Pergi beli lauk selepas Solat maghrib,
Ayam RM8 sekilo dah. Itu kat kedai runcit org kelantan kat Bkt sentosa. Lepas timbang, dapat RM17. Gemuk dan berisi ayamnya, saya ingat 20++ dah.
Ambil ikan 2 jenis, sotong, udang.....
Balik rumah, Hubby seorang sajalh ke surau untuk berterawikh. Saya perlu membasuh dan menyiang lauk yang dibeli, dah tugas isteri. Yg penting, ia akan memudahkan kita semasa hendak memasak nanti.
Dah siang, buang lemak, dan bersihkan lauk pauk... dapat 8 plastik.
Jadi, ada 8 menu untuk sampai ke hari Sabtu.
:) Lega...
Saya ambil bahagian bertulang, masuk dalam periuk, dan rebuskan. Glup-glup saja.... masukkan pes tomyam. Alhamdulillah, siap satu menu bersahur.
Internet taklah terlalu laju. Saya masuk melihat facebook ahli jemaah syeikh Nuruddin di https://www.facebook.com/SyeikhNuruddinMarbuAlBanjariAlMakkiOriginal?group_id=0 ,
dan,
bila dah boleh sign ini, apa lagi... terlekalah saya dgn pelbagai benda kat facebook.
Hum.
Tapi saya berazam juga, nak ke masjid al Mukarramah ni, hari ini dan lusa... Insya Allah.
Kitab yang nak dibacakan nipis sahaja, dan berbahasa Melayu. Kitabnya adalah hasil kumpulan Syeikh sendiri dan diterbitkan dari maahad az Zein di Bogor. Ini ada iklan buat sape2 yg kawasan damansara lah.
:)
Pukul 11 malam after terawikh.
Rindukan Syeikh di bulan Ramadhan? :) Pergilah awal sikit supaya sempat melihat kitab yg nak dibincangkan. Tak mahal...
Luahan Rasa.
Kita pun tahu Syeikh amat berdisiplin orangnya dalam pengajaran kitab. Dan beliau amat terkenal di Mesir dan di pusat pengajaran tahfiznya di maahad az zein Bogor.
Ramai yang mengikutnya ke mana-mana semata-mata untuk mendapat cebisan ilmu.
Namun,
Hakikat, tidak semua masjid atau surau yg pernah didatangi syeikh, yang menunjukkan perubahan dalam disiplin ilmu. Anak-anak yang kecil atau besar semua berteriak dan berguling-guling di belakang. Tiada siapa memantau.
Anak-anak yang putih bersih coraknya, tidak memahami.... betapa sukarnya dan letihnya seseorang yg berjalan jauh mencari sedikit cebisan mutiara dari Syeikh dan tiba-tiba dikejutkan dgn suasana begitu. Sebilangan jemaah yg berada di kuliah-kuliah Syeikh ialah para pelajarnya yg mengikutnya. Ya, di tempat wanitalah yg selalu begitu.
Anak yang bersih kainnya... bermain bukanlah tempatnya di beranda di tepi orang sembahyang dgn menjerit-jerit... manalah siak masjid ni. Hu.
Itu sajalah komen saya utk beberapa surau/masjid y pernah dihadiri. Hu. Itulah yg melemahkan semangat wanita utk berkuliah. Gangguan...
Katakanlah kpd anak kecil kita, ajarilah (kalau mmg susah nak dikawal), berteriaklah atau melompatlah di rumah puas-puas.... bukan di rumah Allah.
Kerana itulah, beberapa hari yg lalu saya ada memberikan LINK untuk para ibubapa print, sprt buku colour ttg ibadah, dan pelbagai aktiviti yg mendiamkan anak-anak supaya mereka belajar utk menghormati sesuatu tempat. Anak yg putih kainnya... Ini linknya :
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2013/07/kali-pertama-lillahi-taala-ramadhan-gift.html
Hubby pergi kuliahnya malam tadi.
Setengah jam perjalanan katanya, maklumlah jalan tak sesak.
Saya berharap, suasana di masjid yg saya nak pergi ini, tak seperti di atas. Hubby cakap, masjidnya ada 'class'. Alhamdulillah kalu begitu. Harap speaker juga high class. Ameen.
Checklist Sebelum tido:
Masak air
Penuhkan air dalam jug air atas meja
Paling kurang dah ada 1 jenis lauk untuk bersahur. Jika tak ada, masak siap-siap sebelum tidur. ( Buat yang mudah/rebus/singgang )
Sediakan bahan untuk masa masak sahur - itu lebih menjimatkan masa.
Kunci jam loceng
Pastikan ahli keluarga minum min 2 gelas air kosong sebelum masuk tidur
Isteri- pakai wangian, bedak dan pakain sesuai utk tidur. Kan siang hari suami tak boleh dekat2? Malam hari, biarlah dia gembira melihat kita. Ameen.
Baru nak update gambar lauk . :D
Internet tak laju siang tadi... susah upload. Di bawah ni tomyam, versi pes tomyam kung. Bila lama sangat atas api dapur, ha... lembutnya sampai ke tulang! hehe.
Sesajer, telur dadar letak mayonis dan sos cili...
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment