Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, June 19, 2013

Moga ia selamat :)


Bismillah,
Masya Allah, Alhamdulillah.

Berada di mini garden, buat saya gembira. Bolehla dipanggil mini garden ya, walaupun diselang seli dgn rumput rampai, hikhik.

Kelmarin, sedang mengintai anak anak sawi yang mula tumbuh. Terpandang anak cili di pohon sebelah. Masya Allah, saya baru saja putus harapan pada 4 pokok cili padi sebelah kanan rumah.
 Ini, yang hanya kecil pokoknya di dalam pasu, sudah keluarkan beberapa biji cili padi.
Ini baru betul, ;)  Lepas keluar bunga... keluar buah.
Takde la berbunga, gugur, berbunga, gugur. ;)

Saya rakam kegembiraan itu dan hantar kepada suami. hehe..
Tegak saja buah cilinya.. (saya pandang dgn rasa bangga).
Moga ia membesar dgn selamat.

Saya tabur biji daun saderi dan sawi. Tetapi nampaknya sawi menang dulu. Allah, saya berharap kami ada rezeki dgn sayur mayur ni. Moga membesar dgn baik. Hum, kalau dahulu saya berjaya menanam bayam dgn banyak sangat, dan kangkung walaupun berjaya hanya beberapa pokok,  menanam sawi pasti tidak menyusahkan. Insya Allah.
 
 Agak letih hendak transfer gambar dr handset.

Saya baru dapat idea macam mana nak memanfaatkan pegaga yang menjalar sana sini. Masya Allah, ada orang menghias makanan dgn meletakkan beberapa tangkai pegaga di atasnya! Hum, hidangan Melayu! :D


  

 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, June 17, 2013

Best ever banana muffins



Roti ke ni? hehehe. Guna acuan besar, macam ni la.


Ha, ini baru betul. Baru comel macam versi kak Roz.  :) Alhamdulillah, berjaya juga membaking. Rasa dah lama tak sentuh oven, atau sentuh tepung utk buat kek muffin semua...
Memang mengelamun habis masa nak baking ni.
Sentuhan jemariku masih menjadi ke? huhu.



Alhamdulillah. Syukur, menjadi kek pisang saya. Nampak serat pisang semua.  Boleh guna pisang rastali/mas. Saya bubuh adunan 3/4  dalam acuan supaya ia nampak membumbung. Menteganya saya ganti minyak jagung. 20 minit tu, kira sedang-sedang masak, (uji dulu dgn pencucuk). Kalu terlebih masa, boleh hangit bawahnya. Boleh tambah esen vanilla.

Yang menyeronokkan hati saya, rasa kek pisang ini, ala kek pisang yang dijual kat pasaraya. Berbaloi!  Sedap dimakan bila dah sejuk dan dimakan pada waktu petang. Kalu makan esok hari, bertambah lembut! :D  Terima kasih banyak2, kak Roz, homekreation-recipes. Saya mohon halalkan resipinya utk diletak di sini.
Nota: Untuk disimpan sehingga beberapa hari, saya masukkan dalam tupperware, dan frozenkan. Nak makan, keluarkan beberapa biji untuk dibiarkan pada suhu bilik. Alhamdulillah, rasanya masih seperti asal. ;)



Best Ever Banana Muffins
By: AlongRoz@HomeKreation
Bilangan: 1 dozen
BAHAN2:
170g Pisang Masak Ranum - lecek
3/4 cwn Gula
1 bj Telur - pukul sedikit
1/3 cwn Mentega - cairkan (nurindah: saya ganti minyak jagung)
1 st Baking Powder*
1 st Bic Soda*
1/2 st Garam*
1 1/2 cwn Tepung Gandum* (* ayak)

CARA2:
1. Campurkan pisang lecek & gula sehingga sebati.
Masukkan telur, mentega sambil di kacau sehingga sebati.
Akhir sekali, masukkan campuran tepung* & gaul balik sehingga rata.
2. Sudukan ke dalam cawan muffins.
Bakar 180C selama 20-25 minit sehingga masak.

Nota: Along taburkan sedikit coklat cip atas nya.


Salam Mahabbah. Moga teman-teman dalam keadaan sihat dan gembira selalu.
8 Syaaban 1434.



Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

ayam sambal bakar, tempe dan seleri masak bening, ayam bakar madu, jus oren.


Alhamdulillah,
Sebenarnya sesi minggu lepas.  Sayur sesi campur campur.  Ada tempe, jadi untuk masakan berkuah, saya buatlah tempe masak bening gaya my MIL. Saya  selalu menambah sedikit sayuran lain.  Kali ini, batang seleri.Tambah carrot, atau tomato pun best!

TEMPE MASAK BENING ala MY MIL

1. Tempe-potong2
2. 1/3 biji Bawang besar-dihiris
3. 1 biji Bawang putih-dihiris
4. Cili padi 2 biji.
5. Air - 1 atau 1 1/2 cawan(secukup tempe)
6. Sikit garam dan perasa
7. Secubit Ikan bilis  ( update)

Saya masukkan saja semua sayur, tempe, semua bawang, ikan bilis, cili padi yang diketuk, dan tambah air  paras tinggi bahan-bahan. Tambah garam.  Didihkan semua dalam periuk sehingga tempe agak warna kelabu . Kira masak la tu..



Lauk.... saya buat 2 jenis. Sajer, dah takde lauk lain. hahaha.
Masa membakar ni, saya masak sekali gus. Yang kat atas ni, Grilled blackpepper honey chicken . Saya letak kat tray atas. Resipi klik di situ. Nak basah atau kering terpulang pada masa membakar.  (Biasanya utk oven kecil saya gunakan suhu 180c)  tetapi sebab masak 2 benda, kita naikkan suhu, 190c - 200c )



Ayam ni saya letak di rak bawah sekali (masak sekali harung dgn ayam bakar di atas.  Lepas ayam bakar madu di atas masak, ubah tray ayam sambal ini ke tingkat atas, supaya air ayamnya kering sedikit.)  Tetapi saya suka kuahnya.... Yum! ;)
Senang saja resipinya. :)

AYAM SAMBAL BAKAR.

2 ketul peha ayam.
Bahan Sambal:
* 5-6 cili kering (dilembutkan dgn air panas)
* Bawang besar sederhana besar- setengah biji.
* Bawang putih 3 ulas.
* Serai 1-2 batang
* Halia setengah inci.
* Garam secukup rasa.
Kisar semua bahan sambal.  Letak ayam di atas aluminium foil. Tuang sambal. Balut kemas dan letak atas tray. 




Teringin fresh orange. Alhamdulillah. 2 biji limau, kisar dgn ais, air dan gula, BLEND.  Tapis serdak dia (kecuali la anda mempunyai pengisar jus).  Ha... pastikan buang betul2 kulit putih2 di luar limau. Kalau tak, anda mendapat fresh orange yang pahit. heheh.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, June 11, 2013

diet, planner, pengantin, bebola ayam homemade


Pelbagai perkara yang saya sedar baru-baru ini.

1) Pemakanan sunnah.
- Menumis menggunakan minyak zaitun.
- Mencampur madu, kurma, kismis, atau buah tin dalam smoothies/ jus, dan pelbagai masakan.

Sejak masuk umur 30 an ini, badan sering 'terasa' sesuatu setiap kali berlaku perubahan musim, dsbg. Dulu, semasa berumur 20-an taklah ketara sangat. Nampak sangat kita ni dah makin lanjut usia kan? :D
Sejak akhir-akhir ini pun, saya lebih terasa lesu dgn warna gelap. Ingin mencari pakaian cerah dan hiasan bling, hehe... bukan untuk suami semata, tetapi untuk diri sendiri. Menonton rancangan Safiyya di tv minggu lalu,tentang kisah diet pemakanan sunnah buat saya tertarik. Badan  saya yang rasa tak tentu membuat saya tak berani makan bermacam produk di pasaran. Rasanya saya dah perlu mula mengira bajet untuk membeli bahan makanan begini, Ramadhan pun bakal menjelang. :)


2) Pakaian pengantin mengikut sunnah nabi.

Apabila seorang ahli keluarga hubby bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, mencari-cari pakaian jubah untuk perkahwiannnya, saya terfikir, agaknya trend pengantin sekarang ini ialah memakai jubah. Ia mengikut citarasa hati. Saya dahulu tidak pernah berfikir begitu kerana hanya mengikut adat seperti yang dibayangkan oleh Ma dan abah. Bangga apabila memikirkan anak muda sekarang ini mahu mengubah tradisi itu, mencari cara untuk mengikut sunnah nabi dalam perkahwinan... dan bukan semata-mata adat. Yalah, biasanya ibubapa hanya menurut apa yang kita sukai, kan? Tidak mengapalah begitu.
Jubah kan sunnah nabi kita. Keupayaan untuk mengikutnya adalah terpulang kepada kehendak hati. Cuma peninglah juga, tak ramai butik pengantin yang menyewakan set jubah untuk pengantin perempuan. Set dress labuh, banyakla. Agaknya mereka tempah sendiri, kot.


3) Perkembangan mini garden.

Hanya laman depan rumah... Tanah masih kelihatan berbatu kecil. Saya fikir hendak menggabungkan pokok hiasan dengan pokok herba dan ulaman. Simple.
Ada bungaan sedikit. Memang ada sedikit gangguan belalang dan serangga. Tapi tak mengapalah. Sedang berusaha sedaya upaya mencantikkan laman. Saya fikir, porch depan hendak diperbesarkan, bolehla letak meja makan di situ, untuk berehat waktu petang. hehe... Angan-angan.


4) Ramadhan planner.

Perlukah ramadhan planner? Sekarang dah masuk minggu ketiga. Tengoklah dekat link kat side kanan blog ini. Jika ikut betul-betul plan tu, Insya Allah... kita kurangkan stress nak menghadapi ramadhan (yang popular sebagai bulan makanan bagi masyarakat malaysia ;) . Agar kita kurang stress hendak menghadapi hariraya, dan supaya kita tidak terkejar-kejar untuk tidak tidak melepaskan peluang meluangkan waktu bersolat terawikh yang setahun sekali. Apa salahnya? Jika kita ada solat yang hendak diqada pun, lakukan sebanyaknya di bulan itu. Ia kan bulan ibadah...


Snack.
Hehe... bukanlah. Bebola daging ayam.  Nampak kan yang oren tu, itu carrot yang disagat. Berkhasiat kan bila bebola ayam mengandungi sayur fresh. Saya buat apa dgn bebola ayam?  Humm.... yum yum, saya ada goreng begitu saja, ada juga masukkan dalam kuah spagetti prego.. Biar ia berladung lama-lama dalam kuah sos tu... hum, berbaloi!



KLIK NEW TAB ( ini rupa doh mentah.... belum goreng lagi ni , ;-)

Resipi mudah saja.
Daging ayam kisar (jenama Ramly)
Bawang putih dan bawang besar - dicincang kecil.
Serbuk lada hitam  (guna yang kasar sikit)
Serbuk lada sulah (saya guna ajishio lada sulah)
Garam
Carrot disagat.
Breadcrumbs (homemade)
Semua dicampur dan dikepal. Saya campur sedikit-sedikit breadcrumbs tu, sehingga doh bebola tak melekat di tangan (senang untuk dikepal dan dibentuk bebola).

Breadcrumbs homemade.
hehe..... kulit roti/ roti  yang dibiarkan terbuka dalam peti ais. Biasanya mengambil masa 2 hari utk keras. Dah keras semua bahagian, kisar saja sampai hancur. Insya Allah, boleh simpan lama dalam peti ais.

Kuantiti? Agak-agak saja, kalu nak rasa bawang banyak, bubuh paling banyak separuh. Lada hitam nak lebih, letak lebih. Carrot jangan pula melebihi daging, karang jadi bebola carrot! ;)




Breadcrumbs homemade saya.  Dah rupa serbuk. :D



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

melapangkan waktu


Klik New tab.

Jika ada yang sudi melapangkan waktu.
Rejab sudah berlabuh. Sebulan lagi nak menyambut kehadiran Ramadhan.  Ingat tak dulu, Syeikh dalam episod ramadhan di tvalhijrah? Rasa meriah puasa tahun lalu, (ditambah dgn siri masakan arab chef Ammar, hehe..)

Saya tidaklah terlalu gigih untuk menghadirinya. Cuma sebab dah terbiasa. Dari awal Mei tahun lepas, sebulan sekali ada kat masjid Bkt Sentosa. Asalnya sekadar nak kenal, tetapi akhirnya terpaut.  Alhamdulillah, masih istiqamah. Sekarang pengajian dah berpindah ke surau al Muhajirin Bkt Beruntung. Sekarang ini dah bertambah, ada daurah hadis (malam).

Dengar khabar, Syeikh sudah membeli rumah di sini. Tapi kami tak tahu dekat mana. Tetapi seronoklah orang sini, dapat berkat ulama. Ertikata lain, walaupun saya bukan berasal dari sini, saya tumpang seronok.

Allah, kalaulah rumah saya sangat besar, luas dan lapang, pastilah saya minta keizinan suami utk sahabat yg jauh datang bermalam.  Rumah saya tiada kemudahan yang sesuai utk para Muslimat . Serba salah pula nanti. Barangkali untuk saudara mara kami yg tidak kisah dgn suasana 'terbuka', bolehlah kami jemput.  Malu saya, dah setahun belum dibuat kenduri naik rumah (baca doa selamat sendiri saja... hehe).

Jangan takut menghadiri kuliah syeikh. Buat para wanita, asalkan jangan bercakap-cakap dan elakkan bunyi handphone, sudah cukup. Anak-anak kecil, elakkan bermain di hadapan syeikh, main kat belakang, tak apa. Syeikh amat mementingkan suasana pengajian yg tenang.


Sumber jadual syeikh Nuruddin  :  https://www.facebook.com/SyeikhNuruddinMarbuAlBanjariAlMakkiOriginal
FB  di atas diselenggara oleh mereka yg selalu mengikuti perkembangan syeikh. Setakat ini, Alhamdulillah berita yang disampaikan tepat, dan jika ada perubahan, mereka akan maklumkan.

Salam Mahabbah.



Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers