Salam sejahtera. Menyempatkan diri untuk buat entry pagi ni. Ini dinner kami last night. Char kue teow Che 'iza dan kerang ala bakar. Last buat, bulan pose taun lepas. Kali ni saya buat lagi. Alhamdulillah, walaupun saya tak pandai kacau telurnya, dan terkering skit.... rasanya sungguh sedap dan cukup rasa. Saya jg takde bahan Petis, namun rasanya tetap umph!! Terima kasih banyak2 che iza sebab berkongsi ilmu... hanya Allah dapat membalasnya. Izinkan saya share kat sini, ya. :) Oh, ya.... reply comment dan kunjungan balas akan dibuat petang2 skit. Insya Allah :)
KERANG ALA BAKAR
Buat malam tadi, sajer taknak masukkan dalam char kue teow sbb nak gian kerang bakar kat kedai tomyam. Saya rasa... yang sdap ialah pencicahnya. Kami pulun ngan sos cili jer. hehehe... Kerang bakar atas dapur tak susah... bab rebus camni saya guna periuk cap kucing jer, sbb sayang periuk ikea tu. haha. Kerang bersih dimasukkan dalam periuk, saya masuk skit je garam. Buka api kecil jer. Tutup periuk. Biar kerang tu keluar air, sehingga air kerangnya kering. Tapi, jangan hangit pulak. ;) Pastu bolehla dicicah ngan sos. Makan panas-panas baru sedap...!
CHAR KUE TEOW
Sumber: Che 'iza, pangkin
Bahan-bahan
Untuk Paste
* 200 gm udang
* 250ml air
* 4 ulas bawang putih di ketuk
* 6 sb sos tiram
* 3 sk kicap pekat
* 3 sb kicap manis
* 1 sk petis (nurindah: saya tak bubuh)
* 2 sb pati ikan bilis / pati udang (nurindah: 1 kiub bilis)
* 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk) (nurindah: saya guna 1 sdk)
* 1 sk gula
Untuk Mee
* 300 gm kuey teow
* 1 sb cili boh (nurindah: saya guna sudu sup)
* kerang (nurindah: tak bubuh, kalu bubuh laagi sedap)
* sedikit kucai
* taugeh
* 2 biji telur
Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
( Nurindah: cara saya lain skit sbb penah tgok kuah pastenya kat gerai. Jadi, saya masak hingga pekat biasa, lebih kurang 1 cawan paste)
3. UTK MASAK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn Air didih (air panas).
(Nurindah: Saya masukkan semua paste. Boleh lebihkan air mengikut citarasa)
4. Masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
(Nurindah: besarkan api dapur, kacau telur beserta mee perlahan secara membulat. Tutup api).
5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

tengok gambar jer dah terliur..ni belum rasa lagi. Char kuey teow 1.
ReplyDeletesedapnya char kue teow nih...
ReplyDeletesalam kak sweetie,
ReplyDeletemmg terliur kak. saya pun rasa nak buat lagi ;)
salam kak ina,
ReplyDeletemmg sedap resipi tu kak.. :)
yummm..tengok gambar pun dah terliur..
ReplyDeletesalam suzie,
ReplyDeleteakak pun lapar bila suzi cakap camtu. hihi ;) memang sedap resipi ni.