Pastikah diri kita di-cintai seseorang ?
Atau cinta yang berwarna lukisan... unsurnya boleh mudah dipadam?
Atau sedang berharap dicintai Tuhan sebaik-baik Cinta?
Atau sedang berkorban mengharap cinta seorang ibu atau bapa?
Jujur...
sejak dewasa, saya banyak menyimpan segalanya sendiri semata-mata mengharapkan ibu dan abah saya memberi tumpuan kepada adik-adik. Sejak dari zaman di sekolah berasrama.... Saya tahu ibu dan bapa banyak mnghadpi kesukaran hidup dan kesukaran dlm relationship.
Alhamdulillah, semua adik saya bersekolah di Besut.
Biarpun rezeki saya bersekolah jauh dlm 2 marhalah juga , saya masih cemburu pada adik-adik yg sempat berbual dgn ibu dan bapa di rumah. Saya pula hendak menelefon mahal harga bilnya.
Kemudian, biarpun rezeki saya bersuamikan orang jauh, saya menguatkan hati dan perasaan berkata:
" Biarlah, asalkan adik-adikku tidak menjadi seperti diriku yg haus kasih dan manja semasa remajaku. ( Mungkin adik-adik tidak menyedari itu, bahawa sebenarnya mereka lebih beruntung ).
Biarlah, asalkan ibu dan bapa mahu memberi tumpuan menjaga dan mengasihi adik-adik sedaya usaha sehingga mereka mampu menongkah hidup sendiri...
Dan jika mereka dilepaskan lebih awal ketika belum matang, ya Allah, kau jagalah adik-adikku.. dan redhailah ibubapaku memasuki JannahMu.... ".
Cinta dan kasih itu adalah kerana Nya...
P/S HATI : Sekarang, mereka AMANAH untukku dari arwah Abah . Namun, macam mana sekalipun, aku tidak akan mmpu menjadi pengganti seorang ibu atau bapa kepada mereka... Aku hanya seorang kakak yang banyak songeh... :D
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment