Saya teringat satu kata-kata di naskhah sebuah akhbar di Kelantan, semasa menunggu waktu melawat arwah abah di hospital KB setahun lalu.
Seekor Burung Bayan,
Melihat seorang lelaki tergesa-gesa berwudhuk, lalu bersolat dengan tergesa-gesa.
Selepas lelaki itu selesai melakukan solatnya, Bayan itu berkata sendiri (dgn bahasanya):
" Maha Suci Allah yang menyempurnakan dan memudahkan segala urusan di dunia, maka sempurnakanlah urusan terhadapNya."
Dalam mngharung kesibukan dunia, kita akan disibukkan Allah dgn dunia, right?
Itu solat yang wajib.
Hum.
Kita tak harus bersangka buruk kepada orang-orang yg baru saja 4 rakaat solat sunat terawikh, lalu masjid memberi laluan utk tazkirah, mereka berpusu-pusu keluar bagaikan tak cukup pintu.
Sedangkan dahulu, yang sibuk berkata solat sunat terawikh cuma 8 , ada pula yang kata 20.
Bila rakaat semakin pendek, jelas, kita makin sibuk.
Wanita pula makin rajin ke masjid, cuma... tidak menjaga anak-anak kecil. Saya memandang tanpa kata, anak-anak kecil dibiar melintasi tempat sujud wanita, dan mereka bermain di sepanjang ruang kepala itu. Oh, mana ibunya....
Jelas wanita ingin mempunyai imam yg membimbing. Tetapi anak pula yg tertinggal.
Bila kita MAHU berlumba merentasi malam ibadah, kita katakan sibuk.
Takut-takut nanti bila kita perlukan Allah utk sesuatu masalah dan berdoa sungguh-sungguh, Allah kata :
"Maaf, sibuk."
Mahu remuk hati. nauzubillah hal itu berlaku.
Saya saja mengandaikan macam itu, menguji Hati sendiri...
Bila kita pergi kepada Allah berjalan, Allah akan mendekat dgn kita (seumpama berlari).Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment