Salam sejahtera. Yum.. sedap udang goreng ni. kali ni rasa masam2 skit, guna resipi kak anis. saya takde bahan secukup rasa, tetapi, tetap maintain sedap... terima kasih kak anis, kami suka sangat. Izinkan saya share kat sini ya..
UDANG GORENG ASAM -sumber kak anis,anisdairy
Bahan-bahannya:
500 gram udang sederhana besar dibuang sesungut
5 biji cili merah dihiris
1 biji bawang besar bombay dihiris
2 sudu kecil pati asam jawa Adabi
1 sudu kecil serbuk cukup rasa (nurindah : takde)
1/2 sudu kecil garam kunyit (campuran kunyit dan halia tumbuk)
secubit garam
secubit gula
Cara-caranya:
1. Gaulkan udang bersama pati asam jawa, sebuk cukup rasa, garam kunyit, garam dan gula secara merata. Biarkan selama 30 minit.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga layu.
3. Masukkan udang yang diperap sekejap tadi dan kacau hingga berubah warna dan masak.
4. Hidangkan semasa panas.

salam nurindah :) ni fav sy ni - udang goreng asam,ayam ke daging ke sumenyr sedap -yummyy!
ReplyDeletesalam deliah,
ReplyDeletebila deliah cakap camtu, saya rasa lapar pulak ;)