Alhamdulillah, hari ini berlalu dgn baik. Panjang betul entry samosa tu ya? hehe.. Gabungan dua hari tuh. Not all dlm satu hari, penatla saya. haha.. Takpela saya penat sekali. Lenkali senang saya nak mmbuatnya dan mmbayangkannya.
Oranglain dah try air soya ni. Saya baru pestime. Air soya saya yg sungguh sedap patinya. Saya kisar guna blender 600wat, sampai jarum 'smootie' tu. Hancuss. hikhikhik..... Kain teh tu pun takde untuk perah serdak. Jadi saya biarkan ia mendak ke bawah jug. Oklah tu. Mr hubby terangkat sedikit keningnya masa minum berbuka. Ini soya buat sendiri? Saya mengiyakan, pastu dia angguk-anguk kepalanya sambil minum berkali-kali. Seronok sungguh rasanya. Oh ya, air soya ni buat awal puasa lagi.... tapi trtinggal ketapi. Terima kasih banyak2 kak Besah, dan mohon halalkan ya :)
AIR SOYA HOMEMADE
Resipi: Kak Besah MyR
sukatan: 4 litre air soya, 4 org.
Bahan-bahan ( 2 jag )
1 cawan kacang soya - (nurindah: saya rendam dengan air sekali ganda paras kacang)
2 jug air (Nurindah: saya guna dalam 2.5-3 litre air sahaja :)
5 helai daun pandan- dibelah & disimpul
gula secukup rasa & 1/2 sudu teh garam
blender & penapis teh (kain)
Cara-cara
1. basuh & rendam kacang soya 4,5 jam @ hingga kembang. cmni rupanya bila dh kembang.
2. kisar 2 senduk kacang tu bersama bersama 4 cawan air hingga halus. buat hingga habis.
3. tapis bahan kisar dgn penapis santan. kumpulkan hampas yg masih basah dlm mangkuk besar. buat hingga habis.
4. tapis air soya sekali lg menggunakn penapis teh utk mengasingkn serdak halus.
akk buat tauhu lembut ambil air soya yg ini.
5. campurkan 1/2 jag air lagi ke dlm hampas soya, ulang proses penapisan dua kali. buatlah hingga hampas soya dah x keluarkan jus putih.
6. masukkan air soya dlm periuk bersama daun pandan & garam. masak sambil dikacau hingga mndidih.awas... ia mudah pecah santan.. eh pecah soya..hehe.biar mendidih dlm bebertapa minit lalu tutup api.
7. boleh campur sekali gula semasa memasak tadi & boleh juga dibubuh kemudian (nurindah: saya bubuh 2 sdm gula)
akk buat puding karamel ambil dari bahagian ini.
