Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, December 7, 2013

Cute. ;)


Salam mesra,

Jika diizinkan Allah, sempatlah kami ke majlis habib Umar, stadium hoki bkt Jalil.  Hubby keletihan, kerja malam, sempat pula keluar tadi melihat demo menang glassware. Tetapi saya beli barang lain, sekadar cawan2 dan jug air.  Resepi demo tu ok juga :)

Saje nak share pic kat bawah ni, cute kan? Selain Nayzak devianarts,  saya terpikat dgn grafik saurukent juga.  Saurukent, salah seorang creator komik dalam majalah Muslim Teens.

Selamat berhujung minggu ya. Diizinkan Allah, bertemu lagi. 














Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, December 5, 2013

Banjir, doa, saluran bantuan, Habib Umar

Assalamualaikum, sahabat..

Bismillah,
Apabila bumi Kuantan dan Terengganu di landa banjir. 
Allah, Alhamdulillah, air tali air di tepi rumah saya di Besut, tidak naik mendadak. Mmg air naik sampai dapur, tetapi tidaklah dikategorikan banjir. Tetapi.... musibah di tempat oranglain, kita tetap kena cakna. 

Ada sahabat  yang anaknya di universiti yang terperangkap tanpa bekalan letrik dan makanan yg cukup, ada sahabat yang keluarga mertuanya dilanda musibab banjir di Kuantan. Hotel pun tiada bekalan letrik yg mncukupi. 

Ustazah fatimah syarha memberikan doa berhenti hujan. Prof Kamil menyuruh mangsa sentiasa bersolat sunat. Ada NGO yang memberikan laluan buat kita memberikan barang2 bekalan harian utk tempat yg terjejas bekalan. Marilah... kita berusaha, kita cakna.

Selain itu, adalah beberapa aktiviti lain yg saya paparkan di bawah. Moga kita sama-sama mngambil manfaat.


Sumber: Ustazah Fatimah Syarha

 Sumber foto: majalah Anis



 Sumber: Circle of hearts



https://www.facebook.com/SahabatTelekungKuantan
Lokasi pengumpulan barang keperluan mangsa banjir di Kuantan yang dibeli menggunakan derma kilat mangsa banjir oleh Sahabat Telekung Kuantan:
 Pertubuhan IKRAM Malaysia, Lot B76, Lorong IM 8/33.

 DERMA KILAT MANGSA BANJIR DI KUANTAN. Klik  FB sahabatTelekungKuantan untuk maklumat


 

BUKU
1. FAIR di PKNS. 
2. Jualan buku masih berlangsung di PTS




Aktiviti Ilmu. HABIB UMAR

Salah seorang ulamak dari Yaman yang terkenal dgn peranan da'wah. Ada rezeki, dapatlah kami pergi, Amin... dekat TV pun dah ada iklan, Majlis Berselawat di stadium hoki Bkt Jalil. :))

Biodata habib Umar






 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, November 22, 2013

Fair :)

Salam mesra,

:)   Ingin berkongsi  aktiviti hujung minggu  bagi yg brkesempatan.

Malaysia Islamic Children's Fair.
22 - 24 November 2013
Shah Alam Convention Centre

Sumber:  Ainon Mohd

Karnival buku PTS
23-27 Nov
Batu Caves Jalan Dolomite
Sumber: PTS


Kuala Lumpur Motor Show
Kna bayar sikit
15 - 24 November 2013
Putra World Trade Centre (PWTC)
Sumber: http://www.klims.com.my/



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, November 18, 2013

NOTA FIKIR


 " The BEST OF PEOPLE are those that bring most benefit to the rest of mankind. "  
Berbuat baiklah sesama kita.


NOTA FIKIR SEORANG  HAMBA:


Kita asyik bertanya kepada diri sendiri,

Why... why... and why?

Kadang2, kita dah tahu perkara itu akan terjadi, tapi kita tak boleh control diri. Kita asyik marah-marah anak tanpa sebab, pukul anak tanpa sebab, menekannya sehingga dia tidak tahu hendak mmpercayai siapa  . Satu hari bila dia berduit, dia akan keluar rumah tanpa menoleh ke belakang. Rupanya manusia bukan dalam kawalan ibu atau bapa... manusia dalam pengawasan Allah. Allah mengetahui sekecil perkara di dalam hati kita... Hatta kepada sekecil orang.


Isteri asyik bising dgn suami, rasa marah dan tertekan saja terus nak cerai, nak cerai... semua keluarga kita menyokong kita pula.  Terasa besar kepala.  Apabila satu hari diceraikan,  dan berasa kesal dgn tingkah laku. Rupa-rupanya Allah mendengar kehendak dia, dan diberikan.


Apabila kita  mahu mengadu masalah kepada seseorang,  seringkali  masalah kita akan dibanding-bandingkan dgn masalah oranglain  pula. Ataupun, si pendengar berkata kita ini bercakap yg buruk-buruk ttg oranglain.  Justeru, barangkali... dia bukanlah orang yg tepat utk mndengar masalah kita. Berlapanglah dada.

Namun, kita  ambillah kebaikan dan buatlah amal. Menggembirakan hati seseorang lebih baik dr mmbiarkan teman kita diselubungi kesedihan. Dgn cara bersifat empathy dan cubalah beri sedikit solusi, jangan hanya memejam mata atau  menutup telinga. Kita pun tak mahu orang bersikap bgtu kepada kita apabila tiba giliran kita mnghadapi kesusahan.

Cuma satu perkara,  jangan kita terlibat dalam masalah secara lgsung.  Hum, seperti menggalakkan pasangan suami isteri berpecah belah?  Takut Allah tidak suka...  (Kecualilah pasangan itu sndiri yg merancang begitu).   Sedangkan seorang anak ... meskipun berhadapan dgn ibubapanya bertengkar sentiasa, dia tetap doakan jodoh ibubapanya panjang...


FOBIA
Kita fobia dgn  situasi buruk yg hanya berlaku sekali.  Kita dah berasa situasi kita amat teruk dan memalukan.  Padahal kita pernah melihat oranglain ditimpa tangga dan jatuh berkali-kali, yg mana ia bukan dalam kawalan orang itu.  Perancangan dalam kawalan kita, tetapi orang yg kita bakal temui, situasi yg bakal kita tempoh....Itu perancangan Allah. Usah menyalahkan diri, kita sudah berusaha mengelakkannya.



Cepat atau lambat, perkara itu akan terjadi.... tetapi perancangan kita  kadang-kadang di luar apa yg Allah takdirkan.  Hidup umpama roda yg berpusing-pusing.  Usah menyesali apa yg terjadi... dorong kebahagiaan di masa hadapan dgn perasaan yg luar biasa!  Bila ternyata kita tidak memaafkan diri, bagaimana kita mahu memaafkan orang di sekitar kita? 


Mujahidah  dunia...





Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sebaik-baik cinta itu



 

Pastikah diri kita di-cintai seseorang ?


Atau cinta yang berwarna lukisan... unsurnya boleh mudah dipadam?



Atau sedang berharap dicintai Tuhan sebaik-baik Cinta?



Atau sedang berkorban mengharap cinta seorang ibu atau bapa?

Jujur... 
sejak dewasa, saya banyak menyimpan segalanya sendiri semata-mata mengharapkan ibu dan abah saya memberi tumpuan kepada adik-adik. Sejak dari zaman di sekolah berasrama.... Saya tahu ibu dan bapa banyak mnghadpi kesukaran hidup dan kesukaran dlm relationship.

Alhamdulillah, semua adik saya bersekolah di Besut.
Biarpun rezeki saya bersekolah jauh dlm 2 marhalah juga , saya masih cemburu pada adik-adik yg sempat berbual dgn ibu dan bapa di rumah. Saya pula hendak menelefon mahal harga bilnya. 

Kemudian, biarpun rezeki saya bersuamikan orang jauh, saya  menguatkan hati dan perasaan berkata:
" Biarlah, asalkan adik-adikku tidak menjadi seperti diriku yg haus kasih dan manja semasa remajaku. ( Mungkin adik-adik tidak menyedari itu, bahawa sebenarnya mereka lebih beruntung ). 
Biarlah, asalkan ibu dan bapa mahu memberi tumpuan menjaga dan mengasihi adik-adik sedaya  usaha sehingga mereka mampu menongkah hidup sendiri... 
Dan jika mereka dilepaskan lebih awal ketika belum matang, ya Allah, kau jagalah adik-adikku..  dan redhailah ibubapaku memasuki JannahMu.... ".

Cinta dan kasih itu adalah kerana Nya...


P/S HATI :  Sekarang, mereka  AMANAH  untukku dari  arwah Abah . Namun, macam mana sekalipun, aku tidak akan mmpu menjadi pengganti seorang ibu atau bapa kepada mereka... Aku hanya seorang kakak yang banyak songeh... :D



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H


Bismillah,
Insya Allah, saya tak lupa esok dah maal hijrah. dan utk mmbaca doanya. Keletihan, kesibukan tidak akan menghalang Insya Allah. Doa ini, adalah agar tahun kita lebih baik dr sebelumnya. Agar kita tahu memperbaiki diri dan mendapat redha serta keberkatan di dalam hidup seharian.

Alhamdulillah, grafik doa awal dan akhir tahun dari darulmurtadza ini lebih besar dan sesuai utk kita print. :) Terimakasih MTDM.



Sumber grafik Doa awal dan akhir tahun dari : http://www.darulmurtadza.com/2013/11/salam-maal-hijrah-1435-persediaan.html



DOA AKHIR TAHUN :
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
 “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”  




DOA AWAL TAHUN:
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

 

 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, October 30, 2013

Roti sardin


Bismillah. Dgn izin Allah, laju pula internet..

Sejujurnya, saya tak minat roti yang bila saya tekan, keras semacam. Tak pandai nak makan.. hehe. (kecuali roti perancis).  Sebab itulah, saya selalu membeli roti kentang yg ada jalur kastard kat atas tu, roti manis/susu, dan keluaran massimo, high five atau gardenia. Pernah beli roti di kedai barangan burger, tetapi akhirnya saya belah2, buat puding roti..haha. Saya lebih suka guna roti beger/frankfurter high 5.
Ini membebel namanya... ;)


Masa bulan puasa dulu, saya terbeli roti goreng (yang dibalut kulit popiah). Hum... lembut dan panas isi dalamnya. Orang yg tak penah buat roti macam saya, terpaut jugalah. :)  Tetapi bila saya cari-cari roti kat kedai beger, saya tekan keras semacam jer... hum. Akhirnya, saya teringin pula nak cuba bila terjumpa roti tempatan kat kedai 1malaysia. Besar gedabak RM2 lebih. Ada 6-8 ketul , gitulah.... lembut sedikit bila saya sentuh.

Ha.... makan ngan jem + butter sedap jer, cicah air teh susu, laju jer.... macam roti orang kampung yang satu paket 6 ketul di kedai2  kat kampung dulu . hehe.  Bila sarapan, teringin ala savouri.  Teringat roti sardin kak Nor secubitgaram. Tu dia,  rasanya adalah ala-ala  roti goreng popiah yg saya makan kat pasar malam aritu ... :D

Saya buat versi senang jer, buat macam roti John, tapi bubuh sardin. Cuma cara memakannya tak perlu bubuh sos bagai (bagi saya la, sebab sardin dah rasa macam ada sos.. ;)


Er... konon mengambil gambar berhadapan dgn sliding door. Sepenuhnya guna cahaya matahari kat luar.


ROTI SARDIN Nurindah

3 ketul roti frankfurter besar -  dibelah tanpa putus, sapu majerin sikit.

Dicampur semua: 
Sardin 1 tin sederhana diambil ikannya sahaja. Hancurkan.
Bawang besar, cili merah dipotong dicincang kecil.
Telur 2-3 biji dikacau dgn garfu.
Garam sedikit.
Ajishio blackpepper

majerin sbg pengganti minyak

Cara memasak:  (boleh tengok stepbystep roti John )
1. Panaskan kuali leper , dan bubuh sedikit majerin.
2. Tuang adunan telur secukup lebar roti. Biar telur sedikit kental.
3. Tindih telur dengan roti, semasa bahagian atas masih cair. Dengan itu,telur akan melekat pada roti. Biar telur benar-benar masak.
4. Tangkupkan. Balikkan utk panaskan skit bahagian kulit roti kiri dan kanan. Angkat.



 Hubby pun suka. walaupun dia kurang makan sardin. Roti sardin yg panas, sedikit garing. ;)  Terima kasih kak Nor atas idea  kak...  :))



Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, October 29, 2013

Barokah dalam rumahtangga, melayan anak yang sudah berumahtangga : Tukar Tangan, Bukan Lepas Tangan.


Bismillah. Moga teman-teman ceria dan bahagia sentiasa...
Selagi Internet P1 ini elok, Insya Allah saya Blogwalking.  Ampun dan maaf  kalu tak sempat ya, sebab nak post ini pun saya dah banyak kali refresh bar kat atas nun, termasukla refresh modem... 


Nafkah dan barokah
Di dalam buku nota hati seorang lelaki, saya ada terbaca, perlunya seorang suami menyediakan nafkah yang halal dan tiada unsur syubhah kepada anak dan isteri. Nafkah keperluan ialah wajib. Di antara penyebab anak dan isteri susah nak patuh/dengar cakap, juga ada berkait rapat dgn rezeki yg diberi oleh suami dalam rumahtangga . Sebab itulah nafkah yang diberi makan kepada anak isteri.

Bahkan dalam tulisan lain, saya pernah baca tentang ini. Keruntuhan rumahtangga juga berkait dgn barokah dalam rumah kita, yg mana benda di dalamnya adakah  dr sumber halal/ tidak halal/ syubhah. Maknanya, suami harus berhati-hati dlm soal sumber nafkah ini.. 

Jangan jadi macam citer Karlos tu, :)  " Mak ambik duit ni, beli apa yang patut. Tetapi jangan beli barang utk dimakan... " HUHU.


Keperluan  Ibubapa
Tidak dinafikan, kami sering menepikan wang gaji untuk  diberikan kepada ibubapa sepertimana kami membayar bil letrik, dsbg, dan ia bukanlah wang sisa. Alhamdulillah,  masa raya puasa baru-baru ini kami diberikan rezeki utk mmbantu  ibubapa mengadakan  majlis perkahwinan adik . Majlis perkahwinan kan, hal besar dan belanjanya besar. Meskipun sumbangan kami tidaklah besar, itu juga di antara tanggungjawab kami utk meringankan beban.


Keperluan emosi
Selagi mampu, kami akan balik utk mnziarah ibubapa. Mendengar keperluan dan meringankan beban mereka. dan semestinya, saya juga harus bersiap-siap agar urusan rumah terjaga. Bahkan hujung minggu ialah masa mengeratkan hubungan kami berdua, kerana waktu-waktu yg lain...hubby yg bekerja kilang amat penat. Tugas saya sbg isteri, juga sbg menantu, kakak dan anak semua mesti dijaga. Jauh bezanya keadaan saya semasa arwah abah masih hidup, dgn keadaan skrg ini...banyak betul yg memerlukan perhatian.


Tugas menjaga anak perempuan
Saya pernah mendengar seseorang mengatakan, " Mereka tanggungjawab aku sehingga mereka dikahwinkan. "  Juga, saya melihat sendiri beberapa situasi yang menyebabkan saya terfikir-fikir, adakah tanggungjwb ibubapa habis/tamat  setelah anak-anaknya dewasa?
Begitukah saya harus melayan bakal anak-anak saya nanti?


Pernah baca kisah ini?  Kisah omputih, bagaimana seorang  ibu yang menyerahkan satu buku akaun simpanan kepada anak gadisnya yang baru berkahwin, dgn baki 1 ribu. Si ibu meminta supaya buku simpanan itu dijadikan rekod  perkahwinannya. Setiap kali ada memori indah, masukkan duit ke dalamnya dan catat memori itu.
Bacalah kesudahan ceritanya : http://sam-puansyurga.blogspot.com/2013/10/


Jika mahu terus membaca, bacalah sedikit petikan dari buku ustaz pahrol. Di bawah ni, buku saya sendiri...




TUKAR TANGAN, BUKAN LEPAS TANGAN

Koleksi anis: Oleh: Pahrol Mohamad Juoi  
Sumber yg ditulis kembali dari  Nurwahida http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2519.0

 
“Ah, tak habis-habis…”
“Memang ia tidak akan habis.”
“Sampai bila?”
“Sampai bila-bila.”
“Ya ke?”
“Itulah tangungjawab ayah,” tingkah saya.


 “Ingatkan bila dia sudah bersuami, lepas tanggungjawab saya.” “Tak juga. Bukan lepas tangan, cuma tukar tangan. Dari tangan ayah ke tangan suami.”

Menanggung dan Menjawab


Saya menambah, “Itulah tanggungjawab. Kita perlu menanggung, kita akan disoal dan terpaksa pula menjawabnya.”
“Maksudnya?”
“Anak kita adalah tanggungan kita. Tegasnya, amanah Allah. Kita wajib memenuhi semua keperluannya.”
“Saya rasa semuanya telah dibereskan… sejak kecil hingga dia telah bersuami sekarang.”
“Maaf, apa yang awak faham tentang keperluan seorang anak?”
“Kenapa awak tanyakan itu?”
“Sebab… jika kita faham semua keperluan seorang anak, barulah kita boleh menjawab apakah keperluan itu telah dipenuhi atau sebaliknya. Dan setelah itu barulah boleh kita menjawab sama ada tanggungjawab itu sudah selesai atau tidak.”  Dia diam. Berfikir barangkali.

Keperluan Seorang Anak

“Apa keperluan seorang anak?”
“Keperluan fizikal dan material. Makan minum, pakaian, perlindungan…”
“Itu sudah. Sudah saya penuhi.” Saya mengangguk. Dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sudah sewajarnya.
“Keperluan akal. Maksudnya ilmu. Ilmu akademik dan ilmu agama.”
“Itu pun sudah. Dia berijazah. Ilmu agama? Sejak kecil dia telah saya bekalkan ilmu fardu ain. Khatam Quran di sekolah rendah lagi.”
“Keperluan perasaan…”
“Ha? Keperluan perasaan? Nilah baru saya dengar…,” balasnya terus-terang.
“Keperluan perasaan ialah hak anak untuk didengar kata-katanya. Hak anak untuk dibelai melalui kata-kata. Mendapat pujian, rangsangan, dorongan, teguran, simpati, empati dan ….”

Keperluan Perasaan

“Tunggu, tunggu! Semua ini membuat saya keliru. Keperluan perasaan… tolong jelaskan.”
“Hak untuk didengar. Maksudnya, ibu bapa mesti menjadi pendengar yang baik kepada anak-anaknya. Kita dengar cerita, rintihan, keluhan, suka dan duka hatinya. Itu keperluan yang sangat penting. Malah, kata pakar psikologi, manusia memerlukan kata-katanya didengar sama seperti tubuhnya perlukan makanan.” 
“Begitu ya… rasa bersalah pula,” keluhnya. Mukanya tiba-tiba redup. 
“Mengapa, tiba-tiba sedih.”
“Semalam, anak perempuan saya datang. Mengeluh tentang kepenatannya mengurus hal rumah dan anaknya. Minta nasihat, apakah perlu dia dapatkan khidmat pembantu rumah. Dan selepas tu minta pula tolong kalau-kalau saya ada ‘contact’ nak dapatkan pembantu rumah yang baik.”
“Respons awak bagaimana?”

Dengar Aduannya

“Saya kata, dia kan dah ada suami? Rundinglah dengan suami. Kenapa masih mengadu pada saya? Kalau masalah kewangan, boleh saya tolong. Ni, mereka mampu. Hanya nak datang mengadu… ha, pening saya. Bukan awak tak tahu, saya pun sejak akhir-akhir ni tak berapa sihat.”
“Itulah keperluan perasaan seorang anak. Lain rasanya, bila anak-anak luahkan masalah di depan suami berbanding seorang ayah. Siti Fatimah pun pergi bertemu ayahnya, Rasulullah untuk mengadu kepenatannya dalam menguruskan rumah tangga  ”
“Ya, ya… sekarang baru saya rasa.” 
“Itu baru keperluan perasaan. Ada lagi satu keperluan yang jauh lebih penting…”
“Ada lagi?” Dia terkejut.
“Keperluan hati, keperluan rohani…,” jawab saya seakan berbisik.
“Macam mana tu?”

Soalan Yang ‘Basic’

“Keperluan hati ialah keperluan mendapat didikan. Anak-anak perlukan pendidik dan pemimpin dalam hidup mereka. Ilmu boleh dipelajari, perasaan boleh dibelai tetapi hati perlu dididik dan dipimpin.”
“Macam mana nak mendidik anak?” Tanpa sedar dia menyoal soalan yang sangat ‘basic’. Seolah-olah orang yang belum mempunyai anak, sedangkan dia sebenarnya sudah bercucu. Namun dalam hati, saya sendiri sebenarnya dihujani pertanyaan yang sama. 
“Kita ibu bapa perlu jadi contoh atau teladan sepanjang kehidupan anak-anak. Didikan yang berkesan melalui teladan. Kita cuba sedaya upaya menjadi insan soleh untuk memimpin mereka menjadi soleh dan solehah. Agar dengan itu mereka boleh contohi solat, puasa, kegigihan, kejujuran, ketulusan, amanah dan lain-lain sifat mahmudah kita.”
“Wah, itu berat. Benar-benar berat.”

It’s a Journey

“Sekarang, secara tidak langsung kita dah boleh menjawab apakah tanggungjawab kita sudah selesai apabila anak perempuan sudah bersuami?”
“Sudah. Saya mengaku, betul, ni terus-terang… saya belum selesai lagi tanggungjawab sebagai ayah. Keperluan perasaan, keperluan hatinya belum lagi saya penuhi…”
“Awak, saya dan semua ibu bapa tidak akan dapat menyelesaikan…”
“Maksud awak?”
“Tanggungjawab itu bukan untuk diselesaikan tetapi untuk dilaksanakan. Tidak ada ‘dead-line’. Tetapi ia tugas sepanjang hayat. Ia tanggungjawab yang tidak akan selesai-selesai... it’s a journey, not a destiny!”   
“Tapi selalu saya dengar, ada ibu bapa yang kata ‘anak saya dah lepas’. Apa maksudnya tu?” “Entah, awak yang selalu dengar, agak-agak apa maksudnya?” kilas saya kembali. 
“Tak pasti pula. Tapi setahu saya, maksud ‘dah lepas’ tu ada dua. Pertama, dah lepas pengajian dan telah bekerja. Jadi anak tersebut sudah ada sumber pendapatan sendiri, tak payah lagi ditanggung oleh ibu bapanya…”
“Satu lagi?” “Dah kahwin. Anak perempuan sudah bersuami. Ibu bapa dah ‘lepas’ tangan kepada menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka.”

Jadi Co-Driver

Saya rasa istilah ‘lepas’ tangan tu tidak berapa tepat…”
“Kenapa?”
“Ia menggambarkan seolah-olah kita tidak bertanggungjawab. Macam kita memandu kereta… tiba-tiba kita lepas stering. Buruk padahnya.”
“Jadi, istilah apa yang tepat?”
“Tukar tangan. Kita bertukar tangan dengan menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan kita. Umpama memandu kereta… sebelum anak kita kahwin, kita jadi ‘driver’. Tapi bila anak dah kahwin, kita jadi ‘co-driver’… menantu lelaki kita pula jadi ‘driver’.”
“Cantik perumpamaan awak tu.”
“Awak tahu apa tugas co-driver?”
“Dia tak boleh alpa. Memang dia agak rehat sedikit tetapi bukan rehat sepenuhnya. Dia mesti sentiasa menemani ‘driver’ dan sedia untuk membantu bila-bila diperlukan. Ibu bapa yang baik sentiasa menjadi penasihat, pakar rujuk, kaunselor, pendamai dan mentor untuk anak-anak, menantu, cucu dan cicitnya… Selagi hayat dikandung badan.”
“Wah, itu rupanya maksud tukar tangan… bukan lepas tangan!”   





 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, October 28, 2013

Tambah ilmu IPMEX


Salam mesra,

:)  Dalam otak blur dgn pelbagai kejadian sejak raya haji yg lalu..  
Sibukkan diri dgn aktiviti lain juga sprt  pameran machine di PWTC . Lepas ni, sibuk jugalah dgn nak prepare perkahwinan my adik kedua, Jie.

Kelmarin aktiviti menemankan suami ke pameran machine kat PWTC. Di atas tu lah hasilnya..... takdok beli machine lah. hehe.... kami gunakan nama syarikat utk masuk pameran. Selain pamplet, dapatlah cenderahati sprt kalendar kulit keras. Nama lagi supplier machine pencetak kan? :)  Semua bab printing. Bertambah jugalah ilmu saya..  Hubby kalu bab kilang, dah jemu nengok machine kot.




 Mesin ni asalnya panjang. Tapi saya tunjuk yg kat rolling tu jer. mesin besar camni dekat bahagian pwtc seberang jambatan. Start dr pembuatan sehinggalah ia roll. Sticker ni.

 Hard press machine, kalu tak silap namanya. sebahagian machine dalam percetakan printing atas fabrik/baju.  Lepas guna machine printing, baru guna hard press ni utk melekatkan ink pada baju sehingga basuh banyak kali pun tak luntur.


 Ini mesin cetak yg besar untuk cetak paper poster yang besar dan banyak,.


 Mesin cetak utk bisnes printing. Cetak banner, bunting.


 Cantik sungguh hasil dia... boleh dipijak tanpa kesan calar atau apa.  Ink memang power.


Banyak lagi sprt mesin buat button badge, mesin penjilid buku, buat kad pvc macam jusco card tu, lampu LED untuk pengiklanan, termasuk percetakan utk kad/kotak utk perkahwinan. Kira semua yg sesuai utk percetakan lah.




 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, October 25, 2013

money, money, money. gaya orang kita,pening...

Bismillah,
Moga kita menjalani hari yg indah...

Asas utama untuk berumahtangga, ialah bakal suami yg bekerja. Bagitu jugalah asas ibubapa untuk menyara anak-anak, ialah bekerja. Selain kasih-sayang, kita memerlukan sesuatu yg menjaga dan melindungi keluarga iaitu :

Nafkah = Pendapatan = DUIT


Hidup di zaman ini, duit boleh menjadikan kita materialistik. Berbeza cara penghidupan mereka yg tidak berada di sekitar pasaraya, atau membandingkan kereta siapa paling besar, rumah siapa paling gah, ataupun anak yang mana paling cerdik.
Camana nak tutup mata?
Dulu tengok dalam tv saja, tetapi sekarang semua boleh dicapai.

Ada keluarga hidup dengan apa yg ada.
Ada keluarga bersaing-saing.
Ada keluarga memang dah lahir, dari keluarga yg mewah.

Kita tidak sama.

Kadang-kadang, saya berasa diri makin materialistik. Semua perkara di bandar memerlukan duit. Tak berbaju baru, kita malu. Berkereta lama, orang menyindir. Tidak pergi vacation bagaikan orang yg tak berduit sangat-sangat.

Saya rasa, dulu saya dan adik-adik beli kain sedondon, berarak beraya ke rumah orang seperti boria, tak malu pun.
Yalah, budak-budak...
Eh, budak-budak sekarang pun dah tau malu tau. Nak yg branded saje. huhuhu.

Penat nak menghadapi hidup yang dikatakan 'class'. :)
Hubby cakap, nanti kalau kami ada kids, dia nak ajar cara orang susah.
Ala... Hubby sendiri pun suka yg class bergaya. hehe.

Sedangkan Rasulullah saw meskipun mampu hidup mewah, tetapi baginda mengorbankan segalanya utk ummat.
Kita ni kadang2 malu tak bertempat. Kadang2 pemurah tak bertempat. Untuk membantu saudara yg kesusahan, kita berkira. tetapi nak membeli benda yg kita teringin senang saja nak keluarkan duit... Hendak mengeluarkan duit utk kemasyalatan ummah kita berkira, sedangkan utk sst yg mmberi faedah dan keuntungan, laju jer..


P/S: Hari ini, saya dan suami ada berbincang2 hal kewangan. Eh, tiba-tiba hari ni ada pengumuman  bajet 2014.  Saya  juga terjumpa blog pakdi.net, seorang  penulis buku kewangan. Banyak betul kumpulan nasihatnya.  Pak Di cakap,  gaya hidup yang bergaya itu ialah gaya hidup orang makan gaji.  Saya pernah membaca bukunya, mudah dan membuka minda.

Di antara artikel pak Di :  Rahsia-urus-hutang-hati-tenang
:) Moga memberi manfaat.

Betul ke, kita buat sesuatu yang kita suka, and we get paid for it?
Kdg2 terpaksa buat benda yg kita tak suka, kn?


Sumber: blog pakdi.net.






 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, October 23, 2013

Hidup mesti mengikut aturan


Bismillah,
Hidup mesti mengikut aturan
Apabila manusia melanggar aturan sesuka hati, maka terjadilah bencana, terjadilah perselisihan.

Seperti jika tidak mengikut aturan traffic light di jalan yg sesak. Lampu merah pun hendak dilanggar.

Seperti  hendak memotong kereta/lori di jalan yang 'double line', orang yang memandu di jalan bertentangan pun tidak menyangka tiba-tiba ada kereta di tengah-tengah.

Orang muda, pastilah hanya hendak mengikut darah muda, maka peranan ibubapalah yang berhak menyekat atau memberi teguran supaya mereka tidak mengikut perasaan.

Apabila seorang saudara lelaki yang berkahwin dahulu kerana mengikut sunnah, adakah peranannya supaya saudara-saudara perempuan yang lain juga turut dikahwinkan?
Berkahwin - dikahwinkan ialah sesuatu yg berbeza.
Apatah lagi jika mereka sudah tiada bapa.

Selalunya, jarang saudara lelaki hendak mngambil tahu nasib saudara perempuan selepas mereka berumahtangga. Sibuk.

Aturan Allah, ia tidak begitu. Aturan Allah dah cantik.


Sepertimanalah jika ibubapa itu meskipun tidak banyak jasa kepada anak-anak, atau meninggalkan mereka. Tetapi aturan Allah, tetap menyatakan kita mesti menjaga mereka.

Sepenuh hati.... Jangan berburuk sangka kepada Allah.  Hal jiwa dan sebagainya, ikutlah fikiran dan pertimbangan kita.

Meskipun Allah menyuruh kita beribadah. Allah juga menyuruh kita bermu'amalah. Allah menyiapkan model PesuruhNya, rasulullah SAW. Bagaimana rasulullah menjalani kehidupan seharian, mengikut aturan Allah.  Cara rasulullah melayani oranglain, cara rasulullah berakhlak, cara rasulullah menegakkan yang batil juga yang hak.

Sunnah, ia satu yg disukai rasulullah. Sebenarnya, masih banyak sunnah rasulullah yg kita telah lama amalkan dalam masayarakat kita. Cuma kita saja yg tidak sedar. Kita KETERLALUAN membantah, TERLEBIH memandang yang kurang sahaja.

Bersederhanalah...
Jangan sampai terlalu mengejar yg katanya utk bekalan akhirat, tetapi rupanya ada lagi hak oranglain yang dia abaikan.  Nau'zubillah.

Jika Allah meminta kita membuat bekalan utk di akhirat kelak, sebelum mati, maka bersiaplah. Jangan leka dgn bersuka ria dgn keluarga tak tentu hala. Jangan leka dgn sumber pendapatan yg syubhah. Jangan leka dgn CINTA  yg tidak membaiki agama kita...

Jika CINTA tidak sampai ke situ.... tetap bersederhanalah, Ketakwaan itu bermula dari diri, jadi haruslah melihat diri serba kurang, barulah boleh mengubah keadaan. Jangan sekali-kali berasa diri lebih hatta dari ibubapa yang serba kurang ilmu agama sekalipun...


Ikutlah aturan Allah, buat yang wajib, tinggalkan larangan, berusaha menjauhi syubhah. 

Amin.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, October 14, 2013

Ganjaran Zulhijjah 2



Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, October 13, 2013

Syurga dan neraka





Bismillah. Bagaimana saya nak mulakan? Ini bukan entry yg bersandar. Ini perkara yg kita selalu tersalah sangka.

Sedar atau tidak, kita TAK  banyak belajar, benda2 GANJARAN yg sebenarnya Allah nak kurniakan kepada hambaaaNya.  Ganjaran itu sebenarnya lebih banyak dari kata-kata amaran Allah.  Kasih sayang dan kebesaran Allah ditunjukkan melalui pengharapan doa dalam setiap kisah al quran.

Tetapi yg tertangkap oleh otak kita ialah kisah penghukuman.
Sebenarnya, bukan hanya anak yg soleh masuk syurga, tetapi orang yg walau sekecil pahalanya sekalipun memberi sprt  seorang pelacur memberi air kpd  anjing, tetap  Allah nampak kebaikannya. 

Melalui hadis yg Rasulullah sabdakan, ulamak sendiri menyatakan  penghuni syurga sebenarnya lebih ramai.  Apabila belajar hadis dan kitab di kelas agama, saya hanya melihat kebaikan, melihat ganjaran Allah, melihat kebesaran Allah.

Hendak masuk syurga, ada banyak jalan.  Hendakkan pahala..apatah lagi.

JANGANLAH  kita keterlaluan mengatakan hanya anak yang mendengar kata ibubapa yg boleh diredhakan masuk syurga. Lgpun takkan kerana sakit hati anak mmbuat kesilapan , terus ibunya nak doakan dia masuk neraka? Mestilah ada akal yg waras, ya tak.

JANGAN  juga keterlaluan mengatakan  seorang isteri yg patuh kepada suami dalam semua hal, tetapi membuat kesalahan pada tempat lain,  dia akan selamat utk masuk syurga kerana  dia taat ?  Harus juga melihat bimbingan suaminya camana. Kalau  suaminya bimbing, tak apalah. Kalu suaminya pun jahil ? Takut-takut.... di sisi Allah suaminya dapat share, Nau'zubillah.

Kita tak tahu apa yg Allah nampak. Kita fikir, kita betul sedangkan  apa yg Allah nampak mungkin berbeza, sebab benda sekecil zarah sekalipun, Allah kira.  Surah az Zalzalah


Melalui kisah hadis2 rasulullah SAW, kita akan melihat LEBIH banyak kebaikan yg akan membawa kita ke syurga. Puasa sunat, sedekah, berzakat, hatta sekecil  berjalan kaki  ke masjid kita diberi ganjaran pahala yang banyak.

Sepertimana hadis, wanita yang melakukan 3 perkara akan dikurnai Syurga, patuh kepada suaminya (selagi tidak menyalahi syarak), yang berpuasa, dan yang mngerjakan solat.
Kan Allah suruh wanita itu mentaati DIA  melebihi suami?

Suami salah, bimbinglah dia. Ibubapa salah, betulkanlah mereka.  Mereka juga saham kita.  Tetapi jangan sakitkan hati mereka. Anak-anak salah, janganlah doakan keburukan semata-mata kita sakit hati, dan barangkali...... SEBAB terlalu kuat pergantungan kita kepada anak-anak/suami  melebihi  daripada pergantungan kpd Allah.  Itulah yg membuatkan hati kita sengsara.  Di dunia terseksa , akhirat tercicir, Nauzubillah.

Harus sentiasa perbaiki diri.
Sekian. :)



Ganjaran Allah itu melebihi segalanya.





 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, October 10, 2013

Hidup kami; memiliki atau tidak, kemudahan, future, kuasa membeli, rezeki yg berbeza, harapan.


