Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, May 29, 2010

Wantan Goreng Sempoi (isi udang)



Salam sejahtera, selamat petang. Sorry, kami tak balik rumah lagi. Masa scheduled post ni, fresh baru lepas goreng. Sambil taip, sambil kunyah. satu pinggan dah nak abes dah. Yum.... sedap betul wantan goreng isi udang.... Masa breakfast tadi pun ada goreng. My Hubby angkat kening sambil senyum. Isi udang memang rasa baaaasah gitu.. tak sempat cecah sos cili thai dah. hikhikhik..



WAN TAN GORENG SEMPOI (isi udang)

Kulit wantan
Udang sederhana besar -dipotong dadu
Serbuk lada putih (white pepper) - secukup rasa
Kicap manis - secukup rasa
Sedikit garam - secukup rasa
sedikit tepung jagung

Cara:
Campur semua bahan. Gaul sebati. Bentang 1 keping kulit wantan, isikan inti. Lipat ikut suka. (Saya lipat segi tiga je). Tangkupkan kulit wantan. Tekan skit hujungnya. Boleh juga disapu dgn sikit air. Jangan risau, takkan terbuka punya.. ;). Goreng dgn api sedikit perlahan , kerana kulitnya cepat garing. Goreng hingga warna keemasan. Angkat dan hidangkan.


Sebelum goreng


Selepas digoreng... ;)

Kacang Botol Goreng kicap


Salam sejahtera, this is scheduled post 3. I'm not online now. Mungkin dah keluar untuk kenduri. ;). Sayur ni digoreng last night, sajer2... walaupun takde kena mengena ngan nasi jagung... timun takde untuk buat dalca...


Menu tumis2 jer. Kacang botol dipotong serong. Tumis bawang putih hiris, masukkan sedikit air, dan pecahkan 2 biji telur, tuang kicap masin dan kicap manis secukupnya. Baru masukkan kacang botol. kacau rata, masukkan cili merah hiris. Biar hingga kacang botol sedikit layu. Angkat dan hidangkan...



Ayam masak kurma


Salam sejahtera, this is scheduled post 2. I'm not online. Nak siap2 sebab ada kenduri tengahari... ;). Ayam masak kurma ni, gandingan nasi jagung. Alhamdulillah, serasi gandingannya. Actually, stok ayam tu dah tinggal nazak, sebab tu nampak sikit ayamnya, itupn campur ngan hati dan pedal ayam.. hihihi...



AYAM MASAK KURMA

Bahan-bahan :

1/4 ekor Ayam -dipotong kecil
bawang putih -dihiris
bawang merah atau bawang besar -dihiris
halia- dihiris
1 sdm Rempah kurma Adabi
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang.
santan secukupnya
garam secukup rasa
sedikit gula

CARA:
1. Tumis bawang putih,bawang merah,halia, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma. kacau rata.
3. Masukkan ayam, kacau sebati.
4. Masukkan air dan santan secukupnya, garam dan gula.
5. Kacau sehingga masak.
6. saya hidang bersama nasi jagung... sedap juga gandingannya.. ;)

Nasi Jagung


Salam sejahtera, this is scheduled post 1. I'm not online. Arini sibuk skit ;) . Nasi jagung dinner malam tadi. My Hubby dan saya tambah berkali2... Alhamdulillah, walaupun guna beras biasa, tiada masalah. Juga saya tak guna minyak sapi, either susu cair. Maklumlah My Hubby kurang suka nasi berbau susu... cuma air kena tambah skit supaya nasi masak betul. dan untuk lemakkan nasi, saya ganti mentega jer untuk menumis. Walau takde papadom, dan berlaukkan ayam masak kurma yang ayamnya seciput jer. Alhamdulillah, kami tambah nasi baaanyak kali. Sedap, berkhasiat, dan kurang muak...




NASI JAGUNG -Sumber buku Nasi Chef Hanieliza.

Bahan A
6 cawan beras basmathi (Nurindah:saya ganti beras biasa, tiada masalah)
2 cawan isi jagung - (Nurindah:saya guna jagung whole kernel tin ayam brand)
1/2 cawan susu cair - (Nurindah:saya tak bubuh, My Hubby kurang makan nasi bersusu)
8 cawan air - (Nurindah: Lebihkan 3/4 cawan bagi beras biasa)
2 sdm rempah beriani (jenama Faiza)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan B (untuk menumis)

5 biji bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia - dimayang halus
3 sdm minyak sapi - (Nurindah:saya ganti dengan mentega)
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari - (Nurindah:saya masukkan dgn tangkainya.Nasi masak, baru buang tangkainya)
2 helai daun pandan - disimpul

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi dan masukkan semua bahan tumis.
2. Apabila sudah wangi, masukkan rempah beriani. Biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras, isi jagung, air, garam, gula, dan susu cair.
4. Masak menggunakan periuk nasi letrik seperti menanak nasi biasa.
5. Apabila sudah masak, boleh dihidang dengan kuzi daging, dalca dan papadom.. (Nurindah: saya hidang dengan ayam masak kurma.. :)

Friday, May 28, 2010

Chocolate cheesecake




Salam sejahtera,
Buatan malam tadi. Chocolate cheesecake dari cikmanggis. Saya jumpa kat blog Datinel.
Dinner kami malam tadi pula,beli jer, Moi Sup. Kenyang..., jadi arini tak tayang lauk pauk.

Actually, di atas adalah balen2 kek yang saya yang berjaya diselamatkan. Huwa....! Sob.. sob.. Sebabnya, percubaan saya nak terbalikkan dia, semuanya ranap. Haiya, tengah2 malam bole pulak terlupa, lapisan cheese tu lembiks time panas... huhuhu... pada pemerhatian saya, cheesenya agak tebal. Jika nak kurangkan separuh pun ok, sebab My Hubby kurang makan cheese. Lapisan coklatnya pula, saya bubuh tak sama banyak, jadinya, bawah tebal, atas nipis. Takpe la. Percubaan..dan cobaaann..hukhuk... . Tapi sedap... maklumlah rasa kek coklat plus cheeese.... Fuh!
Seeloknya beli jenama Philadelphia. saya guna australian diaries.

Alternatif : Jika nak cuba chocolate cheesecake resipidiana pun lebih kurang sama.

Tips Memilih keju halal : http://norzailina.blogspot.com/2009/12/memilih-keju-halal.html
Keju halal buatan Muslim : http://kejuhalal.blogspot.com/2009/12/krim-keju.html





CHOCOLATE CHEESECAKE - kopipes dari blog Datinel, sumber asal makcikmanggis. Terima kasih banyak2 kepada kakak berdua sebab sudi share resipi.. :)

Bahan-bahan

(A)
180 gm butter
20 gm serbuk koko
170 gm gula halus
4 biji telur
120 gm tepung naik sendiri
1 tsp baking powder

(B)
500 gm cream cheese
120 gm gula halus
1 tsp esen vanila
2 biji telur

Cara-caranya:)

1. Untuk bahan A
* Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder ( 2 kali) -ketepikan
* Pukul butter dan gula hingga gebu
* Masukkan telur dan pukul lagi .
* Kemudian masukkan tepung dan kacau sampai sebati-ketepikan.

2. Untuk bahan B
* Pukul keju hingga kembang. Masukkan gula,pukul lagi hingga gula hancur.
* Masukkan telur dan esen vanila dan pukul hingga adunan benar-benar sebati.

3. Sapukan loyang dgn butter dan alas dgn kertas minyak.
4. Tuangkan separuh adunan (A) kedalam loyang.
5. Kemudian tuangkan (B) hingga habis.. keatas (A)
6. Akhirnya tuangkan adunan(A) yang separuh lagi ke atas(B)
7. Bakar hingga masak. (Nurindah: suhu saya tak pasti, sbb tidak tercatat. saya guna suhu oven 175c pun hangus skit, hihihi. )
8. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong. (Nurindah: lapisan cheese tu, lembik time panas...huhu)


lapisan A.


Adunan kek coklat


Lapisan B

Griddle Cakes or Sweetcorn Pancakes


Salam sejahtera, selamat pagi,
Pagi ni, cuba penkek jagung pulak. Actually, ada bahan buttermilk dalam resipi ni.Saya tak pernah beli. Saya pun tak tau buttermilk kotak tu, ada cop halal ke tak. Tetapi kalu nak tahu, bole intai2 kat cold storage atau buat home-made. kalau nak cuba penkek versi kak hanieliza pun ada . Oh, ya, ada versi saya dan versi asal dari buku.. :)

VERSI NURINDAH : (tak guna buttermilk)
Griddle Cakes or Sweetcorn Pancakes - Diubahsuai oleh Nurindah, sumber Children's healthy & fun cook book

110gm tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1sdt serbuk penaik
1 biji telur
100ml susu segar
75gm isi jagung - (fresh, frozen or tinned) - saya guna jagung tin whole kernel ayam brand
Susu segar lagi untuk mencairkan skit adunan.
1 sdb mentega (saya tambah ni, kalau taknak pun takpe)
option : garam , kalau tak bubuh mentega...

CARA:
1. Campur semua bahan hingga menjadi batter yang sesuai untuk pancakes.
2. Panaskan pan non stick, letak sedikit majerin atau minyak, tuang 1 senduk adunan.
3. Biar garing, baru balikkan penkek.
4. Bila dah masak, baru angkat. Hidangkan dengan sebarang sosej, burger, atau nak yang manis, madu atau maple syrup. (Dalam resipi, griddle cakes dihidang bersama bacon). It is savoury pancakes actually...




RESIPI ASAL
Griddle Cakes or Sweetcorn Pancakes - source Children's healthy & fun cook book

Ingredients:

110gm plain flour white
1 tsp bicarbonate of soda
1 tsp baking powder
1 egg
100ml milk
75gm sweetcorn (fresh, frozen, tinned )-
284ml carton buttermilk
3 tsp sunflower oil
salt and pepper

Note: Buttermilk is the low-fat liquid left after the cream has been removed when making butter. Commercialised buttermilk is made from skimmed milk and milk powder and is cultured in the same way as yoghurt. (i don't know it is halal or not)

Aunty Yochana's homemade buttermilk : (Nurindah : belum cuba..)
No need to buy Buttermilk if you can get it. For your info, Buttermilk is easily available in Singapore.Here is the substitute:
1 cup of fresh milk + 1 Tbsp. Lemon Juice or Vinegar. Let it sit for about 5 to 10 mins. before using.


METHODS :
1. Pour the milk into a jug and then carefully crack the egg straight into the jug. Mix the milk and egg together with a fork or small whisk.
2. Sieve the flour, bicarbonate of soda, baking powder, and a pinch of salt into a large mixing bowl. Make a well in the centre of the bowl.
3. Pour the milk and egg mixture into the well. Then carefully, add the buttermilk and sweeetcorn.
4. Gently beat the mixture until the ingredients ar combined.
5. Heat half the oil into the pan and then ladle in the batter to make griddle cakes about 10cm in diameter.
6. Cook for 2-3 minutes, until goldn underneath. Flip and then cook the other side. Make 12 cakes in this way, adding the rest of the oil when necessary..


Thursday, May 27, 2010

Ikan keli masak lemak cili padi, Udang goreng oat


Salam sejahtera. Teringat kenangan beli ikan keli ni kat NSK. Ikan tu baru dipotong2 hidup2 oleh pekerja pasaraya tu, tapi masih menggeliat lagi...huhu. saya geli, My Hubby yang ambik ikan tu. Dia cakap, panjang beetul nyawa ikan keli ni ya... kihkih.. Akhirnya tamatlah riwayat ikan ni bila saya masak lemak cili padi malam tadi. Resipi campak2 juga. Aritu nampak cikmanggis masak ikan keli salai, memang terliur sangatla. Tetapi malam tadi, malas nak bakar, nak masak cepat2... jadi ikan saya goreng skejap (aci tak? ;) Pastu masuk dalam periuk santan bercampur bawang, ikan bilis, cili padi yang ditumbuk lumat, asam keping. daun kesum takde. Amaran, ini resipi campak-campak... hehehe...


Udang goreng oat ni, asal resipi udang goreng nestum kak maz. dah maaanyak kali buat. sodap pun sodap... cuma ganti oat jer, sbb nestum takde. Resipi versi oat kat sini. Bezanya cuma versi oat basah2, versi nestum rangup ngup... ;)

Mee Sanggul Cintan Goreng



Salam sejahtera, selamat pagi,
Kelmarin ialah hari yang melelahkan. As usual, kerja rumah mesti dibuat. Takkan nak terbaring jer ,kan? I'm still strong. heheh... lagipun minggu ni, kurang sibuk sbb dah akhir2 bulan ni, biasanya kurang order baju. jadi, lepak2 jugakla..

Pagi ni,kelam-kabut cari software printer, saya pot pet jugakla. dah lama beli, tapi tak jugak2 install. Nasib baik kat online ada...huhuhu. Seb baik, saya sempat masak mee sanggul non-fried cintan ni. saya bekalkan jer untuk Hubby..

Takde resipi, sbb tuang jer tadi. Only guna 2 keping mee (dicelur lembut), tumis bawang putih dan merah (dihiris), masuk sos tiram, kicap masin (secukupnya), tambah skit air. Masuk mee, kacau sebati. Pastu, tambah kicap manis. Kacau lagi, lubangkan kat tengah2 mee, pecahkan sebiji telur. Kacau hingga telur masak. Tak payah add garam. kalau nak bagi laagi hitam, guna kicap pekat jer... Peringatan : Ini versi manis masin yer. nak cili tambah sendiri.....hihihi...


Wednesday, May 26, 2010

Blackpepper Chicken and Brocolli, Sotong Goreng Kunyit


Salam sejahtera,
Wah... kali ni berturut2 menu kak JC. saya pilih brokoli ni sbb saya meeemang tak pandai masak brokoli. Biasa saya buh dalam paprik jer. Lama2 jemu.. Kali ni, huwah... menu terbaru brokoli. Meeemang sedap. Saya buat versi berkuah sikit sebab kami suka yang ada kuah2.. tak sangka brokoli bole jadi sesedap ini, ya? Rahsianya, ialah cara masak brokoli ni, sama ada distim, atau dicelur separuh empuk dahulu. dimasukkan last bila bahan tumisan siap. Hai, sedap sesungguh bila menggigitnya... (kalau ada daging batang pinang, dah sure saya masukkan skali nih...hihih)




Brokoli dan lobak merah dicelur sehingga separuh empuk...


Bahan-bahan menumis dan sos...

BLACKPEPPER CHICKEN AND BROCCOLI - sumber kak JC, /jceastmeetwestkitchen. Thanks a lot kak, muah...!

Bahan-bahan: (nurindah: saya buat separuh bahan, 200gm ayam)

1 pound dada ayam-potong kecil ( 1 pound = 454 gram)
1 tsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp seasoning salt

Gaul semua bahan ni dgn ayam dan perap sekejap.

Bahan sos:
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu teh jus lime atau cuka
1 kiub pati ayam

Sampingan:
1 head broccoli- dipotong, kukus atau rebus dulu, dan ketepikan (nurindah: saya celur 1/2 empuk)
1 btg carrot- dihiris, stim, dan ketepikan (nurindah: saya celur 1/2 empuk)
1/2 lada benggala warna merah
1/2 lada benggala warna hijau
3 ulas bawang putih- cincang
3 tangkai daun bawang-hiris (nurindah:tak bubuh)

Panaskan minyak kemudian goreng ayam, bila dah masak ketepikan. Guna minyak yg sama tumis lada benggala, bawang putih dan daun bawang.

Masukkan ayam dan sos kacau rata masak sekejap. kemudian masukkan broccoli dan carrot gaul rata. ( kalu nk berkuah sikit masukkan sikit air ).


Sotong Goreng Kunyit... resipi klik sini. Bole buat kering atau tambah air untuk kuah...

Thai Fried Bananas



Firstly, saya ucapkan takziah buat Ijan, Finland, atas kehilangan ayahanda tercinta yang kembali ke Rahmatullah. Dengar cite, allahyarham kena sakit jantung. Al-Fatihah... Actually, dah banyak hari saya cuba tembus web Ijan, tapi tak dapat. Tiba2 dapat berita sedih. Moga Ijan sabar, ya. Moga segala urusan dipermudahkan untuk pulang ke kampung. Berhati-hati dalam perjalanan...

Pagi ni, buat Thai Fried Bananas. Resipi dari Ika, bangkok. Hm....enak rasanya... mudah pulak tu membuatnya. Actually, saya kurang gemar pisang berangan atau pisang montel , sebab selalu rasanya kurang manis, masam2 skit,huhuh. My Hubby pulak suka pisang jenis ni, sebab dia suka minum air pisang, (ais + pisang berangan + susu pekat yang dikisar), kadang2 campur Oat. Tetapi, dessert ni, meeemang buat saya tak ralat kalau My Hubby beli pisang lagi, macam yang ika cakap, makan pisang + whipping cream + sos coklat pun dah buat kita berselera... hihihi. Terima kasih Ika, sebab tayang resipi ni. Izinkan saya share ya... :)

Pisang Goreng Thai - ditranslate oleh Nurindah, sumber ika, arah, resipi asal dari about.com + video .

Bahan-bahan:

* 4 keping Kulit popiah (6 inci )
* 2 biji pisang (montel, berangan, atau cavendish) -dikopek, isinya dipotong dua)
* minyak untuk menggoreng
* Tambahan nurindah: Tepung gandum - dibancuh dgn sedikit air shg pekat utk melekatkan kulit popiah.
* Hiasan - sos coklat (nurindah: bole guna sos coklat hersheys ataupun macam saya, cairkan dark chocolate + skit minyak jagung, masukkan dalam plastik, gunting bucunya, titiskan di atas popiah. Krim putar siap, dan sikit kekacang.

Cara:
1. Bentangkan kulit popiah. Letak pisang di salah satu bucu kulit popiah.
2. Gulung pisang hingga ke tengah. Lipat bucu dari kiri dan kanan. Gulung lagi hingga ke hujung.
3. Sapu hujung akhir kulit popiah dengan sedikit bancuhan tepung tadi. Lekatkan.
4. Goreng hingga garing. Api sederhana besar.
5. Angkat dan toskan. Boleh dihidang dengan sos coklat dan krim putar serta kekacang.

THAI FRIED BANANAS - sumber ika, arah, resipi asal dari about.com + video

THAI FRIED BANANAS

Ingredients:

* frozen spring roll pastry wrappers (6 inch square)
* 2 bananas
* cooking oil for frying

Method: (Basic Rolling :)

Prepare the Spring Roll Wrappers
Allow the wrappers to thaw for 5 to 10 minutes, before opening the packet. Open the packet and carefully separate 4 of the wrappers from the pile. Prepare your first wrapper by turning it 45 degrees, so it looks like a diamond.

Add Bananas to the Wrappers
Peel a banana and break it in half. Place the banana half in the center of the wrapper. Grasp either side of wrapper and bring toward the center. Hold the wrapper in place on top of the banana with one finger.

Roll the Wrappers
With your other hand and thumb, bring the bottom end of the wrapper up over the banana. Tuck in the end and roll the banana over until it is completely wrapped. Secure the top corner of the wrapper by dipping your fingers in a little water and wetting the end to seal it like an envelope. Now the banana is ready to be fried.

Let's do it with the other banana half. Place the banana in the center, fold in the sides, bring up the bottom and roll it up to the top. Wet the top corner and seal.

Fry the Banana Rolls
Next, heat about 1 inch of cooking oil in a pot or deep frying pan. Keep the temperature at a medium high heat. The oil is hot enough when bubbles begin to rise from the bottom of pan.

Carefully place the wrapped bananas into the oil. Fry until the bananas until they are golden brown. If the oil does not cover the bananas, flip them over to fry both sides.

When they are done, turn off the burner and remove the pan from the heat. Take the bananas out from the oil and place them on a towel or absorbent paper to drain.

Serve and Enjoy
Serve the bananas warm. For a special dessert, top them with chocolate sauce and whipped cream.



Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers