Salam sejahtera, selamat pagi. Hari ini, agak sibuk. Lewat nak post menu. Kami nak kuar skejap lagi. My hubby baru balik dari surau, ada gotong-royong. Saya nak ikut, katanya tak payah. Jadi, saya luangkan masa untuk post resipi ni.
Cucur ni, dah buat 2 hari lepas. hihi. Alhamdulillah, tak liat walaupun sejuk. Masa panas, ia garing kat tepi.
CUCUR KUCAI LEPER
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya (sehingga jadi adunan yg cair)
1 biji Telur
5-6 batang kucai -dipotong2
udang kering (jika mahu)
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA:
1. Campur semua bahan.
2. Panaskan minyak. Tuang 1 senduk adunan yang agak besar. Biar bawah separuh garing, baru balikkan.
3. Angkat dan goreng lagi hingga habis adunan.
4. Hidangkan dengan sos cili thai.
Dah lama tak buat nasi goreng ni. Maklumlah, jarang lauk ayam masak kicap kami tinggal balance. Sebelum ni, pernah buat nasi grg mcm ni. Bole lihat di sini Tetapi malam tadi, ada tinggal sedikit jer kuah. Ayam pulak dah laku. licin. :D. Pagi ni, teringin makan nasi goreng lauk kicap pulak.
NASI GORENG LAUK KICAP 2
Balance kuah ayam masak kicap
1 ketul besar ayam
1 sdm Cili kisar
2 pingan nasi
1 sdm Sos tiram
2 sdm kicap pekat
2 sdm kicap manis
Garam secukup rasa
Sayur (carrot,kobis. Saya masukkan sedikit balance taugeh malam tadi)
1. Rebus ayam dgn air paras ayam jer. Tutup periuk. Biar ayam masak dan airnya tinggal sikit. Dah masak, siat-siat kasar ayam tu.
2. Saya panaskan sedikit minyak, tumis cili kisar.
2. Masukkan ayam siat tadi, balance kuah ayam kicap, dan sikit air rebusan ayam, sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Biar sebati. Bole masukkan sayur di sini.
3. Baru masukkan nasi putih. Gaul sebati hingga agak kering.
4. Angkat dan hidangkan.
AYAM MASAK KICAP
Alhamdulillah, kami memang suka ayam masak kicap ni. Kalu makan, gerenti bertambah. Kali ni, saya guna 1/4 bahagian ayam. Tak perap pun takpe. Gaul garam kunyit, terus goreng ayam hingga masak. Baru buat kuah kicapnya. Resipi klik di sini. Kat MENU pun ada.
TAUGEH GORENG AYAM CINCANG
Taugeh memang bagus untuk wanita kerana banyak folic acid. Saya pun tak jemu ngan sayur ni, sbb senang untuk dimasak. hihihi. Biasanya saya suka goreng taugeh dengan hati ayam, dan pedal. Saya pernah guna taugeh soya. Memang sedap macam tu. Tetapi kali ni, hati ayam takde. Saya cincang skit isi ayam, tumis hingga masak dulu bersama bawang, baru masukkan bersama taugeh. :)
SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
Sotong goreng kunyit ni, saya buat bermacam versi. Adakala kering, adakala berkuah. Mengikut selera dan kesesuaian menu hari itu. Boleh lihat di sini (MENU)
salam nur...nak bjalan ke mana tu? sdpnye cucur kucai tu-hr ni bfast roti dgn butter jer sbb berkemas x abis2 :(
ReplyDeleteSalam Indah,
ReplyDeletemaaaflah ye..
tak sempat2 nak singgah.
cucur tu kalau tambah udang pun sedap kann?
Salam Indah.
ReplyDeletecucur kucai sedap panas2. tambahkan udang pun boleh jugakan.
cucur kucai..my all time favorite :)
ReplyDeletesalam deliah.oh, aritu ronda2 ngan my sisters. hihi. sama la ngan saya.
ReplyDeletesalam kak rina, a'a kak. bole tambah ikut suka. tambah udang sure sedap ;)
salam kak sweetie. wah, tambah udang memang sedap kak.
salam kak ina, cucur ni bakal jadi faveret saya jugak. time banyak kucai. hihi