Hubby bekerja syif, jadi saya meluangkan masa. :)

Memiliki atau tidak memiliki

Awal2 kawen dulu, mr Hubby, kalu mengajak saya keluar ialah ke mall yang besar sprt  Klcc, one utama, midvalley.  Mula-mula tu, mmg saya susah nak terima.  Sbg anak kampung, tempat berjalan yg saya sukai  tentulah tempat yg sunyi dan mendamaikan.
Tetapi  akhirnya... saya menerima hakikat bahawa tempat meluangkan masa bagi mereka yg dok bandar besar ialah pasaraya, window shopping. Rentak gaya hidup yg berlainan. :)

Selalu saya tanya Hubby, kenapa kita harus window shopping sedangkan kita tidak membelinya?  Kata Hubby..... kita suka sesutu  benda, TAK semestinya harus membeli.   Jadi, ( terpaksalah ;) saya kekang keinginan membeli bila nampak itu dan ini. Nasib baiklah kegemaran kami sama, iaitu  BUKU. Hubby tak kisah nak berbelanja kat kedai buku  sebab katanya boleh tolak cukai...


Kemudahan

Kelmarin, kami membuat rawatan gigi kelmarin di klinik Tiew, di Banting. Klinik Tiew ni, sedikit mahal dr klinik biasa  sebab ia pakar kosmetik gigi.  Tampalannya cantik, dan dibuatnya berhati-hati.  Kami boleh claim  rawatan gigi dgn company.  Rezeki  kami, bahkan kuota rawatan suami isteri pun asing-asing. Alhamdulillah, utk tahun ini itulah baru guna sekali. Nak buat lagi... tunggu kuota tahun depan la.... :)
Dulu, jari saya pernah tumbuh ketuat. Rasa tak sedap kat tangan..Hubby dpt info klinik panel, pakar kulit (dermatologist) kat Rawang . Wah.. tak perlu keluar sen pun! Rezeki.... Kata orang, selagi boleh pakai kemudahan tu, kita pakai! Kan?   JIMAT duit. :)


Future

Perkara di sebalik pakai kemudahan company ni, kalau Hubby dah tak kerja situ, tiadalah kemudahannya. Sebab itulah, sebagai keluarga swasta, kami juga membeli insurans medical . Masa umur belum sampai 40 ni, masih murah bayaran bulanannya.

Hubby pun beli rumah dan kedai sebagai pelaburan, juga utk kemudahan masa dah pencen nanti. Orang kerja swasta mana ada duit pencen bulan-bulan kan.

Takutkah kita kalau takde duit nak makan nanti?
Duit KWSP, cukupkah nak tampung hidup?
Nak tunggu anak-anak bagi duit, sampai hatikah kita? Ranjau hidup di zaman kita ini pun, dah penat nak lalui dgn bermacam inflasi, minyak naik dsbg... zaman anak-anak kita ntah apa lagi desakan hidup yg PERLU mereka lalui.

Macam Mama saya yg ada tanah kampung, kalu sesak-sesak, boleh lagi cagar tanah harta pusaka, tetapi anak-anak...  terpaksalah cari harta sendiri. Takkan nak bergantung pada tanah sebidang yg tak cukup sekar tu?

 Jadi,  taraf hidup anak-anak akan bermula dr zero;  nak bayar pinjaman pelajaran, nak beli tanah, nak buat rumah, nak kawen lagi.... beli kereta, simpan duit gi Haji.  Kesiannya anak-anak kita...
Berbekalkan ijazah  sekalipun, ia BUKAN MUDAH.


Kuasa Membeli.

Tak ramai orang mempunyai 'Kuasa Membeli'. Kuasa membeli BUKANLAH berdasar kad kredit, itu duit pinjam namanya.

Ia berdasarkan pendapatan tetap kita. Kuasa membeli, kadang2 digunakan atas alasan utk kemudahan anak-anak, untuk hari raya, ataupun kerana dapat duit bonus dsbg. Apepun, janganlah berlebihan menggunakan alasan.  Meski apapun alasan kita....kalau ia memerlukan belanja sedikit besar dr belanja sehari, cthnya sebulan kita dapat RM2000,  jadi sehari kita hanya boleh guna min RM66 secara kasar.   Adakah patut kita nampak sebuah jag berharga RM150 di Mall, dan terus kita beli sebab dah lama kita mahukannya? Mahu atau tidak mahu, kalau duit poket just cukup2.... TAHANLAH perasaan itu.

Meskipun Hubby belikan 'barang rumah' sempena birthday atau anniversary... TAK romantik kata orang. :)  Ttpi, bila saya fikirkan balik, itu dah cukup utk mngetahui bahawa dia mahu belikan barang letrik yg memudahkan saya memasak atau mmbuat kerja rumahtangga.Lebih ada, dr tak ada. Tak gitu? :)


**   Dah 2 tahun saya tak balik beraya kat Besut tau, sbb berjimat  utk rumah kami ni. Belanja jalan jauh kan, banyak sikit.  Hubby berkorban duit utk renovate rumah kami tahun lepas ... apa salahnya saya berkorban keinginan saya juga . Harap2 tahun depan, adalah rezeki utk saya balik beraya . :)


Rezeki  kita yang berbeza-beza.

Saya ada adik yg rezekinya mudah. Ada yg cuba banyak kali, tetapi masih gagal.

Saya SELALU tekankan pada diri sendiri mahupun adik-adik, bahawa rezeki setiap orang itu berlainan.  Ada yg mudah, ada yg sedikit payah.  Dah banyak kali, gagal juga... cubalah bidang lain pula,  jangan putus asa.

Allah tetapkan rezeki sebuah family itu juga berlainan.
Ada Anak yang dilahirkan dalam keluarga senang. Perjalanan hidupnya mudah, hidupnya lebih terjaga dan mudah mendapat apa yg diinginkan. Takkan sama dgn anak yg lahir dalam keluarga orang susah, perkara basic sprt nak beli buku sekolah pun, ibubapa terpaksa bersusah-payah.

Satu lagi, kita tak tahu SIAPA jodoh kita, orang kayakah, orang miskinkah? Kdg2 kita tak mampu memilih.  Ada Wanita yg mendapat jodoh orang senang dan berharta. Jd hidupnya tidaklah sesusah, orang yg suaminya yg tiada pendapatan tetap atau kais pagi makan pagi, yg harus memikirkan perjuangan hidup dan masa depan pelajaran anak-anak.


Itu ATURAN Allah. 

Berbelanja pula, belanjalah mengikut kemampuan pendapatan kita, bukan mengikut-ikut saudara/ adik beradik kita yg lain. Kita pun, janganlah mendesak-desak saudara mengikut cara kita.... tak semua orang yg berkemampuan kan?
Begitulah kalau kita mintak sesuatu dr suami.  Berminat sesuatu barang itu... boleh saja, tetapi nak beli, simpanlah duit sedikit dan kena tunggulah SALE! hahah.


Harapan

Berbincang-bincang dgn Hubby, bukan mudah kita nak membayar itu dan ini.... Perancangan itu penting. Kawalan juga penting.  Saya lihat, apabila saya menemani Hubby utk sesuatu hal, saya lihat Hubby lebih mudah memutuskan sesuatu, sebab saya ada di situ utk mmberi buah fikiran, dan boleh mengingatkan. Itulah suami isteri, saling melengkapkan.
Kelmarin, singgah di rumah apartment di Botanic,  kami memandang harapan yg tidak pudar. Moga harga rumah di Klang itu semakin naik. 


Bushra la.... qasidah semasa majlis selawat darul murtadza.


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, October 7, 2013

Bila dikau menjadi isteri, duhai adikku, TIPS


Bismillah,

Saya tidak mahu berasa beku. Saya jg tiada apa kepentingan.

Mengenangkan adik perempuan yang tiba2 menjadi tunangan orang, setelah lama mereka berhubung jarak jauh, membuatkan hati ini tersasar juga. Mengenang adik sendiri, membuat saya mengenang kehidupan sendiri... Padahal sayalah yg mnggesa2 mereka meneruskan tahap perhubungan agar lebih BERKAH sifatnya.

Saya tau, saya bukanlah kakak idol yang mampu menunjukkan segala yg bagus dan lengkap utk ditunjukkan kepada adik yg bakal mnjadi pengantin baru... Saya hanya melangkah kaki ke dunia perhubungan yg sah, hanya inginkan  Mardhatillah..  Pasti, ada cengkam bisu, sedikit tekanan dr pihak keluarga. Yg mngharapkan segalanya lengkap sprt oranglain juga.... Saya juga yg berkata, Apa yang ada sajalah. Lgpun saya bukanlah bekerjaya besar, kenapa pula harus berbelanja majlis besar dan mengikut-ikut orang.

Cuma tanpa sedar, saya melangkah ke Dunia Baru yang sangat berbeza. Kiri kanan belakang depan bagai mendesak-desak rumahtangga kami, mengikut-ikut oranglain juga.  AH.... Cara hidup orang di bandar besar ini sangat berbeza. Cara family suami juga berbeza.... Tidak sama dgn hidup ala kadar yg family saya amalkan. Yala, kemampuan juga berbeza bukan?

Susah benar saya menahan rasa dan telinga dari mndengar cakap-cakap orang yg bergaya-gaya. :)
Tetapi saya tetapkan pendirian. Saya ikutkan suami juga yang sentiasa berjimat-cermat utk mmbayar rumah /kedai  yang dilaburkannya. Tidak perlulah terlalu mengikut apa yg disarankan orang, kitalah yg tahu saiz sendiri, kita tahu keinginan sendiri...

Sebelum ini, dah banyak juga tips yang saya curahkan di blog ini . Ada rutin seorang isteri, ada bajet awal tahun, ada situasi berdepan dgn masalah.  Hal rumahtangga ini, saya terpaksa pandai2 sendiri kerana saya berjauhan dr Mama. Hubby yang kerap pulang ke Banting, saya mngambil peluang belajar cara hidup orang2 Jawa dan pergaulan mereka. Mengetahui masakan apa yg suami makan bersama keluarganya. Dan ada masa, corak masakan saya mula terikut-ikut cara my MIL.
Tetapi itu hanya permulaannya, kerana kemudian barulah saya mula mereka-reka cara sendiri. Namun saya bersyukur ada tempat belajar ttg kehidupan suami, berbanding orglain yg tiada ibubapa mertua.

Saya mncari penyesuaian dalam lelah, kasih-sayang, menjiwai. Itu satu pengujian CINTA. Saya tidak pernah lupa, saya ini orang pantai timur. Cuma pandangan saya, seorang isteri harus menyediakan masakan sesuai dgn selera suami, tetapi haruslah dipelbagaikan kerana suami juag harus belajar masakan baharu. :))



Source gambar, Nayzak Devianarts.

Oklah, kita terus kepada tipsnya. Utk adik-adik perempuanku :

1. Niatkan kerana Allah dan mndapat Mardhatillah. Kita akan berharap pasangan kita melengkapkan kesunyian hati kita, bahkan paling penting juga baik utk agama kita, yakni tidak menjauhkan kita drpd Allah. Dr sembahyang, jadi tak sembhyang contohnya.

2. Tiada benda yang perfect.
- Hatta kehidupan yang kita lalui atau apa yg kita ada selama ini, yang kita anggap ianya perfect, TAK semestinya oranglain juga  menganggap ia perfect. Kita rasa ia perfect sebab kita dah biasa dgn keadaan itu dan tiada apa yg merumitkan.
Kita sendiri hendak melihat wajah kita pun, memerlukan cermin bukan?
Kadang2 orang menegur, baru kita sedar yg sikap kita begitu bukan?

#   Tentang ingin bernikah, berlakulah adil terhadap keluarga yg lain. Meskipun kita dah cinta separuh mati terhadap si dia, ambil kira jugalah pendapat ahli keluarga yg lain. Jika kita masih dgn pilihan kita, maka mintalah mereka mendoakan kita dan pasangan. Jangan bertelagah pendapat dan membesarkan perkara. Kekalkan begitu meskipun setelah berkahwin.


3. Memberi kasih-sayang. PENTING.
-  Kita memasuki alam keluarga suami, maka berikanlah kasih-sayang kepada mereka yang disayangi suami.  JANGAN kita hanya mahu menerima, itu mementingkan diri namanya. Banyakkan menyebar dan memberi kasih-sayang.


4. Memberi dan menerima Kasih-sayang.
Tunjak utama pernikahan ialah kasih-sayang. Bermula dr cinta dalam hati, shg kepada CARA kita meluahkan kasih-sayang. Tidak dinafikan nasihat pertama yg seorang makcik berikan kpd saya sms saya seorang gadis, ialah " Layanan isteri terhadap suaminya di atas katil harus 'super hebat'. " Saya tertunduk mendengarnya.  Tetapi matanya ikhlas sambil berbisik. Katanya, jangan pernah menolak, layani suami seikhlas mungkin. Hikmahnya lagi, sejauh  suami itu pergi pun, dia akan pulang juga utk mencari kita, isteri, sebagai tempat melunaskan perasaanya sebagai lelaki.

*  Bahkan, itulah saranan ulamak semasa bercerita ttg bab Munakahat dalam kuliah. Suami, harus menunaikan tanggjwb batin dgn sempurna, kerana  ia dapat menjaga mata dan  nafsunya semasa berada di luar. Isteri juga, harus berusaha melayani suami. Kalu suami kata 'nak' saja, bersihkan diri dan jangan bagi alasan bukan-bukan.
* Namun haram isteri melayani suami semasa haidhnya, kecualilah sekadar bermesra. Trmasuk juga di siang hari bulan Ramadhan.
* Hum, belajarlah mandi wajib dgn sempurna.


5. Keluarga mertua
- Bukan semua orang ditakdirkan mmpunyai mertua. Meski pahit manis, bersyukurlah. Mertua sebenarnya jalan pintas untuk kita tahu tentang sejarah  dan cara hidup suami. Jadi, banyakkanlah belajar memerhati dan mendengar. :)


6. Jadilah diri sendiri.
- Kita takkan dapat lari dari dikomen orang. Lebih2 lagi dr keluarga baru, itu pasti. Bersabarlah sebanyak mungkin dalam proses mengenali itu, dan berusahalah memperkenalkan diri kita. Jikapun ada masa kita berdepan dgn masam muka atau tenung-tenung manja kerana cara keluarga yg berbeza, lekaslah membuang perasaan 'kelat' di hati. Jadikanlah suami sebagai peneman diri... sebab sokongan suami itu AMAT perlu. Insya Allah, cara mengawal hati itulah yg memudahkan proses berkenalan. 

# Jangan mudah marah, atau memberontak di hadapan sesiapa. Menunjukkan sikap buruk, belum tentu orang akan menerima. Tetapi jika seseornag itu melihat sikap kita yg paling buruk, dan tidak kisah ttgnya, itulah orang yg boleh kita jadikan sahabat/ teman.


7. Mengalah
- Tiada ruginya mengalah. Dgn itu kita mudah redha menerima kelainan, kekurangan mahupun kelebihan seseorang. 


8. RAJIN
-  Seseorg pernah memberitahu saya,  Jangan terlebih rajin- nanti kena buli.:)
Terlebih rajin tu pada saya, hehe, kalau kita melangar cara atau suka suki menyusun atur tanpa bertanya sesiapa. Dan suka suki mengarah itu ini kerana kita rasa kita super pandai.  Itulah terlebih rajin. Jikapun seseorang itu hanya menolong-nolong, itu sekadar utk 'menambah tangan' agar kerja menjadi ringan. Sifat belas kasih, dan ingin membantu.

# Mahu menolong.
# Mahu belajar.
# Tetapkan niatmu dan ambil kira jualah sensitiviti oranglain.


9.  Hindarkan
-  Hindarkan mendengar atau mengambil tahu cerita yg tidak bersangkut paut dalam hal membina kasih-sayang, kerana, ia akan merosakkan pandangan kita terhadap keluarga suami. Kadangkala ada masalah keluarga yg kita baru ketahui. Jadi, ingatlah sebenarnya TIDAK semua benda yg kita patut tahu. Lekaslah beredar dr tempat perbincangan itu.

* JAGALAH HATI DARI SUUZZON.


10. Berlaku Adil antara family sendiri dengan mertua.
-  Mengapa? Family kita lebih mengenal diri kita dan akan menyokong kita walau apa jua. Family suami pula ialah family baru yang wajib kita kasihi.  Layanan itu harus sama, walau kadar dan tahapnya berbeza. Hendak menjaga hati kedua family, tidak pula harus mengorbankan perasaan sendiri. 
# Ingatlah, suami dan anak-anak itu adalah AMANAH utk kita dan lebih memerlukan kita. Pandai-pandailah membawa diri..


11. Belajarlah utk Qanaah (berpuas hati dgn apa yg ada)
- Kadangkala, orang akan menafsirkan kita ini 'tidak pandai'  berhias-hias diri, atau menyusun atur rumah. Penilaian yg tidak adil, bukan?  Itulah, insan mudah menafsir pandangan luarannya. Sbg wanita, lekaslah kita mmbuang detik hati sprt itu apabila melihat keadaan orglain. Sebagai isteri, tidak mudah bermujahadah melawan nafsu dr melihat katalog Courts, iklan tv, pameran, sales kat Tesco dsbg.

# Namun satu saja, TERUSKAN BERMUJAHADAH. Jika inginkan sesuatu, menyimpan dahulu supaya suami tidak pening kepala atau menggunakan sistem Beli Dahulu Bayar Kemudian. Itu kaedah lebih selamat, Insya Allah.





 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, October 6, 2013

backup, bab hutang, wishlist jar


Bismillah.
Moga saya tidak terlalai dgn urusan internet ini.

Saya tidak berharap sepenuhnya kpd blog, kerana ia host FREE . Sedangkan blog bertanda dotcom pun  masih banyak yg saya klik, tetapi yg tertulis di situ dah expired. Sebab itulah saya belajar utk tidak bergantung kpd internet. Takdelah kita stress apabila tak boleh nak online selama berhari-hari... kerana broadband pun nak kena topup juga. P1 ni mahal, terpaksalah berjimat-cermat.  Even, yg berbayar tolak by Ccard sekalipun.

Apa-apa sekalipun.... kita harus ada BACKUP,  sayang jugalah segala hasil penulisan/resipi ciptaan kita terkubur mcm tu saja. Segala penat lelah kita mengasah idea..


HUTANG

Kita tak terlepas dr itu.
Bila saya berbincang2 dgn Hubby, dia setuju bahw kos hidup semakin tinggi. Inflasi? Entahlah.
Dahulu kami menerima cam gitu jer keadaan, maknanya, nak buat camana... bayar jela. Tetapi sekarang ini, kami cuba menongkah arus/gaya hidup.

Tiada orang yg tiada masalah. Semakin dewasa, bahu semakin terbeban dgn pelbagai tanggujjwb. Ada yg nak kahwin, ada yg perlu memiliki kereta, ada yg perlu beli rumah. Dgn kata lain, mereka kata mereka terpaksa. Dharuriyyah kata orang... Saya dan Hubby juga tidak pernah lepas dr benda semacam tu.

Bila saya rasa TAK SEDAP HATI kerana mendengar komen orang itu dan ini, atau melihat adik2 terpaksa hidup dgn gaji yg seadanya, sedangkan semua harga semakin naik, saya rasa diam itu lebih baik. Berfikir-fikir...  Sesungguhnya bukan semua orang yang dilahirkan saja, dalam  keluarga mewah. 

Duhai adikku, kalau akak menghalang-halang dr kamu berbuat itu ini yg mmerlukan belanja yg besar, bukanlah niat apa-apa. Ia kerana kak sayangkan kamu, takut kamu tersilap langkah... dan kak tak berduit banyak nak bantu kamu. Ibu kita pula bukanlah berharta sangat nak pinjamkan kamu duit.  Tak macam sesetengah orang, boleh bergantung dgn family bila2 kesusahan, walaupun dia tidak mndengar kata. Tetapi kalau kamu, yang tersilap langkah, kak akan terasa ' sakit hati'  KERANA  kak tak mampu menolong kamu dr kesusahan. Itulah besarnya kasih kak kepada kalian semua....
Itu juga besarnya kasih ibu dan bapa kepada kalian.


* Nak kahwin, kahwinlah dgn Si Gadis  yg hantarannya semampu kamu. Kamu pun hendak buat kenduri di rumah ibu kamu lagi, nak mnjaga airmuka ibubapa kamu.
* Nak berkenderaan atau berumah, janganlah sampai buat pinjaman 2-3 tempat.
* Nak buat bisnes, belajarlah dr orang yg boleh membimbing kamu. Barulah keluarkan modal.
* Nak membeli barang yg harga lebih 2-3 ratus... menyimpan itu lebih baik.


Jangan padankan hidup kita dgn hidup orang .  Tiada apa yg dimalukan kalau kita tak mengikut cara hidup orang.   Sebab itulah ulamak selalu pesan, kalau nak bandingkan juga, bandinglah dgn orang yg kurang dari kita.  Supaya kita selalu memandang ke bawah, sedar, langit tidak sentiasa cerah.

Sentiasalah belajar dr orang yang tersungkur banyak kali dan bangkit, ambil TAULADAN dari dia.
 

 WISHLIST JAR

Saya juga ada wishlist, tetapi sebelum ini Hubby sentiasa berusaha mengadakan utk keluarga kecil kami, sampaikan saya terlupa yg kami bukanlah orang yg sentiasa ada 'duit mengalir masuk'.

Sejak kami ada rumah sendiri, barulah kami tahu bebannya macam-macam. Dari A to Z.  Dahulu ada tinggal di rumah sewa, tidaklah kami fikir detail sprt itu. :) Katan orang, bila ada anak, kita hanya fikirkan keperluan anaK, berhabis segala benda sebab  SAYANG . Macam tu jugalah sayangnya suami terhadap isterinya.
Janganlah kita sbg isteri mengambil kesempatan.

Sejak dulu dah mula menyimpan-nyimpan duit utk perkara sprt ini, tapi tak serius. Rasanya kena serius, sebab ekonomi di luar skrg pun tengah serius.


Di antara Belanja :




Wishlist jar :






JAR KOSONG- Saya buat guna paint saja. Copy saje kalu mahu.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────