Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, December 6, 2014

cinta tab

Bismillah,
:) Assalamualaikum, teman2 blogger yg disayangi. Terasa ingin mengatakan sesuatu, tetapi mnggunakan tab ni sukar bg yg blm biasa. Syukur, sekarang berada di kedai makan. smbil mncari 3g. Rasanya, dah hampir setengah tahun, line P1 telah kami potong. Saya pandang desktop, dgn rindu yg berlagu. 😊

bilalah nak masuk TM ke kwsn ni. Dulu, dok apartmen stresmyx pn dpt. Dah up sikit hidup, line internet pulak down.

ada orang tak dpt hdup tanpa internrt kn? 😁 tapi ok, saya ok. Alhamdulillah skrg bole cari wifi ker 3g, dah ada tab. sbb samsung hubby kecik sangat mata saya nak tgok,  nak menaip. 😂

oklah, saya cau dlu. susah nak taip ni.
salam rindu dan mlepas gian menaip. selamat bereksperimen memasak ya! muah!

Wednesday, October 1, 2014

Gelora


Salam kasih buat teman2 yang menziarah di sini.
Rindu kat dapur, rindu kat orang-orang dapo...hehehe.
Happy birthday to ika, arah pada 17hb yang lalu. Masih kuingat, kembar tak sama mak bapak kan? :)

Tiba-tiba rasa malu-malu kucing pulak masuk dapur online sendiri.. nampak sangat berabuk. HAAA CHUH! 

Saya adakala melihat perkembangan teman-teman blogger yg lain. Alhamdulillah, macam2 perkembangan terbaru. Saya juga yg ketinggalan, masih di takuk ini.


Hubby? :) Alhamdulillah, dah pandai merasa makanan macam-macam. Tp saya belajar hidang styling skit. Kenalah tambah serving dish baru...hakhak... ;) 


Nota hati:
Macam-macam yg jadi... kadang2 tak terlarat nak think positive dah.
Apabila orang menyangka saya begitu, saya biarkan saja.. fikiran orang, kan? Kita tak boleh judge benda dikatakan di hati. Suuzzon, tuh. Dosa pun Allah tak kira lagi.
Cuma bila orang cakap, barulah kita jelas apa dlm hati dan fikiran. Dosa dah mula count dah...


Bila berkaitan dgn orang2 sekeliling kita, yang terdekat kita...kita jadi emosi terlebih walau sepatah kata. Hilang dah segala positive thinking tu. Cuma rasa nak bagi penjelasan 'berlembar-lembar kertas kajang'.
Padahal just kena cakap satu ayat je, "I'm not like that lah!". Rupa-rupanya....dia memang sengaja nak mencari salah kita. Apa puncanya?
Berkurun-kurun ( saya terasa begitu lah ;), hari bertukar hari, minggu bertukar minggu, saya berkurung dlm gelora perasaan.
Barangkali, bila sangat sayangkan seseorang....kita takkan mudah nak lihat buruk atau rasa curiga pada dia. Itu saja. Barangkali, dah hilang kasihnya kepada kita...

Rasa cinta dan kasih itu milik Allah. Seperti besarnya kasih ibu terhadap anak-anak...besar lagi kasih Allah. Adakala kita dikurniakan sesuatu yang oranglain tak dapat, dan kita takut kehilangannya.
Kita ada parents, oranglain tak ada.
Kita ada anak, oranglain tak ada.
Kita ada pasangan, oranglain belum dapat.
Konsep saya mudah.... bersyukur saja. Cuma adakala kita diuji dgn rasa syukur itu...adakah kita benar2 ikhlas bersyukur?

Dalam hidup, ini bukan mudah nak dapat trust orang. Saya di kalangan orang yg kena bersusah payah utk mndapatkan sesuatu, kena struggle lebih kuat. Tetapi saya susah nak melawan...lebih suka  beralah. Tetapi dalam tahun kebelakangan, lain jadinya. Bila teruji... susah nak gambarkan camana.
Kadang kala, kita perlu mempertahankan sesuatu, right?
Banyak betul benda di luar kebiasaan yg perlu saya biasakan diri....


Moga kita wanita mndapat bimbingan yg bagus. Jangan mengharap bimbingan dari kaum lelaki saja, sebab kita yg kena 'bergerak' . Nak berkawan, carilah  kawan yang ada pandangan yg baik, bukan memecah belahkan. Yg agamanya baik, dan akhlaknya baik. Ustaz yg pesan tu.
Lebih2nya, bukan yg selalu cakap 'yes' dgn segala apa yg kita buat. Berkawan dgn suami, kena hormat suami. Berkawan dgn ipar, kena tahu hormat yg senior.  Berkawan dgn mertua, harus tahu memujuk hati. Perhubungan dgn keluarga kandung pun...jangan dikerat kerana salah sangka.

Cabaran terbesar ialah diri sendiri.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, March 28, 2014

cui cuit


Alhamdulillah, kuota bulanan p1 sudah di topup. Jika tidak, satu gambar pun takleh upload. Memang bingung sekejap kalau main kuota ni...
Saya bukanlah berkepentingan sangat dgn internet. Taklah merungut sakan kalau tiba2 off. Tetapi mr hubby, memang bengang dengan internet yang out. Kawasan BB yang internet tidak laju, meskipun area selangor yang maju dan raya...hehe.  BB ni kawasan bukit dan hulu selangor.  Bila hubby terlepas cakap yg nyesal duduk sini, it makes me feel sooo sad.

But at least, sebagai isteri, saya inginkan beli rumah di kawasan tempat kerja hubby.  Hubby pun kalu keluar rumah pukul 7 pun masih sempat kejar  punch card. Kalu balik malam pun, kawan2 kerja masih di sekitar, taklah saya risau sangat.  Dengan keta kancil, kan?  :)

I think, nak ajak hubby upgrade kancil tu, jadi myvi ke, baru la orang tak pandang lekeh sangat.  Tetapi, hubby nak upgrade  harta dulu... jadi sabarlah. Dia asyik komen kereta harga akan runtuh, rumah still akan naik. hum.

Kawasan ni pun taklah jauh dr hiway, dan taklah terlalu sesak macam damansara or rawang. Still pure and ada hutan2.Orang pantai timur suka betul dengan pemandangan.  At least bila berhadapan dgn jarang2 sikap kasar orang lelaki yg kerja kilang ni, hati ini cepat sejuk... hehehe. Lagipun saya bukannya  orang yg suka  Hutan Batu , rasa lemas...

Tetapi, sekarang ini Jusco yang dekat rawang tu dipenuhi dgn barang2 yang banyak kita perlukan utk sesi masak2 dari resipi internet. Sekarang kan, banyak resipi fusion. Kalau masakan kuih muih, masih senang dapatkan kat pasar basah  dekat sini.  Naik bas pun sampai,  tetapi hubby cakap membazir masa saya tunggu bas. Jadi, pergi sama-sama always..

Idoklah saya turutkan semua saranan mr hubby... saya pun ada pandangan sendiri. Tetapi saya malasla nak bertentang pendapat, atau bercanggah pendapat.  Kalu orang kata sikap tak serasi, saya sedih betul.  Bukankah sikap berlainan itu ada titik temu dan ada ketentuan penyesuaian yang Allah buat?  Kadang2 ada je mulut celupar yang  tercakap begitu.  Makes me hurt.

Satu nasihat yang saya bagitau my adik ipar yg baru berkahwin, ialah bertolak ansur. Bukan hanya bersabar... bersabar itu memendam. BAD for your health. ;)


Cubalah kalau kita msg suami  2-3 msg utk bertanya sesuatu, tetapi sekali pun dalam masa 21 jam tu dia tak balas. Camano tu kita nak mitak izin untuk apa-apa?
Sebab itulah ada masa, saya  mungkin takkan buat dulu perkara itu. Tetapi  me.. terpaksa tegur hubby bahawa  : One  minute in your 21 HOURS , please... think of me!!  ( dengan suara tertahan-tahan )

 ^____^






 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, March 27, 2014

Konflik isteri macam saya, how we handle that.


Bismillah,


Tengok kiri kanan, ada orang tak? hehe. Bila lama memendam di dada, ia jadi sangat berat  semata-mata menjaga hati orang sahaja.  Dan saya tidak lekang dgn kata2 sinis orang yg saje nak buat me feeling down, padahal saya sendiri bercakap lembut saja. What we give kadang2 that's not what  we get. Pastu orang kata kaffarah la, and so on.... buruk benor tanggapan. :)  Kita sandarkan balik dgn kuasa Allah, dia berhak menentukan segalanya, not we.  Jangan mendahului kerja Tuhan.  Jika ia kaffarah, cakaplah dgn hikmah. Jika ia ujian, cakaplah sabar dan memaafkan.


Satu benda yang pelik bagi masyarakat kita ialah apabila isteri tak bekerja. Sometimes, saya bertemu dgn orang yang asyik nak tanya pasal kerjaya saya. Bila nak kerja, bila nak kerja. 

They make me feel so awful. Macamlah saya tak kerja akan menyusahkan hidup mereka. Dan macamlah my hubby sangat terbeban dgn isterinya ini.

Hubby selalu buat saya terdiam apabila katanya, sepatutnya saya bersyukur tak keluar bekerja hanya kerana cakap2 orang . Bukannya kami tak cukup segala, cuma ada setengahnya TAK bertukar baru je... mengikut kaca mata orang.

Saya dah bersyukur apa!


Kami tak pilih brand sangat, dan at least mr Hubby trying to catch up 3 assetts before his 40th!
Dan his wife yg catch up rumahtangga tertunggang terbalik. Manage all things. That's the way I backup this family. :)

Salah apa kalau takde kereta baru, salah apa kalau sentiasa berbaju kurung lama...  Sekali kami beli baju brand kat Jusco pun dah rasa kaya sangat dah...hehe.


Now, we have 2 house and 1 shoplot, dengan gaji hubby bermula 2,500 10 years ago..  Ada insurans medical for both.  Takde ansuran kereta, takde ansuran sofa dan ansuran barang letrik.
We, mampu bercuti kat hotel atau resort meskipun sekitar selangor. And, we still can pay the credit card sebab most guna utk besar2 sahaja with no interest.

 Kalu sakit apa boleh lagi guna tanggungan company.   Apa lagi yg kami nak merungut? Thank you Allah.

-------------------


Konflik bila perempuan yang duduk rumah tetapi tiada anak ni, orang akan espect kita MUST jaga budak-budak. Itu jer tahap kita.

Bukanlah tak mahu menolong jaga anak2 dorang. They just don't know our routines.

Hubby ambil cuti pada hari bekerja dan menjadi tugas saya utk menemani dia, bukan saya saja2 nak mengekor.  Dan satu perkara lagi, sampai sekarang 50% barang belum kemas sebab takde tempat nak susun. Hubby yang sebelum ni beli 2 asset, memang tak terkejar nak settle rumah baru yang kami duduk ni. Bilik air tetamu pun lantainya tidak rata dan perlu dipecah balik, susah nak mandikan budak-budak.

Berdikit-dikitlah! Baru setahun duduk. :)

Memang rumah ini, we all tak prepare pun suasana utk child friendly sebab memang takde budak2 kat rumah ni. (Even awal2 kahwin dulu saya amat menjaga kekemasan rumah sewa di taman mawar, kerana fikirkan bakal anak-anak). Taman mawar itu memangla ada landskap, tetapi banyak kes denggi.

Pindah kawasan baru ni, belum adala kes denggi. Alhamdulillah.

--------------------------------------------------

Orang selalu tersebut pasal  parents, pasal takut terjadi something pada pasangan, we must have backup.

Pasal parents atau my adik2, of coz kadang kala ada juga keperluan mereka, tetapi macam yg saya cakap, masa arwah abah masih hidup dgn my mama, my Hubby tidak pernah menidakkan apabila saya meminta sedikit pemberian utk mereka yg sekali2 masa musim raya. Of coz saya bukanlah anak mithali yg mampu bagi bulan2... dan setengah parent tak suka saya cakap macam ni.

We have to think of TWO PARENTS unlike orang bujang....

Jadi most of the time, tentang sara hidup parent, my adik2 yang bantu bagi bulan2 pada ma abah.... Saya sangat bersyukur tentang itu dan balasannya saya dan hubby bagi lebih pada musim ramadhan dan setiap raya, jadi mereka tak perlu tanggung apa2 . Of coz, pemberian pada parent Hubby MORE THAN THAT. :))


Tentang bergantung pada suami, itu skeptikal orang. Macamlah saya tak beware.. :)  Pergantungan kepada Allah more than that. Hati manusia sentiasa ada pasang surut, seperti iman kita. Tetapi at least saya bermujahadah mengikut visi suami, gaya hidup suami .

Semuanya dgn perancangan. Dan kadang2 tidak dirancang, tetapi masih kami boleh handle.

--------------------------------

Sebab itulah sekarang ini saya terpaksa menjauhkan diri dari orang sprt itu yang buat saya rasa awful, teruk dan feel down.  Saya kena bertegas supaya takde konflik dalaman sebab nak menjaga hati orang je sentiasa.

Macamlah saya dan hubby tidak pernah berbincang soal ini. Hubby sendiri lebih suka saya tidak mendengar cakap-cakap orang . Kami bincang dan prepare segala yang kami mahukan, sesuai dgn cara hidup yang my Imam nak, bukan sebab apa yang orang lain nak.

Dan sebab saya sering turutkan apa yg Hubby nak, sebab itulah dia mudah turutkan permintaan saya..  Dan dia tahu mana yang lebih penting or not.

Kita isteri harus saling menjaga hati gitu.. Tidak terikat dgn ADAT  keluarga masing2 yg memang berbeza jauh, bahkan kami suami isteri juga mempunyai impian ingin mencorak visi tersendiri. Insya Allah, tak menyusahkan sesiapa, bahkan kami yang tidak susah utk menghulur...


And to my neighbours, jangan marah kalu i'm not socialable person, sebab i don't want to think anything sapaan atau kata-kata, yang boleh merosakkan mood my hubby or me . :) Kalu nak kata janggal, janggallah, setiap keluarga itu berbeza visi. Dan Insya Allah, kami tidak lokek dalam apa jua. Jika kita memudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. I TRUST THAT.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, March 6, 2014

Ibrah, peringatan, a lesson, dari masalah air


Bismillah,

Untuk musim kemarau ini, tidaklah sampai kawasan kami langsung tiada air . Malam tadi, air tangki dah mula masuk. Alhamdulillah, lebih awal dr jadual catuan syabas. Hubby terkejut tiba2 meter bergerak laju sangat, hehe. Masa tu air dari tangki dah nak habis (tangki rumah kami kecik kot) dan mula guna air dalam tong.  

^___^

2 hari ni esok , saya kena pulun basuh baju dan isi air dalam tong lagi. Saya mendoakan kawasan yang terjejas teruk cepat mendapat bekalan air.

Hal masak-masak?
Hum, kelmarin sempat masakkan sotong kembang tumis kicap bercili padi , ikan bakar pes segera. Sup brokoli dan cauliflower makan dengan roti gardenia bakar salut mentega bawang putih. heheh. Hasil membaca buku chef Sobri.
MEGI KETAM:  Sebab kebetulan ternampak Menu Alam kat tvalhijrah masak hot plate dan dia makan megi ketam.... Sebab ketam ada, pulun la saya cari resepi megi ketam dan jumpa di blog Che mat tiffinbiru. Alhamdulillah, saya tak ikut semua resipi chemat tetapi  melaluinya saya rasa mudah membuatnya.  Cara saya, rebus dulu ketam dgn bawang besar hiris, bawang putih, halia, cengkih, bunga lawang, tabur daun pasli utk mengurangkan hanyir ketam. Lepas tu tapis airnya dan masukkan dalam meggi yg sedang dimasak. Saya buat macam hot plate, tapi tuang dalam mangkuk juga.. hahah.



Jika semasa musim kejadian banjir di beberapa negeri dahulu, kita mengambil ia sebagai ibrah (peringatan) dari Allah yang maha menjadikan sesuatu, dan kita hanya sebagai hambaNya yang harus menerima, dan prof Kamil seorang penulis buku dan motivasi menyarankan agar kita melakukan solat sunat banyak2.

Mengenangkan itu . saya rasa selain bersolat istisqa' (solat mohon hujan), kita juga harus mengamalkan solat sunat lainnya. Meskipun negeri ini maju, Allah juga berkuasa menundukkan hati kita agar beringat, segalanya pemberian Allah, sama ada ia dalam kawalan manusia ataupun tidak, sama ada kita orang profesional ataupun tidak.    Tidak lupa, Pemimpin juga harus amanah dalam menguruskan hal ini, ;)
 

Sumber grafik: PTS

Doa ketika hujan.
Maksudnya - Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat (yang membawa kesuburan dan kemakmuran)

Allahumma soyyiban nafi'an.
O Allah , (bring) beneficial rain clouds.
Bukhari 2/518





Kita buat ulangkaji melalui kisah nabi Nuh a.s: 

source PMO



 "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.`

 "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu"

 "Dan Ia akan memberikan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)

 "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan (kekuasaanNya),

 "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?

 "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat- tingkat

 "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang- benderang)

 "Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna

 "Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?

 "Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,

 "Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya."

