Salam sejahtera, selamat pagi,
Di antara dinner malam tadi. Ayam bakar mayonis. Dalam seronok ada semua bahan, lada hitam pulak abes... huhu. Jadi,kuranglah rasa2 pedasnya, diganti white pepper. Takpe, rasanya tetap maintain dan semerbak bau dalam rumah. Saya guna 1/4 ayam, saya bakar 1 jam sebab set suhu oven, 175c, bila dah hampir masak baru naikkan suhu 190c sebab nak nampak hangus skit. Oven saya Sharp, bukan pensonic(tadi silap tulis ;), bila guna cara ni, ayam bakar saya lebih lembut, berbanding setting tinggi. ;)
Terima kasih banyak kepada Ros kerana berkongsi resipi ya. Izinkan kak share resipi kat sini. :)
Ayam Bakar Black Pepper bermayonis - Sumber Ros, jintanmanis
Bahan-bahannye
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

nur bila nak join food bglog review kat blog sy?join tau..ade lucky draw sekali! :)
ReplyDeletehttp://makanmakanbycatlina.blogspot.com
Nur!!! Sedapkan ayam nih!!! Love sukeeeeeee ;)
ReplyDeletesalam kak catlina,
ReplyDeleteadd banner je kan? saya dah add :)
hi sis love,
ReplyDeleteoh, baru perasan kak love baru buat. sedap3x... hihihi