Sembahyang tarawikh ini dilakukan selepas sembahyang Isya' sebanyak lapan atau dua puluh rakaat dengan dilakukan dua rakaat bagi satu salam kemudian diikuti dengan tiga rakaat sembahyang witir dengan dua salam.
Nota Nurindah: Solat Tarawikh pada malam pertama bulan Ramadhan, lebih baik kita berjemaah di masjid. Biasanya imam akan mengigatkan kita kembali cara solat sunat tarawikh ini, niat, berapa rakaat, selang seli dgn selawat, dan doa khas. Ia baik untuk yang dah sedia tahu, mahupun yang belum biasa solat sunat tarawikh. Jika lewat balik kerja sekalipun, singgahlah di mana-mana surau atau masjid. Moga semangat kita bertambah untuk bertarawikh dan merebut pahala apabila kita bermula dgn jemaah.
KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIH
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang(Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”(Riwayat Muslim)

Salam Nur,
ReplyDeleteBaru baca pasal ma dan ayah Nur kemalangan... alhamdulillah diorang tk cedera tp itulah..mesti trauma lagi kan...
Apepun, kami sekeluarga nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan AlMubarak buat Nur sekeluarga..semoga kita sama2 mendapat keberkatan dari-Nya InsyaAllah :)
Sedih sangat ni,malam tadi che mid dah miss tarawikh.. sakit kepala sangat... sampai tak larat nak buka mata.. deeja pulak belum pulih betul demamnya..
ReplyDeleteSalam Inda- Salam Ramadhan. Moga ramadhan kali ini memberi penuh makna pada kita
ReplyDeletesalam ijan,
ReplyDeleteTerima kasih atas perhatian ijan. Alhamdulillah, kami brsyukur sbb masih bersama2 berbuka puasa tahun ni. salam ramadhan juga buat ijan.:)
salam che mid,
takpe kak. sunat je. saya pun seb baik larat ni. sakit perut dah 3 hari.
salam fuzids,
terima kasih kak. salam ramadhan juga buat kak. :)