Salam sejahtera. Biskut chocolate chips rangup. My adik Siti datang ke rumah Jumaat lalu untuk berpuasa bersama. Sabtu, kami buat projek testing biskut raya. Selain biskut dahlia, kami juga buat biskut chocolate chips ni. Buat biskut ni senang jer, letak jer dalam tray. Ia akan meleper.
Kami buat tebal2 skit supaya rasanya ala biskut famous amous tu. Cuma badam cincang jer yg takde. Saya gantikan dgn chocolate rice. Juga, gulanya saya ganti soft brown sugar. Gula perang ini kurang manis, jika ingin lebih manis, kena tambah 1/3-1/4 cawan. Dah bawa ke Banting dalam cuti2 saya bbrp hari ni. Bagi family banting merasa. Alhamdulillah, mak kata Ok, sedap! Saya ambil sikit jer, selainnya bagi Siti buat kudapannya. Sian dia, penat pose, kena kerah buat cookies. ;) Terima kasih banyak2 buat kak liza. Mohon halalkan resipi dan untuk share kat sini ya kak. :)
BISKUT CHOCOLATE CIPS RANGUP
Sumber: FP Chef Hanieliza
(
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus - nurindah: saya ganti soft brown sugar/gula perang
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice] -Nurindah: saya ganti chocolate rice
50 g badam cincang [roasted] - Nurindah: saya tak bubuh.
50 g nestum
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
NOTA NURINDAH:
1. Letak doh sebesar guli, dapat dalam 100 pcs. Saya buat besar2 sebab nak testing. Letak doh agak tebal supaya ia tidak rangup sangat. Oh ya, jangan risau, ia akan meleper.
2. Cara saya masukkan doh ke dlm tray, ialah sapu pada hujung sudu, baru letak dalam tray.
2. Saya suka soft brown sugar, sebab kalu terlebih pun rasanya tidak terlalu manis. Kalau nak ganti gula ni, kena tambah sikit, supaya ia serasi. (ikut rasa). Hasil adunan saya juga berwarna lebih gelap kerana menggunakan gula perang.
3. Tips untuk tahu biskut chocolate dan masak, ialah permukaan biskut nampak kering. Jangan tunggu sehingga bawah biskut hangus. ;)

No comments:
Post a Comment