Salam sejahtera, selamat pagi,
Firstly, saya ucapkan takziah atas kejadian gempur komando Israel ke atas kapal misi kemanusiaan, Mavi Marmara yg berlaku sebelum memasuki perairan Israel untuk ke Gaza. Sekarang, semua 6 kapal Freedom Tortilla yang membawa ramai aktivis dan NGO dari banyak negara masih ditahan pelabuhan Israel, dan dikecam oleh seluruh dunia. Khabar 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut masih tidak diketahui, walaupun dari berita, banyak penumpang yang cedera dan 16 kematian dalam kejadian gempur tersebut. Pihak Israel menyalahkan para penumpang kapal yang katanya membawa senjata seperti pisau dan bertindak ganas, dan barang2 yang tidak dibenarkan dibawa ke Gaza, sedangkan barang2nya ialah kerusi roda, penapis air. Dari Bernama, telah nampak gambar para NGO di Gaza, dan kanak-kanak telah siap menunggu kapal bantuan kemanusiaan yang berisi perubatan dan makanan, tetapi kapal tak sampai2... kasihan.. (tears....dari malam tadi..)
http://www.lifeline4gaza.org
http://www.youtube.com/watch?v=B3RM2ckcXRQ&feature=PlayList&p=93188243F6D0495F&playnext_from=PL
Bernama
3 hari tidak online. Tangan dah terasa gatal nak menulis, tetapi kekangan masa yang tidak mengizinkan. Sabtu, ada kenduri tengahari. Pagi, cepat2 buat kerja rumah dan setting scheduled post. Ahad, ke national library, kelmarin ada hal di Selayang langsung tade kat rumah. Ingat bl sempat, nak online. Tetapi, seperti biasa My Hubby 'cemburu' kat saya, bila saya duduk lepak ngan 'Lappy'. Katanya, kalu dia ada kat rumah, tak payahla online. Tapi kadang2 saya curi2 online jugak. Tetapi saya minta izin dulu, sebab takut My Hubby kecik hati ngan saya.. dari nak berseronok, jadi berdosa plak nanti. ;) Tetapi bila saya tak ambil gambar masakan, My Hubby pulak teruja utk mintak saya amik gambar menu aritu dan post, walaupun masa tu saya malas sgt2...kihkihkih... Actually, My MIL pun kadang2 ada masuk blog saya ni. kami sekadar berkongsi minat, mencuba pelbagai menu. :)
Hm, panjang saya bercerita. Mesti dah jemu. Jom tengok nasi lemak yang tak berapa hijau ni. Actually, saya guna resipi nasi lemak sri pandan chef hanieliza, tetapi daun pandan saya tak cukup...kihkih. Malas nak salin resipi. Sukatan nasi lemak ala Terengganu ni, lebih kurang sama dengan nasi lemak kat FP kak liza, jadi saya copy dari sana. Izinkan saya share ya kak. Terima kasih kerana berkongsi resipi.. :)


NASI LEMAK -Chef Hanieliza, copy dari FP hanieliza.fotopages
bahan2
1 kg beras AAA [basuh n toskan]
1 liter santan [5 cawan santan]
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
3 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah [mayangkan]
garam secukupnya
sedikit gula jika suka
Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan
250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala dan rendamkan sebentar]
1 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sket belacan ]
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis
Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.

Rajin Nurindah masak nasi lemak. Kalau mama, beli je...hehehe...
ReplyDeleteMama ada juga baca berita sedih tu. Semoga Allah melaknati bala tentera Israel dan melindungi mereka-mereka yang tidak bersalah. Ya Allah, bila baca berita tu, menyirap betul darah ni....
salam mamafami,
ReplyDeleteni kira tak rajin mama. sebab My Hubby kurang makan nasi lemak... hihi
Hati saya pun dah terbakar ngan israel tu :(
Hi Nur, hru doing??? Whoa sedapnye NL tuh!!! sambal ikan bilis mengancam!!! ;)
ReplyDeleteLove pun buat NL smlm tapi sambal udang.
Hi sis Love,
ReplyDeletearini cibok skit. hihi. yum yum..sambal udang pun mengancam tuh!