Salam sejahtera. 8 Ramadhan 1431. Alhamdulillah, idea di saat akhir.. Buntu kan, nak masak apa? Saya yg bergantung dgn peti ais ni,bekalan seminggu, mmg trpaksa korek2 apa yg ada dlm peti utk dimasak. hihi. Awal petang, sempat buat kuih bingka gerenti sedap dan sosej cheese roll. Tayangan kuih2 ni dalam post sebelum, klik sini. Petang tu, hasil mengorek peti ais, saya buat nasi lemak sri pandan beserta sambal bilisnya, juga ayam berempah versi sempoi saya. Ulamnya ialah timun. Kelmarin minum air kosong pulak. Asyik air manis jer. :D Alhamdulillah atas rezeki. Terima kasih buat empunya resipi, chef hanieliza. mohon halalkan resipi yg saya share kat sini. :)
Bahan A
NASI LEMAK SRI PANDAN
Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)
bahan2
1 kg beras AAA [basuh n toskan]
4 cawan santan
10 helai daun pandan - dikisar (Nurindah: boleh kisar dgn 1-2 cawan air)
2 inci halia -dihiris
3 biji bawang merah -dimayang
garam secukup rasa
sedikit gula - sekiranya suka
1 helai daun pandan - disimpul
Cara
1. Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
1. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila sudah masak boleh hidangkan.
(Nurindah: saya hidangkan dengan sambal ikan bilis, ulam timun dan ayam goreng berempah)
Sambal saya tak berapa menjadi ni.hihi.
![Smiley](http://www.freesmileys.org/smileys/smiley-ashamed002.gif)
Bahan B
SAMBAL IKAN BILIS
Servings: 7-8 orang.
Bahan
250 gm ikan bilis -dibersihkan dan direndamkan sebentar
20 tangkai cili kering -dikisar halus
3 labu bawang besar -dikisar halus
Sdikit belacan - dikisar halus
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar - dimayang kasar
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak - untuk menumis
Cara
1. Tumiskan bahan yg dikisar hingga wangi.
2. Masukkan air asam jawa , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar yang dimayang.
3. Masukkan sedikit air, kemudian biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak boleh diangkat.
Ayam goreng berempah saya yang hangit skit. haha. Bolehla. Bau rempah2nya yg wangi sampai tak sedar kulitnya hangus. Tapi isi dalamnya still lembut. ;)
AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH 2
Bahan-bahan:
1/4 ayam -dikelar
2 inci Halia -ditumbuk
3 ulas Bawang putih -ditumbuk
Sejemput Jintan manis - ditumbuk
Sejemput Jintan putih -ditumbuk
Sejemput Biji Ketumbar -ditumbuk
2-3 biji Bawang merah -ditumbuk
Garam
Serbuk kunyit
Gula
CARA:
1. Lumur ayam dgn halia, garam dan serbuk kunyit.
2. Baru gaulkan dgn bahan tumbuk dan gula.
3. Perap ayam dengan semua bahan lain selama 30min-1jam. Goreng dalam minyak banyak, api sedikit perlahan supaya isi dalam masak.
ULAM TIMUN
![](http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2468A76781F30BA95B9DD24E304D1EB3.png)
nur..
ReplyDeletelama sungguh tak nyinggah ke sini..nampak sedap sungguh la nasi lemak nih..1st time ni jumpa resepi ni..ingat nak cube juge lah..mekasih nur...nak try nihh
Salam kak izah,
ReplyDeleteSama2 kak. cantik juga bubuh air daun pandan ni kak... my hubby balik, nasi tgah masak. terbau2 kat luar. huhu. dia lapo...
Saam indah...sedap n harum baunya sampai umah akk ni..nasi lemak layan sekali sekala time posa ni mmg layannn habis...anak2 akk buat nasi lemak biasa pun boleh tambah2 makan
ReplyDeleteSalam Indahm
ReplyDeleteNasi lemak sri pandan,wah special juga resepi ni. Kak Sweetie baru 3 hari lepas masak nasi lemak biasa,tak tahu nak masak apa la Indah. Asyik2 ayam, daging.
salam kak liza,
ReplyDeleteya kak... bulan2 puasa ni, terkenang2 pulak menu sarapan, iaitu nasi lemak ni. hihihi.
Tapi kami makan tak byk, memang kenyang bila makan nasi lemak ms berbuka. :D
Salam kak sweetie,
ReplyDeleteTak aci ar..kak sweetie dah buat dulu. hihihi.
Saya pulak yang tingal, ikan.. ikan.. ayam dah perabih buat grg berempah. huhu... fenin..