         
  

  

 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, March 3, 2014

catuan air


Menghadapi catuan air di Selangor :)

Bismillah,
Moga sahabat dalam keadaan gembira dan sihat semuanya.  Alhamdulillah, Hubby yang mengingatkan saya tentang catuan air ni. Badan saya tak berapa sihat beberapa hari lalu, jadi mula2 saya buat tak kisah je, ;)  Lepas Hubby tunjukkan satu blog :
http://relakssminda.blogspot.com/2014/02/notis-dan-jadual-catuan-bekalan-air-di.html
yang sebenarnya info dari Syabas: http://www.syabas.com.my/


Jadi saya terasa nak buat jadual sendiri untuk hal-hal rumahtangga ni.  Saya bahagikan kawasan isi air kepada  laundry, dapur, bilik air, wudhuk dan laman. Itu hasil bertegur sapa dgn jiran sebelah rumah. Thanx for the idea, sis Selva ;)
Er, saya guna tong besar mana? :)  Ada tong lama sejak dari rumah apartment 1 je. Selain tu, saya guna storage box felton yg banyak kat rumah ni ( hasil belian waktu berpindah rumah haritu ).. Senang nak angkut, siap ada roda lagi, hehe.

Catuan air ni Syabas beritahu dalam 30 hari sahaja.  Moga-moga Allah menurunkan hujan dalam masa terdekat ini.. AMIN.


TIPS BERJIMAT AIR UNTUK RUMAHTANGGA






ZON KAWASAN CATUAN AIR HULU SELANGOR







Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, February 20, 2014

lost and found some meaning


Bismillah,
Salam teman-teman.


Alhamdulillah. Ada banyak perubahan dalam bulan ini. Mr Hubby dah tak kerja shif. :D  Masuk waktu kerja normal balik.

Stelah berbulan-bulan terlepas kuliah kitab Misykat kelolaan syeikh nuruddin, akhirnya kami dapat juga pergi. Maklumlah kuliahnya jam 11 pm- 12.30am. Selalu terkena waktu hubby syif malam.

Masya Allah, sejuk betul hati ini apabila melihat Syeikh.

Lamaran

Orang kata, dalam hidup ini, ada tingkat-tingkatnya. Perempuan juga begitu. Dari anak gadis, kepada wanita, seterusnya dilamar orang.

Meskipun banyak perkara yang belum selesai, hidup sentiasa berjalan. Rezeki juga sama ada dicari, dan adakala bergolek-golek datang dgn izin Allah.
Setakat tahun ini, sudah 2 orang my adik yang dilamar temannya .
Kenapa saya katakan ia rezeki?  Kerana mereka cukup bertuah merasai pengalaman dilamar, sedangkan ramai lagi anak gadis yang masih mencari-cari.
Syukurlah dgn apa yang Allah beri.



Dalam manis, saya masih teringat-ingat perkara pahit.
Kadang-kala, saya fikirkan adakah UJIAN yang Allah beri perlu juga disyukuri?
Kadang-kadang otak tengah blur... terfikirkah  bagaimana hendak menelan buah yang terasa berduri yang menikam-nikam. Tetapi nak diluah pun tak dapat.  Apakah ertinya?

Masa tu, saya jadi lost


TIADA siapa dapat memahami hikmat Tuhan. Tuhan yang maha mengetahui segenap sesuatu. 

Cuma satu,  jangan lupa kepada Nya. Mintalah diringankan beban. 





Hum, di bawah ni bukan lauk special pun.  Ada ikan potong yang dijual murah kat Tesco. Lembut isinya. Saya ambil je untuk dibuat gulai kuning/ masak lemak.   Sebab ikan tu clearance stock, agak kurang segar.  Saya goreng dahulu supaya tak berbau hanyir.  Blend  bawang merah, putih dan halia, tuang dalam ikan dan masukkan santan. Saya masuk cili kering  beberapa tangkai . Lain sikit rupanya. :))  Sedap.....

Selain itu, ada sup daging, yang tak berapa ada sayur, hehe... dan terajin nak buat kuih talam nyonya. Bawahnya pulut dengan pewarna bunga telang.









 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, February 19, 2014

Membalut



 Assalamualaikum warahmatullah,
:)

Mohon maaf sebab lama tak on. Orang kata, tak 'Get along'.   Macam orang ajak ke mana-mana dan kata : Jom! Tapi saya menolak. Ya, sekarang ini saya belajar bagaimana untuk menolak.

Dulu2 saya taktahu bagaimana untuk menolak, jadi diam itu lebih baik. Tetapi  seringkali disalah tafsirkan orang... :)   Sedangkan dalam kehidupan saya, banyak wanita di sisi saya  amat2 sensitif orangnya.  Orang kata, anak sulung ni macam tak mudah tunjukkan perasaan.
Dahla my hubby anak sulung juga, hehe. Maka terpaksalah saya menjadi more sensitif untuk melihat-lihat juga orang sekeliling.
:)



Beberapa tahun ini amat merumitkan bagi saya. Meskipun sedaya upaya saya bersama suami dalam susah dan senang. Pandangan luar tetap  nampak saya seolah2 saya tak buat apa-apa untuk our little family .  Yup, orang tak nampak airmata saya...



Seriously,
beberapa tahun awal perkahwinan, saya agak sibuk membina rumahtangga, mengurus perbelanjaan dan hutang piutang,  bahkan cakna kepada keluarga suami yg masa itu menghadapi musibah.

Musibah tetap akan datang, dan pergi.... kita ambil tauladan saja. Allah nak uji.


Step 2 pula datang kepada keluarga kandung saya sendiri. Maka tekanan yang dahulu datang kembali, sampai saya  hampir nak meroyan. (tak beranak pun :)  Until now, saya sedang juang untuk menjaga keutuhan perhubungan family kandung saya selepas ujian bertimpa-timpa itu, bahkan bermujahadah untuk  menjaga keutuhan 'my little family' yang dah genap 8 tahun 2 bulan belum dikurniai zuriat.



Orang kata, biar sedih atau duka... kita tetap bersama -sama?  Kabhi khushi kabhi gham? heheh.
My hubby cakap, dahulu...awak cakna keluarga saya. Sekarang saya pun sama-sama dengan awak. Saya jadi bersyukur kepada Allah meskipun saya amat takut menyusahkan dia. 


Bila masuk soal duit 

Sedangkan saya berusaha untuk tidak membebankan dia. Saya berjimat, saya membeli pakaian bila time duit bonus atau hari raya sahaja. Saya pun tak membandingkan diri dengan ahli keluarga suami, atau dgn adik-adik yang bekerja.  
Perbelanjaan rumahtangga pun sama saja jumlahnya, sama ada gaji naik atau tidak.
Kami berjalan-jalan pun ke tempat yang sama juga.
Apa yang suami bagi, saya anggap satu amanah. Tok buat kokse-kokse (translate besut: hal yang bukan-bukan)



Barangkali ini nasib perempuan, orang tak nampak apa yang kita usahakan untuk mengurus rumahtangga.  Kalu nampak herot, orang tak puas hati. Nampak berkecah sikit, orang ngumpat kata kita bermalas-malas. Dok depan komputer? heheh... lagi kena kutuk. :)

Seringkali, perkara-perkara yang kita buat, dia buat-buat TAK nampak tetapi jika ada satu benda kita belum buat.... itulah yang dia kritik . Perlukah berasa 'down' ?

Perlu perfect ke supaya semua orang puas hati? Mungkin melalui perjalanan umur, banyak mengajar saya sesuatu bahawa semakin kita cuba menjaga hati seseorang, semakin kita  terasa dilukai, terasa dipandang rendah. Perasaan itu dr dalam diri, maka perkuatkanlah semangat. Sebab nak lakukan dengan niat Lillah  tetapi dibalas bagai ditusuk-tusuk duri, perlu lebih kekuatan untuk membalutnya.




Seingat saya, saya pernah melakukan begini kerana sangat emosi kerana orang melarikan diri dari hutang, dan melepaskan bebannya kepada kami. Saya dimarah kerana bersikap begitu, sedangkan saya berasa kami teraniaya.

Saya tak pernah kata saya tidak boleh marah.

Satu lagi, ketika ada orang luar yang melakukan perkara salah dalam keluarga kami, serata tempat saya mencari dia untuk minta penjelasan.... dia melarikan diri. Tak meroyan ke tu?

Tetapi jika kita dilukai... pantaskah kita melukai?  Jika waktu menjadi jawapan bermakna kita takut diuji. Jika kita berasa tidak mahu marah,  adakah maruah kita tercalar?

Saya sering berbincang2 dgn Hubby tentang soal ini. Katanya, kalu mahu marah, kita akan marah. Jika tak mahu marah, orang buat apa pun, hati kita akan keras. Keras kerana Allah.







 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, January 21, 2014

Apa Khabar Cinta?, Anniv dinner


Apa khabar Cinta?
di hari anniversary kita.

meredah ombak gelora,
cinta dalam meniti usia pernikahan,
diulik impian, diusik harapan...

Seloka takdir sering membuatku rebah,
Seloka suamiku membuat sering kucium alis matanya.
tidakkan pudar kasih selagi hati ini masih berdenyut.

Ke mana Cinta?

meski dalam lesu,
sering.. apabila aku hanyut dalam tawakkal kepadaNya,
Dia sering memberiku hati,
yang merekahkan senyum di bibirku.

Alangkan,
Kukutip harapan yang berderai,
Kutimang-timang, kususun pecahan laksana puzzle,
Rupanya ada rupa yang berlainan dr yang diharapkan.
Rezeki datang bentuk berbeza-beza.

Masihkah jatuh Cinta?

Tuhan,
meski dalam suka, dalam duka,
Tidak lalai daku dari bersyukur,
agar mencambah RahmatMu dgn lebih banyak.

Gelora,
Bersamaan dgn waktu yang tidak putus,


Apa khabar Cinta?

Tidak lelah daku memeluk bahumu,
harap... dikau suamiku tidak penat menahan berat kepalaku di dadamu
selamanya...

Sepatutnya kelmarin entry ini... 20 Jan
Selamat Ulang Tahun Pernikahan.. Juga Selamat hari lahir... Suamiku.



Tiada kek, hanya ini.... Chilled cheese berlapis-lapis.  Hahaha... entah apa nama saya letak .
Dahulu saya pernah mix  cream cheese utk buat 'cheesekut'  (resipi internet), guna Graham cracker celup nescafe, bubuh susu pekat, rasa dia creamer sangat.  Pastu ada buat cheese cake resipi chef zam kalu tak silap, bawahnya biskut kisar dgn mentega, topping cheese dgn blueberry filling, kena bakar.
Saya gabung ikut suka, pastu sejukkan dalam chiller. Malas pergi bakery cari biskut Graham, saya gantikan dgn biskut jacobs, sebab biskut jacobs ni pun cepat lembut bila celup air panas, rasa dia pun tak jauh beza. Biskut jacobs ni pun, kita ngap sekali dgn nescafe panas tu, ;)


Chilled mini cheesecake with weetameal and bluberry.  (sesuai kot nama ni, hehe)

1. Biskut weetameal jacobs  (sebagai ganti graham cracker)= 1 lapis 3 keping x 3 lapis.
2. Cream cheese 1 tiub
3. Gula aising 
4. Blueberry filling  (ada kat bakery - blueberry filling ni rasa dia kurang manis, biasanya ada dlm peti sejuk dan ada buah sikit-sikit)
5. Nescafe 3 in 1 (original)
6. 1 cawan air suam
5. Mangkuk aiskrim
6. Mixer -   semestinya! Lenguh nak kacau by tangan... :)

CARANYA:

Cream cheese yang sedikit sejuk dipukul sekejap, masukkan gula aising setakat manis yang kita nak, pukul lagi sehingga cheese ringan.
Bancuh nescafe di dalam mangkuk kecil.
Ambil 3 keping biskut utk lapisan bawah, celup sekali sahaja dan susun dalam mangkuk aiskrim.
Lapisan kedua letak cream cheese yang dipukul tadi.
Lapisan ketiga letak blueberry filling
Ambil 3 keping biskut, celup lama sikit dalam bancuhan nescafe . Susun di lapis keempat.
Letak cream cheese
Letak biskut dicelup lagi.
Last cream cheese saya campur filling blueberry 3-4 sdb.... Yum! Pastu saya letak sebagai topping atas.
Dah. :) Sejukkan 1- 2 jam sebelum makan.


Tak taulah saya pukul cream cheese ni cantik tak, asal boleh makan jer. But this definitely not yogurt! :D



Konon sebagai Dinner anniversary. Ayam bakar blackpepper.


Kentang (direbus separuh masak dahulu), dan tomato digaul dengan mixed herbs, oregano, sertablackpeper ajishio + garam. Bakar dalam tray lain, bersama ayam bakar  di atas.

Satu lagi, sebenarnya ada buat kuah sup, bubuh daun sup banyak2, sebagai penyegar rasa.

 REZEKI PETANG: Hubby berpuasa kelmarin, kebetulan waktu nak balik, Hubby dapat rezeki nasi  dari department.

beserta ayam masak merah


Juga nasinya. Di sebelahnya, nasi yang saya masak. ;)




Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. 
Surah Ar-Ruum ayat 21.






 Teringin sangat ada foto baby kat sini...



Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, January 19, 2014

interesting art






Copyright © 2014


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, January 9, 2014

Subhanallah..

Kita sering terlupa.
dan sering menurut-nurut kata hati.
Apa jua keputusan perlu berserah kepada Allah, jika ia terjadi juga, mestilah ada kebaikan darinya. 

.......

( klik newtab utk besarkan )


Source: themuslimshow


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, January 8, 2014

ikan bulu ayam, udang masak sos tiram dengan kacang dan tauhu telur.

Bismillah,

Tengah buat apa?nak menambah post ni, hehe.
Selitkan lauk semalam.



Ikan bulu ayam ni pemberian my adik bongsu, Nuyu, khas dari kedah. Sekali dgn ikan talang saiz besar, hahah. Ikan masin ni saya celup tepung segera, sebab saya pernah nampak ikan bulu ayam dicelup tepung dimakan bersama nasi ambeng. Mula-mula saya ingat masin sangat, tetapi tepung segera cap Bestari ni ok saja dgn ikan masin. Cubalah!  Ada paket kotak yang dijual kat pasaraya.



Ini macam biasa, :D  udang dan sayur kacang bersos tiram.  Saya tambah tauhu telur yang digoreng dahulu. Tauhu ni dimasukkan last sekali.  Musim raya cina ni, banyak tauhu telur dijual murah-murah.  Memasak menggunakan bahan yang dijual murah-murah sempena perayaan, lebih berbaloi!

p/s: Teringat bulan lepas cendawan yang enoki  dijual murah. Saya masak ala berkuah bersama sayur kobis cina.... tumis bawang putih cincang + halia, tuang air dan masukkan sayur dam garam. Cendawan enoki masuk last sekali. Ubahsuai, boleh  tambah ikan bilis dan cili padi . My Hubby suka cendawan ni dimasak sup!  Cendawan enoki ni cepat lembik, sbb tu masuk last sekali. :))




 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, January 7, 2014

JANUARY

Bismillah,

Apa khabar teman-teman yang disayangi? Masa cuti yg lalu, kurang nampak posting. Disember lalu, saya agak sibuk di rumah kerana my adik-adik ada datang. Nuyu, adik bongsu ada inteviu di putrajaya. Jadi saya dan suami mengambil tanggungjawab  utk menghantarnya, jadi agak sibuklah  pada 2 minggu pertama.
Dah 2 minggu di rumah kami, mereka nak lepak pula di rumah sewa kakak mereka,  my adik Siti di damansara damai.
Jadi kami proceed dgn aktiviti sdn bhd pula. hehehe.

Kami pergi bercuti, di iconic sepang goldcoast resort . :)
Tempatnya di pantai Bagan Lalang.  Dengar kata kat situ femes dgn kawasan perkhemahan.  Dan sepang gold coast ni resortnya di atas permukaan air.

Gambar tak upload lagi.  Saya demam sikit.  :))


Kami bercuti 3 hari kat Iconic ,  lepas tu terus ke bandar Botanic, menuju apartment Hubby yg ada kat situ. Sambut New Year kat  botanic jer. Sambil buat kerja sikit itu dan ini. Weekend lepas pun pergi Botanic lagi.

Apartment ni mengambil masa yg lama utk pulih, kerana renovation sikit-sikit. Cat pun DIY jer, bergotong royong.... Insya Allah, tak lama lagi siaplah utk disewakan.

- Pintu tandas pasang yg baru. :)
- Maintenance JMB dah bayar,
- plumbing akan dibaiki,
- upah pasang lampu sebab konkrit  rumah pangsa ni keras betul nak drill. ;)
- pasang kipas dalam 2 bilik.
- sampah aka ' zink' pintu 2 bilik air,  Hubby dah gi jual. Campur dapur gas rosak dan kotak,  dapat RM15.  Banyak tu..  :)

Alhamdulillah, upah orang jer buat kerja. Taklah penat sangat macam masa mula-mula dulu.

p/s: Berdoa agar dapat penyewa yg bagus, yang rajin bayar sewa. :). Peringata, meskipun dgn orang Muslim kita harus bertegas dalam bab bayar sewa. Kan?   Beli rumah, dgn duit juga, nak renovate keluar duit juga.  Pusingan modal hartanah memang begitu.


Cerita orang  tgh demam  . Berenti dulu ya.. :)  Nak basuh baju bertimbun-timbun, lalang kat depan rumah, hal dapur... hehe,  jenuh. Saya buat sediki-sedikit. Hubby suruh hantar dobi, saya takmo.   Kat bawah ni,  dulu nak buat entry, tapi selit kat sini jerla.  Selamat menyambut  New year,  dan juga Rabiulawwal. :)







 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers