Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Tart nenas Nyonya musim yg lalu, dan catatan menjamu lagi.


Salam mesra, dan salam kasih sayang.

Subhanallah, sekadar menjenguk blog. Minggu-minggu yang sibuk kerana masih belum biasa dgn perubahan hidup yg total.

Hubby mula bekerja shif.  Sayu juga hati ini, time Hubby kerja shif malam...
Apabila tidur seorang diri kat bilik , hendak lelap mata, payah. Mengenangkan suami bercekang mata sedang bekerja, merenung diri menjaga diri dan rumah...  Hendak kunci pintu siap baca ayat Kursi. Dalam hati terasa macam nak doa cepat-cepatlah waktu pagi. Aih, dah macam madah pulak. :)

2 minggu yang lalu, ada juga buat makan-makan di rumah ini.
Kali kedua buat makan-makan, saya prepare betul-betul. Sebab hanya nasi Planta lulus SIRIM oleh mr Hubby, jadi saya buat resipi yang sama untuk jamuan kali ini. Ia lebih budget, dan saya juga mampu memasaknya sendiri.

Makanan utama: Nasi Planta ubahsuai dari  nasi ayam my MIL. Resipi nasi Planta.
Makanan tambah: Bihun Singapore, resipi kak Ana juga.
Minuman : Buah cocktail (jenama halal vietnam)
Dessert: kuih bakar pisang.
Biskut: apa yang balance. Yg tambah cuma almond cluster.

Hari jamuan tu, saya tidak lagi menunggu hubby pulang baru nak beli barang . Saya dan my adik Nura yang masih stay kat rumah, berjalan kaki ke kedai 1 malaysia di depan jalan besar. My adik no 5 tu cakap, untung ada kedai banyak-banyak dekat rumah. :D  Tetapi kalau sorang-sorang, tak beranilah saya keluar ke kedai...

Nampak kedai plastik, cari pinggan pakai buang. Lagipun pinggan dan cawan kat rumah, tak cukup set yang sama, semua bercampur aduk. :) 

Preparation jamuan  haritu, Rabu sebelum habis Syawal :

11 am:  keluar cari barang
12.30am:  sampai kat rumah - maklumlah berjalan kaki.. ;P
Balik, kemas barang yang dibeli.
Susun meja dan kerusi, susun tin buah cocktail di atas meja sebelah mangkuk punch besar. Senang nak cari. :)

Kopek bawang, halia, dan potong serai, daun pandan.
Basuh sayur timun dan tomato. Simpan dalam peti ais.
Basuh fishcake dan fishball untuk bihun singapore. Simpan. 
Buat popiah ketam - (tetapi malam itu terlupa keluarkan :P

2 pm: Adun adunan kuih bakar pisang. Bakar 45 minit.
Rendam bihun faiza 1 1/2 bungkus.
Bersihkan lauk basah yang dicairkan.
Buat rempah untuk ayam goreng, dan perap ayam.
Sediakan sambal. Kisar hancur dgn pengisar kering, simpan dalam peti ais.

Siapkan rempah untuk sup .
Rebus ayam bahagian tulang banyak:
- Saya rebus guna pressure cooker, air paras ayam sahaja. Bila berbunyi, tunggu 5 minit lagi.  Lepas tu alirkan atas air mengalir dan buka penutup perlahan-lahan. Didihkan kecil di atas api, masukkan rempah yang siap ditumis, garam, dan tambah air lagi. Tutup tanpa lock. Biar sebati dan tambah kuib ayam jika perlu.
Bahan tumis nasi: Hiris bawang, ketuk serai dan ambil sehelai daun pandan. Masukkan dalam peti ais dulu.

5 pm: Masak bihun singapore. Tang ni memang kelakar, sebab kuali kecik, jadi bahan-bahan saya goreng dalam kuali. Bila tang nak masuk bihun, saya cari periuk kukusan. Kan periuk bawahnya tu,  besar dan tinggi ? hehhe.,....
6 pm:  mula masak nasi -  2 round.
6.30pm: goreng ayam.
7 pm:  Ada tetamu nak datang awal, jadi susun nasi siap-siap atas meja (bekas bertutup). Susun sambal, ayam goreng, buka buah tin cocktail.
Sempat goreng ayam drummet takut tak cukup ayam.
8 lebih, tetamu dah mula tiba.


My adik Nura banyak membantu mengemas dan menyusun atur.
Alhamdulillah, meskipun tiada gambar, saya tulis sekadar catatan buat diri. Manage masa harus betul. Minggu tu saja, Hubby menjemput 3 family, lagi seorang datang sorang.  Malam tu, bihun Singapore lebih laku, agaknya sebab ia lebih ringan. Nasi pun mereka kata sedap, seperti nasi ayam   (padahal tak bubuh air rebusan ayam pun, hehehe..)

 Malam itu, ada lebih makanan. Disebabkan malam itu masih ada kuliah di surau Muhajirin pukul 11 malam, maka kami bungkuskan untuk sahabat yang hadir. Saya tahu, ada juga budak2 tahfiz yang datang belajar kitab. 6 paket nasi, ayam drummet, beserta sup, laku habis. Alhamdulillah...

PAUSE. :)

Di bawah ni,  salah satu kuih yang dapat menambat hati mr Hubby masa musim raya haritu.  :D
Meskipun tak dapat calen kuih tart my MIL, tetapi saya dapatlah mencabar kemampuan diri, membuat kuih tart Nyonya ni. Cara pintal tu saya tiru dari sebuah buku masak.  Hubby cakap, sedap rasanya, lembut... memang halus rasanya.
Tangkai tu, lama-lama tercabut jugak, hehe.

Resipi dari kak Jie, :
http://www.dapurkakjee.com/2011/07/tart-nenas-nyonya_26.html
http://www.dapurkakjee.com/2011/07/tart-nenas-nyonya-step-by-step.html


Intinya dah buat lama, saya ambil dari blog kak Embun Rosaliza :
http://embunrosaliza.blogspot.com/  
Sebelum terlupa, saya tambah bunga cengkih dan 1 sdb sunquick semasa inti hampir kering.

SEDAP SANGAT..... Terima kasih buat kak jie dan kak liza. :)))



 



Sebelum gambar kuih ni terbiar dalam komputer, lebih baiklah saya tayang cepat-cepat.. :)


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, September 27, 2011

Saje nak masukkan: ) biskut oreo black beauty dan snow almond nestum

Salam sejahtera,

Saya kan, hari last syawal ni baru rasa happy beraya di rumah sendiri.

First, open house dah habis. :) jadi jemputan dah dipenuhi.

Kedua, My Mertua keduanya dan thaqif, adik ipar datang petang Ahad lalu ke rumah kami. Nasib baik kuliah masjid abis awal, macam tau2 jer tetamu nak datang rumah, hehe. Sempatla kami kemas rumah.

^___^

Ketiga, kak Fzi, FZMENU, datang ke rumah. Dah lama trserempak tengah jalan, tapi tak ajak lagi ke rumah. Rumah kami dekat woo rupaya, tak sampai 10 minit. Gi pasar, pagi2 tu, ada jodoh trjumpala. hehe.. Aritu hajat nak bertandang juga ke rumah kak fzi, tapi, selalu ada hal. Maceh kak... sudi datang ke teratak saya :D


Bawah ni, biskut yg saya buat sehari dua seblom balik banting aritu. Tapi saya tak hidangla biskut ni kat mertua aritu, sbb dah puas makan. Tapi dapatla kak fzi merasa juga, masih ada saya simpan.

Biskut oreo tu, ramai yg kata dari luar nampak misteri jer.... hitam lak tu. Tapi bila rasa, mereka kata sedap..! hihi. Resipi kat wan, citarawan, tapi ambil kat blog kak azlita. Thanx kak, sbb tayang kecomelan biskut kak. Dan mohon halalkan copy dan share kat sini.





BISKUT OREO BLACK BEAUTY

Versi saya, tak lorek coklat putih '__^

resipi: kak wan, Citarasawan
Copy dari: kak azlita masam manis

Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - ita tak letak
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita tak letak


Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara ita
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..




Ini satu lagi biskut, femes tul biskut ni tahun 2011 ni. Mana-mana pun ada orang hidang. Tapi saya sorang je yg salut nestum, adeh. Tak sempat beli serbuk roti masa kelam kabut nak buat haritu. Tapi, yg saya rasa orang punya, snow almond salut serbuk roti lagi senada rasanya. Yg saya punya salut nestum, jadi trmanis. Mgkin coklat dia kot... Tapi Rasa biskut dia sedap! Saya ada makan yg belum bersalut coklat, :D

Terima kasih buat empunya resipi dr umifeeza MyR. Buat kak Juwita, maceh banyak2 kak. Mohon halal copy dan share kat sini.. :))




BISKUT SNOW ALMOND

Versi saya takde serbuk roti, salut nestum lak.

Resipi: umifeeza MyR
Copy dari: Kak Juwitafariz

Bahan-bahan

BAHAN A:
200gm butter
100gm gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi( ita gunakan nescafe)
1 biji kuning telur


BAHAN B:
220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum - dikisar( boleh lebihkan dan adjust di sukatan tepung untuk lebih terasa nestum)
40gm badam kisar
1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung
HIASAN:
Coklat masakan - dicairkan
white breadcrumb

Cara-cara

Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



Wednesday, September 8, 2010

Biskut Almond London - last cookies...

Salam 29 Ramadhan 1431H. :D. Yang menguli london2 ni kelmarin tau. Hari kerja topping ajer, itupun dah lenguh berdiri. Dah malas dah ni. Ikutkan hati, tak larat nak post. Tapi, sebab nak buat catatan. Moga2 lenkali nak buat, bole rujuk. Maklumlah, biskut setaun SEKALI. hahaha.. Terima kasih banyak2 buat teman2 yang buat Ucapan Hari Raya dan yang masih ingat pada saya. Saya masih mereka2 ayat yang sesuai. Jap2 lagi nak buat ucapanla...ngeee... Cuti kali ni agak lama. Alhamdulillah, dapat seminggu. Kira oklah ek.. (Termimpi2 tok guru mengaji yg lumpuh kena strok kat kampung. Dlm mimpi tu..siap suh saya balik, ngajar ngaji kat kmpg.. hurm...) Terima kasih kepada kak hanieliza yang share resipi ni. Mohon halalkan resipi ya kak.. :)


BISKUT ALMOND LONDON
Sumber: Chef Hanieliza FP
Hasil 1 adunan : anggaran 100 pcs.

Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar - (NURINDAH: Belilah anggaran 125gm untuk satu adunan)
Coklat masakan - cairkan cara double boiling. (NURINDAH: Belilah anggaran 700-750gm utk satu adunan. Saya guna jenis couverture.)

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.

NOTA NURINDAH:
1. Double boil = Cara saya, didihkan air separuh periuk dulu. Perlahankan api dapur. Baru double boil coklat dengan api dapur perlahan sehingga cair. Saya guna coklat couverture.
 2.Coklat yang dicairkan = Pastikan coklat bar bersuhu bilik. Cara untuk kilatkan coklat ialah menambah 1 sdm minyak masak. Ini dlm bajet saya la. Chegu kelas buat donut yang ajar. Coklat cair yang berjaya ialah coklat yang ringan bila diangkat. Cair dan likat turun dr sudip. Bila kita celup biskut, ia senang dicelup dan licin permukaan biskut tu. Kalu rasa berat, atau kental.. sure ada masalah tu.
3. Jangan lupa cup kecik, lonjongkan cup tu siap2. Juga kertas lapik/ doily paper.
4. Saya guna sudu kecik jer bila mengangkat coklat. Maklumlah, takde pengepit kecil...


( HARI 1 - MENGULI ALMOND LONDON )


Ini la rupa almond london  yang kita makan, dalam salutan coklat yang mewah tu. :D


Adunan almond london. Dan siap digentel, masuk biji almond. Almond tu kena sangai dulu..


Versi sebelum dan selepas bakar. Gemuk dempol.. hihihi..


( HARI 2 - MENYALUT DAN MENGHIAS )


Ini la cara saya cairkan coklat bar. Double boil. Cara saya, didihkan air separuh periuk dulu. Perlahankan api dapur. Baru double boil coklat dengan api dapur perlahan sehingga cair. Saya guna coklat couverture. Bajet 1500gm untuk 2 adunan.


Coklat yang dicairkan. Pastikan coklat bar bersuhu bilik. Cara untuk kilatkan coklat ialah menambah 1 sdm minyak masak. Ini dlm bajet saya la. Chegu kelas buat donut yang ajar. Coklat cair yang berjaya ialah coklat yang ringan bila diangkat. Cair dan likat turun dr sudip. Bila kita celup biskut, ia senang dicelup dan licin permukaan biskut tu. Kalu rasa berat, atau kental.. sure ada masalah tu...


Pastikan cup kecik2 semua dah dibuka.


Untuk letak almond ni, semua cawan kertas dibuka sehingga jadi lonjong. Kan almond london tu lonjong.. ngee..


Inilah rupa biskut yang sesidah dicelup. Yang menjadi ialah... yang licin dan berkilat permukaan coklatnya...  Er... bagi saya la.. hahaha...


Er.... almond taburan tu angus2 sebab saya sangai dulu. Tak berani nak tabur gitu jer, sebab saya mudah kembung perut. Pastikan salutan coklat betul2 kering, baru masukkan dalam balang. Maknanya, bila sentuh, tak melekat coklat kat tangan...


Dulang london yang menunggu untuk dikeringkan. Ngeee..


Jangan lupa kertas lapik ni, atau doily paper yang lawa kat bakery tu pun boleh.

Dah siap packing... Alhamdulillah

Tuesday, September 7, 2010

Almond Nut Square

Salam 28 Ramadhan 1431H. Macam saya cakap dan buat preview aritu, Almond Nut Square kak Sweetlilly Kithchen. Yang ni buat berganda2.. maklumlah coklat.. heheh. Rasanya Sedap! My hubby makan sketul terus cakap sedap. Terima kasih buat kak Sweetlilly yang sudi share resipi kegemarannya ini. Mohon halalkan saya share dan copy ya kak. :)



ALMOND NUT SQUARE
Sumber: Sweetlilly Kitchen

Bahan A:
160gm butter
100gm shortening
160gm gula aising
1 camt esen vanila
1 biji kuning telur Bahan

B: 100gm kacang kisar
100gm serbuk badam
30gm serbuk koko
50gm tepung jagung
50gm tepung beras
200gm tepung gandum

Hiasan:
putih telur + badam & kacang cincang(kacang tanah warna putih yg besar tu..)

Cara membuatnya:
- sebatikan bahan A. (nurindah:saya mix butter, shortning dan gula dulu. Baru masukkan esen dan telur)
- masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
- canai dan terap. sapu putih telur di atas permukaan biskut.
- tabur ngan badam dan kacang cincang.
- bakar pada suhu 160'c selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.


Buat 3 ganda adunan, jadi paling senang, kita uli dalam dulang ya puan2.. hihihi

Dah siap uli

Saya potong menggunakan spatula (Thanks a lot to kak AzuraRahman sebab bgtau nama benda ni. :D). Nak Angkat adunan pun senang.

Gelek dan potong banyak2 dulu. Nak bakar, susun dalam tray, baru sapu telur putih dan tabur almond

Ini versi sebelum dan selepas masak..

Biskut Crunchy Nestum Rice Eggless

Salam 28 Ramadhan 1431H. Tayang sekut raya yang tak abis lagi. Sikit jer adunan ni. Alhamdulillah, crunchy dan terasa nestumnya. Resipi asal dr kak DayangJack. Kak Izah buat tayangan kelmarin. Terima kasih buat empunya resipi dan kak izah. Mohon halalkan saya share kat sini ya. :)


Doh dia cantik.. sebab ada choc rice gitu.

Saya buat versi bulat2 macam kak Dayang. Tak bubuh telur kat atas, sbb letak choc chips putih tu.


BISKUT CRUNCHY NESTUM RICE EGGLESS
Sumber: Kak Dayang Jack
Copy dari blog: Kak Izahdaut

Biskut Crunchy Nestum Rice

Bahan-bahan : 80 biji (-/+)

* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung jagung
* 1/2 cawan nestum hancur
* 1/2 cawan nestum kasar
* 1/4 cawan tepung kastard
* 200 g @ lbh kurang 1 cawan marjerin/mentega (DJ guna marjerin Puteri)
* 1/2 cawan coklat urai
* 1/3 -1/2 cawan gula aising
* sedikit esen vanilla

Cara-cara :

1. Putar marjerin/mentega bersama gula aising hingga berkrim (kalau guna marjerin, tak perlu diputar terlalu lama)
2. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, nestum dan coklat urai. Gaulkan adunan hingga rata.
4. Kemudian bentuk2kan adunan mengikut citarasa sendiri. Susunkan di dlm dulang yg sudah digriskan dgn mentega atau dialaskan dgn baking paper. Sapukan permukaan biskut dgn kuning telur.
5. Bakar dlm oven pd suhu 160-170C selama 20 minit atau hingga keemasan.
6. Setelah masak, sejukkan biskut dan simpan di dlm bekas kedap udara.

Saturday, September 4, 2010

Tart Gulung Blueberry yang pucat... :D

Salam sejahtera. 25 Ramadhan 1431H. Tayang projek tart blueberry saya. Guna resipi tart gulung chef hanieliza dan cuma tambah blueberry emulco jer. Tetapi jangan trkejut sbb saya tak cukup pewarnanya, jadi warnanya tak terang macam tart blueberry orang lain. Hari ni saya berceloteh skit. Resipi kat bawah nun..

Minggu depan dah raya, kan? :) Dah ramai yang mula bercuti seminggu. Maklumlah raya mgkin 2-3 hari saja di kampung. Bagi yang bakal UPSR, macam anak kawan my hubby, tentu tahun ini raya dgn buku, kan? Takpe... tahun depan boleh raya puas2. :D. Kelmarin saya sibuk mengutip e-card raya. hihi.

Hari ini, kemas rumah ke-2 ni lambat skit. Pagi2 tadi pergi pasar dan menyiang ikan dsbg, juga memotong siap2, supaya memudahkan masak2 nanti. Mood raya dah mula, tapi Ramadhan still dekat di hati. Insya Allah. Ingin merebut balance ramadhan yg sedikit cuma.Moga Allah permudahkan buat saya dan suami.

Raya kami di banting tahun ini. Raya saya di banting tidak sepenat di besut, kerana Mak (my MIL) sungguh rajin orangnya. Saya banyak blaja dgn mak cara beraya orang jawa. Mama saya pun rajin, tetapi sbb kami dah besar, saya dn adik2 perempuan la yg sibuk dan sayalah yg naik pangkat jd chef... Penatnya tak terkata dgn ilmu memasak yg tak seberapa. Tetapi... tak apalah, selagi ibu bapa masih ada, jangan berkira sangat hal berbakti. Itulah kewajipan anak. Bersyukurlah, masih lagi ada tangan ibubapa untuk dikucup di Hari Raya... :D

Saya dah tayang kelmarin dulu. Inilah dia... tart blueberry gulung saya. Saya hias dgn coklat strawberry sebab warna nya tak terang. Kalau buat warna yg terang, guna coklat putih jer. Sure cantik!! Ribuan terima kasih buat kak liza, dan kak noorma yg buat tayangan aritu. Mohon halalkan saya copy resipi.


TART GULUNG (BLUEBERRY)
Sumber asal : Chef Hanieliza
Rujukan : Kak Noorma

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Tambahan Nurindah: Saya tambah Blueberry Emulco, tetapi tak cukup. Saya guna 1 botol utk 3 ganda adunan still tak cukup. Jadi... pastikan beli 2-3 botol jika nak gandakan adunan tart ini. :D

Bahan Glaze/ topping : saya guna coklat strawberry yang dicairkan.
Inti : Blueberry tart filling. (berserat, dijual kat bakeri di rak inti tart nenas)

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Ini ialah projek Tart Blueberry. Mula2 adunan lupa letak pewarna, sbb itulah ada yg tart gulung kuning tu. hihi..

Close up sikit


Blueberry tart filling. Beli siap kat bakery. RM9.80, 1 kg.

Adunan. Sebelah kiri warna asal selepas diadun. Boleh gulung dgn tart NENAS. Sebelah kanan guna pewarna blueberry emulco , intinya ialah inti blueberry kat atas tu. 


Inilah acuan yang saya guna. Dah lama mengidam nak tart gulung yg besar. Tapi, berat sikit nak tekan. Tak taulah camana org lain buat, tapi saya masuk tak penuh supaya tak berat sangat.


Ha, inilah dia. Tekan jer bagi habis atas dulang besar. pastu chop2 guna pisau plastik dia tu. Mula2 saya buat, pastu dah tak larat.  Mr hubby yg tolong tekan. Love U.. ;)

Rupa tart gulung ni. Sajer buat sikit wane kuning tu, nak bagi perbandingan warna.

Friday, September 3, 2010

Chocolate chips rangup lagi....

Salam sejahtera. 24 Ramadhan 1431H. As I mention before... choc chips rangup. Resipi dah taruk aritu. Klik sini. Macam aritu, saya still gantikan gula kastor kepada soft brown sugar. Nampak lebih gelap. Nak wane cerah skit, guna jer gula kastor/gula halus tu. Kekacang kali ni lebih besar, dan bubuh choc chips putih.

Saksikanlah tayangan perdana chocolate chips yang dah masuk tray ke brape baru cantik bulatnya. hihihi. Maklumlah, aritu kan buat main2. Nak raya, kena bagi biskut ni lebih cantik , looks tempting.




Warna choc chips rangup saya lebih gelap, berbeza dari rupa sebenar kat blog kak hanieliza, kerana saya menggunakan soft brown sugar atau gula perang. Saya add sikit sukatan supaya serasi rasanya. Jika nak rupa biskut lagi cerah, guna gula kastor, ya. ;)


Kali ni saya masukkan choc chips putih, bukan lagi choc rice. Juga badam panjang tu. Membuatkan rasanya moooore crispier and tastier.

Kita sudukan sipi-sipi hujung sudu ya. Kaup guna sudu satu lagi. Insya Allah, besarnya sederhana. tak gedabak, tak kecik sangat. Pastu rapatkan skit doh, tekan skit atasnya. Bila guna choc chips putih instead of chocolate rice mcm aritu, doh semakin keras. Tutup bekas adunan slalu supaya adunan tak kering.


Sebelum pembakaran.

Selepas pembakaran.


ER...RESIPI KLIK SINI JUGAK . :D

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers