Idea yang datang di saat kebuntuan malam tadi. Kailan biasanya, saya buat kailan ikan masin. Tofu telur pula biasa dibuat tofu bersos tiram.Kedua-duanya ada menggunakan kicap. Saya gabung jer bahan ni. Alhamdulillah, sedap...habis kami makan.
KAILAN GORENG BERTOFU
BAHAN
1 paket tofu telur jenis bulat- dipotong2.
1 ikat kailan -dipotong
Bawang putih -dicincang atau dihiris
halia (jika mahu) -dicincang
cili merah dihiris atau cili padi diketuk
Kicap manis secukup rasa
Kicap masin secukup rasa
Sos tiram secukup rasa
Sedikit air untuk kuah- secukup yg dimahukan
CARA:
1. Goreng tofu telur . Angkat dan toskan.
2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sikit minyak, tumis bawang putih, halia. Biar hingga naik bau.
2. Masukkan air. Bole masukkan batang kailan masa ni.
3. Baru masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin,daun kailan. Biar hingga kailan sedikit layu.
4. Akhirnya masukkan tofu telur tadi. Biar mendidih lagi.
5. Angkat dan hidangkan

No comments:
Post a Comment