" The BEST OF PEOPLE are those that bring most benefit to the rest of mankind. "
Berbuat baiklah sesama kita.
NOTA FIKIR SEORANG HAMBA:
Kita asyik bertanya kepada diri sendiri,
Why... why... and why?
Kadang2, kita dah tahu perkara itu akan terjadi, tapi kita tak boleh control diri. Kita asyik marah-marah anak tanpa sebab, pukul anak tanpa sebab, menekannya sehingga dia tidak tahu hendak mmpercayai siapa . Satu hari bila dia berduit, dia akan keluar rumah tanpa menoleh ke belakang. Rupanya manusia bukan dalam kawalan ibu atau bapa... manusia dalam pengawasan Allah. Allah mengetahui sekecil perkara di dalam hati kita... Hatta kepada sekecil orang.
Isteri asyik bising dgn suami, rasa marah dan tertekan saja terus nak cerai, nak cerai... semua keluarga kita menyokong kita pula. Terasa besar kepala. Apabila satu hari diceraikan, dan berasa kesal dgn tingkah laku. Rupa-rupanya Allah mendengar kehendak dia, dan diberikan.
Apabila kita mahu mengadu masalah kepada seseorang, seringkali masalah kita akan dibanding-bandingkan dgn masalah oranglain pula. Ataupun, si pendengar berkata kita ini bercakap yg buruk-buruk ttg oranglain. Justeru, barangkali... dia bukanlah orang yg tepat utk mndengar masalah kita. Berlapanglah dada.
Namun, kita ambillah kebaikan dan buatlah amal. Menggembirakan hati seseorang lebih baik dr mmbiarkan teman kita diselubungi kesedihan. Dgn cara bersifat empathy dan cubalah beri sedikit solusi, jangan hanya memejam mata atau menutup telinga. Kita pun tak mahu orang bersikap bgtu kepada kita apabila tiba giliran kita mnghadapi kesusahan.
Cuma satu perkara, jangan kita terlibat dalam masalah secara lgsung. Hum, seperti menggalakkan pasangan suami isteri berpecah belah? Takut Allah tidak suka... (Kecualilah pasangan itu sndiri yg merancang begitu). Sedangkan seorang anak ... meskipun berhadapan dgn ibubapanya bertengkar sentiasa, dia tetap doakan jodoh ibubapanya panjang...
FOBIA
Kita fobia dgn situasi buruk yg hanya berlaku sekali. Kita dah berasa situasi kita amat teruk dan memalukan. Padahal kita pernah melihat oranglain ditimpa tangga dan jatuh berkali-kali, yg mana ia bukan dalam kawalan orang itu. Perancangan dalam kawalan kita, tetapi orang yg kita bakal temui, situasi yg bakal kita tempoh....Itu perancangan Allah. Usah menyalahkan diri, kita sudah berusaha mengelakkannya.
Cepat atau lambat, perkara itu akan terjadi.... tetapi perancangan kita kadang-kadang di luar apa yg Allah takdirkan. Hidup umpama roda yg berpusing-pusing. Usah menyesali apa yg terjadi... dorong kebahagiaan di masa hadapan dgn perasaan yg luar biasa! Bila ternyata kita tidak memaafkan diri, bagaimana kita mahu memaafkan orang di sekitar kita?
Mujahidah dunia...
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment