Beberapa hari yang lalu, kami berjumpa dengan seorang lelaki berumur, sewaktu menguruskan hal pelaburan. Pelaburan, ada untung dan ruginya, tak semua yang untung.
Saya bukan orang melabur. Otak saya pun bukan otak melabur. Saya susah nak terima hakikat jika suatu pelaburan itu tidak menjadi, atau rugi....... Suami saya pula, seorang pelabur. Dan dia amat pasrah dan positif.
Saya berusaha memahami dunia pelaburan. Sebab segala untung atau rugi, isteri pun terpaksa tanggung bersama. Suami lapang, isteri pun lapang. Suami sempit, isteri pun sempit.
Seringkali, bila saya meluahkan 'ketidakfahaman' saya tentang perkara ini kepada orang terdekat, seringkali saya seolah-olah dipersalahkan pula. Saya tidak mahu di satu hari, saya terduduk dan menangis dan meraung-raung di hadapan mereka, barulah mereka nak faham perasaan saya sebagai seorang wanita dan isteri.
Siapa yang tak takut pelaburan tak menjadi? Bagaimana duit yang lebur itu? Siapa nak ganti? Fikiran saya dah kacau bilau... (Saya tidak tahu kenapa wanita tidak berani berhadapan dengan hal sebegini.)
Apabila saya mencari-cari maklumat di internet sebagai motivasi , seringkali, saya dikisahkan dengan masalah 'MLM'. Ada MLM yang teruk, ada yang untungnya pasif. Saya sendiri mmbeli barang cosway dan HPA. Ia tidak langsung pun 'membebankan' saya. Itu sudut yg saya pandang.... selagi MLM itu tidak membebankan, selagi itulah, ia masih syarikat yg positif.
Kami? Oh, BUKAN, bukan MLM.
Hartanah, ia berkaitan dgn 'nilai tanah'
Saham, ia berkaitan dgn 'isu dalaman Syarikat'.
CPO, ia berkait dgn 'nilai pasaran minyak sawit' atau pukul ratanya, perbandingan dgn 'soya'. Ia pasaran dunia.
Itu pukul rata yg saya faham., setelah melalui pahit maung dalam memahami sisi hidup suami yang bergelar pelabur. Ia bermula sejak bermulanya perkahwinan..
Apapun,
Mujahadah ini tetap terus.
Meluahkan rasa pada orang terdekat, seperti tersangkut tulang dalam tekak. Meluahkan, sakit.
Nak telan pun sakit.
Mungkin saya perlu cari orang yg memang berada dunia pelaburan. Barulah saya dapat suntikan semangat yg baik.
Orang kata kepada saya , "Oh,.... sebab tak berhasil, kamu kata macam ni, barangkali jika berjaya dan untung berganda-ganda, kamu juga yang senang. "
Oh.... siapalah yang tahu saya ni 'buta'. Sangat 'buta' memahami sisi seorang pelabur.
Siapa tahu yang saya dan suami tidur dengan hati remuk redam setiap kali ' duit hilang '. Siapa tahu yang saya dan suami menangis bersama-sama, setiap kali 'Dapat Duit' , ataupun 'Hilang Duit'.
Dan saya dan suami mengikat perut bersama, tatkala 'Tiada Duit' dan tetap mengikat perut ketika ' Ada Duit '.
Kerana itu rumahtangga.... ada saja keperluan yang mendesak.
Ada saja impian yang memerlukan simpanan wang..
..........................
Kerana Dia, suami tercinta saya.... dan saya dalam mujahadah tetap di sisi...
P/S P/S :
Lelaki tua itu berkata, kita kalau melabur dalam satu syarikat, harus bersedia untuk untung atau rugi bersama. (Itulah namanya syarikat yg berdikari, kita yang melabur dan menyokong pengusaha).
Tetapi jika berlaku apa-apa, seringkali orang yang dahulunya berkahwin, hidup bersama, semua elok belaka. Bila dah bercerai, semua hal-hal dalaman dan perkara buruk dicerita pada semua orang. Macam tulah, sebuah syarikat. Jangan buat macam tu, tak baik.... Selagi pihak syarikat mahu menjaga staf dan pelaburnya, selagi itulah kita semua masih ada harapan untuk berjaya.
Pesanan yang bagus buat pasangan melabur macam kami.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment