Saya tidak tahu hendak menulis apa. Barangkali ini ruangan saya, jadi saya tuliskan saja. Saya tidak brkecil hati jika tiada yg menegur, sebab saya juga dalam situasi yang sama. Saya sentiasa di hadapan rumah orang, tetapi tidak tahu hendak menegur apa. Ternanti2 kelibat dia, dia pula ternanti-nanti kelibat kita. Aduhai... :)
Malam tadi, dlm majlis di masjid, saya bertemu kak Fzi. Setiap kali ternampak dia, saya teringat Mama saya. Raut bentuk wajahnya hampir sama, tapi badan tentulah tak sama. Kak fzi slim orangnya. hehe..
Sekarang ini, apa jua pertanyaan orang, saya cuba untuk tidak mmbawa masuk ke dalam hati. Yalah, saya ini banyak kekurangan. Saya ingin berani menerima diri sendiri, dan mahu belajar dari oranglain.
Siangnya lepas kuliah saya dan suami ke Rawang sekejap. Singgah solat di Rawang perdana. Di situ masjidnya tempat darussyifa, tempat orang merawat. Bertemu dgn seorang kakak yang mnjadi perawat di situ. Sangat gigih dia, dari tempat perumahan kawasan saya tu, tetapi setiap Ahad membantu merawat wanita di situ, juga ada panggilan di pelbagai tempat.
Saya ketakutan juga bila selang dari tempat duduk kakak perawat itu, ada seorang wanita lain, asyik berbunyi sahaja, seperti terganggu, tetapi Alhamdulillah, saya rasa selamat dikelilingi kakak perawat dan saf perawat lelaki di hadapan termasuk suami saya. Tetapi bila masuk saf dan solat, dia berbunyi lagi sadis..... Ya Allah, dia mencarut dalam solat.... Ya Allah, saya sedikit gementar. Tetapi dalam solat yg mmg kurang khusyuk itu, saya terdengar dia hendak menyebut " Bab.." ada juga " Cela... " Ya Allah, dia cuba menahan dirinya dari menyebut perkataan itu. huhu... saya hampir tersedu dalam solat.
Gigihnya wanita yg sakit itu. Meskipun bunyinya agak mngganggu jemaah, dia sedaya upaya menahan diri dari menyebut habis perkataan kurang elok itu... Ya Allah, saya berdoa dalam setiap
sujud saya masa solat Asar itu. Sembuhkanlah dia... :(
( Ia dalam usaha saya utk bertenang dalam solat berjemaah itu...)
Di antara perkara yang menyebab kesembuhan dalam rawatan islam ialah si pesakit harus mnjga solatnya dan berzikir. Tapi jika dia masih begitu dalam solatnya, bagaimana dia mahu sembuh? :(
Di antara doa yang mudah dimakbulkan Allah, ialah doa kita kpd seorang muslim yang lain, dan tidak diketahui oleh orang yang didoakan itu... Moga2..
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalammualaikum anakamda
ReplyDeleteRasa sejuk membaca entri di sini.mENARIK.
tERHARU DGN ENTRI TERBARU, mama tak faham dgn sakit2 wanita yg di sebutkan. Oh ada wanita begitu ya?
Moga kita semua dalam redha Allah. Amin.
Salam mamaJu,
ReplyDeleteTerima kasih.. :)
Wanita itu dalam saf, MamaJu. Dia dah siap pakai kain sembahyang dlm saf nak solat Asar. Saya dah dengar apa yg diracaunya sebelum mula solat, 'ba_i, dan ce_aka' dan macam2 makian. Tiada siapa yg hiraukan wanita itu. Mmg solat saya tak khusyuk mulanya, tetapi saya teguhkan juga. Yg terharu.. saya perasan dia cuba tahan dari menyebut habis perkataan 'memaki' itu. :( Dia mahu jaga mulutnya dr 'memaki' semasa solat. barangkali itu penyakitnya..
Barangkali, rasa kasih itu sentiasa ada buat mereka yg berusaha utk keluar dr kesulitan mereka..