Satu perkara yang jelas, ucapan dan perbuatan harus seimbang dalam meluahkan rasa kasih sayang.
Pagi ini saya teringat tentang rasa kasih yang saya nyatakan kelmarin. Yg mana, kita mendoakan dia. Rasa kasih yang paling umum, sesama Muslimin..
Kasih itu kadang-kadang tidak dapat digambarkan, atau diungkap. Kadang-kadang ia bercampur baur dgn mood dan fikiran kita. Memang benar itu.....Maafkan daku, wahai suamiku.
Saya mula memahami keadaan itu, rasa yang saya tidak faham sebelum ini.
Selama ini dengan rajuk atau sedih, saya sering berharap luahan kata-kata rasa kasih dari suami.
Sedangkan perbuatan dia selama ini sudahpun menunjukkan ke arah itu...
Saya teringatkan kata-kata saya kepada adik-adik tidak lama dahulu,
"Kamu selalu marah dan merajuk begini, tetapi Mama tidak pernah menangis di hadapanmu. Tetapi bila Mama marah padamu, kamu menangis teruk sekali.
Nak tahu kenapa?
Kerana rasa cinta dan kasih Mama lebih besar padamu berbanding rasa kasihmu pada dia...
Dia sanggup menerima kemarahanmu, merajuk kamu dengan hati yang tabah, asalkan kamu menjadi anak yang baik...tetapi kamu pula cepat bersangka yang bukan-bukan..."
Akhirnya saya tersedu sendiri.... kerana saya juga pernah menjadi anak remaja. Saya juga pernah begitu. Saya pun dah tak tahu kenapa kata-kata itu terluah. Ia terluah begitu saja... Saya menelan airliur...
Kita tidak perasan, SETIAP kali kita pening dan buntu membuat suatu pekerjaan, tiba-tiba dia akan merapati kita sambil tangannya membantu.
Kita tidak perasan, SETIAP kali kita menunjukkan muka sedih, tiba-tiba dia akan duduk berdekatan kita, bersedia kalau-kalau kita mahu meluahkan rasa.
Kita tidak perasan, SETIAP kali kita mahu melakukan tugas yang berat, tiba-tiba ada tangan yang memegang barang itu, berdekatan tangan kita...
Siapakah orang itu?
Tidak mahukah kita menjadi tangan halimunan tersebut? Yang peka keadaan oranglain tanpa niat mengganggu dan berharap apa-apa balasan?
Kata orang, sesuatu pekerjaan yang kita lakukan secara ikhlas, hasilnya pekerjaan itu tentu lebih baik dan lebih sempurna.
Jika saya tahu membantu pekerjaan 'keengineeran' suami, saya sanggup berjam-jam di hadapan komputer, asalkan suami saya tidak membawa pulang kerja di rumah. Malangnya saya tidak tahu..
Kata orang, jika kita meringankan bidang kerja suami, dia semulajadinya akan menghargai bidang kerja kita. Tahu appreciate tugas2 wanita. Tak tahulah betul atau tak. :))
Satu tauladan yang baik yang saya pernah lihat tentang rasa kasih seperti ini, ialah di dalam filem.
Movie hindustan. Yg mana ada beberapa pasang adik-beradik yang berkasih-sayang.
Si abang sulung telah kemalangan beberapa hari sebelum nikah. Semasa dia mahu menghulurkan tangan kepada sami, tangan si suami menggeletar kerana tidak boleh diangkat lama.
Si Isteri yang baru saja dikenali dan dinikahi yang peka keadaan itu, segera meletakkan tangannya di bawah tangan si suami.....
Isteri itu melindungi kelemahan suaminya di hadapan oranglain,
menyokong tangan suami yang lemah, yang baru dinikahi,
Agak-agaknya.... isteri bagaimanakah dia itu?
Allah, mampukah saya menjaga hati sendiri, dalam masa yang sama menjaga hati oranglain?
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam anakanda,
ReplyDeleteTerharu mama membaca madah2 ini. Benar sekali!
Salam mamaJu,
ReplyDeleteCinta kan dari hati, mamaJu, payah nak terluah ni, ;)
Saya berharap saya mampu menyimpan kasih dan memberi kasih... :)