Kes telur terover masak. jadi, kuahnya tak pekat.. :). Er...yang ungu tu kobis ungu ya. Kobis putih takde...
Selamat petang. Tengahari tadi, My Hubby balik sekejap. Tak sempat sediakan nasi dan lauk-pauk. Saya buat mee berkuah ni. Mula2 nak buat Wat tan hor macam resipi Sis Gert aritu, tetapi tak cukup bahan; kue teow takde, cili padi takde. Jadi, saya buat ala-ala jer, asalkan pedas. Alhamdulillah, masih sedap, dan menyenangkan hati saya. Mee tidak kembang kerana kuahnya asing, kental tapi...berkuah... cubalah jika ada mee non fried ni... saya takde resipi khusus.
Mee cintan non fried berkuah
Bahan-bahan Mee:
2-3 keping Mee cintan non fried
Kicap manis habhal - secukup mee
kicap masin habhal - secukup mee
Cara:
Mee direbus hingga lembut, toskan. Tuang kicap manis dan masin atas mee dan gaul hingga betul2 rata. Ketepikan.
Bahan-bahan Kuah:
Isi Ayam
1 -2 sdb Sos tiram - secukup rasa
1/2 sdb Lada putih @ white pepper -secukup rasa
3-4 ulas Bawang putih - ditumbuk
1 1/2 - 2 sdb Cili kisar
2 sdb Stok pekat ayam maggi
1 sdb Kicap manis
1 sdb Kicap masin
Garam
4 ekor Udang (sederhana besar)
sedikit Kobis, atau sebarang sayur - dihiris
2 biji Telur
1 sdb Tepung jagung - dicairkan dengan 1/2 cawan air
Air secukupnya untuk kuah
Cara:
1. Isi ayam diperap dengan sos tiram dan lada putih sekejap.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Kemudian tambah cili kisar. Biar naik minyak, baru masukkan isi ayam yang diperap tadi. Biar separuh empuk.
3. Masukkan air secukupnya. Biar air mendidih.
4. Masukkan kobis, stok pekat ayam, kicap manis, kicap masin, garam, dan udang.
5. Baru masukkan air tepung jagung tadi. Biar sekejap supaya kuah sebati dan udang masak.
6. Kemudian, pecahkan telur ke dalam kuah, besarkan api. Kacau telur. Biar skejap. Tutup api dapur.
7. Boleh dihidang. Cara menghidang, ialah tuangkan kuah ke atas mee. Siap untuk dimakan :)
sodapnyerrr.. uhuhu
ReplyDeleteKenapa nampak sedap sgt nih Nur! Love dah lapar lorrrrr ;)
ReplyDeleteDear, pls accept a Thank You card from love2cook ya! :D
salam en me,
ReplyDeleteterima kasih singgah. :)
hi sis love,
ReplyDeleteMorning...!hihihi. Insya Allah, nanti lepas minum pagi...zup....saya datang tau
Tgk gambar pon dah tau sedap...
ReplyDeletehmm...nk sikit..
salam niezaman,
ReplyDeletemasak simple2 jer nieza.. ;)