Salam mesra buat teman2 yang dikasihi Allah,
Puasa macam mana?
Allah, dalam berjuadah puasa, berhati-hatilah dalam makan makanan manis.
Saya dah mula sakit sengal gusi dan gigi. Melalut sangat makan kuih manis... hehe.
Saya ni, sebab bulan puasa dah tradisi agaknya, tekak nak makan kuih manis saja. Hari tu saya ada buat buah labu sira, air gulanya saya dah buat masa sediakan salutan gula utk kuih keria.
Bezanya salutan gula kuih keria ialah 1 cawan gula + 1/2 cawan air.
1/2 cawan gula + 1 cawan air bersamaan hasilnya ialah Air gula.
Masa belek bahan dalam fridge, tergolek-golek sebelah buah labu. Kesian ia... lalu saya kopek,rebus dan belah... buat labu sira dgn air gula tersebut. Hasilnya, memang menyelerakan, Hubby pun boleh jer makan, meskipun dia mmg tak suka manis2. Kesannya pada saya....Gusi dan gigi dah mula rasa sengal.
Esoknya, Hubby suakan cadbury pulak. Wah, senyap2 saya makan lagi coklat tu. Gusi dan gigi rasa terlebih sengal dan melarat sampai sakit kepala. Melepek hari ni saya.... sakit... Itulah akibat terlebih makan manis, ya kawan2. hahaha. Lenkali buat lagi. Ini nampaknya kena puasa makan manis beberapa hari, kalu takmo cabut gigi!
Last saya cabut gigi masa tadika tau! Gigi bongsu lain, semua saya goyang2 dan cabut sendiri... seram nak jupe dentist.
Malam tadi sampai kat rumah pukul 1.30am, sempat lagi singgah mahbub kat damansara damai. Allah, nanti InsyaAllah saya kongsikan hadith yang Syeikh huraikan kat masjid al Mukarramah.
Selamat berbuka, jaga kesihatan...
Mohon maaf jika saya tidak kelihatan di blogs teman2. Bukan tak pegi, ada... tapi susah nak comment. Kdg2, address pun tak jumpa. Ntahla. :) Setakat ni, saya msih bole masuk blog sendiri yg kadang2 bertulis...:
your post tak bole nak auto - save. Line tak ada.
Saya klik la 4-5 kali....
:D Syukur jela yg mana ada.....
Campuran jus buah kat bawah saya dapat kat internet. Ntah betul ke tak, tapi lebih berkhasiat kan?

Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Thaank you for sharing
ReplyDelete