Tiba-tiba mood sedih.
Makin kita berkeras dgn apa yang kita rasa, makin keras hati kita.
Bila tiba-tiba kita redha, " Tak apalah.... bukan rezeki aku". Terus rasa nak menangis.
Biasanya begitu.
Saya sedang makan aiskrim buatan sendiri,
jus epalGa (epal dan pegaga) yang tak habis haritu, dibekukan. heheh.
......
:-)
Ingin bertadarus dgn Hubby, tapi dia dah tertidur. Saya tahu, ia aktiviti keluarga yg baru, tak apalah.
Namun nak berbual? Lagilah tak sempat.
Dia ada plan sendiri.... nak bangun pukul 2.
Allah, besarnya peranan seorang isteri.
Mengharap, mengajukan, membentangkan keinginan kebersamaaan.
Bukan mudah membina kebersamaan dalam rumahtangga.
Kadang-kadang terasa sepi, letih untuk mengejar.
Kami dah bercadang tak mahu sibuk berniaga kerepek, tiba2 Hubby tukar plan.
Modal lagi. Masa lagi hendak dicurah.
Plan asal semuanya lari.... padahal sama-sama dah setuju.
Begitu kan, suami isteri?
Hendak ibadah sama-sama, kena ikut mood suami.
Hendak mmbeli barang pun , ikut style suami.
Allah, seperti inikah perasaan ibu-ibu kita dahulu?
Mujahadah sepanjang masa.
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBila ingat ungkapan Ustaz Daud Cik Ngah dulu semasa kursus haji 1996 "Suami dilahirkan dengan nikmat,isteri pula dengan rahmat"
"Semua yang isteri buat adalah rahmat,mudahnya isteri kumpul rahmat,Syorga dipernuhi dengan isteri2,tapi ada isteri yang tak mahu"
Masa tu Makbonda muda,terkena sangat kat batang hidung.
Selamat mamasuki peringkat ke 2 Ramadhan
Salam mesra makbonda,
ReplyDeleteBegitukah makbonda? kadang2 blur nak mentafsir. Saya mengerti, sebagaimana kita bermujahadah, seperti itulah suami juga bermujahadah terhadap kita... :)
Hendak melihat sisi Hati, digandingkan dgn Iman. Yg adakala naik, adakala menurun...
Doakan saya, makbonda.