Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Raya 2011. Show all posts
Showing posts with label Raya 2011. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Saje nak masukkan: ) biskut oreo black beauty dan snow almond nestum

Salam sejahtera,

Saya kan, hari last syawal ni baru rasa happy beraya di rumah sendiri.

First, open house dah habis. :) jadi jemputan dah dipenuhi.

Kedua, My Mertua keduanya dan thaqif, adik ipar datang petang Ahad lalu ke rumah kami. Nasib baik kuliah masjid abis awal, macam tau2 jer tetamu nak datang rumah, hehe. Sempatla kami kemas rumah.

^___^

Ketiga, kak Fzi, FZMENU, datang ke rumah. Dah lama trserempak tengah jalan, tapi tak ajak lagi ke rumah. Rumah kami dekat woo rupaya, tak sampai 10 minit. Gi pasar, pagi2 tu, ada jodoh trjumpala. hehe.. Aritu hajat nak bertandang juga ke rumah kak fzi, tapi, selalu ada hal. Maceh kak... sudi datang ke teratak saya :D


Bawah ni, biskut yg saya buat sehari dua seblom balik banting aritu. Tapi saya tak hidangla biskut ni kat mertua aritu, sbb dah puas makan. Tapi dapatla kak fzi merasa juga, masih ada saya simpan.

Biskut oreo tu, ramai yg kata dari luar nampak misteri jer.... hitam lak tu. Tapi bila rasa, mereka kata sedap..! hihi. Resipi kat wan, citarawan, tapi ambil kat blog kak azlita. Thanx kak, sbb tayang kecomelan biskut kak. Dan mohon halalkan copy dan share kat sini.





BISKUT OREO BLACK BEAUTY

Versi saya, tak lorek coklat putih '__^

resipi: kak wan, Citarasawan
Copy dari: kak azlita masam manis

Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - ita tak letak
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita tak letak


Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara ita
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..




Ini satu lagi biskut, femes tul biskut ni tahun 2011 ni. Mana-mana pun ada orang hidang. Tapi saya sorang je yg salut nestum, adeh. Tak sempat beli serbuk roti masa kelam kabut nak buat haritu. Tapi, yg saya rasa orang punya, snow almond salut serbuk roti lagi senada rasanya. Yg saya punya salut nestum, jadi trmanis. Mgkin coklat dia kot... Tapi Rasa biskut dia sedap! Saya ada makan yg belum bersalut coklat, :D

Terima kasih buat empunya resipi dr umifeeza MyR. Buat kak Juwita, maceh banyak2 kak. Mohon halal copy dan share kat sini.. :))




BISKUT SNOW ALMOND

Versi saya takde serbuk roti, salut nestum lak.

Resipi: umifeeza MyR
Copy dari: Kak Juwitafariz

Bahan-bahan

BAHAN A:
200gm butter
100gm gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi( ita gunakan nescafe)
1 biji kuning telur


BAHAN B:
220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum - dikisar( boleh lebihkan dan adjust di sukatan tepung untuk lebih terasa nestum)
40gm badam kisar
1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung
HIASAN:
Coklat masakan - dicairkan
white breadcrumb

Cara-cara

Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



Thursday, September 22, 2011

Mood masih ada

Salam sejahtera,
Ada yang masih beraya?  Saya pun masih ada semangat tu, walaupun sehari dah puasa kelmarin.
Hari ni dah tak lalu nak pose, sbb kelmarin sakit kepala sampai termuntah. Insya Allah sambung esok. Open house taun ni pun, ramai yg buat waktu malam.

My hubby dah takde mood nak raya-raya. Dia sibuk nak buat Report yg masa outstation haritu. Tinggal saya jerla, masih bersemangat waja. Cuma tak buat open house je.  :)

Apa ya yang saya buat sejak Seminggu lebih balik dari kampung?


1. Hias dan kemas rumah. Takut ada tetamu express.


First, langsir. Sebab kain langsir tu, dah berzaman nak sangkut, tapi ada masalah ukuran. Saya nak buat double railing.  Mmg tempah langsir simple tu, tapi saya bagi salah info ukuran rasanya . Jadi, dgn hati kering, saya oter setakat boleh dan jahit sendiri.   Langsir malam sebenarnya  saya nak beli yg satin wane perak skit biar kilau-kilau dan sepadan dgn langsir siang wane hitam tu. Tapi My Hubby takmo beli dah.

Katanya raya nak abes.  hu...


Lepas tu, buat sarung utk kerusi ni. Kenapa? Sebab saya kesian, tetamu2 yg pernah datang, macam tak selesa nak duduk kerusi tu. Satu span dia nipis, satu ia kurang lebar tmpt duduknya. Jadi, saya buat la sarung dia.

Maap Mak, sya oter kain langsir Mak yg mula2 mak bagi kat kitaorang.  Saya tampal span pada kain dia je, pastu cantum setiap sudut.hu.... tak sabar masa buat ni, rasa nak cepat2 abeskan.  Tapi better than curtain.  Jahit langsir sangat  boring..... hu....


Jadi macam ni. My Hubby kata macam tempat duduk pengantin.  Hentam jerla bang. Dekat bape hari dah menjahit sampai tak tido malam nih.... hu..

Saya cuma ada asas menjahit. Mesin jahit pun yg murah-murah je. Jahit benda lain tak lulus lagi. Buat benda macam ni, herot pun orang tak pandang sangat . Tapi kalau baju herot-berot, masalah besar tuh!

^__^



2. Satu masalah rumah apartment ialah, kehadiran makhluk brnama kucing. 2 minggu saya takde, bermaharajalela kaum dia kat depan koridor rumah tu. Berak, kencin... hu.. Jadi, dalam kaki masih trhencot sikit lepas kena sengat tebuan, saya gagahkan diri basuh koridor tu. Jgn tanya berapa baldi saya siram, siap clorox lagi. Hu....


Inilah depan rumah saya...  ^__~


Nasib baik orang bawah tak marah sbb air mengalir. Sebab petang tu hujan lebat. ngeee...


3. Satu lagi, nak keringkan pakaian.  Terutama kalau baru pulang dari Bercuti. Hu..... nak basuh cadar, basuh selimut, campur pakaian lain. Membasuh pakaian bukanlah masalah besar. Tapi nak keringkan tu masalah dunia. Jemur kat koridor dekat sliding door tu, mmg matahari terus. Tapi matahari pun tak nampak kalau hujan lebat.

'__`

Mmg kat rumah mertua, ada basuh baju. Tapi hari last2 tu tak sempat kering. cuaca mendung petang jer hujan. tapi baju pakai setiap hari. hu.... tak sempat kering yg itu, yang ni dah basuh pulak. Seminggu juga la, saya berperang dgn hujan, sbb koridor tmpt jemur kain tu, takde AWNING, jadi tempias wo...


Nak dok, apartment, ada bajet... beli la Dryer kain. hU... kesian bini you..

^__^



Di bawah ni special, bantal baru kita.... Saya gunakan balance langsir yg saya oter tu. Jadikla, sebagai penghias sofa.....  Cara ukur kain utk bantal ni. cara mudah, letak jer bantal atas kain, balut bantal tu, bagi lebih keliling dia, dan semat dgn peniti. Jadi kita tau ukuran sebenar bantal tu. GUnting.


Ini hasilnya.  Saya jahit tepi 3 sudut je. Satu sudut lagi, tempat sarungkan bantal. Ingat nak butangkan jerla.

Buat 2 keping.  Jahit keliling dia.  Kalau ada balance tepi yg cantik, jadikan  utk renda, potong selebar 1 jari lebih campur basi jahit. Kita cantumkan  pada satu keping.

Kita jahitkan yg untuk renda tu, macam di atas. Jahit tangan jer, besar-besar, asalkan melekat dan mmbentuk kedut renda.

Pastu cantumkan dgn sekeping lagi, jahit mesin pula. Jahit 3 sudut je. Satu sudut lagi utk masukkan bantal. 

Wednesday, September 21, 2011

Special.

Salam sejahtera,

Panjang cite ni. sebab tula saya peram dulu. Tekon edit gambar susun ayat semua. :))


Apa ya saya belajar dari Rewang orang Jawa?

1. Bila saya teringat cara saya blend bawang untuk Acar Buah MIL, mmg buat saya kecut perut. hehe.... Masa tu tolong MIL, kopek bawang dan blend bawang besar utk acar buah pengantin. Aiseh, macam mana saya blend? Saya taruk air utk setiap jug setiap kali blend.

`__`

Masa ni kami buat kat rumah. My Mertua sponsor Acar Buah utk ngan dgn nasi beriani.

Kecut perut saya bila dah separuh saya buat, MIL jengok dan bagitau saya, cara yg betul ialah... blend 1 jug bawang, tapis airnya. Guna air bawang yg pertama utk setiap kali blend. Tapis setiap kali. Jadi tidakla bawang kita berair.

`__`

Kira banyak jugalah air bawang tu. MUla2 nak taruk, tapi kami tak larat tunggu bawang blend tu kering, jadi tawakal jer tapis.

Proses acar buat ni, takde gambar. Sebab kamera dah terbang bersama my hubby masa ni.

Bahannya:

1. Buah-buahan jeruk utk acar buah. Berbelas kilo.
2. Bahan jeruk dgn cuka : cili padi dijeruk dgn tangkainya sekali, bawang merah dikopek dulu juga dijeruk.
3. Yg ni lupa nak tulis pagi tadi. Secret recipy : rempah biji disangai, pastu blend kering. Lupa dah apa isinya, tapi rempah biasa yg kita guna la. kalau takde yg ni pun still mnjadi. tapi kalu bubuh, lagi sedap baunya. :)
4. Bahan yg digoreng dahulu dgn minyak, baru kisar : Cili kering , bawang merah, bawang putih.
5. Bahan blend saja: Bawang besar.
6. Gula berpaket-paket.
7. Garam 1 paket.
8. Kawah besar.

Tumis bawang besar dulu sampai kuning dan pecah minyak, baru masuk bahan kisar 4. Lepas-lepas tu baru masuk cili api jeruk (buang air sbb pedasnya turun), bawang merah jeruk (masuk dgn air cukanya, rasanyala ), rempah kisar, gula, dan garam. Akhir sekali masuk buah jeruk yg dibeli tuh. Gaul rata. :)

Takde gambar masa tu, sbb petangnya terus hantar ke rumah pengantin. Tapi ini balance yg saya simpan.


2. Rewang Rumah Pengantin 1

- Mana ada gambar, sbb kamera saya takde. Tapi Mereka kahwin orang sekampung. Masing2 kerja bagus. Kenduri akad nikah malam, Sabtu hantar pengantin dan bersanding. Kenduri pengantin lelaki belah kami hari Ahad.

Kami belah pengantin lelaki. Tapi meriah juga. Bersanding lagi tuh.

Hari Jumaat, hari akad nikah lagi, dah mula masak rewang. Siangnya, Chefnya dah datang.

Kopek bawang, buat inti karipap, kisar kacang utk buat kuah rojak. Chefnya sibuk masak inti kelapa manis, buat inti koci. Juga sangai kelapa parut putih utk inti kuih Lemper. Kopek labu untuk dikukus sebagai Kuih Koci Labu. Lepas masak inti, pakat-pakat kepal inti kelapa tu untuk senang masuk dalam bungkusan koci.

Cuma satu jer yg silap, kami dah potong daun pisang awal-awal. Sedangkan nak layur daun pisang tu spy tak koyak bila bungkus. Jadi berpanasan jugak, bila layur daun pisang. huhu..

Yg lain, ada juga dimasak utk makan malam sedara-mara. Tapi saya tak jengok, sebab kami semua pergi mandi dan bersalin baju kat tmpt lain.

Malamnya sibuk mengetip kuih karipap. Dan seterusnya mghantar pengantin utk akad nikah. My hubby takde masa tu, jadi saya mengekor je My Mertua ke mana-mana. :)

3. Rewang 2

- Masa ni saya datang tengahari dah. My Hubby baru sampai KLIA malam sebelumnya. Dia penat sesangat campur sakit gigi. Sempatla beli hadiah pengantin. Terus ke rumah pengantin sebab nak hantar pengantin bersanding rumah perempuan.

Ni gambar kecik ya.

Saya dan family


 Salah-satu hidangan meja pengantin yang fofular di kenduri orang jawa. Nenas ada udang goreng rambui-ramba. :)

Lepas balik semula dr hantar pengantin, saya tolong-tolong kat dalam jer.
Orang kat luar dah siap masak Rendang Palembang, Sup Soto, Rojak, dan nasi lauk pauk. Kemas itu dan ini. Sampaila malam baru kami balik ke banting semula.


4. Hari Kenduri

- Masa ni datang kelam-kabut. My hubby suruh kemas baju semua. Katanya nak balik terus. Padahal dah berhari-hari saya kepenatan berulang-alik ke rumah kenduri..... rasa nak nangis. Mana sempat nak cekau time tu. Campur baju dia balik OT lagi. Sepupu hubby siap tegur, tak aci kami datang lewat. Saya pula jenis tak sampai hati, sebab kita kenal kan? anggap macam sedara sendiri walaupun sedara my hubby.

Terus ke sana, orang dah datang makan kenduri. Menonong jer saya masuk dapur.

`__`

Chefnya kata, ha... siapkan hidangan pengantin. Pengantin nak datang dah, sejam lagi. Ops... mana pinggan? huhu. Bukan tugas siapkan hidangan pengantin, adalah orang tua-tua yang pakar ke? Alahai...

Tapi kami semua sepakat hidangkan. Selesai. Lega.

Lupa.... Hidangan hari tu Nasi beriani, ayam goreng ketumbar rasanya, Ikan bawal masam manis, sayur goreng, Acar Buah, Dalca dll... lupa dah.



Baju pengantin petang tu, cantik betul. Ala istana melayu. Suka.... mulala berangan nak bersanding lagi. :)

walaupun banyak jurai-jurai tapi tersusun.


" SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ALONG DAN ISTERI :) "



Petang tu, kami bersiap balik. Dapat rezeki pula.


Kena sengat benda ni. `__`

Kata kawan My MIL, saya dapat rezeki. sabo je. hehe. Bermanjala jugak seharian dgn my hubby macam orang baru lepas beranak. Hush.. benda tu masuk dalam kain. Tapi kena BITE kat betis dan tangan je. huh.

Sapu minyak angin tak jalan, my MIL bagi air baca selawat syifa' rasanya, hati lega skit.

Gi klinik hari Ahad, cuma klinik doc india yg bukak. Doc bagi ubat tahan sakit, ubat gatal, ubat sapu dan ubat alahan. Cucuk kat punggung da kat bahu.

My hubby siap tanya Doc, cucuk tempat lain tak bole ke? Doc lelaki india.

'__`

Tak kisahla bang, sakit sangat ni. huhu. Pedih, panas, perit, semua rasa. Padahal kecil jer bite tu.

Akhirnya kat rumah saya dapat petua ni kat intenet. Masa mula-mula kena tu baca, Al Fatihah 7 x , al ikhlas 7/3 kali, ludah kat tmpat sakit. masa mula-mula kena. pastu gi klinik la. Tak pun dapatkan air zam zam sapu-sapu. Yg ni My MIL yang buatkan. :-)  My MIL yang tolong buangkan tebuan tu dari kain baju kurung saya. Dah trlucut dah masa tu.

`__`


Bila disengat tebuan : Sumber

Maceh, Mak.... Cayang mak.  Muah utk My hubby juga. Semua tolong saya . :-)

Ini special utk Mak, balance kenduri aritu tu tau.  Saya buatkan Nasi Tomato, makan dengan...


Nasi Tomato Chef Hanieliza

Acar special Mak @ my MIL . Special ni, sebab saya tolong buat sekali. hikhik.... sedap...!

Rendang Daging Palembang yg dah dikeringkan. Asalnya ia basah-basah. Nak bagi tahan lepas kenduri kan? Elok je, rasanya tak berubah sangat. Pandai Cik Ramlah tu buat, kan?

Ini asalnya sambal kering Jawa, yg ada hati, kentang, tempe, tauhu dan sambal ditumis tu. Dibubuh santan. Versi di atas sudah dikeringkan sebab lepas kenduri kan? Elok rasanya. Seminggu lebih dah.

Ini biasala. Menu saya dan hubby. hihi..

Kita makan dgn nasi Tomato ya puan-puan... :))



Monday, September 19, 2011

sometimes i feel like i don't know how to write

Salam sejahtera,

kadang2 saya jadi tak tau macam mana nak menulis.

tangan kaku
idea ada, tapi tak boleh nak susun ayat.

takut

takut nak menyusun kata
takut nak describe apa-apa

orang cakap blog macam diari. boleh tulis apa yg kita nak.
tapi orang baca...
itu yg payah tu.
tapi kadang2 kita nak tulis jugak.
bila dah terlepas tulis, rasa malu pulak. :)
cepat padam balik.

Ada juga orang terdekat saya yg promote blog saya pada orglain.
katanya penuh resipi. macam-macam ada.
Gulp!

Sudahnya,
saya pula malu nak bgtau alamat blog ini,
Sebab blog ini tempat saya meluah rasa,
padang saya bermain


Saya rasa segan....
Sebab saya bukan pandai masak sangat,
Siapa yg jumpa saya tu.... nasibla :)

Blog ini,
Tempat saya bermain,
belajar menjadi dewasa,
Jejak-jejak meniti usia berumahtangga.
Tepat 17 sept lalu,
Sudah 5 tahun 7 bulan 4 minggu
Saya belajar mnjadi seorang isteri dan menantu.

Adat menantu, kena pandai jaga mulut,
adat menantu, kena pandai jaga kelakuan.
tapi,
Siapa yg nak tanya apa yg saya rasa?
Siapa nak ajar kalau saya tak pandai?

Saya fikir,
Besarnya tugas Mama saya yg ada 5 orang anak perempuan,
Meletihkan.
Lagi2 dapat puteri2 yg suka belajar, tapi taknak belajar kursus mengurus rumahtangga.
Kena ajar sorang2 setiap kali nak berumahtangga?
Kena ajar menyelami hati lelaki,
Menyesuaikan diri dgn keluarga mertua?


Sabarnya Abah saya.
Dgn mulut2 yg suka bercerita riuh rendah, ada 5 orang puteri macam ada 10 orang.
Dia kena dengar semua. Tahan telinga.
Belum campur mama saya. hahah...
Kena sapot pakaian puteri-puterinya yg ntah apa-apa.
Sebab itulah agaknya masa kecil kami agak berjimat,
satu bidang kain..... 5 pasang baju. :)

Dah besar ni lain cerita,
Taste dah ikut semasa,
campur luar dan dalam....
yg perempuan kna ada 6-10 benda sekali berhias diri.
anak lelaki yg sorang cuma ada 3-4 benda jer utk dirinya,

Kesian adik lelakiku yg sorang.
patutla dia selalu menyepi diri,
Tapi Mama manjakan dia,
Abah bergantung pada dia,
Lepas kahwin, dia manja dgn isterinya pula,
kesian mama... kesian abah.

Aiseh,
masuk bab lain dah ni. berjela nanti...

Alkisahnya,
Suatu hari di tempat rewang, orang bertanya resipi puding marble yg mertua saya bawakan. Saya yang buat... huhu.
Itulah asal usulnya kenapa saya resah gelisah nak 'open' bila orang lain mintak alamat blog.
Mereka tau pulak kita main internet, blogging semua.
Kata kita ni rajin masak.
padahal kita ni cincai juga....


My mertua dan adik ipar semua dah tau blog ni.
Ini oranglain,
Orang sekampung my mertua,
makcik2 dan sedara jauh-jauh....
huhu


My hubby jauh outstation,
Saya pula ada can la follow ibu mertua,
Dia buat itu, saya ikut, dia susun itu, saya pun buat.
cuma bab borak jer..

Orak reti.
heheh.

Sedara-mara kita mungkin boleh terima kita seadanya,
boleh maafkan kita sebab kenal mak ayah kita,
kalau kita tak pandai cakap atau bergaul.


Ini sedara orang...
pandang kita dari segala sudut.
kalau kita merapu-rapu kat blog
kalau kita tak pandai berkata-kata...
Sambil kita gila-gila
Belajar masak ni....

Saya dah bagi resipinya, sbb takut disindir kedekut resipi.
Itupun hati takut, sbb makcik-makcik kan lebih pandai masak.
tapi ada yg mintak alamat blog pulak.
Saya bagi sengih....

Gulp! Dalam hati.
Kalau kita tak cakap alamat blog kita..... diaorang tak boleh jumpa kan?
Bijak ke bodoh tu? huhu...


Haih!
Dari tak reti nak tulis, tak reti describe...
Dah panjang berjela.
Ampun maaf dipinta. Garu kepala....

Agaknya sesiapa faham apa yg saya rasa?






Saturday, September 17, 2011

nak update jugak la

Salam sejahtera,

Masih syawal lg nih. selamat hari raya ya. :D Kami sibuk cuti raya, dgn prepare utk my hubby nak oustation hari raya ke 4 aritu, dgn dia sakit gigi sepanjang raya. pastu dok kat banting dr seminggu raya hingga hubby balik oustation.

Temankan mertua berjalan-jalan raya. hinggalah sepupu hubby buat kenduri secara rewang. Alhamdulillah, selesai semua.

Arini jalan-jalan kat the mines sampai sakit kaki. Pergh, my hubby nak saya sama tinggi dgn dia. Jadi beli la kasut yg tumit tinggi skit. pastu pusing lagi. ha... jawabnya terhencotla pada hari birthday. hihi.... tapi takpe,.... dapat hadiah awal dah. Dapat nokia C3. Bukan yg baru, kan lepas2 raya ni bajet dah semput. Lepasla buat main MMS dgn Mr hubby hihihi.... Alhamdulillah, makin romantik suamiku. Dulu2 dapat barang dapo jer... :D ... Agaknya sebab brg dapo dah byk, dia takut nak tambah. ops! hahaha.. Terima sayang... muah! :)))

Teringat kat ika, happy birthday juga. ;D Taun ni rasa makin matang. dah 30 kita kan?. Cau dulu, Insya Allah bertemu lagi.



Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers