Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Monday, July 15, 2013

celoteh, Ramadhan diary 3- 6

Salam kasih,

Keyakinan untuk buat posting puasa kali ini, turun mendadak. Hum. Pertama, internet yang tak stabil kejap ada kejap tak ada. Kedua masa saya tidak seperti dahulu- sejak berpindah 11 bulan yang lalu saya masih pening dgn barang-barang yang belum ada kabinet/rak (kejap pindah bilik sana kejap pindah bilik lain ;). Ketiga, saya berusaha merasai ibadah di bulan Ramadhan tidak seperti tahun lalu yg ia berlalu begitu sahaja.
Kita harus ada peningkatan.

Saya akur bila Hubby cakap orang perempuan lebih mndapat pahala dgn sibuk dgn memasak sahur dan berbuka, menjaga rumahtangga dan lebih afdhal sembahyang kat rumah. Cuma, untuk itu, kami harus membina satu suasana ibadah kat rumah, barulah saya benar2 merasai apa itu nikmat bulan ibadah. Yg mana, semua orang berbondong-bondong mahukan syurga ar Rayyan, berkejar mendapatkan lailatul qadar. Rugilah saya.. suasana itu takkan sama di bulan2 yang lain.

Saya berjanji pada diri sendiri untuk lebih mengatur masa dan bersiap awal supaya hubby taklah menunggu saya bersiap. Insya Allah, saya usahakan.

Kat surau di taman kami sekarang, tempat wanita dah tak penuh, masih ada ruang. Taklah kita terpaksa ke belakang kerana saf lelaki dah penuh. Kat masjid as Salam pula masih ramai.  Ustaz Don pernah cakap, kalau kita datang ke masjid awal dan sempat kutip tahi cicak kat masjid ( maknanya awal waktu ) lalu solat terawikh dan diteruskan dgn qiyamullail, tak mustahil kita diraikan Allah dgn malam lailatulqadar. Pastu, hari Jumaat saya ikut juga ke surau,  Alhamdulillah, adalah ruang utk saya.  Adala hikmahnya kenapa Allah menjadikan 1 bulan di bulan ramadhan sbg bulan IBADAH. Kita dok mengejar surau dan masjid... :))

Pertama kali di bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, Sabtu lalu kami sempat berbuka di masjid as Salam. Nikmatnya, berbeza, suasananya juga berbeza dari di rumah. Saya taklah berasa lapar sangat, kerana tahun ini kami berdua telah membiasakan diri dgn makan kurma dan minum air - Solat maghrib dahulu- barulah makan juadah berbuka. Jadi, saya mengambil ala kadar sahaja lalu menyertai orang sembahyang maghrib.

Malam itu, masjid mengumumkan ada qiyamullail pagi esoknya. Wah... Kerana Hubby dah beri keizinan spy saya tak perlu masak sahur, maka kami bersahur kat masjid sajalah lepas Qiyam. Cuma malam itu, saya dah mula lapar balik, hehe... barangkali sebab ambil ala kadar saja masa kat masjid lalu masa balik, singgah makan tengah malam . Dgn izin Allah, pukul 4 pagi dah bersiap bangun. " Saya akui, saya lebih terkejar nak menyediakan sahur dari solat tahajjud, takut sangat kami tak sempat bersahur, heheh! " Qiyamullail ramai-ramai ini, sekadar membiasakan diri kita nak solat malam.

Siang hari kelmarin, Hubby kata : Eh, dah tengahari pun matahari tak nampak. Lailatul qadar ke malam tadi. Ha? Kan masih awal ramadhan? Hehe. Ni sebab jerebulah kot, matahari tak nampak. hehe. List DOA belum siap lagi ni... :D

Lepas tu, kami  sempat berkejar balik ke Banting. my MIL kurang sihat, jadi kami ingin menziarah sambil berbuka bersama. Apabila saya bertanya nak masak atau tidak, ayah kata cuma beli kat pasar Ramadhan sahaja. My sis in law pun sampai dah petang, siap beli nasi ambeng. Jadi juadah kami beraneka sebab beli kat pasar Ramadhan. Hubby... apa lagi, makan Nasi Ambeng dia. hehe.
Kuih koleh kacang pasar ramadhan tu, sedap betul, teringat-ingat saya...

Oklah, dah abes modal bercakap saya. hehe. Maaf sebab panjang lebor. Note ramadhan diary saya lebih ringkas. hehehe....

Al Quran notes: X ADA. hanya baca al Quran, not tafseer.

Ramadhan Diary


Cooking :

Isnin
Day 6-  Sahur
Leftover makanan berbuka , nasi kukus goreng berempah - Saya recycle jadikan nasi goreng ayam .

Leftover nasi kukus ayam berempah. Saya jadikan nasi goreng ayam.  Tumbuk bawang putih, tumiskan dalam kuali. Masukkan balance nasi, lada sulah dan garam secukup rasa. Siatkan ayam berempah, masukan dalam nasi, kacau sebati.  Hidang dengan buah tomato hiris, sedikit sambal cili dan paru goreng sumbangan my sis in law. Thanx sis :)

Ramadhan Daily Checklist:

☐    Mesti buat : Basuh dan jemur baju, lipat baju, kemas rak pakaian.

☐    Mesti buat : Cuci sinki dan kemas dapur.

☐    Daily Quick cleaning - tandas, ruang tamu.

☐    Baca al Quran bersama quranexplorer - target khatam , bookmark.
Insya Allah. 

☐    Ramadhan control journal (flylady ramadhan)

☐    Ramadhan battle plan (check your ibadah)- day 5,6.

☐    Manage time dgn waktu Solat - cth reading quran, timetable, chores

Blog Plan:
- draft :

To Do :
Ganti list Jumaat lalu yang tak sempat nak buat.

☐    Check pantry (tempat simpan bahan memasak dll)

☐    Check fridge (peti ais, chiller, frozen item, sayur-mayur, leftover)

☐    Buat lepas maghrib/ lepas terawikh - Tulis Weekly menu planner setiap kali check bahan masak.
* Ambik masa 10-15 minutes berbincang dgn ahli family utk tahu menu yg mereka inginkan.
* Tema / Potluck/ Iftar party

☐    Shopping List
* pasaraya (baking supply for iftar and Eid , gift), add up for each trip, clothes, home improvement etc. )
* Groceries for iftar and suhoor meals, Eid (bakul Eid), bakul Ramadhan.

*****************************************************

Ramadhan Diary DAY 3 - DAY 5 


Al Quran notes: X ADA. hanya baca al Quran, not tafseer.


Cooking :

Jumaat
Day 3-  Sahur
lauk leftover, masak nasi

Day 3-  Iftar (berbuka)
Ikan cencaru sumbat, fishball + pegaga + cendawan masak lemak pedas berkari , air perisa strawberi,  kuih keria homemade.

Sabtu
Day 4- Sahur nasi, ayam goreng berempah , sambal tutok, kobis masak bening.
   
Day 4 -  Iftar (berbuka) Free Day
kat masjid. Sedap masakannya : ada nasi, gulai lembu, kobis goreng, kuih serimuka, paprik.

Ahad Hari Cuti memasak. hehe...
Day 5- Sahur
Bersahur kat masjid lepas Qiyam. Menunya: nasi, tomyam ayam, telur masin.
   
Day 5 -  Iftar (berbuka)
kat Banting, rumah family my Hubby.
Beli kat pasar ramadhan Banting:  Kue tiaw dan nasi kukus ayam berempah. Tapi Hubby makan nasi ambeng yg my sis in law bawa. hehe...  ada beli kuih popiah basah, murtabak, dan kuih koleh kacang. 



Kuih ni buat pada sehari sebelum masuk Ramadhan. Saya bekukan.  Hari ke 3 puasa, baru goreng.  Alhamdulillah, menjimatkan masa. :D

  
Ramadhan Daily Checklist:

☐  Mesti buat : Basuh dan jemur baju

  Mesti buat : Cuci sinki dan kemas dapur.

☐  Daily Quick cleaning - bedroom

☐   Baca al Quran bersama quranexplorer - target khatam , bookmark.
Note: Baca menggunakan naskhah al Quran.  Baru juzuk 2, sambung masa kat masjid dan kat rumah mertua haritu.  

☐   Ramadhan control journal (flylady ramadhan)

☐   Ramadhan battle plan - check your ibadah

☐  Manage time dgn waktu Solat - cth reading quran, timetable, chores

Blog Plan:
- draft : Dalil berpuasa di bulan Ramadhan. Tazkirah surau.

To Do :

☐   Sempat beli minyak masak.


************************************************************

THE RECIPES

RESIPI  Mama saya. Dulu mama ada berniaga kuih ini, jadi saya ada nampak cara membuatnya. Main campak jer, mudah. Salutan gula itu, cara mama saya. Tapi semasa makan, saya hentak juga gulanya atas pinggan, lepas makan kuih barulah saya kutip gula2 yg bertaburan. hahaha...

KUIH KERIA MUDAH
Sumber: mama  mysweetlife-nurindah.blogspot


Doh: Mudah saja. Rebus ubi keledek kuning yang mana kita ada dgn sedikit garam. Dah lembut, kita buang kulitnya dan lenyek ubi sampai lumat. Ambil bekas tepung gandum. Masukkan tepung sedikit-sedikit ke dalam ubi sehinggalah adunan ubi tak  lagi melekat pada tangan. Biar seketika.

Menguli : Sapu sedikit tepung pada tangan dan tabur pada talam. Bulatkan doh semua. Lepas tu  cucuk kat tengah macam donut. Susun baik-baik atas talam tadi.
* Selasa lalu, saya susun keria dalam bekas dan lapis dengan plastik. Bekukan.
* Hari Jumaat barulah saya goreng dan sediakan gulanya.

Menggoreng: Goreng kuih keria yang dah bersuhu bilik dengan api sedikit kecil-sederhana. Kuih ini akan kembang sedikit dari saiz asal.
Gula salutan : 1/2 cawan gula pasir + 1 cwn air + sedikit daun pandan. Biar cair dan nampak air gulanya macam bertali dan sedikit melekit, barulah sesuai nak masukkan kuih keria yang siap digoreng dan kacau rata sehingga kelihatan bergula. heheh.


Fishball + pegaga + cendawan masak lemak pedas berkari.
Macam mana? hehe.

FISHBALL, PEGAGA DAN CENDAWAN MASAK LEMAK PEDAS BERKARI
Sumber :mysweetlife-nurindah.blogspot.com
Memang macam masak lemak, tetapi lain rasanya bial tambah serbuk kari. :)

Bawang merah ,bawang putih, cili padi secukup rasa - ditumbuk
Panaskan  santan di dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk tadi, serbuk kunyit, 1/2 sd serbuk kari, garam.
Masukkan fishball, biar kembang.
Masukkan daun pegaga -batang tak payah ambik, dan cendawan.
Rasa dan angkat bila sayur dah sedikit layu.


Moga teman-teman ceria dan dipermudahkan berpuasa serta segala urusan.
Salam Mahabbah.




╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

4 comments:

  1. aslmkum nur, selamat berpuasa .. lama nya akk tak dtg baca coretan nur.. hrp nur tidak bkecil hati yer.. akk pun jrg dpt masa utk BW.. sekali sekala jer updated.. n membalas kunjungan kwn2.. akk juga minta maaf atas salah silap sepjg kita bersahabat yer.. smga ikatan silaturahim berpjgan hendaknya..

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan Nur

    slmt berpuasa. mohon maaf juga jika ada salah silap. Moga Ramadan kali ni penuh bermakna...

    ReplyDelete
  3. Salam kak zana,
    Tidak kak. Saya pun sama kak, lebih2 internet skrg kejap ada kejap tak ada. Insya Allah, saya selalu ingat pada kak zana. :))

    ReplyDelete
  4. Salam mamasya,
    Alhamdulillah haritu boleh masuk blog mama. Kalu tidak, asyik tak jupe address jer. huhu.
    Insya Allah, samalah kita kak...

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers