Salam sejahtera. Projek petang kelmarin. Muffin blueberry. Terpikat ngan filling yang cair kat blog kak izah. Saya pilih resipi chef Noraini. Muffin ni, lain skit, sebab menggunakan tepung superfine/ tepung kek. mula2 saya tak tau ia bahan yang sama, setelah survey internet, baru saya tahu, tepung2 ni sama. Hasil menggunakan tepung ni, tekstur tersangat moist, gebu seakan kek sifon. Tak terbelah dan gedabak macam muffin biasa. Satu kelainan. Diletak filling blueberry lagi. Fuh... cair hati saya. Cuma.. bole dikurangkan gulanya, bg yang suka rasa kurang manis. Bole cuba bagi yang ingin kelainan. :D
MUFFIN BLUEBERRY - sumber Chef Noraini, copy dr blog kak izahdaut. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi. Mohon halalkan :)
Nota kak Izah: Kak Ummi, saya copy resepi ni ye. Terima kasih kepada yang sudi share resepi ni. Allah jua membalas orang-orang yang ikhlas itu.
Bahan-bahannya:
125 gm butter (suhu bilik)
150 gm gula castor
2 biji telur
250 gm tepung kek / tepung gandum (Nurindah: tepung kek)
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar UHT
inti blueberry secukupnya (dalam 1/2 cawan)
1 sudu teh essence vanilla
Cara-caranya: Panaskan oven pada suhu 180 C. Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan essence vanilla dan pukul rata. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan garam berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan butter. Sudukan separuh adunan ke dalam muffin cup dan letakkan inti blueberry dan sudukan lagi adunan meutup inti. Bakar adunan selama 18-20 minit.



nur:hahahha N3 kita sama ler..lenda nyer projek mlm tadi rich bluebrry mufin.hihih..nak tukao2 rasa x?hihihhih
ReplyDeletesalam kak Lenda,
ReplyDeleteya kak. sama la kita. bole2... saya pun suka rasa rich2. :D
Salam Indah,
ReplyDeletecam nak jual nih.Sedap tu inti blueberry lagi. bagi kak sweetie rasa leh ker?
salam kak sweety,
ReplyDeleteoh, saya tak pass lagi nak meniaga kak.. :D
salam nur..dtg ni nak amik muffin ngan buah doyan kat bwh sinun..bt bubur kacang+doyan nyum..nyum... :)
ReplyDeletesalam Deliah,
ReplyDeletewah... semua nak. mana buah tangan? kihkih