kadang2 saya jadi tak tau macam mana nak menulis.
tangan kaku
idea ada, tapi tak boleh nak susun ayat.
takut
takut nak menyusun kata
takut nak describe apa-apa
orang cakap blog macam diari. boleh tulis apa yg kita nak.
tapi orang baca...
itu yg payah tu.
tapi kadang2 kita nak tulis jugak.
bila dah terlepas tulis, rasa malu pulak. :)
cepat padam balik.
Ada juga orang terdekat saya yg promote blog saya pada orglain.
katanya penuh resipi. macam-macam ada.
Gulp!
Sudahnya,
saya pula malu nak bgtau alamat blog ini,
Sebab blog ini tempat saya meluah rasa,
padang saya bermain
Saya rasa segan....
Sebab saya bukan pandai masak sangat,
Siapa yg jumpa saya tu.... nasibla :)
Blog ini,
Tempat saya bermain,
belajar menjadi dewasa,
Jejak-jejak meniti usia berumahtangga.
Tepat 17 sept lalu,
Sudah 5 tahun 7 bulan 4 minggu
Saya belajar mnjadi seorang isteri dan menantu.
Adat menantu, kena pandai jaga mulut,
adat menantu, kena pandai jaga kelakuan.
tapi,
Siapa yg nak tanya apa yg saya rasa?
Siapa nak ajar kalau saya tak pandai?
Saya fikir,
Besarnya tugas Mama saya yg ada 5 orang anak perempuan,
Meletihkan.
Lagi2 dapat puteri2 yg suka belajar, tapi taknak belajar kursus mengurus rumahtangga.
Kena ajar sorang2 setiap kali nak berumahtangga?
Kena ajar menyelami hati lelaki,
Menyesuaikan diri dgn keluarga mertua?
Sabarnya Abah saya.
Dgn mulut2 yg suka bercerita riuh rendah, ada 5 orang puteri macam ada 10 orang.
Dia kena dengar semua. Tahan telinga.
Belum campur mama saya. hahah...
Kena sapot pakaian puteri-puterinya yg ntah apa-apa.
Sebab itulah agaknya masa kecil kami agak berjimat,
satu bidang kain..... 5 pasang baju. :)
Dah besar ni lain cerita,
Taste dah ikut semasa,
campur luar dan dalam....
yg perempuan kna ada 6-10 benda sekali berhias diri.
anak lelaki yg sorang cuma ada 3-4 benda jer utk dirinya,
Kesian adik lelakiku yg sorang.
patutla dia selalu menyepi diri,
Tapi Mama manjakan dia,
Abah bergantung pada dia,
Lepas kahwin, dia manja dgn isterinya pula,
kesian mama... kesian abah.
Aiseh,
masuk bab lain dah ni. berjela nanti...
Alkisahnya,
Suatu hari di tempat rewang, orang bertanya resipi puding marble yg mertua saya bawakan. Saya yang buat... huhu.
Itulah asal usulnya kenapa saya resah gelisah nak 'open' bila orang lain mintak alamat blog.
Mereka tau pulak kita main internet, blogging semua.
Kata kita ni rajin masak.
padahal kita ni cincai juga....
My mertua dan adik ipar semua dah tau blog ni.
Ini oranglain,
Orang sekampung my mertua,
makcik2 dan sedara jauh-jauh....
huhu
My hubby jauh outstation,
Saya pula ada can la follow ibu mertua,
Dia buat itu, saya ikut, dia susun itu, saya pun buat.
cuma bab borak jer..
Orak reti.
heheh.
Sedara-mara kita mungkin boleh terima kita seadanya,
boleh maafkan kita sebab kenal mak ayah kita,
kalau kita tak pandai cakap atau bergaul.
Ini sedara orang...
pandang kita dari segala sudut.
kalau kita merapu-rapu kat blog
kalau kita tak pandai berkata-kata...
Sambil kita gila-gila
Belajar masak ni....
Saya dah bagi resipinya, sbb takut disindir kedekut resipi.
Itupun hati takut, sbb makcik-makcik kan lebih pandai masak.
tapi ada yg mintak alamat blog pulak.
Saya bagi sengih....
Gulp! Dalam hati.
Kalau kita tak cakap alamat blog kita..... diaorang tak boleh jumpa kan?
Bijak ke bodoh tu? huhu...
Haih!
Dari tak reti nak tulis, tak reti describe...
Dah panjang berjela.
Ampun maaf dipinta. Garu kepala....
Agaknya sesiapa faham apa yg saya rasa?

No comments:
Post a Comment