Bismillah,
Tulis entry ni waktu malam. Kalu siang, belum tentu boleh upload gambar ngan cepat. Alhamdulillah, larut malam internet laju pulak. Kami belum dapat streamyx, yala kawasan perumahan baru. Guna P1 ni, banyak kali kena topup. Dr RM99 sebulan jadi bertambah2.
Letrik mahal tak? Saya malas nak fikir hal minyak keta, sbb hanya Hubby yg guna keta... :) Semenjak Hubby harus keja syif , payah nak jimat lampu. Ms hubby syif malam saya pasang kat dapur, kat porch, dalam bilik tido...huhu payah nak tido. Alhamdulillah, 3 tempat tu lampu LED...
Allah, sebagai 'suri' kita terpaksa juga mngharungi sesi brjimat macam ni. Itukan belanja rumahtangga? :) Berbeza dulu semasa tinggal di rumah sewa apartmen, kami tak perlu risaukan halaman, risau pintu belakang, maintenance plumbing, tangki, dsbg. Rumah kami ni pun bukannya rumah baru, ada kerosakan juga, tetapi itulah saja yg termampu dibeli dgn keadaan skrg ni. :)
Skrg ni, yang mana kos yg boleh jimat, kita jimat.
Sebab waktu pagi sering blur nak sarapan apa, saya rebus makaroni siap-siap tengah malam. Lepas tu tapis, biar sejuk, masuk dalam peti ais. Belum tahu nak dibuat apa. Namun siang kemarin, selain telur masak separuh mesti rasa nak makan berat. Jadi, keje sonang... Blend cili, tumis... goreng makaroni tu je. Letih nak cari resipi lain.. haha.
Resipi hampir sama dgn mee cintan haritu, tetapi saya guna teknik lain pula sebab pasta brbeza dgn mee. Pasta agak tebal dan kurang rasa garamnya. Mee cintan terasa macam ada telur sikit dan mudah rasa sedap (ala ala megi/mee suah).
Untuk kali ini, saya kurangkan kicap supaya tak nampak gelap sangat.. :)
MAKARONI GORENG BERUDANG
Bahan-bahan:
1/2 paket makaroni- direbus 8 minit sehingga kembang. Tapis. ( saya guna jenama kimball)
Kisar 1/2 bawang besar, 3-4 tangkai cili kering yg dah lembut (saya rendam cili dgn air panas) , 2 ulas bawang putih.
Potong sayur siap-siap dan bersihkan udang. (yang kat atas tu takde sayur :)
1 1/2 sdb kicap manis
1 1/2 sdb kicap masin
1/2 sdb sos tiram.
Udang secukupnya :)
Sedikit garam jika perlu (spy makaroni tidak berwarna hitam sgt :)
Cara-caranya:
Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan udang, kacau.
Tambah sedikit air.
Masukkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram. Kacau.
Masukkan makaroni yg siap direbus tadi , dan sayur berdaun . Kacau sebati.
Kalau nak tambah kicap, boleh tambah tetapi lebihkan kicap manis.
Lepas makan, tiba-tiba terpandang balance makaroni ni terletak elok jer dalam pinggan besar. Saat perut dah sangat kenyang...
.
Saya selalu nampak serving dish kat hotel menggunakan pinggan besar, dan isinya 'ciput'..... jer. Barangkali sebab serving begitu nampak cantik sikit, ataupun senang kita nak kaup makanan?
Haha.
Entahlah.
Kalu tanya my adik, agaknya dia tahu kenapa. My adik Siti mempunyai Sijil pelancongan dari politeknik. Tetapi belum rezeki dia mndapat kerja yg sesuai dlm bidang itu. Dia tak mahu sambung lagi, kat Johor... katanya dia mahu bekerja cari duit. Saya tahu betapa susahnya dia berjimat sms mngambil sijil dahulu. Skrg di midvalley... Nak sambung blaja kat sini katanya payah, jadinya sampai skrg dah bertahun tak sambung... keja midvalley ni larut malam baru sampai rumah...risau saya.

Info menarik. Saya sekadar menyebarkan majlis di bawah ini, Insya Allah MALAM NANTI . First time saya dengar selawat burdah ialah pada majlis dgn syeikh nuruddin, persembahan anak-anak tahfiz repek, sms pelacaran pustaka PNS. Panjang selawat burdahnya... tetapi sedap didengar :) Tetapi ini anjuran darul murtadza, bertempat di masjid Shah Alam dan dibuat secara bulanan Sabtu minggu ke 4.
P/S: Kalau Hubby larat, dapatlah kami pergi. Hubby tengah berehat tuh. :) Kalau terserempak dgn saya di luar kawasan solat tu, tegur jela, hehee...
Apa itu Burdah: http://www.darulmurtadza.com/p/majlis-bacaan-burdah-bulanan-darul.html?m=1
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
mesti kena cuba jgk ni..nampak sedap..
ReplyDeletebaru sekali makan makaroni goreng ..nk wt camner,anak2 x menggemarinya..lau msk nanti xde org nk mkn pun payah gak...
ReplyDeleteDah lama tak makan makaroni.
ReplyDeleteSalam adda,
ReplyDeleteInsya Allah...kita buat ikut selera kita. Kalu tak cukup apa2, tambah saja, ;)
Salam myda,
ReplyDeleteHehe.. lain seleranya.
Salam kak azie,
ReplyDeleteKalu wat sup, laju jer telan,kak. Cubalah. :)