Jaga-jaga, panjang nota ni.
^____^
Saya sangat suka kalau kita dgar pengajian beserta kitab rujukannya, sebab dapat tengok sendiri dr mana sumber kitabnya dan hadisnya. Walaupun macam2 ceramah ada, tapi jarang yg berikan salinan buku rujukannya.
Saya penah blaja subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, syariah Islamiah. Yg asas sahaja. Hati ni mudah brdetik utk mncari kebenaran Hadis, cerita tauladan, bab fekah yg kadang2 mengelirukan di INTERNET. Ada ustaz ni kata boleh, ada kata tidak, ada kata harus menerima semua pendapat. Yala, kita sekadar bertanya kan?
Jadi, untuk itu kita kena BERGURU. Walaupun sekadar utk mengukuhkan pemahaman dan amalan sendiri.
Kalau ada ustaz2 yg mmbuka kitab di masjid.... pergilah belajar dgnnya, tak rugi. Kitab tu maknanya buku la.. hehe... Sumber rujukan Ustaz trsebut. Kalau dapat beli, lagi bagus sbb kita simpan nota pengajian dalam tu. Kita dapat tambah pemahaman kita, bahasa Arab kita juga.
Kelmarin saya dan suami dapat belajar seharian. Bab Fekah, Ya, benda yg kita dah tau. Macam kita upgrade sistem juga. Kita upgrade pemahaman dan yg kita ingat lupa tu... Kelmarin, kami dapatla bbrp hadis dan dia trjemahkan. Cara ustaz nuruddin ini pun, menarik.... tak rugi mndengarnya. Kalu kita niat nak belajar dan mncari GURU, memang kita tak bosan mndenganrnya mengajar. :)
Dia bincangkan hadis dalam buku di bawah. Hasil kumpulannya. Tetapi tak sama dalam iklan di atas. Yang ini kami beli satu copy jer. My hubby jer la yg guna dan yg tulis note atas baris ayat tu, My hubby . :)
Di bawah ini Nota saya. Kalau ada yang tidak faham, sila bertanya pada orang yg lebih arif ya. :)
Nota pensil atas buku tu, tulisan my hubby. :) Buku ada satu copy jer. Jadi nota saya dalam buku lain. '__' Kalb maknanya anjing. Ini kisah orang yang mmberi minum kpd anjing yg sangat haus. Dan Allah mengampunkan dosa-dosanyanya. Riwayat Malik, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Habban. Ingat kisah perempuan pelacur yg juga mmberi minum anjing yang haus, dan mndapat syurga? Kisah itu juga diriwayatkan, trjadi pd zaman bani israel.
Percaya tak? Saya anggap kisah2 tu, kisah dongeng utk tauladan? Dalam buku cerita kanak-kanak? Mana tau rupanya mmg ada dalam hadis. :))
Ihsan kepada anak Yatim. Cerita ustaz Nuruddin, ”Sebaik-baik rumah adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dimuliakan. Tapi seburuk-buruk rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dipersia-siakan.". Anak yatim ialah yg berumur sebelum baligh. Lahir mengikut syarak, dan kematian bapanya.
Saya tau semua orang brkejar pahala ini. Tapi kita mesti amanah dan jangan menyusahkan dia. Teringat budak2 anak yatim yang berkeliaran di RR, stesyen minyak dbg, contoh terbaik: RR Sungai Buloh, stesyen minyak dekat RR sungai buloh, dekat stesyen minyak damansara damai, Taman melati, depan bank kat Rawang. Siang ada, malam ada, sekolah ke tidak? Dan anak-anak gadis manis yg berjualan mintak derma madrasah dia, haish.... risau saya kalau2 ada lelaki gatal yg mengganggu. Macam mana ustazah, Ustaz menjaga MARUAH mereka? Dipergunakan sprt itu, PENJAGANYA buat apa? Tau kutip duit saja? Geram saya.. :(
Bab Najis, Mughallazah, Mutawassitah, Mukhaffafah.
Sambil belajar bahasa Arab juga. :)
Kata syeikh nuruddin, ada juga perempuan yg tak puas hati. Mengapa air kencing bayi lelaki hanya perlu dijirus. Kenapa air kencing bayi perempuan perlu dibasuh? Yg syaratnya yg hanya minum susu ibunya saja. Ada ke komen macam tu? hehehe.... Jadi, hujahnya, cuba cium bau air kencing bayi peremmpuan dan bayi lelaki. Air kencing bayi perempuan lebih kuat baunya.... Hujahhnya lagi, Nabi Adam dijadikan dari tanah, tiada bau. Tapi hawa dr tulang rusuk Nabi Adam . Tulang dan tanah, mana yg berbau? Jelas di situ.
Ada pertikaiaan, kenapa Khinzir diharamkan kita makan? Hujah syeikh, letakkan 2 ekor ayam jantan dan satu betina dalam kandang. 2 ekor itu akan bergaduh utk berebut mengawan dgn betina. Letakkan pula 2 ekor khinzir jantan dan seeekor betina pula. Nak tau apa jadi? Khinzir jantan akan mengawan dgn betina dan seekor lagi melihat saja. Menunggu gilirannya pulak. Erkkkk..... saya tak pernah tengok. Tapi syeikh nuruddin inikan dr indonesia? Tentu biasa melihat benda tu kat sana. Kata syeikh, khinzir ini sbnarnya ghairahnya tiada, cemburunya tiada.
BAB BERSUCI/ ISTINJAK DAN TAYAMMUM.
Istinjak/ menyucikan najis. Najis dibasuh dgn air, atau menyapu dgn batu kecil/tisu/ kayu. Baru saya tau, apabila kita menggunakan tisu utk lap tmpat najis, lepas tu baru basuh guna air, ia lebih memudahkan kita mmbasuhnya dan menjimatkan air. Sebab nabi suruh menghimpun najis di tmpt keluar najis tu dgn sesuatu. Tapi syarat istinjak inipun ada . Antaranya kalau najis tu sampai merata-rata, kena basuh dgn air juga utk menyucikan.
.Asbab Tayammum ada 7, Syarat tayammum ada 12. Kata syeikh, tayammum ni guna debu yg bersih. Dan ada syarat2 trtentu. Guna debu pun tak tebal, letak tangan atas debu, tepuk lebihan dia, dan lalukan atas anggota tayammum.
BAB HAIDH DAN NIFAS.
Haidh, digelar ' Tabiat '. Ia ada masa bersih, dan masa uzur. Nifas, ialah darah yg keluar selepas melahirkan anak. Semua perlu mandi hadas besar selepas darah kering dan telah keluar warna putih-putih dari farajnya...
Yang ni saya dah tau, sbb ustazah dah ceritakan masa sekolah dulu. Tapi saya tertarik Cara penerangan syeikh.
Masa Putaran adalah 15 hari . Ada Masa Bersih atau masa Haidh. Macam mana? Haidh kadang2 1 hari - 15 hari. kadang2 hari ke 8 pun dah mandi wajib, dan tiba2 hari ke 12 ( dikira dr awal haidh), darah keluar lagi. Itu MASA HAIDH. Sebab masih dalam lingkungan tadi. Tetapi kalau darah keluar selepas 15 hari, akan masuk MASA BERSIH. Kerana sebelum masuk haidh seterusnya, darah tidak keluar selama 15 hari. kalau keluar juga, maknanya, 'darah penyakit/ darah keletihan/ darah istihadhah'. Kiraannya: Kalau haidh selama 8 hari, 'masa bersih' dikira pada hari ke 22. Kalau haidh 9 hari, ' masa bersih' dikira dari pada hari ke 23..... Masa bersih ialah ada kewajipan menunaikan Solat dsbg.
Hehe... lupa satu hal. Kata syeikh, para suami kena belajar hal haidh, nifas ini, kerana harus tau ini ialah waktu haram bersama dgn isteri (berjimak). Dan juga, harus pandai mengatur masa, apatah lagi kalu suami yg jenis selalu outstation. :) Katanya, ada kalendar bulat merah, suami dilarangla mndekati isteri. Jadi suami pun cepat tahu dan faham. :))
TOKOH ISLAM Cerita dari Syeikh Nuruddin sendiri :
Umar al Khattab
Sepanjang pemerintahannya, Umar tidak tidur pada waktu malam. Dia berjalan melihat rakyatnya. Pada satu malam, Umar mendengar rintihan seorang perempuan dari dalam rumahnya. Perasaan rindu pada suaminya yang pergi berperang. " Kalau kerana tidak imanku.... maka katil ini akan bergoncangan setiap malam " . Bermakna dia boleh memanggil mana2 lelaki pun menemaninya sepanjang suaminya tiada, tetapi dia masih kuat imannya, kerana itu dia merintih. Umar segera bertanya Hafsah, " Berapa lamakah seorang isteri sanggup tahan ditinggalkan suaminya? Seminggu? Sebulan? " Setahun?" Kata hafsah, " 3 bulan ". Umar segera memanggil pasukan Islam yg pergi ke medan perang supaya pulang utk berjumpa isteri. Dan menetapkan tempoh seorang perajurit itu hanya 3 bulan berada di medan perang, selepals itu mesti pulang bertemu isteri dan keluarga.
Indahnya layanan Islam terhadap wanita. :)
Uwais al Qarni.
Cerita dari Syeikh Nuruddin sendiri:
Rasululullah telah berkata kepada Umar al khattab, setelah baginda wafat, carilah orang bernama Uwais al Warni. Dia kekasih Allah. Tandanya ada tanda sopak sedikit di bahagian perutnya. Orangnya dari Yaman, keturunan Ibnu tamim, kerja menggembala kambing. Kalau jumpa, mintalah dia Uwais mendoakanmu, kata Nabi SAW kepada Umar.
Sampai berbelas tahun, Umar mencari Uwais setiap kali haji di Mekah. Dia berkata " Adakah orang yaman? " Ramai... "Adakah kaum ibnu Tamim?" Ada.... " Adakah Uwais al Qarni? " Akhirnya ada, " Aku bapa saudaranya. Tetapi kenapa mencarinya, kerana setahu aku, dia seorang yg gila." Yakni tidak peduli hal luar sehingga dikatakan gila.
Uwais ini ialah " penghulu semua Tabiin" . Orang yg tidak terkenal di dunia, tapi terkenal di langit. Dia pernah ingin menemui Nabi , tetapi hajatnya tidak pernah tercapai, kerana berbakti kepada ibubapanya yang tua. Umar menemuinya, dan minta mendoakan keampunan utknya. Uwais mendoakan Umar.
Ummu Sulaim
Cerita dari Syeikh:
Ibu Anas bin Malik. Anas bin Malik ialah pembantu Nabi. Dia pernah bermimpi bertemu Rasulullah selepas kewafatan baginda. Ummu Sulaim ialah isteri dan ibu yang Solehah. Satu hari, anaknya sakit berat, dna suaminya perlu keluar beberapa jam sahaja. Tapi ditakdirkan Allah, anak itu meninggal dunia, dan dia bungkus elok2 dan letak dalam satu bilik. Lalu masakan makanan sedap-sedap, menghias rumah dan berdandan . Setelah suaminya balik, dia melayani suami dgn baik sekali shg suaminya tertarik utk tidur bersama.
Dan seteruslah kisahnya sprt kita tahu, Ummu Sulaim ini telah mmberitahu suaminya bahawa anaknya meninggal hanya setelah melayani suaminya. Apabila dirujuk pada nabi SAW, maka Nabi mendoakan keberkatan dalam hubungan mereka pada hari itu. Dan Allah mngganti kesedihan mereka dgn seorang anak yang akhirnya mnjadi anak yg soleh.
Disini Syeikh menegur sikap perempuan yang suka berdandan dan berwangi-wangi di luar, tapi di dalam rumah tidak berdandan . Suami akan terfikir isterinya berdandan utk dilihat orang lain?
Imam Malik
Kisah Imam Malik . Imam syafie sangat menyanjung gurunya, Imam Malik. Dahulu, pemimpin tunduk kepada Ulamak. Imam Malik amat marah kalau ada gabenor menjemput ke rumah utk mengajar. Imam Malik berkata,
"Ilmu itu kita datangi....... bukan didatangi". Kita cari ilmu itu, bukan jemput ilmu tu datang.
Katanya kalau orang2 besar nak belajar pun, kena datang ke tempatnya, dan belajar bersama oranglain. :)) Katanya ilmu itu harus dihormati, begitu juga guru.
Imam Malik pernah marah pada gabenor kerana mmbawa watikah supaya mengajar Imam Syafie. Dia mengoyak2 surat itu. " Kan dah tau masaku mengajar di mana, kenapa sampai datang ke rumah? " Katanya, kalau nak belajar, datang duduk sini, jadi muridku, jangan nak bawa surat rasmi segala". Lalu imam syafie merendah diri. Dan berkata " Saya bernama Syafie bin .......... aku ingin belajar dengan tuan guru Imam Malik. " " Duduk di sini bersama pelajar lain, dan belajar".
Imam Syafie berkata, " Saya telah hafal semua kitab Imam Malik".
Itulah imam kita. :) Dia berguru dgn imam Malik dan kuat hafalannya. Bahkan sangat menyanjung Imam Malik.
No comments:
Post a Comment