Salam sejahtera, selamat petang,
Ah...saya terasa amat terhutang budi dengan ramai insan bergelar GURU...Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat Guru-guru yang pernah mendidik saya, sama ada masih mengenali saya atau tidak.
Dulu saya asyik pindah-randah sehinggalah ke kampung saya, Sek. Keb. Ayer Terjun. Guru-guru di situ amat baik terhadap saya, dan membina sifat2 dan nilai tinggi dalam diri saya. Ustazah dan guru besar yang mengharapkan saya ke sek. agama, jadi saya merantau sehingga ke SMKA Tok jiring. Di situ, saya blajar erti berdikari, berkawan2 yang sebenarnya.
Saya seorang budak jongos, dari keluarga susah. Kena pandai2 la membawa diri. Guru-guru yang penyayang...Ustazah yg amat membantu saya semasa ibubapa saya tidak mampu membayar yuran asrama bulanan, kerana biasiswa saya digunakan utk buku2 tambahan dsbg. Teacher zaleha yang mendorong saya utk meminati English, Cikgu Syed Anuar yang tidak marah setiap kali saya lewat masuk kelas kerana membantu di kaunter pinjaman library.
Sehinggalah saya tiba2...terpaksa menjalani Operation Appendiks menjelang SPM...guru2 dan pengetua yang amat baik hati. Penilai peperiksaan yang memberi soalan mudah untuk saya semasa ujian speaking. Warden aspuri tacher salmi yang slalu membelikan saya biskut jacobs. Dan ramai lagi yang tidak mampu saya sebut.
Kemudian, saya berpindah ke smk seri nering. Juga guru2 yang baik hati. Sentiasa memberi dorongan dan semangat. Terutama cikgu sejarah am, yang amat saya senangi kerana jubahnya yang cantik dan sikapnya yang menarik perhatian student untuk minat sejarah. Juga cikgu tamadun Islam yang saya amat minat subjeknya kerana dia juga pandai bercerita. Tapi, saya tidak lama di situ...
Cukuplah di situ saya bercerita. Ya, memang saya terhutang budi dengan ramai insan2 mulia ini. Dan saya kagumi kasih-sayang mereka.. Oh! Ya, juga buat FIL (father in law) dan MIL (mother in law) saya, juga bekas guru, dengan ucapan, Selamat Hari Guru, ayah dan mak . Selain saya sendiri...pernah menjadi guru tadika yang amat kekurangan...selamat buat saya sendiri, menjadi Guru buat bakal anak2 saya..

iza,
ReplyDeletelama sudah tak ketemu. hari ini terdetik utk mencari nama iza di alam maya. jumpa plak. rezeki Tuhan kan?
shidah dgn diana selalu rindu kan iza. ke mana hilang.. tapi mungkin tak pernah terdetik langkah mudah utk mencari..
sempena hari Guru, shidah nk ucapkan terima kasih jugak. pasal beri kesempatan buat shidah jadi guru dan pada yg sama, belajar utk jadi insan yg lebih baik sepanjang kita bersahabat.
moga Allah pelihara hidup Iza sekeluarga~
Salam Shidah,
ReplyDelete~tears~
How are you dear? ~tears~
You're a great teacher and friend i ever had. You have a better life now, n i alwiz pray for you....
Thanks..shaz..