Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Monday, September 30, 2013

sarapan Egg benedict, mudah: puasa sunat di bulan zulhijjah.


Resipi di SINI

If you desire Allah swt to be persistent in granting you the thing you love, be persistent in doing the thing He loves” – Imam Ahmad ibn Hanbal


Bismillah
Bangun tidur yg dah lewat, terus panaskan oven, hehe... Dapat idea serta merta, sebab malam tadi Hubby belanja makan pizza crunchy versi baru tu kat Rawang  (maklumla awal bulan :).... Komen kami, #geleng.  Tak suka versi baru, susah nak tarik dgn garfu meskipun cheesenya berjurai2 bila ditarik.. hehe. Saya ambik pizza tu  dgn tangan jer. Hubby lebih suka versi pizza ayam mushroom blackpepper katanya.  Dah dinner roti.... kita sambungla roti lagi utk sarapan.


Letak dalam tin muffin ni..

Saya set utk Hubby punya lebih cair. Ini saya punya... :))  Senang wat gini, tak yah bakar roti asing, buat telur msk separuh  asing-asing... Er, blackpepper ajishio tu jangan taruk banyak2 tau sbb masin hehe..



Allahukhbar, semasa kuliah syeikh, ada pertanyaan ttg puasa sunat dari 1-9 Zulhijjah. Dgn pertanyaan seorang sahabat kuliah... kita mndapat peringatan ttg puasa sunat yg paling hampir dgn musim raya Haji , Allahuakbar!

(Aduhai.... serdak biskut raya pun masih ada dalam balang. Utk mngingati raya haji yg mnjelang, baiklah kita bersedia utk puasa sambil ganti2 ..;)


MUDAH INGAT:

*  Sunat berpuasa dari 1 Zulhijjah - 9 Zulhijjah ( 9: paling disunatkan iaitu pd hari Arafah di mana hari jemaah haji berwukuf di Arafah ).
* 10 Zulhijjah (Hari raya Haji), 11,12,13 Zulhijjah ialah hari 'tasyrik' yg diharamkan berpuasa.
* 10 hingga 13 Zulhijjah, sunat menyembelih haiwan korban sambil bertakbir.



Meh kita paksa diri baca Hadis kelebihan berpuasa hari Arafah di dlm bahasa arab. hehe..  kalu tidak, camana nak ulangkaji bahasa quran ini?  Rujukan kitab  kecil La tahqiranna minal ma'ruufi syai-aa, oleh Syeikh Muhammad Nuruddin.  Kami bertalaqqi  buku ini di hadapan syeikh sendiri di masjid bkt sentosa ... Biznillah.




Terjemahan saya kutip dari  sini: Sumber, sumber

52. ( 'An Abi Qataadah R.A qaala: )
Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu Baginda menjawab: "Puasa hari Arafah itu menghapuskan dosa yang dilakukan pada tahun yang sebelumnya dan tahun yang ada ini

54. ( Wa  'an Abi Sa'id al Khudri R.A qaala... )
Daripada Abi Said Al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa yang berpuasa pada hari Arafah diampunkan dosanya setahun akan datang dan dosa tahun lepas, dan barang siapa yang berpuasa hari Asyura diampunkan dosanya setahun". Hadis Riwayat At-Tabrani.



Sumber: Galeri Ilmu FB, majalah islamik Anis . Foto: Jemaah haji wukuf di Arafah.

Pada 10 hari pertama Zulhijjah, kita dituntut untuk melakukan ibadat haji dan umrah (bagi mereka yang berkemampuan). Oleh itu bagi yang tidak melakukan ibadat haji di Tanah Suci, kita  turut diberikan kelebihan-kelebihan tertentu, di antaranya:

PUASA: Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat sekadar yang mampu iaitu pada 1 hingga 8 Zulhijjah, tetapi pada 9 Zulhijjah kita sangat dituntut untuk berpuasa.

TAKBIR, TAHLIL & TAHMID: Umat Islam disunatkan untuk bertakbir pada beberapa hari tertentu bermula pada waktu Maghrib 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah terutama selepas menunaikan solat fardu yang dikerjakan secara berjemaah.

BERKORBAN: Umat Islam disyariatkan untuk melakukan ibadat korban (menyembelih haiwan ternakan) pada Hari Raya Haji atau Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).


http://www.andalusia2u.com/2011-08-15-07-10-58/aturcara-haji.html

*  Sampai crop  jadual haji Andalusia.  Sifat orang yg beria-ia  nak belajar cara orang menunaikan Haji. :D  Insya Allah... Rasa terpukul bila tengok di FB ada remaja yang dah pergi haji kerana  ibubapanya menyimpan Tabung Haji utk mereka sejak berumur 10 tahun.  Rasa nak kuat menyimpan jugak! Dah umo macam ni, kena cepat berniat nak pergi Haji....

* 8  Niat ihram
* 9  Wukuf di arafah
* 10-13  melontar jamrah.


Pesan utk diri dan teman-teman  :

Dah istighfar 50x utk membersihkan hati . Sejam lagi nak istighfar lagi 50x.  Syeikh Nuruddin menyatakan Rasulullah istighfar 100x setiap hari...  Tak perlu istighfar berlagu, baca macam biasa.  Kalu tak sempat nak kira, 10x setiap jam, tak perlu lebih, jangan terkurang... :)

Alhamdulillah, semalas dan letih sekalipun, 1 ms membaca al Quran dimestikan ke atas diri ini, selepas solat.  Ustaz sms sekolah dulu menyatakan mesti mengaji 100 ayat setiap hari (di luar solat) utk dapat pahala... tetapi selalu tak sampai  :)




 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Saturday, September 28, 2013

Makaroni goreng berudang, info majlis selawat


Bismillah,
Tulis entry ni waktu malam. Kalu siang, belum tentu boleh upload gambar ngan cepat. Alhamdulillah, larut malam internet laju pulak. Kami belum dapat streamyx, yala kawasan perumahan baru. Guna P1 ni, banyak kali kena topup. Dr RM99 sebulan jadi bertambah2.

Letrik mahal tak? Saya malas nak fikir hal minyak keta, sbb hanya Hubby yg guna keta... :) Semenjak Hubby harus keja syif , payah nak jimat lampu. Ms hubby syif malam saya pasang kat dapur, kat porch, dalam bilik tido...huhu payah nak tido. Alhamdulillah,  3  tempat tu  lampu LED...

Allah, sebagai  'suri' kita terpaksa juga mngharungi sesi brjimat macam ni. Itukan belanja rumahtangga? :) Berbeza dulu semasa tinggal di rumah sewa apartmen, kami tak perlu risaukan halaman, risau pintu belakang, maintenance plumbing, tangki, dsbg. Rumah kami ni pun bukannya rumah baru, ada kerosakan juga,  tetapi itulah saja yg termampu dibeli dgn keadaan skrg ni. :)
Skrg ni, yang mana kos yg boleh jimat, kita jimat.




Sebab waktu pagi sering blur nak sarapan apa, saya rebus makaroni siap-siap tengah malam. Lepas tu tapis, biar sejuk, masuk dalam peti ais.  Belum tahu nak dibuat apa.  Namun siang kemarin, selain telur masak separuh mesti rasa nak makan berat. Jadi, keje sonang... Blend cili, tumis... goreng makaroni tu je.  Letih nak cari resipi lain.. haha.

Resipi hampir sama dgn mee cintan haritu, tetapi saya guna teknik lain pula sebab  pasta brbeza dgn mee.  Pasta agak tebal dan kurang rasa garamnya. Mee cintan terasa macam ada telur sikit dan mudah rasa sedap (ala ala megi/mee suah).
Untuk kali ini, saya kurangkan kicap supaya tak nampak gelap sangat.. :)




MAKARONI GORENG BERUDANG

Bahan-bahan:
1/2  paket makaroni-  direbus 8 minit sehingga kembang. Tapis.  ( saya guna jenama kimball)
Kisar 1/2 bawang besar, 3-4 tangkai cili kering yg dah lembut (saya rendam cili dgn air panas) , 2 ulas bawang putih.
Potong sayur siap-siap dan bersihkan udang.  (yang kat atas tu takde sayur :)
1 1/2  sdb kicap manis
1 1/2  sdb kicap masin
1/2 sdb sos tiram.
Udang secukupnya :)
Sedikit garam jika perlu (spy makaroni tidak berwarna  hitam sgt :)

Cara-caranya:
Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan udang, kacau.
Tambah sedikit air.
Masukkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram. Kacau.
Masukkan makaroni yg siap direbus tadi , dan sayur berdaun . Kacau sebati.
Kalau nak tambah kicap, boleh tambah tetapi lebihkan kicap manis.



Lepas makan, tiba-tiba terpandang balance makaroni ni terletak elok jer dalam pinggan besar. Saat perut dah sangat kenyang...

.

Saya selalu nampak serving dish kat hotel menggunakan pinggan besar, dan isinya 'ciput'..... jer.  Barangkali sebab serving begitu nampak cantik sikit,  ataupun senang kita nak kaup makanan?

Haha.
Entahlah. 
Kalu tanya my adik, agaknya dia tahu kenapa. My adik Siti  mempunyai Sijil pelancongan dari politeknik. Tetapi belum rezeki dia mndapat kerja yg sesuai dlm bidang itu. Dia tak mahu sambung lagi, kat Johor... katanya dia mahu bekerja cari duit.  Saya tahu betapa susahnya dia berjimat sms mngambil sijil dahulu. Skrg di midvalley... Nak sambung blaja kat sini katanya payah, jadinya sampai skrg  dah bertahun tak sambung... keja midvalley ni larut malam baru sampai rumah...risau saya.






Info menarik.  Saya sekadar menyebarkan majlis  di bawah ini, Insya Allah MALAM NANTI . First time saya dengar selawat burdah ialah pada majlis dgn syeikh nuruddin, persembahan anak-anak tahfiz repek, sms pelacaran pustaka PNS. Panjang selawat burdahnya... tetapi sedap didengar :)   Tetapi ini anjuran darul murtadza, bertempat di masjid Shah Alam dan dibuat secara bulanan Sabtu minggu ke 4.  
P/S:  Kalau Hubby larat, dapatlah kami pergi. Hubby tengah berehat tuh. :)  Kalau terserempak dgn saya di luar kawasan solat tu, tegur jela, hehee...

Apa itu Burdah: http://www.darulmurtadza.com/p/majlis-bacaan-burdah-bulanan-darul.html?m=1



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, September 27, 2013

Begedel Wan, bebola dalam sayur


Bismillah,

Alhamdulillah, lewat petang kelmarin sempat keluar membeli barang dapur di kedai mnjual barang basah sprt daging, ayam, seafood dan sayur mayur. Kedai kat bkt sentosa.  Pilih udang yg saiz sederhana, 1 kg RM29... Saya ambil dlm RM 8. Ikan bilis pangkor pun, haih, 1 kg hampir RM40, tapi ikan bilis kan ringan...hehe saya ambik beberapa ringgit saja ;) .  Yg masih murah ialah ikan cencaru/ 'ikan berjaket'  satu kg RM8.  Ayam sekor RM14. Ambik itu ini.... kena tak sampai RM50 pun. :)  Alhamdulillah.

Subhanallah... tak sangka makin berderet foto masakan yg saya ambil. Dlm kesibukan ini, rupanya mnjadikan saya semakin rajin. haha. Aduhai, masih terasa kaku tangan apabila kembali memetik coolpix kami ini sebab dah lama saya tak siarkan sesi memasak...


Ketika ketiadaan idea utk mnyediakan menu keluarga, bertawakkallah kepada Allah. Hanya Dialah tempat kita berserah. Tengok bahan memasak yang tinggal, belek resipi sana sini kot mana yg boleh dijadikan rujukan. 

Di bawah ni, masakan sebelum ke kedai. :)  Pening juga macam mana nak memikat selera dgn bahan yg sangat kurang.  Nak minta Hubby ke kedai tengahari camtu , tak sampai hati pula...   Ada makerel tin,  ada setengah ekor ikan selar, sedikit daging yang niatnya nak buat inti karipap. :)  Subhanallah.... saya juga mempunyai 1 bekas kentang  yang siap dikopek di dalam peti sejuk. Hehe, macam tu la taktik utk memaksa diri saya utk masakan masakan berubi.
Tapi, nak jadikan apa lagi ?



Hidangan terdesak di akhir bulan... hahaha...



Begedel saya dah macam rupa kuih cucur badak kan? hehe.... Di bawah resipi ringkas saja.  Dahulu saya pernah buat begedel, tetapi hasilnya lembik. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati.  
Syukur,  ia lebih menjadi...
Alhamdulillah, seronok tengok mr Hubby tak berenti makan begedel tu.... :))


BEGEDEL WAN

Sedikit daging yg ada, saya kisar dgn food processor.  Daging ini digaul dgn sedikit lada hitam Ajishio , lada sulah.

Kentang  yg siap dikopek -  Cara potong, belah macam wedges dulu 6 bahagian , kemudian belah kecil2.  Rebus hingga hampir empuk   (Boleh cucuk dgn garfu. Jangan terlalu empuk sebab nanti kentang menyerap banyak air).
Setelah empuk,  tapis, dan lenyek semasa masih panas. 

*   Sukatan agak-agak 1/3 daging kisar  berbanding sukatan kentang lenyek. Kentang kan lembik sikit sebab ada kandungan air, jadi kena pandai agak sukatan daging dgn kentang.

Utk tambah mengentalkan begedel, saya bubuh Bawang goreng segera, diramas sedikit. 
Boleh tambah daun sup/ daun saderi sesuka hati.

1 biji telur saiz sederhana dikacau dalam mangkuk berasingan - untuk mencelup begedel.


Cara memasaknya  :
1. Saya mengadun begedel ini semasa  kentang  masih panas. 
2. Kentang yang siap dilenyek digaul bersama  daging kisar yg digaul tadi.
3. Tambah sedikit garam , daun sup jika mahu .
4. Ambik sedikit, bentukkan bulat leper.
5. Panaskan kuali
6. Celup doh begedel dalam telur, dan terus goreng.
7. Guna api perlahan supaya ia masak di dalam. :)



Apa ni?  Sayur bendi masak bening.   Sama jer ngan cara tempe masak bening kelmarin dulu.  Kadang2  sayur bendi ni my MIL masukkan asam keping  :)   Yg bulat2 tu,  bebola ikan sempoi.

BEBOLA IKAN  DALAM SAYUR

Sempoi jer... Separuh ikan selar yg ada, saya tarik kulitnya, ambil isinya mentah2,  lalu saya tumbuk lumat.   Didihkan  air beserta bawang2 dulu,  baru masukkan sayur.  Isi ikan tadi kita  kepal dgn tangan dan terus masukkan dalam periuk sayur. Biar hingga bebola kental baru kita kacau  kuah sayur.  Tambah garam, dan perasa.



Lauk sensasi hujung bulan.... ikan makerel tin. Hum, rasanya sadin lebih sedap. haha.


Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, September 26, 2013

Sup makaroni mudah


Bismillah,
Tengah refresh camana tulis resipi. hehe.

Siang kelmarin, saya tengok balance ayam 5-6 ketul kecik jer, bahagian dada dan tulang campur. Selalu pening nak masak apa. Malamnya , nak masak dinner lagi.. Saya diamkan saja lalu belek buku resipi. Malas pula nak keluar ke kedai mncari bahan dapur...  Tengok dalam fridge ada pula sayur sawi cina dan sedikit bunga kobis. :)  Hum, haritu dah buat masak tomyam...

Teringat sup makaroni. Stok bahan kering sentiasa ada..  kali ni saya guna cara yg paling simple.
Lepas masak sup ni, masih tinggal balance ayam bahagian dada utk digoreng salut tepung utk makan malam. Yeay!


Bahan asas masakan bersup yg mnyelerakan :   Lebihkn bawang putih dan guna air rebusan daging, sedikit ikan bilis, halia,  lada hitam dan sulah. Tambah perasa kiub.
Utk kali ni, saya tak ada air rebusan daging.


SUP MAKARONI  MUDAH
Sumber: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com
Sukatan: 2/3 periuk besar.

Bahan utama:
1/2 paket makaroni kering direbus 8 minit - tapis.  (Saya guna jenama kimball)

Kuah:
Bawang putih 4-5 ulas
Sedikit halia
Beberapa bahagian tulang ayam dipotong
Sedikit isi ayam dihiris kecil (yg sesuai nak gigit)
Ada sedikit daging- beberapa hiris saja utk rasa.
1 kiub daging knorr
1/2 kiub ikan bilis maggi
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Balance sayur- sawi cina, bunga kobis.
Cili padi hiris.
Sedikit hirisan bawang merah/besar - kalu mahu. 


Cara-caranya:
Bawang putih dan halia ditumbuk bersama.
Panaskan periuk,  tumiskan bahan tumbuk tadi dgn sedikit minyak.
Tuang air secukup kuah yang perlu.
Masukkan bahagian tulang ayam, isi ayam dan daging tadi, kiub daging dan kiub bilis.
Tambah garam, lada hitam, lada sulah  secukup rasa.
Biar sehingga mendidih dan bahan rebusan empuk.
Bubuh sayur, makaroni dan cili padi hiris. (Tambah lada hitam jika perlu).
Biar sekejap dan tutup api.
Hidangkan.




Saya pernah buat sup makaroni.Tapi tak simple sprt ini. Guna asas resipi saja, kadang2 saya buat mee sup, mungkin bezanya tambah kicap sedikit atau bubuh telur . Mama dan adik2 suka mee rebus macam tu, berselera bila makan malam..

Buah jambu air, beli RM5  1 kg = 10 biji.  Sebiji 0.50. Hum.... berselera. 
Haritu kecewa dgn buah mangga RM2 sebiji tetapi rasanya tawar...



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, September 25, 2013

masak, bekal, hikmah dalam kesibukan.

Alhamdulillah, berjumpa lagi.
Salam sejahtera dan moga bahagia selalu.

Sekarang keadan agak sukar buat kami.
Laptop ASUS rosak, menyebabkan kami mati kutu utk melayari internet dr bilik tidur atau di mana-mana . Nak baiki pun, bahagian dalam yg perlu diganti, jadi kami malas nak fikir untuk beli yg baru.  

Bermula lepas raya yg lalu, Hubby mula bekerja syif, malam dan siang berganti-ganti.
Saya juga mula sibuk di siang hari. Hendak mmbasuh, mengejar matahari utk mnjemur kain, mengemas rumah, memasak  siang, minum petang, makan malam, bekal..... sebab Hubby ada di rumah....

Saya juga harus berdandan dan pakai baju elok sikit sebab Hubby melihat saya seterang-terangnya di waktu siang... hehe, berbeza dgn waktu malam.  Itulah yg berlaku bila Hubby syif malam dan ada di rumah waktu siang.



Ini yg sempat diambil semasa makan malam. Ayam goreng serbuk rempah,  Tempe masak bening, dan Kentang tumis cili padi  (blend jer) .  Itupun ambil gambar takut-takut sebab Hubby nak kejar masa nak gi kerja jam  8 malam.


 Ini bekal bertingkat untuknya.  Kadang2 saya bekalkan buahan juga.


Simple saja. Tetapi bila campur2 gini.... lebih berselera makan. :)


Sbg seorang yg diperlukan, semasa syif siang Hubby akan pulang selepas maghrib, sbb kadang2 perlu berjumpa anak buah syif malam. Namun bila waktu syif malam, Hubby akan pulang kadang2 pukul 9 pagi kerana ada meeting dgn bos siang ataupun ada masalah machine jem di waktu malam.

Balik rumah, baru sekejap lelap, bos atau anak buah menelefon pula...

Saya dah biasa hidup begitu. Keadaan Hubby yg melekat dgn henpon. :)  Namun, seingat saya di saat Hubby main  saham FCPO, kedaannya lebih parah. :))

Namun ada masa saya stress juga. Saya mudah berkecil hati.  Sbg isteri, saya berusaha memastikan keperluan Hubby cukup, menjaga rumah dan hartanya elok-elok, mnjaga diri baik-baik .  Banyak benda yg saya ingin berkongsi dgn Hubby, tetapi keletihan Hubby mengatasi segala-galanya....

