Salam sejahtera. Dah lama tak beli kangkung. Aritu terliur nengok kangkung goreng belacan kat jintanmanis...hihi. Jadi, sempatlah saya capai 1 ikat kat pasar. Alhamdulillah... Malam tadi, versi campak2 juga. Lebih kurang dengan bayam goreng belacan saya aritu. Cuma saya kurangkan air buat kering sikit.. dan tambah cili padi, bagi laaagi pedas. ;). Jika ingin lihat resipi dari MyR pun ada, di sini .
KANGKUNG GORENG BELACAN
1 ikat sayur kangkung- dipotong2
1 - 1 1/2 inci belacan -ditumbuk bersama
Sejemput Ikan bilis - ditumbuk bersama
1/2 biji Bawang besar (saiz kecil)-ditumbuk bersama
2 ulas Bawang putih -ditumbuk bersama
8 biji Cili padi -ditumbuk bersama
Cili merah -jika mahu
1/2 cawan air
CARA:
1. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk. Biar sedikit garing.
2. Masukkan batang kangkung, dan air. Kacau hingga batang bayam sedikit lembut.
3. Masukkan daun bayam, dan kacau hingga sedikit layu.
4. Angkat dan hidangkan.

No comments:
Post a Comment