Bismillah,
Salam teman-teman.
Alhamdulillah. Ada banyak perubahan dalam bulan ini. Mr Hubby dah tak kerja shif. :D Masuk waktu kerja normal balik.
Stelah berbulan-bulan terlepas kuliah kitab Misykat kelolaan syeikh nuruddin, akhirnya kami dapat juga pergi. Maklumlah kuliahnya jam 11 pm- 12.30am. Selalu terkena waktu hubby syif malam.
Masya Allah, sejuk betul hati ini apabila melihat Syeikh.
Lamaran
Orang kata, dalam hidup ini, ada tingkat-tingkatnya. Perempuan juga begitu. Dari anak gadis, kepada wanita, seterusnya dilamar orang.
Meskipun banyak perkara yang belum selesai, hidup sentiasa berjalan. Rezeki juga sama ada dicari, dan adakala bergolek-golek datang dgn izin Allah.
Setakat tahun ini, sudah 2 orang my adik yang dilamar temannya .
Kenapa saya katakan ia rezeki? Kerana mereka cukup bertuah merasai pengalaman dilamar, sedangkan ramai lagi anak gadis yang masih mencari-cari.
Syukurlah dgn apa yang Allah beri.
Dalam manis, saya masih teringat-ingat perkara pahit.
Kadang-kala, saya fikirkan adakah UJIAN yang Allah beri perlu juga disyukuri?
Kadang-kadang otak tengah blur... terfikirkah bagaimana hendak menelan buah yang terasa berduri yang menikam-nikam. Tetapi nak diluah pun tak dapat. Apakah ertinya?
Masa tu, saya jadi lost
TIADA siapa dapat memahami hikmat Tuhan. Tuhan yang maha mengetahui segenap sesuatu.
Cuma satu, jangan lupa kepada Nya. Mintalah diringankan beban.
Hum, di bawah ni bukan lauk special pun. Ada ikan potong yang dijual murah kat Tesco. Lembut isinya. Saya ambil je untuk dibuat gulai kuning/ masak lemak. Sebab ikan tu clearance stock, agak kurang segar. Saya goreng dahulu supaya tak berbau hanyir. Blend bawang merah, putih dan halia, tuang dalam ikan dan masukkan santan. Saya masuk cili kering beberapa tangkai . Lain sikit rupanya. :)) Sedap.....
Selain itu, ada sup daging, yang tak berapa ada sayur, hehe... dan terajin nak buat kuih talam nyonya. Bawahnya pulut dengan pewarna bunga telang.
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Wan..bila nak jemput kfina mai makan..waaaaa..teliuq ceq...dok jenguk gak blog wan...sapa kata wan tak buat apa apa...byk bnda yg wan buat....buar lah..Allah tahu...teruskan usaha wan.....insyaallah...moga Allah hadirkan baby utk wan n huby aminnnnn
ReplyDeleteSalam kak fina, jiran lama.. hehe. Nanti..nanti, tunggu saya jemput. :D Ya kak, nak tingkatkan self esteem tu yang bermujahadah skit ;)
ReplyDelete