Salam sejahtera,
Hampir separuh hari tiada internet. Inilah baru ada.
Apabila dapur mghadapi krisis, rasa tak seronok sangat. Pengalaman orang yg baru setahun pindah,
saluran sinki ke saluran belakang, tersumbat. Jadi keraplah melimpah di saluran belakang dekat dapur, semasa membasuh baju, membasuh yang banyak di sinki. Yg sikit2 tu, keluar jugalah.
Alhamdulillah, tiada bau yang busuk. Bila tanya kontraktor, katanya mungkin pemaju terlupa nak cuci saliran sebelum menjual rumah. Ada lebihan simen kot.
Saya dok fikir kena pecah lantai dah.. tapi rasanya boleh dibersihkan lagi. Hubby beli asid sekali lagi, kalau-kalau lebihan makanan.
Lupakan sekejap.
Kelmarin, sempatlah mencuba buat sate goreng lagi. Kami tak berbuka dgn nasi, buat sup ayam, rebus bihun, rebus beberapa biji nasi himpit, sambal kicap, sate goreng.
Kena dgn selera, Hubby bertambah-tambah makan. :D
1) Sempat print yang di bawah tu : Doa-doa di waktu sahur- after tahajud, Insya Allah. Juga doa yang terpilih semasa waktu berbuka. Saya tebar alas plastik nak balut buku ke atas meja makan , dan selitkan di bawahnya alas. Saya letak kat tepi sudut yang Insya Allah terhindar dr ditindih pinggan mangkuk. hehe.
Er, plastik alas meja yg dah 2 tahun.
2) Doa untuk mengingat malam 10 terakhir juga saya tampal di dinding. Dgn doa utk lailatulqadar sekali. Moga2 berjumpalah... Ameen.
3) Karpet, saya dah bentang satu lagi, harapnya sempatlah saya dan hubby Qiyam bersama... Ameen.
4) Insya Allah, nak ajak orang Iftar kat rumah. biarlah walau sekali.
5) Post biskut raya - hehe. Alhamdulillah, kelmarin saya post biskut raya utk family kat Besut. 2 jenis kuih tart je. Beli.. Pihak pos berjanji nak letak sticker FRAGILE, tetapi dia tak jamin la biskut tu selamat. Huhuhu.... Teringat, 3 tahun lepas saya hantar biskut dalam balang 3/4 jenis, semuanya hancur takde rupa. (Tahun itu, pulun saya buat biskut raya.....)
Pakai poslaju juga, kata orang pos, salah saya sebab tak packing 'sendat' sikit. :(
Tak apalah, dimaafkan. Cuma tahun ini, saya pack dalam kontak sendat2 dan suruh dorang letak fragile. Doakan ia selamat ya? :))
6) Cari tempat bersedekah :
Insya Allah, setiap kali ke masjid harus kena bersedekah.
Kelmarin nampak ada satu gerai kat pasar Ramadhan bertulis : wanita berdikari Ibu-ibu tunggal. Dorang menjual kuih muih raya juga. Hum, saya ingat nak beli dan beri lebihan duit untuk anak-anak yatim. Moga2 sempatlah saya membeli di situ....
7) Alhamdulillah, selepas merenung, membelek, membaca buku-buku resipi, hehe. Saya dah bersemangat balik nak menyediakan menu yang beresipi. Kalau tidak, asyik ulang resipi lama saja, yang saya ingat gitu-gitu. hehe. Biarlah nampak special sikit di hari2 terakhir Ramadhan ini. Ameen.
Ini menu minggu lalu, tapi hari itu memang tak berbuka dgn nasi, buat mee ni. Guna mee kering cintan.
MEE CINTAN GORENG
3 keping Mee kering cintan, celur dengan air panas suam jer.
Kisar 1/2 bawang besar, 3-4 tangkai cili kering yg dah lembut (saya rendam dgn air panas), 2 ulas bawang putih.
Potong sawi siap-siap dan bersihkan udang.
Campur dalam mangkuk : kicap manis 1 sdb , 1sdb kicap masin, 1/2 sdb sos tiram.
Tumiskan bahan kisar,masukkan kicap bercampur tadi, tambah sedikit air.
Tambah udang, dan batang sawi, kacau sekejap.
Masukkan mee, dan daun sawi. Kacau sebati.
Kalau tak cukup kicap, tambah kicap. Biar lebih kicap manis.
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam, semoga semangat Indah menular ke blogger yang lain termasuk Che Mid ni yang suam-suam kuku je ni..
ReplyDeletetensionnya kalau sinki trsumbat..kalau kt rumah akak curah clorox je ttp alhamdulillah brkesan jugaklh....
ReplyDeletesinggah lagi di hari isnin setelah seronok bercuti 4 hari di kg halaman..hehe..seronoknya balik kampung tapi dlm masa yg sama sedih sgt sebab ramadhan tahun ni rasa berlalu dgn amat pantas..huhu..salam 10 ramadhan yang akhir, indah!(^_^)
ReplyDeleteSalam che mid,
ReplyDeleteSemangat saya ada juga naik turunnya kak. hehe. Kita bersama-sama.
Kagum saya membaca ttg wanita yg banyak bersedekah.
Salam kak Nza,
ReplyDeleteYa, memang tensen. Cubaan...
Tak apalah. :)
Salam teacher,
ReplyDeleteselamat kembali teacher. Wah, mesti seronok berjumpa parents. :))