Menu Sabtu lalu juga. Sdap cucur berjagung macam ni. Lebih2 ada rasa udang. Sambil tengok movie, habis cucur ni kami kunyah. Siap bawa bekal dalam perjalann balik ke banting lagi, pun habis juga. Cuma satu, penggunaan air suam, akan menyebabkan tindak balas antara baking powder dan air suam. Air biar suam kuku. Resipi chef Hanieliza. Izinkan saya share kak sini..
CUCUR JAGUNG - buku Kuih Muih Minum Petang,chef hanieliza
Bahan-bahan:
3 tongkol jagung
1 labu bawang besar (dicincang)
3 biji cili merah (dicincang)
200gm udang basah
1 biji telur
sedikit daun kucai (dipotong pendek)
2 cawan tepung gandum
1 sdk serbuk penaik
1 cwn air suam
1 sdk serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak menggoreng
CARA MEMBUAT:
1. Jagung diambil isinya sahaja.
2. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar hingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan sedikit demi sedikit.
4. Goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Hidangkan dengan sos cili.
nur thanks share resepi kat sini.. akak mmg tengah cari resepi ni.. abang bais suke nih..
ReplyDeleteIndah,
ReplyDeletekalau pakai jagung frozen ok tak.
kRina tak pernah cuba. selalu buat bawang, ikan bilis @ coklat jer..
nak senang.. hehe..
guna air suam tu mmg berkesan kan?.. tu kakak kRina ada ajar..
salam kak izah,
ReplyDeletesame2. kita sama2 berkongsi idea :)
salam kak reena,
ReplyDeletesaya pun baru try guna air suam ni. skali cucur jadi wane merah plak. hikhik. mungkin air yg saya guna tu panas sgt.