diikat tocang ke belakang.

“Spontan Amni tertunduk. “ Perkara inilah yang menghantui saya sepanjang bekerja, Bern. Banyak yang saya fikirkan termasuk halal haram makanan yang saya makan. Saya mahu bertudung, tetapi keadaan persekitaran kerja membuatkan saya rimas. Sekiranya berkenaan solat, bukannya saya tidak solat langsung. Saya hanya dapat mencukupkan solat lima waktu apabila hari cuti. “

“ Amni… “ Bern memanggil lembut sebelum Amni menghabiskan kata-katanya. Apabila Amni mengangkat muka memandangnya, Bern berkata dalam senyuman, “ Kerja bukan alasan untuk kita menidakkan perintah Tuhan. Janga sampai terlalu asyik bekerja sehingga kita melupakan Dia. Semakin awak melupakan Dia… semakin awak merasakan hidup awak sempit. Sekarang awak berasa rimas dengan tempat kerja, jadi tidak mahu bertudung. Tetapi adakah awak memikirkan balasan Allah di Akhirat kelak?

Ada dialog antara Rasulullah dengan anaknya Fatimah berkenaan seksaan mendedahkan rambut.
“Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.” Fatimah bertanya mengapa terjadi demikian rupa. Rasulullah menjawab, “ Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya di hadapan lelaki (bukan mahram). Rasulullah melihat penyeksaan umatnya ketika baginda melalui perustiwa Israk dan Mikraj.

Tanpa dapat ditahan-tahan, airmata Amni menitis lagi. Sedihnya… malunya… kerdilnya rasa diri ini… Banyak hal yang tidak terduga berkenaan Bern. Walaupun dia kelihatan tenang dan santai pada penampilannya, tetapi jiwanya penuh ilmu agama.

ms 261-264 Blues Amni, PTS litera. 


NOTA NURINDAH:  

1.  Saya pernah membaca  catatan seorang blogger yang bekerja dengan chinese,  dia berasa hairan kerana bosnya itu amat percaya kepadanya, menumpang keretanya, suka berbual dengannya. Bila dia bertanya bosnya, bosnya itu berkata, "  I percayakan You kerana You  solat.. ".
Bila saya cakapkan pada suami, dia kata betul, sebenarnya orang bukan  Islam lebih suka kepada orang yang solat kerana orang yang beragama ada pegangan, dan tidak akan buat yang bukan-bukan.

2. Pengajaran, tak semua apa yang kita fikirkan  kita kena luah pada seseorang.  Tak semua benda kena cakap, meskipun kepada orang yang rapat dengan kita atau yang sudi mendengar cakap kita. Percayalah, meluahkan perasaan itu, haruslah dengan hikmah.

3. Seringkali  apabila melihat golongan tertentu, saya terfikir, patutkah saya berasa sinis pada mereka?  Sedangkan kita tahu,  Allah menilai apa yang ada dalam Hati kita.  Astaghfirullah...  Cukuplah kita bersyukur dengan keadaan kita, dan berdoalah agar mereka mahu berubah.
Aurat... oh, aurat.....
Pertama sekali saya mahu  fikirkan bab renovation rumah, ialah reno yang mampu menjaga aurat saya.  Sebelah dapur rumah baru saya ialah  India , dan ada anak, budak lelaki yang dah besar. 

3. Orang beragama ialah orang yang mengamalkan perintah Allah, mengamalkan apa yang dia belajar.


Aduhai.... adakah saya juga telah mengamalkan apa yang saya belajar? 





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Budaya orang... proposal

Salam sejahtera,
 :)  Blog saya ni versatile,  semua boleh masuk.




;Tak nak cakap panjang, mula-mula tengok video ni.








Kemudian tengok video ni pula :))..........





Will you cry or laugh?
Jangan ikut. Itu budaya orang, :)








Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, June 26, 2012

Husnuz Dzon, dan kata-kata jujur, dan itu bahagianku


Salam sejahtera,
Alhamdulillah,  saya ok. :)Sekadar nak update, sebab dah bersawang dah.  Saya tengah atur balik masa saya.  Menghadiri kenduri saudara-mara dan kenduri teman suami sepanjang hujung minggu. Perjalanan dari BB ke banting, sudah melepasi  tahap musafir.  Kira jauh dah tu. Kereta tua kami cepat panas.hehe... memang panas betul, sebab  filter dia selalu kena cuci, selalu kena tukar. Bila berhenti macam siput sedut masa traffic jam, temperature kereta kami dah naik.

Saya rasa tidak salah kalau saya  komen tentang kereta kami.
Tapi jarang sangat ada yang menasihati,
" Sabarlah, ada rezeki adalah kereta baru tu. "  Sebab saya selalu rasa serba -salah bila nak bercakap soal itu.  Kecuali, dengan  seorang mak sedara hubby, yang merupakan kakak ipar mertua saya.  Dialah juga orang yang menenangkan hati saya bila saya mula-mula sampai di rumah Mertua. 
Saya berasa lapang hendak bercakap dengannya. Jarang sekali saya berasa dia memihak kepada sesiapa dalam nasihatnya, tidak juga mengadili siapa yang salah atau betul, bahkan saya tidak berasa sendirian bila bersama sanak saudara suami.  Alhamdulillah, cukuplah begitu. Siapalah saya, cuma orangluar yang sendirian di rantau orang...




Berkata jujur, tetapi jangan terlalu jujur. bagaimana?

Jujur itu baik, ia sifat orang Mukmin, tetapi terlalu berterus-terang, itu menyakitkan hati.  Ada perkara kita tak perlu ungkit-ungkit, terutama kesalahan orang yang dah berlalu. Menyakitkan hati, bukan juga sifat Mukmin. Seringkali, kita terlalu jujur demi menunjukkan kata-kata kita amat benar dan berharap orang terima cakap kita. Tanyalah diri , adakah kita pernah bersikap begitu?
Berkatalah dalam hikmah, itu saja caranya.


Husnu Dzon (bersangka baik)

Kerap kali, saya berusaha untuk husnuz Dzon, bersangka baik.
Terutama jika ada teman-teman yang suka  merungut  tentang suaminya kepada saya,  saya sedaya upaya bersangka baik pada dia.  Walaupun saya tahu dia memang begitu, ada saja 'kesalahan' suami yang diungkit-ungkitnya .  Sepatutnya saya melarikan diri. Tetapi  saya tidak mahu menilai orang. Saya cuba memberi anggapan yang baik kepadanya. Dalam masa yang sama, saya cuba menepis, agar saya tidak terpengaruh. Alangkah payahnya... Saya perlukan tunjuk ajar yang baik...

Kerap kali, hati terasa terusik dan sakit tanpa ada sebab yang jelas,  bila saya berjumpa dengan orang itu lagi, saya husnuz dzon padanya.  Saya mahu bersangka baik padanya.

Sesunguhnya hati wanita sangat mudah terusik, tetapi jarang yang mahu mendengar.
Apabila  saya dikaitkan dengan masalah tiada anak,  adakah orang yang berkata yang menyakitkan hati itu sedar, Allah yang Pemberi Rezeki ? Jika  dia sendiri tidak diizinkan Allah mendapat anak, dia tentu tidak ada anak yang dia mahu bangga-banggakan di hadapan kaum keluarganya.
Cuma nasib saya, belum direzekikan anak. Itu bahagian saya.

Seorang wanita sentiasa memerlukan tauladan dan contoh yang baik. Itu benar. Agar dia sentiasa bersemangat dan kuat. Jika ada apa-apa yang menyentuh hati sekalipun, saya tetap akan kata,

 " ITU BAHAGIAN SAYA YANG DITETAPKAN ALLAH "
Bersangka baik dengan Allah

 Jika orang tua dahulu berkata dengan hikmah,  "Berakit-rakit dahulu, berenang ketepian, bersakit sakit dahulu, bersenang kemudian".  Al Quran juga ada kata-kata:




Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Al-Insyirah (ayat 5-6)



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, June 18, 2012

Isra' Mi'raj menguji keyakinan mukmin kepada mukjizat Allah dan mengangkat kemuliaan Rasulullah nabi akhir zaman.

Panjang betul tajuknya.  Sepanjang nota saya sepanjang penghayatan kisah isra' mi'raj.
Alhamdulillah, setelah berpusing-pusing, kami sampai di madrasah as Syakirin berpandukan GPS.  Orang yg bukan sekitar Ampang seperti kami, agak 'blur' dengan suasana kawasan kejiranan KL itu. Tetapi, demi untuk mendengar tazkirah oleh Habib Ali tentang  Isra' Mi'raj, semua itu sanggup diredah.  Yalah, lain ustaz, lain isi dan penyampaiannya. :)


Lebih-lebih lagi kelmarin ialah jatuhnya hari 27 Rejab. Beruntung para jemaah madrasah  as Syakirin.. :))  Oh, saya ubah tajuk post yang kelmarin tu. Ada sebab tersendiri.  Nota tazkirah semalam ni panjang, tetapi ada isinya. Jika sudi, bacalah. :)


Sumber nayzak gallery arts


Menguji keyakinan orang Mukmin terhadap mukjizat Allah. 

- Allah  meminta nabi Musa mengenang hari-hari kebesaran bani Israel. Seperti hari di mana laut terbelah semasa Allah menyelamatkan kaun bani Israel yang beriman dari kejaran Firaun. Ia jatuh pada 10 Muharram.
- Semasa kaum Yahudi berpuasa kerana mengenang hari tersebut, Rasulullah SAW telah bertanya apakah yang diraikan. Mereka berkata ia mengenang hari di mana Nabi Musa dan bani Israel  diselamatkan.  Rasulullah menjawab, kami lebih berhak untuk meraikan hari itu. Lalu baginda berpuasa.
-Justeru, kita ummat Nabi Muhammad perlu mengingati hari kebesaran nabi kita, Nabi Muhammad SAW terutama kejadian malam Isra' dan Mi'raj.

Isra' dan Mi'raj ialah perjalanan nabi Muhammad SAW dari  Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, ditemani Jibril, atas perintah Allah. Sepanjang perjalanan Rasulullah diperlihatkan keajaiban-keajaiban yang tidak terjangka dengan akal manusia.

Di antara kisah perjalanan itu, Rasulullah ditunjukkan syurga,  dan baginda terdengar langkah kaki Bilal.  Baginda tertanya kelebihan Bilal sehingga  baginda sudah terdengar langkah kaki Bilal di syurga sedangkan Bilal masih hidup di dunia.  Apabila ditanya kepada Bilal RA  pada satu hari, Bilal menjawab " Tidak pernah aku batal wudhuk , kecuali aku mengambil semula wudhuk , lalu solat sunat 2 rakaat sunat wudhuk ".  Allah sayang orang yang bersuci, bila kita mengambil air sembahyang, bermakna kita dalam suci hadas kecil.

Kemudian, Rasulullah juga bertemu sebuah istana di syurga, ia milik saidina Umar al Khattab. Tetapi Rasulullah segan nak masuk, kerana Umar al Khattab RA terkenal dengan sifat berani dan garang. 
Apabila diceritakan hal itu kepada Umar, Umar berkata " aku amat mengalu-alukan kedatanganmu wahai pesuruh Allah ". Ia merujuk dgn sifat Umar al Khattab yang lantang mempertahankan Rasulullah dan agama Islam pada waktu umat Islam  ditindas, sehinggalah umat Islam kuat. Pernah ada orang Badwi mahu membunuh Rasulullah kerana dia mendengar Rasulullah menjadi punca perpecahan kaum Quraisy. Bila Badwi itu memberitahu hajatnya, Umar terus bangun ingin berlawan dgn Badwi itu. Tetapi Rasulullah memintanya duduk kembali. Lelaki Badwi itu membawa seekor biawak di dalam bajunya, dan berkata aku takkan beriman kepadamu sehingga biawak di dalam lengan bajuku ini mengakuimu sebagai pesuruh Allah.  Dengan izin Allah, bila Rasululah bertanya kepada biawak itu, lalu  biawak itu berkata-kata. " Tuhanku ialah yang di langit ( dan yang mempunyai juga menciptakan seluruh isi dunia) , dan engkau ialah pesuruh Allah."  Dgn rasa takjub, lelaki Badwi itu mengucap 2 kalimah syahadah. Dia  diberi hadiah berupa makanan dan unta oleh para sahabat. dan membawa berita itu kepada kaumnya yang sedang bersiap-siap mahu memerangi Rasulullah. Akhirnya kira-kira  1,000 orang telah masuk Islam. Tidak lupa, lelaki Badwi itu juga meminta satu amalan untuk diamalkan dari Rasulullah, dan Rasulullah mengajarnya satu surah ( Qulhuwallahu Ahad..), yang mana mengamalkan surah ini pahalanya seperti membaca 1/3 al Quran.


Kaum Kafirin banyak bergantung kepada kekuatan Akal,  kerana dia tiada Iman.

- Akal ialah alat untuk memahami perkara yang BOLEH difahami oleh akal.
Sedangkan kekuatan Iman dan Aqidah dapat menerima sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal.
- Seperti itulah Abu Jahal, apabila mendengar perjalanan Rasulullah dari masjidil haram ke masjidil Aqsa ( Mekah - Palestin) dalam satu malam. Hanya orang yang beriman dapat menerima berita itu, kerana orang Mukmin, Akalnya Luas dan Imannya Dalam  kepada mukjizat Allah.
- Sepertimana kisah Nabi Sulaiman memindahkan istana Ratu Balkis. Yg memindahkan itu bukan jin, tetapi seorang manusia yang alim, pembantu nabi Sulaiman yang memindahkan istana Ratu Balkis itu dalam kerdipan mata. Ia tidak terjangkau dgn akal, tetapi ia anugerah Allah.



Sidratil Muntaha
- Satu tingkat di langit yang ke -7.
- Rasulullah menemui Jibrail kali kedua di Sidratil Muntaha.  Tetapi hanya Rasulullah dapat membusi, atau  naik ke atas  Sidratil Muntaha. Jibril tidak dapat melepasi kawasan itu. Dan di tempat yang tidak diketahui oleh Jibril atau sesiapa, di situlah Rasulullah  menerima ketetapan Solat 5 waktu oleh Allah.

Rasulullah, setiap kali mendengar Bilal melaungkan azan, baginda seronok untuk solat. Seronok untuk bertemu Allah. Sebab itulah, Solat seolah-olah berada di hadapan Allah. Kerana  diterima ketetapan solat itu oleh Nabi Muhammad SAW di  satu tempat khas yang hanya   Allah dan RasulNya sahaja yang tahu.
Semasa Solat kita sebenarnya melihat Allah secara ma'rifat dan ubudiyyah (pengabdian)

Rasulullah pernah menerima wahyu semasa sujud. Ia di waktu malam, Rasulullah meminta dari Aisyah untuk bersendirian dgn Allah, lalu baginda solat sunat dan sujud lama tidak bergerak-gerak , sehingga saidatina Aisyah takut jika nyawa Rasulullah diambil Allah. Bila saidatina Aisyah menyentuh, barulah baginda mengangkat sujud. (Maaf, saya tak sempat catit  ayat al Quran yang diturunkan masa tu)


Perjalanan Isra' dan Mi'raj ini menunjukkan kemuliaan Nabi kita, ( penutup semua nabi-nabi utusan Allah). Dan kita beruntung, kerana berada di dalam sebaik-baik Ummat, umat nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad diutuskan untuk membawa risalah kepada SELURUH UMMAT.
Sedangkan  para nabi dan rasul yang lain, ada yang menerima risalah untuk dirinya saja, atau kaumnya sahaja.

Sedangkan ada kisah seketul batu yang sentiasa mengucap salam kepada baginda setiap kali baginda melalui jalan itu. Ada kisah serigala yang menyampaikan berita kenabian kepada orang Badwi sehingga orang Badwi itu brjumpa kepada nabi lalu memeluk Islam. Ada kisah Rusa yang menepati janji apabila dilepaskan Rasulullah dari ikatannya untuk menyusukan anak-anaknya, lalu kembali untuk diikat, lalu Rasulullah meminta rusa itu dari empunya rusa, itu seorang Badwi. Badwi itu melepaskan rusa itu demi Rasulullah. Kenapa pula kita sebaik-baik ciptaan yang mempunyai akal tidak mahu mengakui kemuliaan Rasulullah SAW  sebagai utusan Allah?


Setiap nabi yang diutuskan Allah, apabila diutuskan, mereka diberi perjanjian oleh Allah. Sekiranya datang seorang Rasul yang bernama Muhammad, bantulah dia, sokonglah dia. Begitulah kemuliaan nabi Muhammad.

Nabi Musa pernah meminta beberapa permintaan kepada Allah. 
" Saya melihat ada satu kaum yang diciptakn Allah, apabila mereka berazam nak buat baik tetapi tidak melakukannya, mendapat ganjaran 1 pahala. Jadikanlah mereka ummatku.
Allah menjawab,  mereka ialah ummat Nabi Muhammad.
"  Saya melihat ada satu kaum yang apabila mereka melakukan kebajikan, mendapat pahala 10 kali. Jadikanlah mereka ummatku. "
Allah berkata, mereka ummat nabi Muhammad.
" Saya melihat ada satu kaum apabila mereka membuat 1 kejahatan, diberi olehmu 1 dosa. Jadikanlah mereka ummatku."
Tidak, mereka ummat nabi Muhammad.
Nabi Musa menangis...
"Jika begitu, jadikanlah diriku sebagai ummat Nabi Muhammad"

Tetapi tentu tidak, kan, sebab nabi Musa ialah nabi bani Israel.
Semasa dalam perjalanan pada malam Isra' Mi'raj, Rasulullah melihat nabi Musa menangis. Bila ditanya, nabi Musa menceritakan " Ada nabi setelah aku, ada ummat setelah aku, yang dikurniakan ganjaran pahala yang banyak oleh Allah. "  Nabi Musa cemburu  dengan nikmat-nikmat yang diberi kepada ummat akhir zaman, ummat nabi Muhammad, iaitu.... KITA. Kenapa pula kita tidak berbangga?







 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, June 17, 2012

Pengubat letih - hebahan sambutan Israk Mikraj

Salam sejahtera,


Bagaimana hari ini? Moga semua dalam keadaan sihat sentiasa. 


Saya hanya ingin berkongsi hebahan. Tidak berniat apa-apa.  Rasa letih hari ini, saya dan suami baru siap 'berkebun' di hadapan rumah baru. Er.. mencabut rumput sebenarnya. hehe...



MALU KE SURAU DAN MASJID?


Saya banyak kali ditanya orang, ada mengikuti kuliah-kuliah lain tak ?  Saya kata, saya hanya mengikut suami. Suami sempat pergi, saya pergilah. Jika tidak sempat, maka tidaklah.


Adakah itu jawapan yang menjengkelkan hati orang? Saya hanya senyum melihat kerlingan mata mereka. Biarlah. Biarlah komen-komen mereka...

Jika ingin belajar, pergilah ke mana-mana pun. Jangan hiraukan pandangan orang.

Dekatilah masjid, jangan berasa rendah diri jika orang  komen anak-anak kecil anda  tidak mesra masjid, sangat mengganggu orang, atau anda sendiri tidak mesra masjid.  Beritahulah, anda sedang istiqamah dan sedang berusaha melatih anak-anak menjaga tertib mereka.


Pergilah kepada orang yang menyambut kedatangan kita dgn gembira. Tanpa berharap apa-apa dari kita, dan hanya berharap kita belajar sesuatu di situ. 

Percaya atau tidak, kerap kali, .... saya dihidangkan  keluhan AJK masjid, mereka berharap kita membantu dalam acara-acara mereka. Saya menelan air liur. Oh, daripada kita mahu mencari sesuatu dalam dunia ilmu dan ukhrawi, mereka berharap bantuan tenaga kerana kita 'Orang Muda'.  Saya tidak tahu dgn konsep itu.


Bukankah konsep membantu itu dengan kemesraan, dan ikatan ukhuwwah. Jika kita masih takut-takut , dan suami pun masih sibuk dgn dunia kerjanya. Bagaimana kita? Langkah seorang isteri tidak sebebas  suaminya. Itulah konflik saya bertahun-tahun yg lampau sejak bersara dari kerja, dari usia 25 tahun seawal perkahwinan . 

Namun kini, saya semakin berani dan semakin ingin mencuba. Saya telah berjaya membuang ketakutan saya.  Sepertimana keberanian saya smasa bujang yg merantau dahulu. 

Apa sekalipun, KEIKHLASAN amat penting.  penting sangat, ia hadir tidak dipaksa-paksa kerana cinta kita kepada sesuatu. Ada seorang tokoh pernah menjawab, bagaimanakah untuk kita rajin atau istiqamah dalam suatu pekerjaan. Rasa malas atau rasa putus asa sering hadir. Jawapan beliau ialah  khusyuk. Dengan khusyuk, kita semakin rajin dalam pekerjaan kita tanpa kita sedar.


Ilmu agama ini ibarat Air yang menghilangkan dahaga.  Biarlah kita mmpunyai ijazah setinggi mana, kita tetap perlukan keperluan Rohani iaitu orang menasihati kita.


Cinta Ilmu, dalam kesetiaan dan kepatuhan kita kepada suami dan urusan rumahtangga. Insya Allah, ia dipermudahkan.  

Jangan dekati jemaah yang mengumpat, jangan dekati jemaah yang tidak melarang anaknya berbuat bising atau makan berselerak di kawasan solat, jangan dekati wanita yang kurang menjaga tertib di dalam masjid. Insya Allah, kita mudah mencintai Ilmu dan  kita mudah masuk dengan Ilmu, meskipun kita hanya pergi sekali seminggu.


Yang penting, ilmu bermanfaat. Pergi jauh-jauh , atau kerap sekalipun, tetapi kita tak amalkan, seperti tiada guna.


Jangan Sukzon (bersangka buruk) kepada jemaah wanita lain.

  Syeikh Nuruddin  mmberitahu, ada satu kisah  seorang sahabat menyampaikan kata-kata Rasulullah, bahawa, " Benarkanlah isteri dan anak gadis kamu ke masjid".  Tetapi bila ada seorang sahabat yg lain telah melarang isterinya dan saudara perempuannya  pergi, kerana dia melihat ramai wanita berhias-hias diri dan bergaya untuk ke masjid.  Sahabat yg menyampaikan kata-kata Rasulullah tadi, telah memarahi sahabat yg tadi. Sesuatu yg dibenarkan Rasulullah, jangan pula kita bantah hanya kerana melihat diri atau perilaku seseorang.  Yang dibenarkan, tetap dibenarkan. Tetapi haruslah si suami faham dan mengizinkan, barulah elok. 


Pergilah, ke kuliah mana pun. Dekat atau jauh.  Yang penting, pengamalan ilmu itu dan penghayatan di dalam diri kita. Ilmu agama  itu amanah. Siapa yang tahu, lalu menyembunyikan, ia salah. Siapa yang tahu tapi bertangguh-tangguh untuk mengamalkan, dia termasuk dalam golongan orang yang menipu diri sendiri dan lemah iman. Na'uzubillah min zalik. 


Acara Israk Mikraj ini hebahan  semata, dari facebook Darul murtadza. sebab saya sendiri tidak tahu sempatkah pergi ke majlis Israk Mikraj dengan Habib Ali ini . Insya Allah, panjang umur, mungkin kita bertemu di sana. Berusahalah kita menjaga solat... :(   dan perbaikilah.  Di malam Israk Mikraj inilah baru kita teringat tentang  masjidil Aqsa dan juga ketetapan Solat 5 waktu. 


Salam Israk Mikraj. :)










Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, June 15, 2012

Cerpen seorang Mujahid




Perlahan-lahan matanya dibuka. Dilihatnya kipas siling berpusing perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit-sakit dan sengal. Ditolehnya ke kanan. Wajah ibu dan ayah kelihatan dalam riak yang sugul. Tangan ibu kemas memegang erat tangan kanannya. Seolah-olah ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak terpacul dari bibirnya sepatah perkataan pun. Hanya deraian air mata laju mengalir membasahi kedua pipi.


Wildan berpaling pula ke sebelah kiri. Ibu dan bapa mertuanya serta ahli keluarga yang lain juga bermuram durja. Apa sebenarnya yang berlaku? Wildan jadi tidak sabar. Dikerahnya tenaga untuk bangun dan menggerakkan kakinya. Serta merta dia mengaduh kuat. Wildan panik. cepat-cepat dia menyelak selimutnya dan melihat kakinya. Kedua kakinya berbalut tebal.


"Kedua kaki kamu patah, nak." Bapa mertuaku bersuara perlahan sambil memegang bahuku.


Pantas Wildan melilaukan mata melihat sekeliling. Mencari-cari. Kakinya yang patah tidak dihiraukan lagi. Ada yang lebih penting. Lebih utama di hatinya.


"Ayah, mak, mana Wardatul Syaukah? Mana anak-anak saya?"


Seketika suasana menjadi makin sugul dan Wildan melihat titis-titis air mata berderaian dari kedua-dua keluarga yang dicintainya itu. Semua tidak berani bersuara. Mendiamkan diri menahan esak tangis. Dicapainya tangan ibunya, tangan ayahnya.


"Ayah, mak, mana dorang ?!"


Ibu mertua Wildan bersuara lemah. "Nak, Wardatul Syaukah dan keempat-empat anak kamu tidak berjaya diselamatkan. Mereka semua meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital."


Saat itu juga Wildan kaku, bercucuran air mata. Kata-kata tidak lagi bermakna di ketika itu.






**********


Sudah setengah bulan Wildan terlantar di hospital. Banyak lagi rawatan susulan yang perlu dia jalani. Wajahnya makin cengkung dan badannya makin mengurus.
Bukan kerana sakit di kedua kakinya. Tetapi sakit di dalam hatinya makin menebal dari sehari ke sehari. Perasaan bersalah dan menyesal menyesakkan dada dan fikirannya. Ibu dan ayah serta keluarga mertuanya bergilir-gilir menjaga dan menziarahi di hospital. Namun tidak terlepas dari sedetik pun dia mengenang kesalahan sendiri. Tidak ada senyuman terukir di wajahnya. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Psikologinya dan mental makin pudar semangat serta kewarasan.


"Wildan, la tahzan." Ayah mertuanya bersuara lembut seraya duduk di sebelah Wildan.


"Ini dugaan dari Allah. Terimalah qada dan qadarnya dengan redha, nak. Bukan salah kamu memandu, tapi benda dah nak jadi. Allah cuma nak lengkapi cerita insannya dengan sebab dan akibat dalam melalui sakratul maut. Tolonglah terima dengan hati yang terbuka. Allah tahu kamu tabah, sebab itu Dia uji kamu dengan ujian seberat ini. Ini ujian tingkat iman. Ujian tingkat redha. Allah nak naikkan maqam kamu ke maqam lebih tinggi dari orang lain. InsyaAllah, ada hikmah besar di sebalik semua ni." Dihulurnya satu nota kecil dari koceknya, diberikan pada Wildan.


Wildan membacanya dalam hati, "Sesiapa yang menjadikan kesusahannya disimpan untuk dirinya sendiri, maka Allah akan mencukupkan kesedihan itu sehingga menjadi ringan. Dan sesiapa yang (sengaja) menyebarkan (menambah-nambah) kesusahannya, maka Allah tidak akan peduli di tempat mana saja ia akan binasa. Hadis riwayat Al-Hakim." "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik. Surah Al-Ra'd ayat 28-29."


Wildan menatap lesu wajah ayahanda mertuanya. "Terima kasih, ayah. Ayah, tolong saya ambil wudhu'. Saya terasa nak bersolat 2 rakaat. Hati saya sangat-sangat sedih, ayah." Air matanya dah bergenang di kelopak. Air mata lelakinya sering tumpah tidak kira masa, tidak kira dengan siapa. Air matanya menjadi teramat manja. Air mata jugalah peneman setia Wildan. Kehilangan orang yang paling dikasihi, anak-anak yang belum sempat memanggilnya 'ayah' betul-betul menggamit hati kecilnya yang paling dalam.


"Allahumma inni a'uzu bika minal hammi walhazan, wa-auzubika minal 'ajzi wal kasal ( Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesedihan dan kegelisahan. Aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan. )...amin Ya Rabbal 'Alameen.."


Benar kata Allah, benar kata Rasul, solat dan sabar adalah kunci kehidupan manusia. Sinar semangat Wildan mulai bertitik-terjah dari dasar yang malap.



Ceritanya masih panjang dan menarik. Wildan yang sabar, tetap berdakwah dalam kesedihannya. Dan cintanya ialah dalam cinta kepadaNya.   Jangan lupa baca  sambungannya DI SINI...  :)


Selamat berhujung minggu buat visitor, dan teman-teman blogger yang sudi membaca catatanku.  Buat rusydee artz, mohon halalkan sedikit mukaddimah cerpen di sini, dan terima kasih atas kisah yang penuh kesabaran.... :)






Copyright © 2012





╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗─────
║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║─────
║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND──
║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD
║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥────
╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────




Pelaburan


Beberapa hari yang lalu, kami berjumpa dengan seorang lelaki berumur, sewaktu menguruskan hal pelaburan. Pelaburan, ada untung dan ruginya, tak semua yang untung. 

Saya bukan orang melabur. Otak saya pun bukan otak melabur.  Saya susah nak terima hakikat jika suatu pelaburan itu tidak menjadi, atau rugi.......  Suami saya pula, seorang pelabur. Dan dia amat pasrah dan positif.


Saya berusaha memahami dunia pelaburan. Sebab segala untung atau rugi, isteri pun terpaksa tanggung bersama. Suami lapang, isteri pun lapang. Suami sempit, isteri pun sempit.
Seringkali, bila saya meluahkan 'ketidakfahaman' saya tentang perkara ini kepada orang terdekat, seringkali saya seolah-olah dipersalahkan pula.  Saya tidak mahu di satu hari, saya terduduk dan menangis dan meraung-raung di hadapan mereka, barulah mereka nak faham perasaan saya sebagai seorang wanita dan isteri.
Siapa yang tak takut pelaburan tak menjadi? Bagaimana duit yang lebur itu? Siapa nak ganti? Fikiran saya dah kacau bilau... (Saya tidak tahu kenapa wanita tidak berani berhadapan dengan hal sebegini.)


Apabila saya mencari-cari maklumat di internet sebagai motivasi , seringkali, saya dikisahkan dengan masalah 'MLM'.  Ada MLM yang teruk, ada yang untungnya pasif.  Saya sendiri mmbeli barang cosway dan HPA. Ia tidak langsung pun 'membebankan' saya.  Itu sudut yg saya pandang.... selagi MLM itu tidak membebankan, selagi itulah, ia masih syarikat yg positif.

Kami? Oh, BUKAN, bukan MLM.


Hartanah, ia berkaitan dgn 'nilai tanah'
Saham, ia berkaitan dgn  'isu dalaman Syarikat'.
CPO, ia berkait dgn  'nilai pasaran minyak sawit' atau pukul ratanya, perbandingan dgn 'soya'.  Ia pasaran dunia.


Itu pukul rata yg saya faham., setelah melalui pahit maung dalam memahami sisi hidup suami yang bergelar pelabur.  Ia bermula sejak bermulanya perkahwinan..

Apapun,
Mujahadah ini tetap terus.
Meluahkan rasa pada orang terdekat, seperti tersangkut tulang dalam tekak.  Meluahkan, sakit.
Nak telan pun sakit.
Mungkin saya perlu cari orang yg memang berada dunia pelaburan. Barulah saya dapat suntikan semangat yg baik.


Orang kata kepada saya ,  "Oh,.... sebab tak berhasil, kamu kata macam ni, barangkali jika  berjaya dan untung berganda-ganda, kamu juga yang senang. "


Oh.... siapalah yang tahu saya ni 'buta'.  Sangat 'buta' memahami sisi seorang pelabur. 
 Siapa tahu yang saya dan suami tidur dengan hati remuk redam setiap kali  ' duit hilang '. Siapa tahu  yang saya dan suami  menangis bersama-sama, setiap kali   'Dapat Duit' , ataupun  'Hilang Duit'.
Dan  saya dan suami mengikat perut bersama, tatkala  'Tiada Duit'  dan tetap mengikat perut ketika ' Ada Duit '.  

Kerana itu rumahtangga.... ada saja keperluan yang mendesak. 
Ada saja impian yang memerlukan simpanan wang..


 ..........................


Kerana Dia, suami tercinta saya.... dan saya dalam mujahadah tetap di sisi... 



 P/S P/S :  
Lelaki tua itu berkata,  kita kalau melabur dalam satu syarikat, harus bersedia untuk untung atau rugi bersama.  (Itulah namanya syarikat yg berdikari, kita yang melabur dan menyokong pengusaha).
Tetapi jika berlaku apa-apa,  seringkali orang  yang dahulunya  berkahwin, hidup bersama,  semua elok belaka. Bila dah bercerai, semua hal-hal dalaman dan perkara buruk dicerita pada semua orang.  Macam tulah, sebuah syarikat.  Jangan buat macam tu, tak baik....  Selagi pihak syarikat mahu menjaga  staf dan pelaburnya, selagi itulah kita semua masih ada harapan untuk berjaya. 
Pesanan yang bagus buat pasangan melabur macam kami.








 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, June 14, 2012

bla..bla.. cari kontraktor

Moga semua teman saya sihat dan dalam cintaNya.

Alhamdulillah, fikiran saya makin lega. Kipas dah beli satu, kontraktor pun dah jumpa.
 Nak buat apa kontraktor? Hurm, bersusah payahla saya meyakinkan  hubby. :) Bukan mudah, sebab ni first time beli rumah nak duduk sendiri.  First rumah, ialah pelaburan hubby, low cost apartment, dah bagi sewa. Kali ni rumah teres setingkat..

Jadi kami takde pengalaman cara nak pindah  untuk duduk sendiri.

Jenuh saya mencari 'pengalaman orang nak pindah rumah' kat internet. Rumah mereka besar-besar wo..., renovation pun besar... mestila sesuai nak letak kat internet. Tapi saya amat terhutang budi sebab mereka bagi list dan panduan. Bila saya buat kira-kira design macam diaorang.... gulp! rata-rata 20k lebih untuk reno sahaja. Kami? Oh, Saya batalkan niat dan design saya one by one. Inilah pengaruh internet.... :D


List saya tak banyak macam oranglain, sebab kami ni beli rumah, duit loan rumah  direct masuk akaun pemaju. Sesen pun takde masuk akaun kami,  kira rumah siap, tapi beli dari pemaju. Depo dan lain-lain semua duit sendiri.  Kwsp pun dah tak bole claim sbb dah lepaskan untuk first house. Takpela, sebab kawasan BB ni, nilai tanahnya belum naik, kami pula menetap kat sini. Sedangkan 'nilai tanah' low cost aprtment suami kat Botanic tu naik setiap tahun.

 Ramai yang jual first house bila nak beli rumah kedua, tetapi, kami sayang, sebab nilai tanah botanic tu tinggi, meskipun luasnya  6++ sqf jer, kena bagi sewa murah.  Masalah utama....  pening bila penyewa buat hal :)  Takpela, dah nak habis pun loannya buat harta anak cucu.


Sebelum ini, kami berkira-kira nak pilih kontraktor mana, cari kat mudah.my la, cari kat kain rentang depan masjid la, tanya kawan-kawan la. Yalah, bajet macam siput.. hehe, tapi nak workmanship tip top punya , aduhai!  Kalau boleh, sekali kontraktor tu buat,  biarlah Ok, takde dah nak buat balik selepas tu.... kalau dia bagi cost pecah balik, kita pulak yang menangis.

 Kebetulan kontraktor itu dah biasa buat perumahan baru kami. Dia berjanji sediakan quotation, dan kami tak perlu berikan ukuran sempoi kami untuk dia, sebab semua ukuran ruang rumah dia dah ada dari customer yang lepas-lepas. Fuh! Alhamdulillah, lega sikit nak bercerita benda-benda  yang saya 'imagine' kat kepala ni.  Biasalah, orang perempuan suka 'oter' macam-macam.

Ikutkan hubby, tak mo fikir banyak dan  hangkut barang-barang macam 'koboi', pindah terus.  Tetapi saya rasa tak kena, rasa tak sedap . Saya mintak macam-macam, nanti kena marah pula. Sebaliknya, saya atur duit yang ada, dan bakal ada untuk keperluan itu satu persatu. Kira 'cerah' sikit pandangan hubby.  Barula dia nak... huhu. Selepas itu..... My hubby pula yang bersemangat. :))

Alhamdulillah. Sekarang quotation yang itu jerla saya tunggu. Mahal, ke murah, saya rasa nak yang itu jer, sebab dia dah biasa buat  rumah jiran-jiran baru kami.  Keluasan ruang pun tahu. Senang nak kawtim, ngeh... kalu mahal, siap dia saya bagitau bekas costumer2 dia. hikhik... ;))   Takdela, mesti dia tak berani 'ketuk' kepala kita punya, sebab jiran-jiran baru kami tu, bekas costumer dia.  Moga-moga... :) 

Macam-macam... sebab rumah dah siap 4 tahun. waranti pun payah dr pemaju.

- Ada bocor skit, linking,
- Nak tukar  kedudukan paip ke tingkap
- Nak buat wayaring,
- Mozek lagi...
- Air yang slow,
- Mungkin pecah sana sini sikit.

Itulah renovation kami.... Bab kabinet-kabinet , nanti dulu la, biar siap dan kemas dulu .  Kami nak pindah bulan puasa, bulan 8. Kira dah bagitau tuan rumah sewa sekarang dah.  Kena cepat-cepat juga ni.




Oh.... saya terjumpa List nak kesan defect, atau kecacatan di rumah baru. Kira kami refer kat situ la. Saya dapat dari satu forum.  Alhamdulillah, sangat pandai orang itu. Rasa berterma kasih sangat. Insya Allah, saya kongsi List tu kat sini nanti...  Insya Allah bertemu lagi.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, June 12, 2012

Rasa kasih yang tidak terluah...



Satu perkara yang jelas, ucapan dan perbuatan harus seimbang dalam meluahkan rasa kasih sayang.
Pagi ini saya teringat tentang rasa kasih yang saya nyatakan kelmarin. Yg mana, kita mendoakan dia. Rasa kasih yang paling umum, sesama Muslimin..

Kasih itu kadang-kadang tidak dapat digambarkan, atau diungkap. Kadang-kadang ia bercampur baur dgn mood dan fikiran kita.  Memang benar itu.....Maafkan daku, wahai suamiku.
Saya mula memahami keadaan itu, rasa yang saya tidak faham sebelum ini.
Selama ini dengan rajuk atau sedih, saya sering berharap luahan kata-kata rasa kasih dari suami.
Sedangkan perbuatan dia selama ini sudahpun menunjukkan ke arah itu...


Saya teringatkan kata-kata saya kepada adik-adik tidak lama dahulu,
"Kamu selalu marah dan merajuk begini, tetapi Mama tidak pernah menangis di hadapanmu.  Tetapi bila Mama marah padamu, kamu menangis teruk sekali.
Nak tahu kenapa?
Kerana rasa cinta dan kasih Mama lebih besar padamu berbanding rasa kasihmu pada dia...
Dia sanggup menerima kemarahanmu, merajuk kamu dengan hati yang tabah, asalkan kamu menjadi anak yang baik...tetapi kamu pula cepat bersangka yang bukan-bukan..."


Akhirnya saya tersedu sendiri.... kerana saya juga pernah menjadi anak remaja. Saya juga pernah begitu. Saya pun dah tak tahu kenapa kata-kata itu terluah. Ia terluah begitu saja... Saya menelan airliur...


Kita tidak perasan,  SETIAP kali kita  pening dan buntu membuat suatu pekerjaan, tiba-tiba dia akan merapati kita sambil tangannya  membantu.


Kita tidak perasan, SETIAP kali kita  menunjukkan muka sedih, tiba-tiba dia akan duduk berdekatan kita, bersedia kalau-kalau kita mahu meluahkan rasa.


Kita tidak perasan, SETIAP kali kita mahu melakukan tugas yang berat, tiba-tiba ada tangan yang memegang  barang itu, berdekatan tangan kita...


Siapakah orang itu? 
Tidak mahukah kita menjadi tangan halimunan tersebut? Yang peka keadaan oranglain tanpa niat mengganggu dan berharap apa-apa balasan?
Kata orang, sesuatu pekerjaan yang kita lakukan secara ikhlas, hasilnya pekerjaan itu tentu lebih baik dan lebih sempurna. 


Jika saya tahu membantu pekerjaan 'keengineeran' suami,  saya sanggup berjam-jam di hadapan komputer, asalkan suami saya tidak membawa pulang kerja di rumah. Malangnya saya tidak tahu..
Kata orang, jika kita meringankan bidang kerja suami, dia semulajadinya akan menghargai bidang kerja kita. Tahu appreciate  tugas2 wanita. Tak tahulah betul atau tak. :))


Satu tauladan yang baik yang saya pernah lihat tentang rasa kasih seperti ini, ialah di dalam filem.
Movie hindustan. Yg mana ada beberapa pasang adik-beradik yang berkasih-sayang.
Si abang sulung  telah kemalangan beberapa hari sebelum nikah.  Semasa dia mahu menghulurkan tangan kepada sami, tangan si suami menggeletar kerana tidak boleh diangkat lama.
Si Isteri yang  baru saja dikenali dan dinikahi yang peka keadaan itu, segera meletakkan tangannya di bawah tangan si suami.....
Isteri itu melindungi  kelemahan suaminya di hadapan oranglain,
menyokong tangan suami yang lemah, yang baru dinikahi,
Agak-agaknya.... isteri bagaimanakah dia itu?




Allah, mampukah saya menjaga hati sendiri, dalam masa yang sama menjaga hati oranglain?




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, June 11, 2012

Berkawan, dan rasa kasih


 Saya tidak tahu hendak menulis apa. Barangkali ini ruangan saya, jadi saya tuliskan saja. Saya tidak brkecil hati jika tiada yg menegur, sebab saya juga dalam situasi yang sama. Saya sentiasa di hadapan rumah orang, tetapi tidak tahu hendak menegur apa. Ternanti2 kelibat dia, dia pula ternanti-nanti kelibat kita. Aduhai... :)

Malam tadi, dlm majlis di masjid, saya bertemu kak Fzi.  Setiap kali ternampak dia, saya teringat Mama saya. Raut bentuk wajahnya hampir sama, tapi badan tentulah tak sama. Kak fzi slim orangnya. hehe..

Sekarang ini, apa jua pertanyaan orang, saya cuba untuk tidak mmbawa masuk ke dalam hati. Yalah, saya ini banyak kekurangan. Saya ingin berani menerima diri sendiri, dan mahu belajar dari oranglain.

Siangnya lepas kuliah saya dan suami ke Rawang sekejap. Singgah solat di Rawang perdana. Di situ masjidnya tempat darussyifa, tempat orang merawat. Bertemu dgn seorang kakak yang mnjadi perawat di situ. Sangat gigih dia, dari tempat perumahan kawasan saya tu, tetapi setiap Ahad membantu merawat wanita di situ, juga ada panggilan di pelbagai tempat.

Saya ketakutan juga bila selang dari tempat duduk kakak perawat itu, ada seorang wanita lain, asyik berbunyi sahaja, seperti terganggu, tetapi Alhamdulillah, saya rasa selamat dikelilingi kakak perawat dan saf perawat lelaki di hadapan termasuk suami saya.  Tetapi bila masuk saf dan solat, dia berbunyi lagi sadis..... Ya Allah, dia mencarut dalam solat.... Ya Allah, saya sedikit gementar.  Tetapi dalam solat yg mmg kurang khusyuk itu, saya terdengar dia hendak menyebut " Bab.." ada juga " Cela... "  Ya Allah, dia cuba menahan dirinya dari menyebut perkataan itu. huhu... saya hampir tersedu dalam solat.


Gigihnya wanita yg sakit itu. Meskipun bunyinya agak mngganggu jemaah, dia sedaya upaya menahan diri dari menyebut habis perkataan kurang elok itu... Ya Allah, saya berdoa dalam setiap
sujud saya masa solat Asar itu. Sembuhkanlah dia... :(
( Ia dalam usaha saya utk bertenang dalam solat berjemaah itu...)

Di antara perkara yang menyebab kesembuhan dalam rawatan islam ialah si pesakit harus mnjga solatnya dan berzikir. Tapi jika dia masih begitu dalam solatnya, bagaimana dia mahu sembuh? :(

Di antara doa yang mudah dimakbulkan Allah, ialah doa kita kpd seorang muslim yang lain, dan tidak diketahui oleh orang yang didoakan itu... Moga2..



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, June 10, 2012

Tuhan tidak tidur


 Pagi tadi saya berasa sangat letih dan sedih. Saya mencari pakaian, mencari tudung untuk ke kuliah di masjid, tetapi hati bercelaru. Di mana tudung saya? Saya dah keliru, tetapi pagi-pagi suami sangat sibuk dengan halnya sendiri...
Saya tidak jadi mengikut, tidak mahu disalahkan jika dia lewat ke masjid. Saya bersiap-siap, dan masih mencari tudung. Dalam pakaian yang tergantung, akhirnya saya menemui sehelai tudung yang cantik untuk ke kuliah, yang bukan tudung harian saya. "Ya Allah, baiknya Allah, dia tidak berhenti memberi walau camanapun diri kita .   Saya terus tersedu...

Di saat saya fikir tiada siapa pedulikan saya, rupanya Allah memerhatikan saya.

Tengahari, perasaan saya semakin baik. Insya Allah, saya akan mengikut suami ke kuliah. Biarlah jika dia tidak mengerti dan terlalu sibuk. Tetapi saya tahu ada yang melihat saya...
Barangkali, itulah kelemahan wanita, ingin diperhati perasaan dan akalnya. Saya berdoa moga si Dia lebih akan mengerti...  dan moga segala halnya dimudahkan Allah...






DI BAWAH INI KISAH ORANGLAIN, TETAPI SANGAT  BERMAKNA .

Malam telah larut saat saya meninggalkan pejabat. Telah lewat pukul 11 malam. Pekerjaan yang menumpuk, membuat saya harus pulang selarut ini.

Ah, hari yang menjemukan saat itu. Terlebih, setelah beberapa saat berjalan, warna langit tampak memerah. Rintik hujan mulai turun. Lengkap sudah, badan yang lelah ditambah dengan “acara” kehujanan.

Setengah berlari saya mencari tempat berlindung. Untunglah, penjual nasi goreng yang setia di tepi jalan, mempunyai tenda (khemah payung) yang sederhana. Lumayan, pikir saya. Segera saya berteduh, menjumpai bapak penjual yang sendirian, ditemani rokok dan lampu petromak yang masih menyala.

Dia menyilahkan saya duduk.

“Disini saja dik, daripada kehujanan…,” begitu katanya saat saya meminta ijin berteduh.

Benar saja, hujan mulai deras, dan kami makin terlihat dalam kesunyian yang pekat.

Karena merasa tak nyaman atas kebaikan bapak penjual dan tendanya, saya berkata, “Tolong bikin mie goreng pak, dimakan di sini saja.”

Sang Bapak tersenyum, dan mulai menyiapkan tungku apinya. Dia tampak sibuk. Bumbu dan penggorengan pun telah siap untuk di racik. Tampaklah pertunjukkan sebuah pengalaman yang tak dapat diraih dalam waktu sebentar. Tangannya cekatan sekali meraih botol kecap dan segenap bumbu. Segera saja, mie goreng yang mengepul telah terhidang.

Keadaan yang semula canggung mulai hilang.

Basa-basi saya bertanya, “Wah hujannya tambah deras nih, orang-orang makin jarang yang keluar ya Pak?”

Bapak itu menoleh ke arah saya, dan berkata, “Iya dik, jadi sepi nih dagangan saya..” katanya sambil menghisap rokok dalam-dalam.

“Kalau hujan begini, jadi sedikit yang beli ya Pak?” kata saya. “Wah, rezekinya jadi berkurang dong ya?”

Duh. Pertanyaan yang bodoh. Tentu saja, tak banyak yang membeli kalau hujan begini. Tentu, pertanyaan itu hanya akan membuat Bapak itu tambah sedih. Namun, agaknya saya keliru…

“Gusti, ora sare dik, (Tuhan itu tidak pernah tidur dik)”, begitu katanya. 

“Rezeki saya ada dimana-mana. Saya malah senang kalau hujan begini. Istri sama anak saya di kampung pasti dapat air buat sawah. Yah, walaupun nggak lebar, tapi lumayan lah tanahnya.”

Bapak itu melanjutkan, “Anak saya yang di sini pasti bisa menjual  payung kalau besok masih hujan…”

Degh…. Duh, hati saya tergetar. Bapak itu benar, “Gusti Tuhan ora sare”.

Tuhan Memang Maha Kuasa, yang tak pernah istirahat maupun tidur buat hamba-hamba-Nya. Saya rupanya telah keliru memaknai hidup. Filsafat hidup yang saya punya, tampak tak ada artinya di depan perkataan sederhana itu. Maknanya terlampau dalam, membuat saya banyak berpikir dan menyadari kekerdilan saya di hadapan Tuhan.

Saya selalu berpikiran, bahwa hujan adalah bencana, adalah petaka bagi banyak hal. Saya selalu berpendapat, bahwa rezeki itu selalu berupa materi, dan hal nyata yang bisa digenggam dan dirasakan. Dan saya juga berpendapat, bahwa saat ada ujian yang menimpa, maka artinya saya cuma harus bersabar. Namun saya keliru. Hujan, memang bisa menjadi bencana, namun rintiknya bisa menjadi anugerah bagi setiap petani.

Derasnya juga adalah berkah bagi sawah-sawah yang perlu diairi. Derai hujan mungkin bisa menjadi petaka, namun derai itu pula yang menjadi harapan bagi sebagian orang yang mengojek payung, atau mendorong mobil yang mogok.

Hmm.. saya makin bergegas untuk menyelesaikan mie goreng itu. Beribu pikiran tampak seperti lintasan-lintasan cahaya yang bergerak di benak saya. “Ya Tuhan, Engkau Memang Maha yang Tak Pernah Beristirahat dan tidak pernah tidur”

Untunglah, hujan telah reda, dan sayapun telah selesai makan. Dalam perjalanan pulang, hanya kata itu yang teringat, Gusti Tuhan Ora Sare.. Gusti Tuhan Ora Sare…





Related posts:
http://pengharapan.com/tuhan-tidak-pernah-tidur.html

 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, June 5, 2012

Janganlah berkira sangat..


Assalamualaikum,
Terasa ingin menulis, tapi rasa segan pula. Tidak kisahlah orang membaca atau tidak, saya agak sibuk menguruskan perpindahan rumah. Masih tidak tahu hendak membeli barang baru atau tidak, buat kitchen cabinet atau tidak. Suami saya amat berhati-hati orangnya dlm pngeluaran duit. Saya pula tidak mahu berharap tinggi (nanti sedih).  Dapat rumah sendiri setelah 6 tahun, adalah satu penghargaan suami terhadap saya. Dan bersyukurlah. Rumah baru, tak semestinya barang2 di dalamnya baru, kan? :)






Saya menyentuh soal lain. Bila terbaca tentang kesedihan seorang anak yang tidak sempat memenuhi 'sedikit' keinginan ibubapa kerana kesibukannya (atau kejahilannya dahulu untuk memperuntukkan sedikit masa), dengan tiba2 ibu atau bapanya meninggal dunia.  Apabila dia sekarang cuba memenuhi sedikit permintaan bapa atau ibu saudaranya yang sudah tua, dia berasa sedih sangat kerana kesal kerana dahulu dia tidak begitu dgn ibubapanya. 


Sebenarnya....
Beruntunglah  ibubapa kepada anak itu, kerana mereka meninggalkan anak yang Soleh yang boleh diharap, mahu berbakti kepada keluarga saudara mara yang telah tua, bahkan tidak meninggalkan anak yang menyusahkan semua orang. Ibubapa itu mendapat 'Saham'  untuk akhirat kelak. Meskipun mereka tidak mengecapnya semasa hidup, itu kehendak Allah.

Janganlah berharap anak kita akan berbakti pada masa kita hidup. Berharaplah kita meninggalkan anak yang soleh, yang mahu mendoakan kita setelah kita mati nanti, yang bersikap baik kepada saudara mara kita, dan dibangga-banggakan kerana kitalah yang telah mendidiknya.

Hakikat, tak semua ibubapa yang sempat merasa jasa anak-anak, kadang-kadang anak itu masih enjoy dengan hidupnya, masih tak matang, atau masih terlalu sibuk utk meluangkan sedikit waktu untuk memenuhi dgn permintaan ibubapa atau menjaganya semasa sangat uzur. Sangat beruntunglah ibubapa yang sempat merasa semasa kesenangan itu hayatnya. Itu nikmat Allah, tapi ramai juga yang 'diuji' dalam nikmat itu. Ibubapa yang tua diberi kesenangan dan kemewahan tetapi tidak mendapat kasih-sayang dan perhatian...


Pernah tengok cerita 'My name is Khan?'. Kisah seorang lelaki yang menghidap sindrom asperger, yang otaknya seperti kanak-kanak. Semasa kecil, ibunya bersusah payah membantu perkembangan otaknya, dan membawa dia blajar dgn seorang profesor, kerana dia cekap mengingat dan membaca.Dia diasuh ibunya sebaik mungkin, melebihkan dia berbanding adiknya Zahir. Zahir tidak mengerti, sangat cemburu dengan abangnya. Setelah zahir dewasa dan berpindah ke Florida, Zahir mahu membawa ibu dan abangnya ke sana, tetapi tidak sempat kerana ibunya yang menghadapi masalah kesihatan terlebih dahulu meninggal dunia, tanpa sempat bersenang lenang menghadapi Usia Tua bersama anak-anak yang telah berjaya dalam hidup.


Hakikat kan? Beruntunglah ibubapa yang sempat merasai kebaikan anak. Namun, janganlah kecewa bagi anak-anak yang tidak sempat membalas jasa ibubapa. Kematian ibubapa bukan penghalang kita menjadi anak yang baik, selagi nama kita ber 'BINTI' ibu ayah kita, selagi itulah kita dinasabkan kepada mereka, dan kebaikan yang kita buat, nama ibubapa kita jugalah yang disebut-sebut.

Jadi, adakah perlu kecewa kerana anak tidak memberi apa yang kita mahu; Atau memberi kemajuan dalam pelajaran seperti yang kita ingini; Atau memberikan sikap yang matang untuk menjadi contoh kepada adik-adik; Atau kerana kesibukan yang menyebabkan anak kita tidak boleh memenuhi setiap permintaan kita?

Apa yang boleh dibuat?

Berdoa. Berdoa. Berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh, semasa kita hidup... HATTA, ia tidak tamat setelah ibubapa meninggal dunia. Bahkan pohonlah mereka lebih banyak baktinya setelah ibubapa tiada. Janganlah kisah sangat meskipun mereka tidak mampu berbuat bakti yang banyak semasa hidup, tetapi berharaplah kita sentiasa mendapat 'hidangan' yang lazat dari Allah semasa di alam barzakh, atas amalan dan kebaikan yang anak-anak kita lakukan.

Sekecil perkara, dan sesempat mungkin, kita sbg anak-anak berusahalah penuhi permintaan Ibubapa, meskipun masa yang kita peruntukkan terlalu sempit. Janganlah risau, ibubapa juga pernah menjadi seorang anak, mestilah mereka juga memahami keadaan kita.

Sesungguhnya kehidupan itu untuk bekal Akhirat. Kita laksanakanlah tanggungjawab kita, dan 'hasilnya' kita akan kecapi di hari Akhirat kelak. Jangan terlalu berkira atau kecewa dgn apa yang kita ada, atau apa yang kita dapat.  Itu kehendak Allah.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers