Salam kasih 21 Ramadhan,
Dah bayar P1. Internet laju sehari dua saja.... sekarang lambat balik.
Hari ini senang hati membasuh baju....air tak lagi melimpah dari lubang saliran air di belakang dapur.
Terkedu sekejap. :))
Bila mandi, air dari bilik air tidak lagi melimpah di lantai (macam takmo turun-turun). Alhamdulillah.
Bila membasuh di sinki, saliran air sinki ke lubang belakang tidak lagi berbunyi macam 'glup glup' sebab air nak naik.
^__^
Thank Hubby, sebab menyusahkan diri menuang asid di lubang belakang. Ayang tak berani... :)
* Kami tinggalkan rumah sehari semalam, dan bermalam di Botanic. Bila balik tengah malam, air dah surut sedikit di lubangnya. Terus tuang asid 1 botol besar. Esok pagi, nak bersahur, saya rasa perjalanan air lancar. Masuk ke hari ini, air belum lagi melimpah. :)
* Pagi ini.... saya ubah cara saya dgn menyempatkan diri solat 2 rakaat dulu sebelum melihat menu bersahur. Dah masuk 10 malam terakhir....
Jumaat
Berbuka : Inilah juadahnya, nasi kerabu ringkas + ayam percik mama. Budu dan sambal cili pun tak disediakan . Bunga telang yang berbunga hanya 3 kuntum di musim ramadhan ini.... jadikla walaupun nasi tak jadi kaler biru! :D
Sabtu
- Jemputan berbuka di Concorde, Shah Alam. Disebabkan masalah saliran air, kira 2 hari tu, macam cuti masakla saya...
- Solat Isyak dan solat Terawikh yg mana sempat di masjid negeri.
- Gi PKNS, dan pasar malam baju raya di sekitar quality hotel (kalau tak silap). Meninjau baju raya sampai 12.30 pagi. Di situlah saya membeli baju raya 'sambar' tahun lepas. :)
Ahad
- Masalah lagi : Pintu apartment pula. Hubby keluar sekejap dan tombol pintu tiba2 rosak. Saya pula kat dalam. Apalagi... saya cemas dan otak pun blur. Lepas aksi korek tombol pintu- dapat bantuan jiran - tendang pintu - boleh buka lock pintu .
- Bersahur : dgn nasi goreng ayam mamak , :D Beningnya bersahur dgn Hubby lepas kejadian itu. Peluk dia ketat-ketat.
Pagi itu, pergi kedai hardware , tempah pintu baru dan cari tombol pintu yg bagus sikit. Lepas tu, sempat lagi pergi GM Klang. :D
Berbuka di Resipi Rahsia
- Berbuka : First time Hubby belanja makan kat luar sepanjang Ramadhan ini. kami makan kat 'Resipi Rahsia' kat The Curve.
Saya recommmend secret recipy kat sini, sebab kalu ada meja, dorang akan reserved utk kita masa berbuka nanti. Mereka bagitau menu mana yg cepat, menu mana lambat sikit. Bajet masa 45 minit kami round the Curve, sampai kat meja - menu berbuka dah terhidang. Senyum jer Hubby nampak makanan...hehe. Habis RM50. Pengalaman berbuka kat luar.
- Lepas tu masuk Ikea, survey rak dan kabinet. Memang terpaksa cari juga sebab nak kemaskan rumah. Duit raya dapat lambat, itulah yang nak beli last minute.... Malam itu saya perasan, ada beberapa orang pandang saya lama... Er, nape tak tegur?
Isnin
- Sahur : Makan roti saja, sebab terlepas bangun
- Appointment : Dgn lawyer apartment Botanic kat Klang, jadi pergi Klang lagi . Insya Allah nak dapat geran rumah.
- Menang Glassware - beli pinggan dan serving dish sedikit. Loose item, jadi agak murah. :D
- Berbuka : Sempat singgah pasar ramadhan dan beli sedikit juadah ringan. Tetapi akhirnya kami solat maghrib dan berbuka di masjid di kampung ara, makan yg ringan saja dekat area damansara tu. Makan berat (nasi) di damansara damai, Mahbub, tempat biasa.
- Malam, lepas berbuka di masjid, pergi Ikea sekali lagi, sambar rak buku 200cm tinggi, dan rak kasut. Alhamdulillah, bolehla kemas bilik. Habis 200++
Selasa
- Lauk pauk basah belum dibeli kerana sibuk ke sana ke mari. Pagi ini makan lauk beli dan masak nasi. Alhamdulillah.
* Dalam terkejar membeli barang last minute (duit raya pun dapat last minute), saya memang menyempatkan masa untuk itu, agar boleh fokus untuk 10 malam terakhir. Insya Allah, saya dan Hubby cuba . Ameeen. Biarlah penat beberapa hari. Hanya hari minggu saja Hubby boleh meluangkan masa untuk kami keluar membeli barang-barang.
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalam Indah selamat berpuasa, akk sempat buatseklai je nasi kerabu semanjak puasa ni, bestnya mkn ngan ayam percik tu
ReplyDeletewoww...xtau nk ckp apa lgi..yg pasti yummyyyy...
ReplyDeleteSalam kak Liza,
ReplyDeletekak liza buat mesti loengkap semua. Saya punya sempoi jer kak. takdok semangat, dgn keadaan dapur masa tu. :P
Kuah saya tak bape jadi, ayam percik...memang best! :)
Salam Adda,
ReplyDeleteYa memang yummy! Tak kisah dah walau takde budu sekali. :)