Klik New tab.
Jika ada yang sudi melapangkan waktu.
Rejab sudah berlabuh. Sebulan lagi nak menyambut kehadiran Ramadhan. Ingat tak dulu, Syeikh dalam episod ramadhan di tvalhijrah? Rasa meriah puasa tahun lalu, (ditambah dgn siri masakan arab chef Ammar, hehe..)
Saya tidaklah terlalu gigih untuk menghadirinya. Cuma sebab dah terbiasa. Dari awal Mei tahun lepas, sebulan sekali ada kat masjid Bkt Sentosa. Asalnya sekadar nak kenal, tetapi akhirnya terpaut. Alhamdulillah, masih istiqamah. Sekarang pengajian dah berpindah ke surau al Muhajirin Bkt Beruntung. Sekarang ini dah bertambah, ada daurah hadis (malam).
Dengar khabar, Syeikh sudah membeli rumah di sini. Tapi kami tak tahu dekat mana. Tetapi seronoklah orang sini, dapat berkat ulama. Ertikata lain, walaupun saya bukan berasal dari sini, saya tumpang seronok.
Allah, kalaulah rumah saya sangat besar, luas dan lapang, pastilah saya minta keizinan suami utk sahabat yg jauh datang bermalam. Rumah saya tiada kemudahan yang sesuai utk para Muslimat . Serba salah pula nanti. Barangkali untuk saudara mara kami yg tidak kisah dgn suasana 'terbuka', bolehlah kami jemput. Malu saya, dah setahun belum dibuat kenduri naik rumah (baca doa selamat sendiri saja... hehe).
Jangan takut menghadiri kuliah syeikh. Buat para wanita, asalkan jangan bercakap-cakap dan elakkan bunyi handphone, sudah cukup. Anak-anak kecil, elakkan bermain di hadapan syeikh, main kat belakang, tak apa. Syeikh amat mementingkan suasana pengajian yg tenang.
Sumber jadual syeikh Nuruddin : https://www.facebook.com/SyeikhNuruddinMarbuAlBanjariAlMakkiOriginal
FB di atas diselenggara oleh mereka yg selalu mengikuti perkembangan syeikh. Setakat ini, Alhamdulillah berita yang disampaikan tepat, dan jika ada perubahan, mereka akan maklumkan.
Salam Mahabbah.
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment