Salam sejahtera,
Alhamdulillah, saya ok. :)Sekadar nak update, sebab dah bersawang dah. Saya tengah atur balik masa saya. Menghadiri kenduri saudara-mara dan kenduri teman suami sepanjang hujung minggu. Perjalanan dari BB ke banting, sudah melepasi tahap musafir. Kira jauh dah tu. Kereta tua kami cepat panas.hehe... memang panas betul, sebab filter dia selalu kena cuci, selalu kena tukar. Bila berhenti macam siput sedut masa traffic jam, temperature kereta kami dah naik.
Saya rasa tidak salah kalau saya komen tentang kereta kami.
Tapi jarang sangat ada yang menasihati,
" Sabarlah, ada rezeki adalah kereta baru tu. " Sebab saya selalu rasa serba -salah bila nak bercakap soal itu. Kecuali, dengan seorang mak sedara hubby, yang merupakan kakak ipar mertua saya. Dialah juga orang yang menenangkan hati saya bila saya mula-mula sampai di rumah Mertua.
Saya berasa lapang hendak bercakap dengannya. Jarang sekali saya berasa dia memihak kepada sesiapa dalam nasihatnya, tidak juga mengadili siapa yang salah atau betul, bahkan saya tidak berasa sendirian bila bersama sanak saudara suami. Alhamdulillah, cukuplah begitu. Siapalah saya, cuma orangluar yang sendirian di rantau orang...
Berkata jujur, tetapi jangan terlalu jujur. bagaimana?
Jujur itu baik, ia sifat orang Mukmin, tetapi terlalu berterus-terang, itu menyakitkan hati. Ada perkara kita tak perlu ungkit-ungkit, terutama kesalahan orang yang dah berlalu. Menyakitkan hati, bukan juga sifat Mukmin. Seringkali, kita terlalu jujur demi menunjukkan kata-kata kita amat benar dan berharap orang terima cakap kita. Tanyalah diri , adakah kita pernah bersikap begitu?
Berkatalah dalam hikmah, itu saja caranya.
Husnu Dzon (bersangka baik)
Kerap kali, saya berusaha untuk husnuz Dzon, bersangka baik.
Terutama jika ada teman-teman yang suka merungut tentang suaminya kepada saya, saya sedaya upaya bersangka baik pada dia. Walaupun saya tahu dia memang begitu, ada saja 'kesalahan' suami yang diungkit-ungkitnya . Sepatutnya saya melarikan diri. Tetapi saya tidak mahu menilai orang. Saya cuba memberi anggapan yang baik kepadanya. Dalam masa yang sama, saya cuba menepis, agar saya tidak terpengaruh. Alangkah payahnya... Saya perlukan tunjuk ajar yang baik...
Kerap kali, hati terasa terusik dan sakit tanpa ada sebab yang jelas, bila saya berjumpa dengan orang itu lagi, saya husnuz dzon padanya. Saya mahu bersangka baik padanya.
Sesunguhnya hati wanita sangat mudah terusik, tetapi jarang yang mahu mendengar.
Apabila saya dikaitkan dengan masalah tiada anak, adakah orang yang berkata yang menyakitkan hati itu sedar, Allah yang Pemberi Rezeki ? Jika dia sendiri tidak diizinkan Allah mendapat anak, dia tentu tidak ada anak yang dia mahu bangga-banggakan di hadapan kaum keluarganya.
Cuma nasib saya, belum direzekikan anak. Itu bahagian saya.
Seorang wanita sentiasa memerlukan tauladan dan contoh yang baik. Itu benar. Agar dia sentiasa bersemangat dan kuat. Jika ada apa-apa yang menyentuh hati sekalipun, saya tetap akan kata,
" ITU BAHAGIAN SAYA YANG DITETAPKAN ALLAH "
Bersangka baik dengan Allah
Jika orang tua dahulu berkata dengan hikmah, "Berakit-rakit dahulu, berenang ketepian, bersakit sakit dahulu, bersenang kemudian". Al Quran juga ada kata-kata:
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Al-Insyirah (ayat 5-6)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment