Salam sjahtera, selamat malam. Amat jarang saya dapat online waktu malam. Biasanya my hubby yang guna lappy ni. Ini sebab nunggu my hubby yang blom balik lagi. Dia dah kenyang makan laksa kat majlis ceramah di ofisnya. Pastu, keluar minum ngan kawan. Kasihan my hubby, dia tertinggal dompet kat rumah. Pasti amat lapar. Takpela bang, saya takkan majuk abang tak ingat saya masa makan laksa tu.. sob sob...!

Ini dia antara menu malam ni. Ada juga tomyam ayam yang dah biasa buat. Saya buat separuh bahan jer. Telur dah tinggal 2 biji. Sajer nak try kacang panggang. Actually, saya tak reti makan kacang ni. Dulu2 biasa dok intai mamafami, buat breakfast. Jadi, punyalah teringin... hihi. Saya jumpa resipi sempoi ni kat majalah Saji. Majalah ni bagus jugak, sbb beberapa resipi saya try, memang menjadi :D Er... saya baru nak cuba2 makan kacang ni, jangan tanya saya sedap ke tak ya... hahahaha...
TELUR SOS KACANG PANGGANG - sumber majalah saji.
6 biji telur
5 ulas bawang merah - dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
2cm halia - dihiris nipis
5sdb sos cili
2 tangkai cili merah - dihiris
1 tin kecil kacang panggang - saya masukkan bersama kuahnya
200ml air
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA:
1. Goreng telur sebiji-sebiji ala mata kerbau. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk sos: Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili, cili merah, air dan gula secukup rasa. Kacau perlahan-lahan sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa dan masukkan kacang panggang.
4. Selepas itu, barulah masukkan telur goreng tadi. Gaul sebati. (saya biarkan kuahnya hingga agak pekat)

salam nur...sedapnyer ni...mau habis sebuku roti sy hadap-syyhh,jgn ckp org tau! :D
ReplyDeletesalam k.nur...nampak menyelerakn..nk sedekit leh....hehe
ReplyDeleteSalam Indah,
ReplyDeletesedap ni walaupun simple.
Yang ni kRina kengkadang buat utk anak2.
ni peberet family kak mas tau, kalau kak mas kami suka letak daging cincang masa masak sos kacang panggang tu, rasanya lagi sedap,pas tu goreng sosej sikit, macam makan kat hotel plak..he..he..
ReplyDeletesedap kan??? nak tanya juga..he he
ReplyDeletesalam nur..waaa menu omptih tu..msti cdp tu..kmaz suke kcang pngang tu..
ReplyDeleteTak pernah cuba makan kacang panggang ni...nak cubalah!
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBalas ziarah nih. Terima kasih sudi ke'rumah' kita :-)
resepi yang mudah. yang pasti anak2 memang suka makan.
ReplyDeletesalam deliah,
ReplyDeletesyyy.. saya diam2 jer ni. hihi
salam myrah.
ReplyDeletekalu nak tau rasa dia, cubalah. akak baru nak try2 makan :)
salam kak rina,
ReplyDeletebudak2 suka ya kak.. saya juga yg jakun. :)
salam kak mas,
ReplyDeletehihi. dah makan ala western gitu.
salam kak e-na,
ReplyDeletesedap juga. lembut kacangnya, lemak2 :)
salam kak maz,
ReplyDeletehihi. skali2...
salam ckLah,
ReplyDeletehihi. saya pun baru pestime. haha
salam kak som,
ReplyDeleteterima kasih datang ya :)
salam kak pah,
ReplyDeletehihi. budak2 pun suka kacang ni? baru saya tau... haha