Sbg isteri, saya nak memahamkan diri sendiri pun adakalanya payah.. inikan pula nak menerangkan kpd ahli keluarga yg lain, bahawa masa  Hubby tidak seperti dulu...  Kalau dulu, saya masih mampu memujuk Hubby utk meluangkan masa utk kegiatan familynya sprt kenduri.. tetapi sekarang dah tak mampu nak cari mana masa yg tersisa... Bekerja malam ni, letihnya berkali ganda nampaknya.


Namun, dalam payah dan sibuk membiasakan diri.... saya melihat ada hikmahnya.
Hubby yg dahulu sering bercerita beruntungnya orang yg dapat keluar berjalan waktu hari kerja (weekdays) dgn jalan tak sesak, orang tak ramai beratur..... akhirnya berpeluang keluar waktu siang hari. Oh, kira2 beberapa jam sebelum mula tidur balikla. hehe..  Saya pula yg dulu merungut sebab Hubby selalu macam tak nampak saya di lewat petang, akhirnya saya boleh melihat dia secerahnya di waktu siang, berteman lagi. :)))

Namun Alhamdulillah, dalam kantuk dan payahnya, kami sempat juga mnghadiri kuliah Syeikh Nuruddin utk khatam kitab bintang bersinar hadis dari Ibnu Umar di masjid al Mukarramah yg lalu.... lega.  Ilmu dunia untuk keperluan hidup di dunia, ilmu agama untuk bekalan akhirat... Amin!


Peringatan utk diri ini : Belajarlah sesuatu ilmu yg boleh mmberi manfaat kepada orang lain juga, bukan hanya utk diri sndiri...



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, September 20, 2013

Bauan kuih-muih itu


Jam 4.41 pagi.
Pagi-pagi terbau doh beryis yang digoreng. Seakan-akan donut. Lampu dapur belakang bersetentangan, terang benderang.

Saya teringatkan mama saya yang selalu bangun seawal ini untuk menggoreng kuih muih jualan. Saya pernah berkata pada diri sendiri, bahawa saya berusaha untuk hanya mengambil semangat juang mama, bukan menjadi seperti mama.  Kerana itulah saya belajar bersungguh-sungguh... mahu menjadi orang pandai.Tetapi akhirnya cita-cita saya terbantut di tengah jalan juga....

Saya menghidu bauan itu lagi. Serta merta saya rindukan mama. Meskipun mama dalam ketegasannya, mata kantuknya. Dia tidak membebel, malah tidak lelah menghadap kesusahan hidup. Kerana kantuknya, pagi-pagi setelah menghantar kuih jualan, mama akan membelikan nasi bungkus utk kami makan bersama. Kami tidak pernah jemu memakannya semasa kecil. Begitu juga sedikit lebihan kuih yg ditinggalkan utk anak-anaknya.

Anehnya, setelah dewasa saya selalu merungut dan menidakkan sikap mama yg membelikan nasi bungkus. Saya berasa itu membazir. Sedangkan dia bukanlah orang yg berkelapangan utk menyediakan itu dan ini di waktu pagi, sesuai dgn selera kami. Saya sering menidakkan sikap mama. Sedangkan mama masih lagi meneruskan jualan kuih. Ah, saya yg tidak mengerti sikap mama. Kasih-sayang mama...

Mama orangnya MANDIRI. Mama tidak pernah menggerakkan tidur lena kami utk membantunya menyiapkan kuih muih jualan . Mama juga tidak menyusahkan kami utk menyediakan sarapan. Mama hanya menyuruh kami BACA BUKU... BELAJAR...

Tiba-tiba saya tersedu sendiri..
Bau kuih, mengingatkan saya kesusahan mama dan impian mama yg tidak pernah surut terhadap kami semua.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, September 19, 2013

Berharapkan tongkat


Melayari hati, menyusur memori...

Aku betah di sini mengungkit kenangan indah.

Aku betah menyusun semua sifat buruk dan kulemparkan jauh dr nafsu hati.

Aku teguhkan rasa sedih dan kutimpakan rasa kasih..

Inikan cuma 'sri uji'? Dari rasa cinta yg tidak berbanding?

Alangkan,

Wajah hitam kusapu-sapu,
agar hilangnya kelam timbulnya zamrud,
Kukucup belas dgn deraian,
Di kala hatinya nan satu,
kuminta kepada Allah dia bersujud,
jangan kepada manusia mengharap belaian...

Akhirnya aku yg terbuat begitu.
Mengharap harga dr manusia. Tinggi atau rendahkah aku di sisi Tuhan?

Aku hulurkan tangan yg pendek ini mengurut lelahnya orang..
Padahal aku sakit menahan nista orang..


Aku hulurkan hati ini mengharap kasihnya orang..
Akhirnya aku sendiri menggigit ulam jantung.

Kukirim ubat kepada orang,
Padahal aku sendiri menanggung sakit.

Tuhan,
Adakah tongkat untukku berdiri?




 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, September 11, 2013

Tart nenas Nyonya musim yg lalu, dan catatan menjamu lagi.


Salam mesra, dan salam kasih sayang.

Subhanallah, sekadar menjenguk blog. Minggu-minggu yang sibuk kerana masih belum biasa dgn perubahan hidup yg total.

Hubby mula bekerja shif.  Sayu juga hati ini, time Hubby kerja shif malam...
Apabila tidur seorang diri kat bilik , hendak lelap mata, payah. Mengenangkan suami bercekang mata sedang bekerja, merenung diri menjaga diri dan rumah...  Hendak kunci pintu siap baca ayat Kursi. Dalam hati terasa macam nak doa cepat-cepatlah waktu pagi. Aih, dah macam madah pulak. :)

2 minggu yang lalu, ada juga buat makan-makan di rumah ini.
Kali kedua buat makan-makan, saya prepare betul-betul. Sebab hanya nasi Planta lulus SIRIM oleh mr Hubby, jadi saya buat resipi yang sama untuk jamuan kali ini. Ia lebih budget, dan saya juga mampu memasaknya sendiri.

Makanan utama: Nasi Planta ubahsuai dari  nasi ayam my MIL. Resipi nasi Planta.
Makanan tambah: Bihun Singapore, resipi kak Ana juga.
Minuman : Buah cocktail (jenama halal vietnam)
Dessert: kuih bakar pisang.
Biskut: apa yang balance. Yg tambah cuma almond cluster.

Hari jamuan tu, saya tidak lagi menunggu hubby pulang baru nak beli barang . Saya dan my adik Nura yang masih stay kat rumah, berjalan kaki ke kedai 1 malaysia di depan jalan besar. My adik no 5 tu cakap, untung ada kedai banyak-banyak dekat rumah. :D  Tetapi kalau sorang-sorang, tak beranilah saya keluar ke kedai...

Nampak kedai plastik, cari pinggan pakai buang. Lagipun pinggan dan cawan kat rumah, tak cukup set yang sama, semua bercampur aduk. :) 

Preparation jamuan  haritu, Rabu sebelum habis Syawal :

11 am:  keluar cari barang
12.30am:  sampai kat rumah - maklumlah berjalan kaki.. ;P
Balik, kemas barang yang dibeli.
Susun meja dan kerusi, susun tin buah cocktail di atas meja sebelah mangkuk punch besar. Senang nak cari. :)

Kopek bawang, halia, dan potong serai, daun pandan.
Basuh sayur timun dan tomato. Simpan dalam peti ais.
Basuh fishcake dan fishball untuk bihun singapore. Simpan. 
Buat popiah ketam - (tetapi malam itu terlupa keluarkan :P

2 pm: Adun adunan kuih bakar pisang. Bakar 45 minit.
Rendam bihun faiza 1 1/2 bungkus.
Bersihkan lauk basah yang dicairkan.
Buat rempah untuk ayam goreng, dan perap ayam.
Sediakan sambal. Kisar hancur dgn pengisar kering, simpan dalam peti ais.

Siapkan rempah untuk sup .
Rebus ayam bahagian tulang banyak:
- Saya rebus guna pressure cooker, air paras ayam sahaja. Bila berbunyi, tunggu 5 minit lagi.  Lepas tu alirkan atas air mengalir dan buka penutup perlahan-lahan. Didihkan kecil di atas api, masukkan rempah yang siap ditumis, garam, dan tambah air lagi. Tutup tanpa lock. Biar sebati dan tambah kuib ayam jika perlu.
Bahan tumis nasi: Hiris bawang, ketuk serai dan ambil sehelai daun pandan. Masukkan dalam peti ais dulu.

5 pm: Masak bihun singapore. Tang ni memang kelakar, sebab kuali kecik, jadi bahan-bahan saya goreng dalam kuali. Bila tang nak masuk bihun, saya cari periuk kukusan. Kan periuk bawahnya tu,  besar dan tinggi ? hehhe.,....
6 pm:  mula masak nasi -  2 round.
6.30pm: goreng ayam.
7 pm:  Ada tetamu nak datang awal, jadi susun nasi siap-siap atas meja (bekas bertutup). Susun sambal, ayam goreng, buka buah tin cocktail.
Sempat goreng ayam drummet takut tak cukup ayam.
8 lebih, tetamu dah mula tiba.


My adik Nura banyak membantu mengemas dan menyusun atur.
Alhamdulillah, meskipun tiada gambar, saya tulis sekadar catatan buat diri. Manage masa harus betul. Minggu tu saja, Hubby menjemput 3 family, lagi seorang datang sorang.  Malam tu, bihun Singapore lebih laku, agaknya sebab ia lebih ringan. Nasi pun mereka kata sedap, seperti nasi ayam   (padahal tak bubuh air rebusan ayam pun, hehehe..)

 Malam itu, ada lebih makanan. Disebabkan malam itu masih ada kuliah di surau Muhajirin pukul 11 malam, maka kami bungkuskan untuk sahabat yang hadir. Saya tahu, ada juga budak2 tahfiz yang datang belajar kitab. 6 paket nasi, ayam drummet, beserta sup, laku habis. Alhamdulillah...

PAUSE. :)

Di bawah ni,  salah satu kuih yang dapat menambat hati mr Hubby masa musim raya haritu.  :D
Meskipun tak dapat calen kuih tart my MIL, tetapi saya dapatlah mencabar kemampuan diri, membuat kuih tart Nyonya ni. Cara pintal tu saya tiru dari sebuah buku masak.  Hubby cakap, sedap rasanya, lembut... memang halus rasanya.
Tangkai tu, lama-lama tercabut jugak, hehe.

Resipi dari kak Jie, :
http://www.dapurkakjee.com/2011/07/tart-nenas-nyonya_26.html
http://www.dapurkakjee.com/2011/07/tart-nenas-nyonya-step-by-step.html


Intinya dah buat lama, saya ambil dari blog kak Embun Rosaliza :
http://embunrosaliza.blogspot.com/  
Sebelum terlupa, saya tambah bunga cengkih dan 1 sdb sunquick semasa inti hampir kering.

SEDAP SANGAT..... Terima kasih buat kak jie dan kak liza. :)))



 



Sebelum gambar kuih ni terbiar dalam komputer, lebih baiklah saya tayang cepat-cepat.. :)


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, September 3, 2013

Catatan: menjamu nasi planta dan oh, Coklat!


: updated 11/9/13 dengan resipi.
Alhamdulillah,
Dapat jugalah saya menjamu seorang kawan Hubby  sekeluarga. Hubby bagitau last minute, tetapi sempatlah saya sediakan kerana dah rezeki, saya masak special sikit untuk berbuka puasa sunat kelmarin . :)
Buat nasi planta, sup, sambal dan ayam. Ada brownies jugak.

Nak juga catatlah, meskipun dah habis.  :)

1) Nasi  planta ni diubahsuai dari  nasi ayam my MIL juga, cuma saya lebihkan majerin dan guna air biasa je. Saya campur beras basmathi dengan beras super special tempatan.

Resipi Nasi Planta
ubahsuai dari nasi ayam my MIL.
Sumber: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/

6 cawan Beras basmathi / super special tempatan - dibasuh dalam penapis. Toskan.  (saya campur)
4 ulas Bawang putih - dihiris
5-6 bji Bawang merah - dihiris
2-3 batang Serai yang besar - diketuk
Majerin secukupnya utk menumis
7 1/2 cawan air biasa. 
Sedikit garam
1 helai daun pandan  disimpul atau potong 4.

Guna kuali /tumis terus dalam periuk letrik : Panaskan majerin secukupnya untuk menumis bawang. Tumis bawang putih, bawang merah, serai, sehingga sedikit garing dan naik bau. Masukkan beras dan daun pandan. Tutup api, gaul rata.
Pindahkan semuanya ke dalam periuk nasi. Bubuh air secukupnya untuk memasak nasi. Masukkan sedikit garam. 

2) Sup
- buat sup resipi my MIL jugak (sup daging).  Sebab saya lebihkan kuah,  jadi saya tambah kiub daging knorr.
3) Ayam berempah yang saya goreng tak cukup, terpaksalah cari ayam drummet Ayamas . hehehe ... yang mana sempat jer.

4) Sambal cili nasi planta
combine resipi my MIL
Sumber: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
 
- Bahannya:  Cili padi 7-10 biji  + 2 tangkai cili merah + 1 ulas bawang putih.
- Cara: Kisar dgn pengisar kering campur air sikit .  Tuang dalam mangkuk, tambah kicap masin + gula + sos tomato....   Percayalah, yum!.... Saya yg tak tahan pedas pun suka.

5) Brownies Diella.
- Biasanya saya buat menjadi, tetapi malam tadi jadi kering sedikit. Takpelah, sebab saya dah oter kek brownie tu.


Coklat.
Boleh dipelbagaikan.

ALMOND CLUSTER
Saya pernah membuat coklat susu campur dgn badam cincang, Almond Cluster baru-baru ini  . Ramai yg sukakan rasanya.  Resipi kak Ana, mylovelyfamily-ana.


Gambar baru tiba, hehe... kejadian almond cluster setelah keluar dr chiller peti ais.

Keterangannya, saya guna dark chocolate couverture tempatan  + milk compund Beryls dgn sukatan yang agak2 sama .  Kak Ana pula guna dark choc compund + milk compund.  Selain kacang badam, saya bubuh kismis juga.
Campuran coklat susu Beryls + dark chocolate tempatan (jenis biasa) yg saya campur utk buat almond cluster ni, 3 hari di dalam balang, di luar peti sejuk, masih tidak lembik dan kacangnya masih rangup. Gigit pun senang.. :)

Cara memanggang kacang.
Kacang badam cincang panjang2 tu, saya ratakan di atas tray dan bakar di dalam oven suhu 150c, setiap 2 minit, balikkan kacang. Sehingga masak rata, agak-agak  dalam 10 minit. Jangan sampai hangus...nanti kurang sedap.  Biar sejuk dan rasanya mesti rangup , baru digaul dgn coklat cair.



 Kejadian baru dimasukkan ke dalam cup.

Geget.. :)


Resepi Almond Cluster
Sumber: mylovelyfamily-ana.blogspot.com.

Bahan2 :

~ coklat masakan secukupnya (bergantung pada kuantiti almond)
~ 2 sudu besar nutella (takde pun takpe)
~ almond  (nurindah: jenis cincang panjang)

Cara2 :

~ Cairkan coklat secara double boiler.. tambahkan nutella.. dah sebati sila alihkan..

~ tuang aje badam yg dah di sangai td ke dalam coklat masakan tersebut..

dari Nota kak Ana:
Coklat:  Campurkan dua jenis coklat iaitu Coklat Dark Compound dan Coklat Milk Compound..(jenama  Beryls).  Sebab bila kita campurkan kedua2nya rasa coklat tu sedang2 elok je tak manis sgt.. kalau kita guna dark coklat 250gram, kita campurkan milk coklat pun 250gram jugak.. pahamkan.. dan susun cawan kertas siap-siap dalam tray supaya senang nak masukkan coklat ni cepat-cepat.
Nurindah:  boleh tambah kismis, ;)

SEDAP SANGAT... semua orang puas hati dgn almond cluster ni.  Terima kasih kak Ana sebab share resipi coklat ni, dan mohon halalkan saya copy resipi kat sini... :))



TRUFFLE.
Kalau kek crumbs campur dengan coklat lalu dibulat-bulat orang panggil truffle, atau bebola kek. Tetapi saya  gaul je semua sekali dengan coklat .  Brownies Diella  dah siap-siap  saya masukkan kacang badam.... 

Yum... senang jer gigit. :) Sebab ada crumbs kek brownies tu.


Malam tadi semasa menghidang kepada tetamu, saya topping brownies tu dgn coklat.  Jadi, ada lebihan coklat dalam kuali. Kali ni saya guna dark chocolate couverture mahal yang Hubby belikan di bakeri. (Huhuhu... Dia tersilap beli yang mahal jenama dari Indonesia, padahal saya nak couverture tempatan jer. Saya agak kualitinya sama dgn Beryls... sebab coklatnya lambat nak keras, harus masuk chiller. )  Jadi, saya topup jer coklat untuk buat coklat ala truffle.

1) Saya hancurkan kek brownies yang saya buat malam tadi, cairkan coklat couverture import, kemudian masukkan kismis, serta coklat cair setakat yang boleh. Lebihkan coklat.
2) Gaul rata. Susun acuan kertas kecil di atas dulang, dan sudukan satu persatu.
3) Chill (sejukkan) di dalam peti sejuk 15 minit.
4)  Keluarkan dan susun ke dalam balang kedap udara. Simpan dalam peti sejuk bahagian chiller, kerana dark coklat couverture jenis ini tak tahan suhu bilik.


Mengelak coklat 'berpeluh' -
Saya jumpa tips dari pelbagai sumber. Tipsnya, simpan coklat di dalam bekas plastik, baru masuk dalam peti sejuk .  Bila nak keluarkan coklat, biarkan bekas itu sehingga suhu bilik,  Lepas tu, baru keluarkan coklatnya.
Wap sejuk akan berkumpul di dinding bekas sahaja, bukan pada coklat. Coklat akan berpeluh jika terdedah semasa pertukaran suhu sejuk ke suhu bilik .  Saya lihat perbezaannya semasa membuat almond cluster hari tu.


 
Ini coklat ala truffle. Rasa dia? :)  Nak seimbangkan rasa, harus tambah milk chocolate. Tetapi yang ini pun dah sedap!  Tak kalah dgn coklat di pasaran. Bubuh jer bahan sesuka hati.


FIDANI 

Kelmarin saya menonton tv3, 5 rencah 5 rasa. Ah, tak sempat nak rakam pun. Saya melihat cara pembuatan coklat Fidani.
: Coklat susu  + dark chocolate + coklat putih.  Sukatan, entahlah.

Saya melihat cara mereka 'tempering' (untuk mengelakkan lubang udara). Tempering ni guna 3/4 adunan coklat cair sahaja di atas 'marble top'. Kacau sekejap guna scrapper tu. Masukkan balik ke dalam bekas.
Kemudian masukkan filling ke dalam mould. Chill sekejap dalam peti ais.
Lepas tu, tambah coklat lagi sehingga penuh. Ketuk sedikit mould supaya ia coklat betul rata.
Bersihkan dan ratakan mould guna scrapper.
Chill sekali lagi dalam 15-20 minit.
Bengkokkan mould dan ketuk dari belakang untuk keluarkan coklat.
Hum, siap!

My Adik Nura yang masih berada di rumah ni, beria -ia nak belajar buat coklat ni. Saya cuma reti buat coklat campur2 tu saje, tak pernah guna mould coklat (acuan).


UPDATE 12.52am 4/9/13 :  Coklat couverture jenis mahal dr Indonesia ni jadi lembik pada suhu bilik, harus simpan di dalam peti sejuk, namun rasanya tidak kalah dgn Beryls atau jenama besar lain.  Berbeza dgn campuran coklat susu Beryls + dark chocolate tempatan yg saya campur utk buat almond cluster haritu, 3 hari di dalam balang, di luar peti sejuk, masih tidak lembik dan kacangnya masih rangup. Masa tu kami sentiasa buka tutup balang, semua family puas hati dgn rasanya.  Kedua jenama coklat ada pro and cons :)
Sentiasa buat ujikaji. ;)
Panjang bab coklat ni, maklumlah buat rujukan di hari muka... :D .

 
 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers