Salam kasih .Maafkan saya, kerana sudah lama tidak tekun menulis.
Semangat kian pudarkah untuk sesi penulisan 'luar kotak' rumahtangga?
Saya teringatkan al Mathurat. Ia hasil kumpulan imam hassan al banna. Tak tahulah imam hasan yang mana, tetapi sejak dahulu, kumpulan al Mathurat telah banyak memberi manfaat kepada ramai orang.
Tak lama dahulu, saya ada membeli buku ini, Cinta di rumah Hasan al banna. Bagus bacaannya. Imam hasan al banna ini, idola untuk anak-anaknya. Rupanya dia pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir satu ketika dahulu. Yang saya tahu, Ikhwanul Muslimin, orangnya bagus-bagus. Tidaklah macam yang jadi kat Syria. Presiden mereka Muhammed Mursi yang dijatuhkan itu sebenarnya dipilih sendiri oleh sebahagian besar orang Mesir setelah mereka menjatuhkan rejim pemerintahan keturunan setahun lalu.
Dan masa itu, kita seluruh dunia saling mendoakan rakyat Mesir apabila mereka mengadu pendapatan rendah, ekonomi tidak setaraf negara lain, dsbg.
Apabila membaca kenyataan ini: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/20519-polis-mesir-perintah-tangkap-300-tokoh-ikhwanul-muslimin,
Saya rasa sedih sangat. Rasa kasihan. Saya tak sangka sampai jadi begitu sekali.
Moga Allah memelihara orang-orang yang beriman dari fitnah. Jika mereka berdiri atas kebenaran dan dikhianati kelompok tertentu, bantulah mereka ya Allah !
Esok lusa dah nak ramadhan, tak sangka pula ada tragedi macam ni. :(
Sesi pemantapan hati.
Jika rajin dan ada kesempatan, silalah ke sini:

Kita berpuasa hanya setahun sekali. Berpuasa Ramadhan juga salah satu dari rukun Islam kita. Saya ambil nota ini dari http://www.darulmurtadza.com. Selalu saya dengar, apabila kita berniat dari awal untuk melakukan sesuatu amalan baik, Allah dah catat satu pahala meskipun belum melakukannya. Juga, Allah akan membimbing dan permudahkan kita untuk istiqamah.
Daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, mari hadirkan azam & niat Ramadhan 1434H yang bakal menjelma beberapa hari lagi :
[1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah SAW semampu kita.
[2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).
[3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).
[4] Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah).
[5] Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu).
[6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb.
[7] Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar.
[8] Niat untuk perbanyak sedekah/infaq.
[9] Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dll.
[10] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.
[11] Niat jadi hamba-NYA, umat Rasulullah SAW, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini.
[12] Niat untuk syukuri segala nikmat-NYA
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment